Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Glory Beach Resort Port Dickson

October 4, 2019 by Sabree Hussin 2 Comments

Port Dickson mempunyai banyak hotel dan resort yang menarik untuk kita kunjungi.

 

Salah satu misi yang saya cuba capai adalah untuk menginap di semua resort yang terdapat di Port Dickson. Sebelum ini saya dah pernah menginap di beberapa resort yang ada disini dan kali ini, resort pilihan saya adalah Glory Beach Resort.

 

Percutian pendek ke Port Dickson kali ini sebenarnya bukanlah percutian yang telah dirancang. Lebih kurang waktu tengahari tiba-tiba muncul idea nak check in di Port Dickson.

 

Terus buka apps Airbnb dan cari-cari mana-mana tempat penginapan yang masih available untuk hari itu. Dari banyak-banyak pilihan yang masih ada, saya rasa berminat pula nak buat tempahan di Glory Beach Resort ini.

 

Waktu sampai di Glory, dah agak lewat. Pada waktu ini, lobi pun dah gelap.

lobi-glory-beach-resort

Memandangkan saya buat tempahan melalui Airbnb, saya boleh terus masuk ke apartment yang dah ditempah sebelum ini. Arahan untuk check in semuanya dihantar melalui whatsapp.

 

Kita cuma perlu cari blok bangunan yang betul, naik ke tingkat yang betul dan selepas tu pastikan masuk ke rumah yang betul. Senang sahaja. Tuan rumah ini gunakan kunci bernombor, jadi terpulang pada saya, nak masuk rumah pada pukul berapa.

 

Ini pemandangan di ruang tamu.

ruang-tamu-port-dickson

Kalau anda buat perbandingan, susun atur dan keadaan dalam apartment ini dengan pemandangan yang anda boleh lihat sama ada di website rasmi Glory Beach Resort atau di laman web tempahan Agoda, memang ada bezanya.

 

Sebenarnya kalau anda nak tahu, unit apartment yang saya tempah melalui Airbnb ini adalah unit persendirian. Sebab itu susun atur dan hiasan dalamannya berbeza.

 

Andai kata anda nak buat tempahan melalui laman web rasmi, boleh layari laman web ini http://www.glorybeachresort.com/

 

Sekiranya anda ingin buat tempahan melalui website Agoda dan dapatkan promosi istimewa dari Agoda, boleh terus ke pautan ini.

 

Kalau anda nak booking melalui Airbnb, seperti mana yang saya lakukan, boleh buat direct booking melalui pautan ini.

Cuma sebelum anda buat tempahan melalui Airbnb, pastikan anda claim dulu Travel Credit bernilai RM165 disini. Ini untuk dapatkan lebih banyak penjimatan.

 

Mengikut listing yang dibuat di Airbnb, unit apartment ini boleh memuatkan sehingga 7 orang tetamu dalam satu masa. Cuma ya la, kalau menginap ramai-ramai ini, agak sempit sikitlah.

 

Apartment ini ada dua buah bilik sahaja. Ini bilik yang pertama.

Ada katil jenis queen size dan juga set meja solek. Pengering rambut pun ada disediakan.

Kalau tengok dari sudut yang kat atas ini, boleh nampak ada tilam extra disediakan oleh tuan rumah.

 

Bilik utama ini bersambung dengan bilik air dan tandas. Cuma nak bagitahu la yang bilik air ni ada dua pintu. Satu pintu yang kita boleh masuk melalui bilik utama dan satu pintu lagi bersambung dengan ruang tamu. Kiranya satu rumah akan kongsi bilik air yang sama.

Rumah ini ada disediakan set televisyen dengan pakej Njoi.

pakej-astro-njoi

Saya rasa saya menginap dekat sini terlalu sekejap, tak sempat pun nak layan tv. Masuk rumah pun dah agak lewat.

 

Bawah ini pula dibahagian dapur.

Ada disediakan oven sahaja. Kalau setakat nak sediakan sarapan yang simple, macam sandwich bolehlah.

Rumah ni juga ada sediakan free wifi. Password ada dekat dinding tu.

Hiasan dinding yang agak simple tapi menarik.

 

Kalau tak silap saya, semua unit kediaman yang ada di Glory Beach Resort ini ada balkoni. Cuma bezanya, sama ada pemandangan yang kita boleh saksikan dari balkoni tu nanti cantik ataupun tidak.

Memandangkan unit rumah ini yang agak tinggi, jadi bolehlah kita saksikan pemandangan yang menarik dari balkoni.

 

Dari sini kita boleh nampak swimming pool, taman permainan untuk kanak-kanak dan boleh nampak laut.

percutian glory beach resort

Tak puas cuma tengok dari balkoni, malam tu saya turun sekejap untuk jalan-jalan kat tepi pantai. Saja ambik angin.

pemandangan pantai

Bila asyik kena gigit nyamuk, barulah saya beredar dari kawasan pantai. Rasanya cukuplah kot derma darah.

