Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau Pangkor

February 10, 2020 by Sabree Hussin 1 Comment

Saya dah lama teringin nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Seingat saya, sejak saya masih lagi dibangku sekolah, sekitar tahun 90an lagi saya teringin menjejakkan kaki ke pulau ini.

 

Tapi sayangnya, hasrat tersebut asyik tak kesampaian. Sama ada sebab tak ada teman untuk pergi bercuti, ataupun tak ada masa untuk pergi ke sini. Ya, tak ada modal pun satu hal juga.

 

Baru-baru ini, peluang untuk bercuti ke Pulau Pangkor ini muncul.

 

Biasalah, kalau nak pergi bercuti, sudah tentu kita kena decide, nak bermalam dekat mana. Ada banyak hotel yang kita boleh tempah secara online sahaja. Kalau anda tak pasti nak buat tempahan dimana, saya syorkan guna website ini.

 

Sebelum pergi bercuti ke Pangkor, saya ada tanya pendapat dari kenalan yang pernah bercuti ke sini. Ada juga yang bagi cadangan supaya saya menginap di Lumut atau sekitar Manjung sahaja.

jeti-di-lumut

Sebabnya dekat Pangkor ini sebenarnya “tak ada apa-apa”. Kalau nak bandingkan antara Pulau Pangkor dengan Pulau Langkawi, lagi seronok dan happening kalau bercuti ke Langkawi.

 

Ya saya setuju. Tapi kalau dah biasa pergi ke Langkawi, sesekali mesti nak rasa pengalaman percutian yang berbeza. Saya percaya, Pangkor pasti memberikan kepuasan dan keseronokkan yang berbeza kepada para pengunjungnya.

 

Idea untuk menginap di Lumut is a no no.

 

Lagipun, bukan semua orang perlukan suasana percutian yang bising dan happening setiap masa. Kalau betul Pangkor ini lebih sesuai untuk mereka yang sukakan suasana tenang, nak berehat dan sebagainya, maka saya kira ini adalah destinasi percutian yang perfect.

 

Bila nak pilih tempat penginapan ini, kita perlu tahu mana satu pantai peranginan yang popular yang terdapat di Pulau Pangkor. Untuk menjimatkan masa anda, biarlah saya bagitahu disini.

 

Pantai tersebut adalah Pantai Pasir Bogak dan juga Pantai Teluk Nipah.

 

Sekiranya pengunjung memilih pantai pasir bogak, maka nama-nama hotel seperti Coral Bay Resort, Pangkor Sandy Beach dan juga Puteri Bayu Beach Resort akan dijadikan pilihan.

teluk-nipah-beach-pulau-pangkor

Walaubagaimanapun, saya memilih untuk menginap di Teluk Nipah. Salah satu hotel yang pada saya agak menonjol dengan review dari para tetamu sebelum ini yang banyak memberikan feedback positif, adalah Anjungan Beach Resort.

 

Saya dah agak lama tak menginap dan membuat tempahan hotel. Beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakkan tempat penginapan yang saya tempah, saya dapatkan dari laman web Airbnb.

 

Dalam konsep Airbnb, kita akan buat tempahan terus dengan pemilik unit kediaman. Kali ini, bila saya mula kembali menginap di hotel, feeling dia agak berbeza. Ada sedikit perasaan rindu disitu!

 

Baiklah, jom saya kongsikan sedikit pengalaman saya menginap di Anjungan Beach Resort ini. Kita tengok apa yang ada dalam bilik.

blog-anjungan-beach-resort

Bangunan hotel ini walaupun nampak agak berusia, tapi dibahagian dalam ia tidak mengecewakan.

anjungan-beach-resort-pangkor

Pihak hotel menyediakan kemudahan asas kepada para tetamu, seperti safety deposit box, ada sebuah almari, rak kasut.

bercuti-di-pulau-pangkor

Welcome drink beserta dengan buku panduan untuk para tetamu juga disediakan. Kalau anda tak tau nak buat apa bila dah sampai ke pulau ini, boleh buka buku panduan yang disediakan dan jelajah pulau Pangkor ini berdasarkan kepada maklumat yang diberikan.

anjungan-resort-pulau-pangkor

Dalam bilik tersedia set meja dan juga kerusi rotan untuk kita duduk beristirehat. Kalau anda nak alihkan kerusi tersebut untuk duduk di balkoni juga boleh.

pengalaman-penginapan-anjungan-beach

Tilam dan bantal yang disediakan cukup untuk memberi keselesaan kepada para tetamu.

percutian-pulau-pangkor

Saya kurang pasti, apa channel yang terdapat pada saluran TV. Maklumlah, waktu bercuti macam ni, saya memang tak berapa pedulikan apa yang ada di TV. For me, kalau tak ada TV pun tak apa.

 

Jangan tak ada peti sejuk!

pulau-pangkor-vacation-time

Kalau nak lepak dekat balkoni waktu malam tu ok. Tapi kalau siang-siang hari, biasanya sangat panas. Tak berapa digalakkan dan kalau nak gunakan kerusi tu untuk sidai pakaian mandi yang basah, itu tak ada masalah.

 

Nah.. dari balkoni kita boleh lihat apa yang berlaku di cafe dan juga swimming pool.

pemandangan-anjungan-beach-resort

Walaupun saya dapat bilik yang agak terlindung dengan sebatang pokok, tapi itu tak menghalang saya untuk meninjau keadaan di swimming pool.

 

Boleh tahan family mat saleh ni. Pukul 3 petang waktu tengah panas terik mandi swimming pool.

anjungan-beach-balkoni-view

Ini pula ruang dibahagian bilik air.

