Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson

March 28, 2018 by Sabree Hussin 5 Comments

Kali terakhir saya pergi bercuti ke Port Dickson adalah pada bulan December tahun lepas. Pada waktu tu, saya menginap di PD Paradise Lagoon Apartment.

 

Untuk percutian ke Port Dickson pada kali ini, saya memilih Lexis Water Chalet sebagai tempat untuk menginap.

lexis-water-chalet-murah

Dekat Port Dickson, ada banyak tempat yang kita boleh pilih jika ingin bermalam. Ikut pada kesesuaian dan keperluan anda.

 

Anda boleh pilih sama ada nak menginap di hotel, homestay, chalet dan sebagainya. Sebelum ini, saya pilih homestay sebab pergi dalam kumpulan yang agak ramai. Bila pilih homestay, dapatlah jimat sikit.

 

Untuk tempahan, saya menggunakan laman web Airbnb. Saya suka gunakan Airbnb sebabnya saya boleh gunakan travel credit untuk buat booking menerusi laman web mereka.

diskaun-airbnb

Jika anda ingin buat tempahan di Airbnb, apa kata anda pergi ke halaman ini dulu untuk dapatkan travel credit anda. Travel Credit yang saya kongsikan tu, nilainya adalah sebanyak RM120.

 

Jika anda buat tempahan menerusi Airbnb, anda boleh gunakan Travel Credit tersebut untuk dapat diskaun sebanyak RM120.

 

Rupa-rupanya, Lexis Port Dickson dan Grand Lexis Port Dickson terletak bersebelahan.

grand-lexis-port-dickson

Saya pun tak berapa pasti, apa yang membezakan antara dua tu. Mungkin satu hari nanti, kalau ada rezeki lebih, dapat check in di Grand Lexis, masa tu saya bolehlah cerita apa beza antara dua tu.

 

Dah nak sampai ke Lexis Port Dickson.

bangunan-lexis-port-dickson

Untuk tetamu yang menginap disini, ada tempat letak kereta bertingkat khas disediakan dalam bangunan. Saya pun tak pasti, kenapa ada ramai yang parking kereta kat tepi-tepi jalan macam ni.

 

Jom saya nak kongsikan serba sedikit gambar yang saya sempat rakamkan dibahagian dalam Lexis Water Chalet ni.

port-dickson-lexis-water-chalet

Dalam bilik ada disediakan sebuah katil besar dan sebuah katil kecil. Saya rasa, katil yang kecil tu lebih sesuai dijadikan tempat lepak sambil-sambil baca buku.

 

Tapi kalau nak jadikan sebagai tempat tidur pun tak ada masalah. Since ada dua buah katil macam ni, bolehlah bawa paling ramai 3 orang untuk menginap disini. Kalau lebih dari tu, saya rasa akan jadi kurang selesa.

Pada pendapat saya, Lexis Water Chalet ni lebih sesuai kalau nak dijadikan sebagai percutian romantis atau untuk honeymoon, tak kiralah sama ada untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga atau yang dah lama berkahwin.

 

Kalau nak cerita dari segi pemandangan dekat tempat ni, boleh tahan cantik juga.

pengalaman-menginap-di-lexis

Sambung cerita pasal apa yang ada dalam bilik.

 

Ada sebuah televisyen, dalam kabinet ada peti sejuk kecik, meja dan kerusi. Cuma dalam ni, tak ada sambungan wifi. Bila bercuti di Port Dickson dan menginap di unit ini, tak perlu nak mengadap smartphone sangat.

 

Just enjoy your holiday.

 

penanda-kiblat-lexis-water-chalet

Pemilik unit ini juga ada sediakan penanda arah kiblat bagi kemudahan pengunjung yang beragama Islam untuk solat dalam bilik. Saya dah double confirm penanda arah ni dengan kompas kiblat dan juga dengan menggunakan apps dan saya dapati arah kiblat yang ditunjukkan ini memang betul.

 

Ini dibahagian ruangan mandi.

menginap-di-lexis-water-chalet

Bahagian bumbung dibilik mandi boleh dibuka.

 

Bersebelahan dengan bilik mandi ada bath tub.

lexis-water-chalet-bath-tub

Bath tub ini tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Boleh muat kalau nak berendam dua orang dalam ni.

 

Saya sempat jeling-jeling, unit kediaman lain yang ada disini, dan boleh dikatakan semuanya lebih kurang sama. Bila buka pintu utama, benda pertama yang kita akan nampak adalah shower, bath tub dan juga singki air ini.

meja-solek-lexis-water-chalet

Nampak tak dekat cermin tu ada reflection pintu? Kalau buka pintu tu, baru akan nampak ruang untuk tidur. Sebelum ini, tak pernah lagi tengok design macam ni. Pertama kali tengok design macam ni, di Lexis Water Chalet ni, mula-mula tu rasa agak janggal juga.

 

Tak apa la. Pengalaman kan. Kalau tak check in dekat sini, mungkin saya tak akan jumpa design macam ni.

 

Dekat bahagian lantai, kita boleh tengok apa yang ada dekat bawah.

Kalau air laut dekat sini cukup jernih, mungkin boleh nampak ikan berenang-renang.

 

Ada juga terfikir, ada ke orang yang cukup gila, nak buat snorkeling dekat bawah ni?

apa-yang-menarik-port-dickson

Atas ni pula adalah dibahagian balkoni. Ada disediakan dua buah kerusi dan juga meja kecil untuk kita duduk-duduk disini.

 

Dari balkoni boleh nampak pemandangan macam kat bawah ni.

apa-yang-menarik-di-port-dickson

Orang yang berada dekat pondok tu tengah memancing.

