Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah

October 25, 2018 by Sabree Hussin 4 Comments

Sebaik sahaja saya dapat kereta yang disewa dari syarikat Global Lepa, saya merancang untuk terus memandu ke Kundasang, Sabah.

 

Kalau boleh saya nak sampai awal di Kundasang, sebabnya ada beberapa tempat yang saya tak sempat kunjungi semasa percutian saya ke Sabah pada tahun sebelumnya. Salah satu tempat yang saya dah plan nak pergi ialah di War Memorial, Kundasang.

 

Lagi satu, saya juga perlu ambil kira keadaan cuaca yang tak menentu. Kalau tiba-tiba hujan, nanti terpaksa tukar plan pulak.

signboard-jambatan-gantung-tamparuli

Saya dah pernah singgah di Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo sebelum ini, jadi kali ini saya tak bercadang untuk masuk sekali lagi ke tempat tu.

 

Kalau dulu, konsep rumah terbalik ini memang begitu unik pastinya ramai pengunjung ingin ambil peluang untuk lihat sendiri bagaimana rupa dan keadaan rumah terbalik ini. Tapi sekarang ini, saya lihat rumah terbalik dah ada agak banyak di Malaysia.

 

Baiklah, sambung pasal kisah saya jalan-jalan di sekitar Jambatan Gantung Tamparuli, di daerah Tuaran Sabah ini.

parking-area-jambatan-gantung-tamparuli

Kalau anda nak datang ke sini, anda tak perlu risau tentang tempat parking, sebabnya dekat sini ada banyak petak parking yang disediakan.

 

Tempat ini, bukan sahaja menjadi tumpuan pengunjung dari luar, malahan orang tempatan juga menjadikan tempat ini sebagai satu tempat tumpuan.

 

Dekat sini ada pasar, yang menjual barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan juga lauk pauk.

apa-yang-menarik-di-tamparuli

Jadi boleh dikatakan penduduk di sekitar Tamparuli, akan ke Pekan Tamparuli ini untuk dapatkan bekalan makanan harian.

apa-yang-menarik-di-pekan-tamparuli

Inilah dia permulaan jambatan gantung tamparuli.

 

Tiada sebarang bayaran untuk naik ke atas ini. Jambatan ini memang digunakan oleh penduduk setempat untuk menyeberangi sungai tamparuli.

sejarah-jambatan-gantung-tamparuli-sabah

Kita kena mendaki sedikit, macam panjat bukit kecil juga rasanya.

 

Jambatan gantung ni memang agak panjang. Saya rasa, panjangnya mungkin ada dalam 200 meter.

pekan-tamparuli

Bila dah ada dekat atas ini, ambil lah gambar kenang-kenangan dalam sekeping dua.

jambatan-gantung-pekan-tamparuli

Dari atas ini, kita boleh lihat jambatan tamparuli yang dibina menggunakan binaan yang lebih kukuh.

jambatan-besi-tamparuli

Untuk kenderaan seperti kereta, pacuan 4 roda, bolehlah menggunakan laluan tersebut. Tapi kena ambil giliran, sebab laluan yang disediakan hanya muat-muat untuk satu kereta sahaja.

pemandangan-sungai-tamparuli

Atas ini adalah pemandangan sungai tamparuli dari sebelah kiri saya.

 

Ini pula yang dekat sebelah kanan.

apa-yang-ada-di-tamparuli

Tak pasti pula saya, sama ada sungai ini dalam atau tidak, ada buaya ke tak ada, boleh mandi atau tak.

sungai-tamparuli

Saya tak nampak pun kelibat ada budak-budak tempatan yang mandi dekat sini. Kelibat orang memancing pun tak ada.

 

Tak berapa jauh dari sekitar kawasan jambatan gantung tamparuli ini juga ada sebuah rumah yang nampaknya terbiar. Siapalah agaknya pemilik rumah ini ya?

rumah-terbiar-di-tepi-jambatan

Saya perasan ada solar panel diletakkan disini. Kalau anda nak tahu, tempat ini memang panas! Kalau nak datang berkunjung ke sini, datanglah awal pagi, atau lewat petang. Kalau dalam pukul 9 lebih atau pukul 10 tu, memang sangat panas.

papan-solar-tamparuli

Kena siap sedia dengan payung dan spek hitam ya.

 

Dari pembacaan yang saya buat, Jambatan Tamparuli ini memang terkenal sebabnya ada sejarah hitam disebalik pembinaan jambatan ini.

 

Khabarnya, semasa pembinaan jambatan ini dulu, ia telah mengorbankan nyawa seorang anak gadis, dan seterusnya seorang lelaki berbangsa Inggeris.

jambatan-gantung-terkenal-di-sabah

Kalau ada yang minat nak baca, bolehlah baca tentang Lagenda Solungkoi dan Jambatan Tamparuli. Anda boleh baca dari blog urang Sabah ini ya.

