Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay

November 23, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

Pada mulanya, saya merancang nak habiskan waktu cuti di Pantai Pengkalan Balak, Melaka. Ini pun sebenarnya adalah last minute punya planning.

 

Tapi bila dah sampai di Pengkalan Balak, kebanyakkan chalet yang saya tanya, semua dah fully booked! Tahniah untuk diri sendiri.

 

Itu la… siapa suruh datang ke tempat percutian macam ni tanpa perancangan kan. Saya pun cuba nasib. Bila nampak je signboard yang menunjukkan ada chalet untuk disewa saya pun berhenti. Ada beberapa tempat yang saya pergi, namun kebanyakkannya semua dah full.

 

Termasuklah D’Nelayan Beach & Resort. Akhirnya, nak dijadikan cerita, saya ternampak ada satu signboard yang tertulis D’Kebun Najibah Chalet & Homestay. Dalam hati kata, “harap-harap ada rezeki menginap kat sini… tak kan nak menginap jauh dari pantai pulak…”

 

Syukur masa tu ada banyak bilik yang masih kosong. Mula-mula saya tertarik juga nak menginap di bilik ini, sebab nampak macam unik dan cantik.

pengkalan-balak-chalet-2018

Rumah bentuk tiga segi, lepas tu ada banyak hiasan bunga-bunga pulak. Teringat filem Hobbit bila tengok rumah bentuk macam ni.

 

Tapi disebabkan saya rasa macam agak sempit, saya tak jadi nak sewa bilik ini. (Walaupun harganya lebih murah)

 

Kemudian saya tanya pada akak yang jaga tempat ni, “ada chalet yang besar sikit tak?”

 

Lalu dia pun cadangkan chalet yang ini.

chalet-di-pengkalan-balak-melaka

Lepas saya tengok-tengok keadaan dalam chalet, saya terus setuju untuk sewa disini.

 

Maknanya, malam ni ada peluang untuk bermalam dekat dengan kawasan pantai. Oh by the way, D’Kebun Najibah Chalet & Homestay adalah dibahagian roadside, bukan beach side. Kalau nak ke pantai, kita kena berjalan sedikit, lintas jalan besar dan sampai ke pantai (Pantai Telok Gong).

 

Bagi mereka yang nak menginap disini, namun tak berapa pasti macam mana nak ke tempat ini, boleh ikut alamat ini.

D’Kebun Najibah Chalet & Homestay
Batu 27, Lorong Koko, Kampung Telok Gong
Kuala Sungai Baru, Melaka,

 

Ini pula gambar-gambar dibahagian dalam chalet ini.

 

Ada sebuah katil jenis king size dan juga sebuah katil single. Ruang dalam bilik memang agak luas. Kalau nak solat berjemaah dalam bilik sahaja pun tak ada masalah.

 

Katil satu lagi tu, saya gunakan untuk letak beg. Kalau tahu ada extra katil macam ni, saya dah ajak seorang lagi untuk ikut sama. Hmm… mungkin boleh ajak adik ipar atau mungkin ajak anak buah untuk ikut bersama.

 

Pemilik chalet ni memang pandai dari segi susun atur. Macam tv, dia lekat kat dinding, dan atas tu ada aircond. Jadi bilik ni memang selesa.

 

TV tu sebenarnya tak begitu penting pun. Kalau ada bagus, kalau tak ada pun tak apa. Lagipun, sepanjang saya berada disini, bukannya duduk dalam bilik sangat. Tapi macam pelik jugak kan, kalau pergi check in kat chalet, tak ada tv pulak.

 

Ruang dalam bilik air pun luas.

 

Masa saya datang menginap kat sini, tuan rumah siap sediakan sabun satu botol lagi tu. Memang baik hati pemilik tempat ni. Kalau bandingkan dengan sesetengah hotel yang saya pernah pergi sebelum ni, cuma sediakan sabun jenis buku. Itupun yang saiz kecik tu je. Boleh pakai sekali je, lepas tu sama ada sabun tu akan terputus dua, atau hilang entah ke mana.

 

Saya pilih bilik nombor 5. Masa ni rasanya cuma saya dan pasangan je kot yang menginap kat sini. Mungkin sebab tak ramai yang tahu tentang tempat ni.