 

Bila tengok laut macam ni, secara automatik, saya teringat kenangan masa zaman kanak-kanak dulu. Dulu, masa di kampung, kalau setiap kali hujan lebat, mesti akan banjir.

best-ke-lexis-water-chalet

Keadaannya lebih kurang macam dalam gambar ni la. Cuma bezanya, tak ada ombak. Saya perhatikan, ombak dekat sini tak berapa kuat. Saya pun tak pasti, sama ada ombaknya memang setiap masa macam ni, atau hanya pada hari saya menginap di sini.

 

Masa ni air baru nak pasang.

apa-yang-best-lexis-water-chalet

Ombak yang tak begitu kuat.

 

Salah satu sebab kenapa saya pilih untuk menginap di Lexis Water Chalet ni ialah, dekat sini ada disediakan swimming pool. Kalau tak dapat mandi laut, at least boleh mandi dekat swimming pool ini.

lexis-swimming-pool

Kedalaman swimming pool dibahagian ini cuma 1.5 kaki sahaja. Khas untuk kanak-kanak.

 

Kalau untuk dewasa, tak silap saya kedalamannya ialah 4 kaki.

lexis-swimming-pool

Untuk mandi disini, tiada sebarang bayaran dikenakan. Ini berbeza semasa saya menginap di PD Paradise Lagoon pada tahun lalu. Kalau nak mandi dekat situ kena buat bayaran tambahan.

 

Lagi satu, kalau anda nak mandi dalam swimming pool ni, pastikan anda pakai pakaian mandi yang proper. Saya perasan, ada beberapa pengunjung yang ditegur oleh staf yang bertugas disini untuk keluar dari kawasan kolam sebab mandi dengan pakai baju t-shirt.

 

Kalau anda tak ada baju mandi, saya rasa baik anda dapatkan sekurang-kurangnya satu, ataupun mandi dekat laut je la.

Anda boleh dapatkan pakaian renang yang sesuai di pautan ini.

 

Pihak Lexis juga ada sediakan khidmat sewaan kepada para pengunjung yang minat nak sewa bola tampar, joran, pemanah dan sebagainya.

sewa-peralatan-lexis

Kalau nak sewa basikal pun boleh.

 

Awal pagi lagi, saya lihat agak ramai pengunjung yang dah bangun dan sibuk ambil gambar.

waktu-pagi-lexis-water-chalet

Pada masa ini, saya hanya perhatikan sahaja gelagat mereka dari balkoni unit kediaman yang saya sewa. Kebanyakkan mereka ni adalah pengunjung berbangsa cina.

 

Saya pun tak berapa pasti, sama ada mereka ni orang cina dari negara China atau orang cina tempatan.

 

Masa untuk check out adalah jam 1.00 petang.

check-out-lexis-water-chalet

Kalau ikutkan hati, rasa nak duduk sini lama-lama.

 

Mungkin 3 hari 2 malam. Macam masa duduk di PD Paradise Lagoon Apartment tempoh hari. Tapi apakan daya, hari Isnin dah kena mula kerja macam biasa.

 

Kalau nak duduk dekat sini lama-lama, kenalah datang sekali lagi dekat sini. Itupun kalau ada kesempatan. Saya suka bercuti ke Port Dickson ni sebab ia tak berapa jauh dengan Kuala Lumpur.

 

Masa perjalanan pun sekitar satu jam lebih sahaja. Tol dengan petrol pun tak terlalu mahal. Lagi satu, kalau nak buat booking tempat penginapan di Port Dickson, boleh guna sahaja laman web Airbnb dan ada diskaun pulak tu.

 

Diskaun ni dalam bentuk travel credit yang anda boleh dapatkan dari halaman ini. In Shaa Allah, ada rezeki lebih dan ada kesempatan, nak datang lagi ke Port Dickson. Saya cadang nak menginap di mana-mana tempat penginapan yang dekat dengan Pantai Cahaya Negeri.

 

 

Baca juga...

  • Aktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port DicksonAktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Hutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutanHutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutan
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Resort Tagged With: apa yang menarik di port dickson, bercuti di port dickson, bercuti ke port dickson, lexis water chalet, pantai cahaya negeri, pantai tanjung gemok, tempat menarik di Port Dickson

Trackbacks

  1. Punching ball terbaik yang saya pernah beli di Decathlon - Sabree Hussin Dot Biz says:
    April 5, 2018 at 1:09 pm

    […] Then waktu hujung minggu, bila ada peluang, barulah saya akan pergi berenang, sama ada di sungai, laut atau swimming pool. Baru ni, ada rezeki lebih dapat la saya pergi bercuti di Port Dickson dan menginap di Lexis Water Chalet. […]

    Reply
  2. Pantai Cahaya Negeri - Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    April 8, 2018 at 4:56 pm

    […] In Shaa Allah, di lain masa, saya akan cari tempat penginapan yang paling dekat dengan pantai ini. Percutian di Port Dickson kali ini, saya menginap di Lexis Water Chalet. […]

    Reply
  3. Cara mudah untuk dapatkan Travel Credit dari Airbnb - Blog Sabree Hussin says:
    April 16, 2018 at 12:17 pm

    […] 1. Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson […]

    Reply
  4. Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah - Xplorasi Destinasi says:
    July 11, 2018 at 3:48 pm

    […] ni, saya asyik teringat dekat pantai Port Dickson… mungkin sebab saya pernah tulis pasal Lexis Water Chalet Port Dickson sebelum […]

    Reply
  5. Panduan Airbnb - Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb - Xplorasi Destinasi says:
    September 18, 2018 at 2:04 pm

    […] pernah menginap di Lexis Water Chalet di Port Dickson sebelum ini. Pada mulanya saya fikirkan, Lexis Water Chalet ini dibawah pengurusan pihak […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in