Ada ruang pembahagi antara tempat mandi dan juga tempat untuk buang air.

Saya tak pasti, adakah setiap bilik hotel mempunyai ruang yang sama besar, cuma yang pasti saya dapat bilik yang agak luas. Boleh solat dalam bilik dengan selesa, itu dah cukup buat saya rasa puas hati.

 

Maklumlah ada hotel yang sangat sempit. Tak ada ruang langsung untuk solat, dan kalau nak solat juga, kena solat atas katil. Ia cukup menyusahkan. Saya gembira sebab hotel ini tak ada masalah seperti itu.

 

Pada saya, saya sukakan suasana tempat ini. Dengan dikelilingi oleh pokok-pokok besar, ia menjadikan suasana penginapan disini cukup mengasyikkan.

Sajian sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel tidak mengecewakan. Jika anda turun awal untuk sarapan pagi, ada macam-macam pilihan sarapan pagi tersedia untuk anda.

menu-breakfast-anjungan-beach-resort

Sepanjang dua hari menginap di Anjungan Beach Resort ini, saya tiada sebarang komplen untuk menu sarapan pagi.

menu-sarapan-anjungan-beach-resort

Saya rasa, berbaloi memilih tempat ini.

sarapan-anjungan-beach-resort

And tak mustahil, kalau next time saya datang bercuti ke Pangkor, saya akan memilih Anjungan Beach Resort sekali lagi.

menu-breakfast-anjungan-beach-resort

Memang tak hairanlah kalau laman web Agoda memberikan review yang sangat baik tentang hotel ini. Saya dah lihat sendiri dan merasai pengalaman menginap disini, dan saya setuju dengan review positif tersebut.

 

Oh right, cerita tentang swimming pool.

anjungan-beach-pangkor-swimming-pool

Keunikkan swimming pool di Anjungan Beach Resort ini ialah bentuknya seperti sebuah kapal.

pengalaman-review-anjungan-beach

Andai kata anda tidak ada sebarang aktiviti, bolehlah cuba mandi di swimming pool ini atau sekadar bersantai ditepi pool sambil membaca buku atau majalah.

anjungan-beach-resort-spa-pulau-pangkor

Anda boleh pinjam atau mungkin sewa novel dari pihak hotel jika anda tidak membawa sebarang bahan bacaan.

 

Anjungan Beach Resort ini terletak antara dua pantai yang popular di Pulau Pangkor. Pantai yang saya maksudkan ialah Pantai Teluk Nipah dan juga Pantai Coral. Kedua-dua pantai ini kita boleh kunjungi hanya dengan berjalan kaki sahaja.

 

Sekitar hotel juga ada banyak kedai-kedai yang menjual makanan, barang keperluan dan juga cenderahati. Tak susah nak cari makanan bila menginap disini.

 

Walaupun ada banyak yang saya suka tentang Anjungan Beach Resort ini, namun ada juga beberapa perkara yang saya rasa kurang senang.

 

Pertama, bilik tempat saya menginap tak kalis bunyi (not sound proof). Saya boleh dengar perbualan dari penghuni bilik sebelah. Saya rasa kalau saya boleh dengar apa yang mereka bualkan, bermakna mereka juga boleh dengar apa yang saya bualkan.

 

Rasa kurang syok pula bila bilik ni tak kalis bunyi.

 

Kedua, berkenaan dengan swimming pool. Walaupun bentuknya unik, macam sebuah kapal tapi pada saya saiznya tak berapa besar. Jadi, saya kurang bernafsu untuk cuba mandi disitu.

 

Hmm entahlah, mungkin saya je kot yang rasa pool tu tak cukup besar.

 

Ketiga, sila berhati-hati dengan kehadiran monyet. Tentang monyet ini kita memang tak boleh buat apa-apa, tapi sebagai pengunjung, kena selalu pastikan pintu bilik sentiasa bertutup.

 

Bila nak keluar tu, kena pastikan pintu sliding door dan tingkap berkunci. Bimbang nanti ada tetamu yang tak diundang masuk dalam bilik pula.

 

Berbaloi ke tidak menginap di Anjungan Beach Resort?

Ya, sangat berbaloi.

 

Tak mahu sembang panjang-panjang.

Biasalah, mana-mana hotel pun pasti ada kekurangannya. Kalau hotel ini ada sedikit kelemahan tu biasalah. Ia bukannya teruk sangat sampai saya rasa macam dah tak nak datang lagi ke sini.

 

In fact, kalau ada rezeki, saya nak datang sekali lagi menginap disini. Baiklah, itu sahaja yang saya nak kongsikan kepada para pembaca sekalian. Jika anda rasa nak menginap di Anjungan Beach Resort ini juga, bolehlah buat semakan harga disini.

 

Jika bernasib baik, anda juga boleh dapat potongan harga, atau special deal. Selamat bercuti ke Pulau Pangkor!

 

 

Baca juga...

  • Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketigaTravelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?
  • Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di SekinchanPengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan
  • Pengalaman menginap di Glory Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di Glory Beach Resort Port Dickson
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke LangkawiLawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
  • Tempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala SelangorTempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Hotel Tagged With: anjungan beach resort hotel, pengalaman menginap di anjungan beach resort, percutian ke pulau pangkor, review anjungan beach resort

Trackbacks

  1. Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary - Xplorasi Destinasi says:
    February 11, 2020 at 4:14 pm

    […] saya, saya nak ke Anjungan Beach Resort di Teluk Nipah, caj yang dikenakan adalah RM16 untuk satu hala. Dari Teluk Nipah kembali ke Jeti Pangkor juga caj […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in