 

Tapi sekarang ni, saya rasa mesti dah ramai yang tahu tentang chalet ni. Baru-baru ni saya ada call untuk buat tempahan, tapi banyak juga bilik yang dah ada orang tempah. Akhirnya terpaksa balik hari dan tak jadi bermalam di tepi pantai.

 

Bukan apa, bila dah selesa menginap kat satu-satu tempat tu, kadang-kadang saya rasa malas nak cuba tempat lain pulak.

Dari luar pun dah nampak cantik kan tempat ni.

 

Saya pun pelik jugak, kenapa tempat ni dipanggil dengan nama d’Kebun. Tapi bila saya pusing-pusing kawasan sekitar, saya agak mungkin sebab pemilik tempat ni nak bagi pengunjung rasa macam mana pengalaman bermalam di suasana pantai yang ada kebun.

 

Ada macam-macam jenis pokok yang ditanam kat sini. Kalau kebetulan waktu kita menginap kat sini, musim buah, kita boleh petik dan makan. Tak payah nak mintak izin pun tak apa, sebabnya pemilik tempat ini memang dah bagi keizinan awal-awal.

 

Cuma kalau nak petik tu biarlah berpada-pada. Sekadar untuk rasa atau nak makan tak ada masalah. Jangan melampau sampai nak bungkus berplastik-plastik pulak ya. Tinggalkan untuk pengunjung lain rasa juga.

 

Kalau matlamat anda datang sini memang sebab nak makan buah, mungkin boleh hubungi dulu pemilik tempat ni. Tanya la dulu, sekarang ni tengah musim apa.

 

Pengunjung yang nak menginap disini, boleh parking kereta kat bahagian dalam ni. Tempat parking dia pun agak luas.

 

Satu tarikkan yang best untuk menginap kat sini ialah tempat ini ada kolam renang. Ada kolam renang untuk orang dewasa dan ada juga kolam renang untuk kanak-kanak.

 

Kalau masa sampai kat sini, air laut tengah surut, boleh layan main air kat kolam renang je dulu. Ataupun kalau bimbang kena sun burn, pun ok jugak mandi kat kolam renang ni je.

 

Budak-budak kan kadang-kadang tak tahan panas. Boleh demam kalau berjemur main kat tengah panas. Jadi sementara tunggu redup sikit, boleh main air kat sini dulu.

 

Apa lagi kemudahan lain yang disediakan kat sini?

 

Ada tempat untuk kita buat barbeque kat luar rumah. Lagi satu disediakan singki.

Untuk guna tempat barbeque ni saya tak berapa pasti, sama ada nak kena booking dulu atau first come first serve basis. Baik tanya dulu sebelum nak guna ya.

 

Ada satu kawasan lapang yang nampak sesuai kalau nak jadikan tempat berkumpul atau nak buat aktiviti. Contohnya macam kalau buat family day, mungkin boleh guna tempat ni untuk gotong royong memasak ke, atau nak jadikan tempat untuk ceramah… and maybe untuk solat jemaah.

 

Ikutlah pada kesesuaian.

 

Bagaimana? Minat ke nak menginap di sini? Baiklah, jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah terus hubungi/ whatsapp 0111 3064432 / 012 6160025 dan berurusan dengan Pn. Lina

 

Sila ke FB Official D’Kebun Najibah Chalet & Homestay dengan menekan klik pada pautan ini.

Selamat bercuti!

Baca juga: Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga 

 

 

Baca juga...

  • Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajetSantapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet
  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota BharuPengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Hutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutanHutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutan
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau LangkawiMakan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi
  • Aktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port DicksonAktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Homestay/ Guest House Tagged With: chalet pantai telok gong, chalet pengkalan balak, dkebun najibah chalet, homestay kampong telok gong, homestay melaka, homestay pengkalan balak, pantai telok gong

Trackbacks

  1. Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin says:
    July 20, 2018 at 3:45 pm

    […] ini saya ambil semasa menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay. Pemilik tempat ini, menjalankan bisnes chalet dan juga homestay dikawasan yang […]

    Reply
  2. Pakej pengiklanan bisnes homestay di blog - Blog Sabree Hussin says:
    July 17, 2022 at 1:27 am

    […] Baca: Pengalaman menginap di D’kebun Najibah Chalet & Homestay […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in