 

Satu perkara yang saya rasa bagus tentang menginap di Glory Beach Resort ini ialah lokasinya yang tak jauh dengan kawasan bandar. Malam tu, saya sempat shopping di Tesco. Kalau setakat nak cari barang-barang keperluan, nak beli roti atau nak cari tempat makan, memang senang sangat.

Saya pelik juga, bila saya buat carian di Google tentang Glory Beach Resort ini, saya dapati ada yang cari maklumat tentang cerita hantu di Glory Beach Resort. Persoalan yang bermain di fikiran saya, Glory Beach Resort ni berhantu ke?

Bila tengok dari sudut ini, nampak macam bangunan hostel, nampak macam hospital pun ada. Ah… tak apalah, kita lupakan je kisah seram atau apa-apa yang mistik tu.

 

Mood nak bercuti, rasanya tak berapa baik kalau asyik fikirkan benda-benda macam tu. Bukanlah saya nak menidakkan kewujudan entiti mahupun makhluk halus ini, cuma saya berpendapat lebih baik kita jangan terlalu fikirkan tentang mereka yang kita tak nampak.

 

Kalau betul-betul risau, banyakkan zikir, solat jangan tinggal sepanjang bercuti kat sini, baca quran dan mintalah perlindungan kepada Allah SWT semoga percutian anda nanti tidak diganggu dengan makhluk-makhluk yang kita tak nampak ni.

 

Hari keesokkannya, masa untuk main air.

Saya suka dengan swimming pool dekat Glory Beach Resort ni sebab saiznya yang panjang dan agak luas ni. Memang syok.

 

Kebetulan masa ini bukannya hari cuti, jadi tak ramai orang. Saya check in hari Ahad dan akan check out hari Isnin.

Swimming pool pun tak berapa ramai orang yang guna. Mungkin tetamu lain yang menginap dekat resort ni semuanya masih tidur lagi, agaknya.

Macam kebanyakkan resort, ada swimming pool untuk orang dewasa dan ada juga untuk kanak-kanak.

Swimming pool untuk kanak-kanak pun saiznya agak luas.

Siap ada pakej dengan gelongsor lagi.

 

Meriahnya Glory Beach Resort ni. Kalau kita jalan-jalan sekitar kawasan resort, ada macam-macam yang kita boleh jumpa.

Ada mini zoo dan juga pondok penyu.

Cuba teka, atas ni penyu ke kura-kura?

 

Ada juga wishing well. Ala yang kita masukkan duit siling dalam kolam ni lepas tu pasang hajat tu. Yang muslim tu tak payah la buat benda-benda macam ni ya.

Kalau cuma nak lalu je dan ambil gambar, yang tu ok tak ada masalah.

 

Dekat sini juga anda boleh lihat penyu.

Gambar yang sebelum ni, tu kura-kura. Kat sini barulah penyu. Tengok kaki dia, kalau anda rasa susah nak bezakan antara penyu dengan kura-kura ya.

Bila menginap di Glory ni, kita boleh melihat penyu secara dekat. Kalau nak pegang pun boleh, tapi itu kena dapatkan kebenaran staff yang jaga tempat ini la ya.

 

Masa saya datang ke sini, tak ada sesiapa yang jaga, jadi saya cuma boleh ambil gambar sahaja.

Ini tempat permainan untuk kanak-kanak.

 

Konsep parking kat sini, adalah first come first serve basis. Tak ada disediakan petak parking khas.

Kalau anda datang bersama kumpulan yang besar, bolehlah parking dekat mana-mana petak yang masih kosong. Cuma kalau kebetulan ada banyak tetamu, mungkin anda terpaksa buat double park ataupun kenalah parking dekat luar.

 

Ini pula pemandangan dari balkoni waktu siang hari. Cantik juga kan.

Cukuplah percutian saya kali ini di Port Dickson selama 1 malam. Saya nak kata percutian dua hari satu malam, tapi macam tak berapa tepat pulak. Saya sampai di Port Dickson pun dah malam.

 

So percutian ni lebih kepada 1 hari 1 malam sahaja.

Selamat tinggal Glory Beach Resort.

 

In Shaa Allah kalau ada rezeki dan umur yang panjang, saya akan buat tempahan untuk menginap disini sekali lagi.

 

Ada masa terluang? Jemput juga baca perkongsian saya menginap di beberapa resort lain di Port Dickson ya.

(1) Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson

(2) Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson

(3) Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson

(4) Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson

 

 

 

Baca juga...

  • Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indahCameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, KedahPengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Homestay Seri iskandar Bota PerakHomestay Seri iskandar Bota Perak
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMAEasturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA
  • Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota KinabaluPerkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu
  • Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau PangkorSuatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Resort Tagged With: glory beach resort, glory beach resort agoda, glory beach resort airbnb

Trackbacks

  1. Aktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    October 10, 2019 at 6:28 pm

    […] Pengalaman menginap di Glory Beach Resort Port Dickson […]

    Reply
  2. Perkhidmatan Penulisan Review Bagi Meningkatkan Jualan Produk dan Servis says:
    July 4, 2022 at 9:12 pm

    […] Klik: Pengalaman menginap di Glory Beach Resort, Port Dickson […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in