 

Betul-betul dekat bawah jambatan gantung Tamparuli ini, ada sebuah restoran yang diberi nama Restoran & Katering UMI Masakan Melayu.

tempat-makan-dijambatan-gantung-tamparuli

Makanannya boleh tahan sedap, dan yang penting dapatlah isi perut sebagai bekalan untuk ke Kundasang nanti.

 

Rupanya bila jalan-jalan kat jambatan gantung tu, perut jadi terasa lapar pula.

makan-tengahari-di-tamparuli

Atas ini adalah nasi ayam. Saya rasa nasi tu adalah nasi biasa, bukannya macam nasi ayam yang ada di kedai-kedai di semenanjung atau di Chicken Rice Shop.

 

Ini pula nasi goreng kampung.

tempat-makan-di-tuaran

Saya tak pasti apa beras yang digunakan sebabnya baru makan beberapa suap, memang dah terasa kenyang. Saya syak beras yang digunakan di Sabah ni mungkin tak sama dengan jenis beras yang di guna di semenanjung.

 

Baiklah, selesai jalan-jalan di Jambatan Tamparuli, saya teruskan pula perjalanan ke destinasi seterusnya… Kundasang, Sabah!

 

diskaun-airbnb

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca perkongsian saya ini tentang pengalaman saya bersiar-siar di sekitar Jambatan Gantung Tamparuli. Sebagai menghargai kesudian anda luangkan masa, apa kata saya berikan kepada anda Travel Credit dari Airbnb bernilai RM120 ini. Sila tuntut di halaman ini.

 

Travel Credit ini, anda boleh gunakan untuk percutian anda nanti. Manalah tahu, anda ada plan nak pergi bercuti ke Sabah juga nanti. Bolehlah jimatkan sedikit kos untuk penginapan anda nanti.

Baca juga: Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara

 

 

Baca juga...

  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Panduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertamaPanduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertama
  • Lawatan ke Muzium Tentera Darat di daerah Lukut, Port DicksonLawatan ke Muzium Tentera Darat di daerah Lukut, Port Dickson
  • Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?
  • Taman Agroteknologi MARDI Cameron HighlandTaman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: bercuti ke sabah, jambatan gantung sabah, jambatan tamparuli sabah, pengalaman bercuti ke sabah, pengalaman percutian ke sabah, sejarah jambatan gantung tamparuli sabah, tips bercuti ke sabah

Comments

  1. Suhaily says

    January 31, 2021 at 11:09 am

    Cerita yang menarik.

    Biasanya beras yang mereka guna jenis beras bukit sebab wangi sedikit dan ada juga dari padi sawah yang dituai dan diproses sendiri.

    Solar itu adalah pengesan banjir sebab seringkali berlaku banjir besar ketika hujan lebat.

    Sungai Tuaran ini agak dalam dan bahaya untuk budak budak, kalau lori besar yang angkat batu kuari boleh hilang dari pandangan jika hilang kawalan dan jatuh ke sungai. Tepi semakin cetek sebab banjir lumpur, biasanya keluasan sungai ini boleh dilihat dari permulaan jambatan besi dibawah.

    Solar itu adalah pengesan banjir hasil usaha pelajar SMK Tamparuli dan Tim mereka mendapat tempat 1 dlm pertandingan inovasi tajaan Petronas.

    Jambatan bawah itu mula dibina tahun 1930 oleh kolonial British dan tahun 1938 telah pun siap sepenuhnya. Banyak kisah tentang sejarah Jambatan tersebut namun kekuatan jambatang ini tidaklah boleh disandarkan semata-mata pengorbanan wanita cantik yang ditanam hidup–hidup, segalanya atas izin Allah juga. Boleh jadi apabila jambatan banyak kali runtuh disebabkan banjir, penggunaan teknologi dan daya pemikiran pasti lebih tinggi dengan menilai kelajuan air, isi padu air dan bahan yang mampu menahan kederasan air dan tekanan air. Tahun 1954 banjir besar juga pernah berlaku dan telah kemusnahan jambatan bawah.

    Setakat itu sahaja perkongsian ya..

    Ok bha..

    Reply

Trackbacks

  1. Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang - Xplorasi Destinasi says:
    October 29, 2018 at 6:33 pm

    […] jalan-jalan di sekitar Pekan Tamparuli dan naik ke Jambatan Gantung Tamparuli, saya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pula, iaitu ke […]

    Reply
  2. Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu - Xplorasi Destinasi says:
    November 18, 2018 at 4:28 pm

    […] (1) Tempat yang dituju: Jambatan Gantung Tamparuli […]

    Reply
  3. 20 Sebab Praktikal manusia menulis dan kenapa anda juga patut jadi penulis - Sabree Hussin Dot Biz says:
    March 22, 2019 at 3:30 am

    […] Baca pengalaman percutian saya ke Sabah disini: Bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in