Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?

February 12, 2018 by Sabree Hussin 10 Comments

Apa aktiviti yang sesuai dilakukan pada waktu malam apabila bercuti di Cameron Highland?

 

Bila sebut nama Cameron Highland, apa dia perkara yang akan terlintas di fikiran anda? Kalau saya, saya akan mula membayangkan ladang teh yang luas terbentang, suasana yang sejuk, kebun strawberry yang kita boleh masuk dan petik sendiri buahnya, dan pelbagai sayur-sayuran serta bunga-bungaan.

ladang-teh-bharat-tea

Kebanyakkan tempat-tempat yang menjadi destinasi pilihan para pengunjung yang datang bercuti ke Cameron Highland, hanya sesuai dilawati pada waktu siang sahaja. Manakala pada waktu malam, kebanyakkan tempat di Cameron Highland tidak dibuka untuk orang ramai.

 

Jadi, apa aktiviti yang sesuai dilakukan disebelah malam kalau pergi bercuti di Cameron Highland?

 

Selepas selesai aktiviti kami di Time Tunnel, kami terus bertolak balik ke homestay di Tanah Rata. Mengikut perancangan asal, kami akan penuhkan aktiviti waktu malam kami di Restoran Taman Abang menikmati Steamboat n’ Grill. Masalahnya ialah, kami dah kenyang dek kerana makan di Time Tunnel Cafe!

 

Rasa agak rugi pula kalau pergi makan steamboat dalam keadaan perut tengah kenyang. Jadi, sedikit perubahan pada plan asal perlu dilakukan. Instead of pergi steamboat, kami terus menghala ke Golden Hills, dimana disini merupakan tapak pasar malam Cameron Highland yang baru.

tapak-pasar-malam-cameron-highland

Dari pembacaan yang saya lakukan, saya dapat tahu yang sebelum ini, pasar malam di adakan di Brinchang dan ianya betul-betul di tepi jalan. Bila pasar malam buat ditepi jalan, maka jalan tersebut jadi penuh sesak dengan kenderaan yang lalu lalang.

 

Jadi bermula tahun 2017, tapak pasar malam ini dipindahkan ke Tanah Rata. Anda perlu masuk ke simpang sebelah kanan menuju ke arah Golden Hills untuk ke Pasar Malam ini.

 

Sekiranya anda menginap di homestay Tanah Rata, atau dikawasan sekitar tempat saya menginap sebelum ini, pasar malam ini sebenarnya tak berapa jauh dari homestay tersebut.

 

Walaupun tak berapa jauh, namun anda tetap perlu memandu untuk ke tempat ini. Ada kawasan parking berbayar disediakan ataupun kalau masih ada ruang, anda juga boleh parking dihadapan kedai-kedai.

apa-yang-menarik-di-pasar-malam-cameron-highland

Pasar malam di Cameron Highland ini beroperasi pada hari Jumaat dan Sabtu. Para peniaga mula membanjiri kawasan ini dengan barangan mereka bermula sebelah petang sehingga lewat malam.

 

Jadi, kalau anda tak tau nak kemana apabila bercuti di Cameron Highland, bolehlah singgah jalan-jalan di Pasar Malam Cameron Highland ini.

 

Apa yang menarik di Pasar Malam Cameron Highland?

Ini juga merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Pasar Malam Cameron Highland. Saya pernah baca dalam satu blog yang saya pun dah tak ingat blog yang mana satu, katanya pasar malam Cameron Highland ni ialah pasar malam paling sejuk dalam Malaysia.

 

Saya rasa mungkin ada betulnya. Semasa saya bercuti di Sabah sebelum ini, saya ada juga singgah ke Tamu di Kundasang (pasar di Sabah dikenali dengan nama tamu) namun pada masa itu, rasanya tak adalah sesejuk seperti di pasar malam Cameron Highland ni.

pasar-malam-golden-hills

Saya perhatikan, kebanyakkan pengunjung yang datang bercuti ke Cameron Highland, mesti akan singgah at least sekali, di pasar malam ini. Rasa macam tak lengkap pulak percutian tu, kalau tak singgah di pasar ini.

 

Ini buatkan saya juga rasa nak tahu, apa sebenarnya yang menarik yang ada di pasar malam ini. Pada asasnya, pasar malam ni kat mana-mana tempat pun sama sahaja.

 

Mungkin yang membezakan antara satu pasar dengan pasar yang lain ialah apa produk utama yang dijual disitu. Memandangkan kita berada di Cameron Highland, jadi sudah tentu kat sini kita akan dapat lihat pelbagai produk dan hasil keluaran Cameron Highland dijual disini.

 

Jom kita mula menjelajah…

 

Buah strawberry disana-sini.

harga-strawberry-pasar-malam-golden-hills

Buah strawberry memang cukup mudah dijumpai di Cameron Highland. Walaupun kita pergi Cameron Lavender untuk melihat taman bunga lavender sekalipun, kita masih lagi boleh jumpa strawberry.

 

Jadi bukan sesuatu yang pelik kalau kita bakal menyaksikan ada banyak peniaga yang menjual buah strawberry di pasar malam Cameron Highland ini.

senarai-harga-buah-strawberry-pasar-malam

Harga buah strawberry yang dijual di pasar malam ini adalah berbeza mengikut saiz, berat dan juga gerai. Walaupun harganya tak banyak beza, namun jika anda pusing satu pasar, anda pasti akan lihat ada sedikit perbezaan dari segi tawaran harga.

