Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah

November 7, 2017 by Sabree Hussin 3 Comments

Jika anda seorang yang gemarkan suasana dingin dan nyaman di kawasan tanah tinggi, maka jangan terlepas untuk datang bercuti ke Kundasang, Sabah!

 

Di Malaysia, sememangnya ada banyak juga kawasan tanah tinggi yang cantik dan mempunyai daya tarikan untuk kegiatan pelancongan. Jika ada kesempatan, ada rezeki lebih, pergilah melawat ke tempat-tempat tersebut.

Kali ini, saya berkesempatan untuk datang sendiri ke Kundasang. Sebelum ini, saya tak pernah terfikir pun untuk datang bercuti ke Kundasang. Terlintas juga difikiran, apa yang menarik di Kundasang?

 

Nama Kundasang, sering muncul dalam novel-novel genre thriller yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Sebagai salah seorang peminat tulisan beliau, tipulah kalau kata tak teringin nak datang dan lihat sendiri apa yang ada kat Kundasang ni.

 

Kalau ikutkan, Gunung Kinabalu tu pun saya teringin nak naik sampai ke puncaknya! Tapi tak apa, itu kita cerita lain kalilah ya, sebabnya sekarang ni, saya nak cerita tentang tempat penginapan yang saya pilih semasa bercuti di sini.

 

Ada banyak juga pilihan hotel atau resort yang anda boleh pilih untuk menginap, apabila datang bercuti di Kundasang. Namun, dalam percutian saya sebelum ini, kami telah memilih untuk menginap di Ayana Holiday Resort.

ayana-holiday-resort-kundasang

Urusan tempahan resort ini semuanya dibuat menggunakan laman web Agoda sahaja. Kami pilih untuk buat tempahan menerusi Agoda sebab ada opsyen tempah dulu bayar kemudian.

 

Bila dah nak dekat-dekat waktu nak travel, baru buat bayaran. Jadi tak adalah rasa berat sangat, nak buat bayaran full payment sebelum berangkat ke Sabah.

ayana-holiday-resort-review

Kalau kita ambil kira harga tiket kapal terbang, harga perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, harga tempat menginap lagi, memang akan rasa sangat mahal.

 

Jadi, apabila ada pilihan untuk buat tempahan dulu, dan bayar kemudian, pada saya ia amat memudahkan kami.

 

Just in case, kalau kami terpaksa tunda atau cancel percutian ini, ia tidaklah rasa terlalu berat kalau pihak resort tidak memberikan refund kepada kami.

bercuti-di-kundasang

Anda juga boleh buat tempahan menerusi laman web berikut

Tempahan menggunakan laman web Hotels.com >> Klik Sini

Tempahan menggunakan laman web Agoda.com >> Klik Sini

 

Selain membuat tempahan menggunakan kedua-dua laman web ini, anda juga boleh cari tempat penginapan di Kundasang menggunakan laman web AirBNB. Anda boleh klik sini untuk cari tempat penginapan yang sesuai dengan anda.

 

Berita baiknya ialah, jika anda buat tempahan menerusi link yang saya berikan, anda juga akan dapat travel kredit yang anda boleh gunakan bagi menjimatkan lagi kos tempahan anda nanti.

 

Buatlah perbandingan harga sebelum buat sebarang tempahan. Anda mungkin akan dapat tawaran yang lebih baik lagi menjimatkan.

ayana-holiday-resort-kundasang

Inilah dia unit bilik yang ditempah. Oleh sebab kami travel berempat, jadi kami tempah bilik sebelah menyebelah seperti pada gambar diatas.

 

ayana-holiday-resort-review

Kedua-dua bilik yang diambil adalah dari jenis Superior room with private balcony.

 

Dalam bilik ni ada dua buah katil disediakan. Satu katil jenis queen size manakala satu lagi jenis single.

Untuk keluarga yang ada anak seorang, sesuai ambil bilik jenis ini. Ataupun kalau anda travel bertiga, juga sudah cukup kalau nak ambil bilik jenis ini.

 

Pemandangan dari dalam bilik. Bila bukak tingkap boleh nampak ada macam-macam jenis pokok yang saya sendiri tak tau, apa nama pokok-pokok tu. Walaupun cuma duduk dalam bilik, sesekali boleh rasa, angin sejuk menerpa ke kulit.

 

Bilik ni, tak disediakan karpet. Waktu pagi, bila nak ambil wudhu dan nak menunaikan solat subuh, memang sejuk bila pijak lantai. Lagi sejuk, bila dah lepas ambil wudhu dan keluar dari bilik air. Saya rasa, kalau ada karpet, lebih baik kot.

 

Dari kawasan tempat letak kereta, kita boleh lihat pemandangan kawasan pergunungan yang megah lagi menakjubkan. Sesekali kabus akan bertiup dan menyelimuti kawasan ini.

 

Sempat ambik gambar kenang-kenangan pada hari terakhir menginap di Ayana Holiday Resort ini.

 

ayana-holiday-resort-sabah

Kalau lambat sikit, kabus akan menyeliputi pandangan, lalu menutup panorama kawasan pergunungan.

 

Ha kan… dah tak nampak dah pemandangan kawasan pergunungan kat belakang tu.

 

Tunggulah dalam beberapa minit, setelah kabus berlalu, akan kembali pemandangan gunung-ganang dibahagian tersebut.

 

Kalau ada rezeki lebih, dapat peluang untuk datang ke Kundasang sekali lagi untuk bercuti, saya nak cuba menginap di resort yang lain pula. Ala… nak juga rasa pengalaman yang berbeza, menginap di resort yang berbeza.

 

Jika anda belum pernah sampai di Kundasang, dan tak tau nak pilih resort yang mana satu, saya boleh katakan, menginap di Ayana Holiday Resort ini pun best juga.

 

Jom, bercuti di Kundasang!

 

 

 

Baca juga...

  • Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke KundasangAda apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluargaPengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?
  • Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMAEasturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA
  • Rumah Terbalik – The Upside Down House of BorneoRumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Resort Tagged With: ayana holiday resort, ayana holiday resort agoda, ayana holiday resort kota kinabalu, ayana holiday resort kundasang, ayana holiday resort kundasang review, ayana holiday resort kundasang sabah, ayana holiday resort review, ayana holiday resort sabah, bercuti di kundasang

Trackbacks

  1. Ingat senang ke nak maintain banyak-banyak blog? - Blog Sabree Hussin says:
    November 9, 2017 at 6:40 pm

    […] yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Katakanlah, salah satu keyword yang popular ialah “bercuti di kundasang“, maka anda tulislah artikel yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Mungkin boleh cerita […]

    Reply
  2. Rumah Terbalik - The Upside Down House of Borneo - Xplorasi Destinasi says:
    November 15, 2017 at 9:16 am

    […] Baca juga: Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah  […]

    Reply
  3. Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu - Xplorasi Destinasi says:
    November 18, 2018 at 4:28 pm

    […] merata juga saya dan keluarga cari restoran untuk makan steamboat. Pada waktu tu, kami menginap di Ayana Resort dan dekat situ tak ada restoran. Jadi kami kena keluar untuk cari tempat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in