 

Strawberry celup coklat memang sedap. Saya rasa, saya lebih suka kalau makan strawberry dengan coklat, berbanding makan begitu sahaja.

 

Semasa kami lalu didepan gerai menjual pokok kaktus ni, abah sempat bercerita tentang pengalaman dia menjadi peniaga kaktus semasa di Jitra dulu.

shopping-kaktus-pasar-malam

Waktu tu, memang tak ada siapa yang terfikir untuk jual kaktus. Sambutan memang sangat-sangat menggalakkan! Maklumlah, kat tempat lain, tak ada yang jual kaktus ni lagi.

 

Stok kaktus diperolehi dari Cameron Highland. Bila beli dalam jumlah yang banyak, boleh dapat lagi murah. Satu pokok pulak jual dalam harga RM3 – RM5. Memang untung besar.

harga-kaktus-cameron-highland

Kemudian bila dah mula ada orang lain jual kaktus juga, abah stop jual. Move on kepada jual benda lain pulak. Lagipun masa ni memang dah untung banyak hasil daripada perniagaan kaktus.

 

Saya rasa, ini mungkin efek selepas masuk ke Time Tunnel agaknya. Mood nak bercerita pengalaman dan berkongsi kisah hidup masa lalu masih belum habis lagi.

 

Apapun, saya rasa, its a good idea untuk jual kaktus ni. Kaktus ni dah la comel-comel. Dulu masa saya sekolah, ada satu hari tu, semasa hari kantin, ada kelas yang menjual kaktus. Memang ramai orang berebut-rebut beli.

 

Saya pun tak pasti, sama ada pelajar-pelajar sekolah ni, beli kaktus sebab dia minat pokok, atau sebab dia nak cucuk duri kaktus tu kat pipi kawan dia. Entahlah… budak-budak kan… tau nak main dan bergurau je.

 

Ada juga gerai yang menjual permainan untuk kanak-kanak.

pasar-malam-kg-sungai-ruil

Orang tempatan pun ramai yang datang ke sini untuk dapatkan barangan keperluan. Bagi yang ada anak kecik, mungkin ada yang perlu belikan mainan untuk anak-anak mereka.

 

Kalau nak dapatkan baju yang ada tulis Cameron Highland pun boleh dapatkan disini.

Ada design yang lawa, ada design yang biasa-biasa je. Mana yang lawa, biasanya harganya pun lebih tinggi.

 

Bila berada di Cameron Highland ni, saya perhatikan, ubi keledek ini adalah antara yang popular.

harga-keledek-pasar-malam-cameron-highland

Ada gerai yang menjual keledek yang masih mentah dan ada juga yang jual dah siap direbus.

 

Satu lagi, jagung mutiara.

jagung-mutiara-cameron-highland

Jagung mutiara ni juga antara produk keluaran Cameron Highland yang popular dan dicari-cari oleh pengunjung yang datang bercuti ke sini.

 

Cuma anda perlu kenal mana satu jagung mutiara dan mana satu yang bukan. Jagung mutiara ni harganya agak mahal.

 

Kalau anda menginap di Homestay SophiaRose Muslim House, dekat homestay tu ada disediakan set peralatan untuk buat steamboat.

 

Sekiranya anda nak cari bahan-bahan untuk dijadikan menu steamboat nanti, memang sesuai sangat kalau cari di pasar malam ini.

Ada banyak sayur segar yang sesuai dijadikan bahan untuk buat steambot boleh diperolehi dari pasar malam ini.

 

Kalau nak cari salad pun ada kat sini.

pasar-malam-tanah-rata-cameron-highland

Sebelum balik, saya beli dulu sedikit bekalan untuk makan malam.

 

Masa ni memang masih kenyang lagi, sebab dah makan dekat Time Tunnel Cafe tadi, tapi risau juga kalau tengah-tengah malam nanti, tiba-tiba rasa nak makan pulak.

pasar-malam-cameron-highland-golden-hills

Untuk bekalan, belilah juga nasi ayam di pasar malam ini. Harganya tak begitu mahal. Rasanya lebih kurang macam harga nasi ayam kalau dekat KL. Sebungkus lebih kurang RM6 kalau saya tak silap.

 

Saya habiskan masa lebih kurang dekat satu jam dekat pasar malam Cameron Highland ni.

golden-hills-night-market

Bila saya tengok kabus tebal mula menyelebungi tempat ni, saya anggap ini petanda untuk beredar dari sini.

 

Bukan apa, saya bimbang juga kalau-kalau nanti kabus tebal tu akan membahayakan pemanduan saya untuk balik ke homestay di Tanah Rata nanti.

apa-yang-menarik-di-cameron-highland

Sebenarnya kalau nak lepak-lepak dan jalan-jalan kat sini sampai malam pun boleh. Cuma saya dah rasa agak penat.

 

Pada hari yang sama, saya dah bangun seawal jam 4.30 pagi dan memulakan pemanduan dari KL untuk ke Cameron Highland sekitar jam 5 pagi. Saya pun dah mula rasa agak penat, dan kalau boleh nak cepat-cepat balik ke homestay dan berehat sahaja.

 

Mujurlah saya masih ada masa dua hari untuk jalan-jalan di sekitar Cameron Highland. Untuk tempat-tempat percutian, yang memerlukan saya memandu sekitar 5 jam, saya lebih suka kalau dapat bercuti sekurang-kurang 2 malam. Jadi tak adalah terkejar-kejar masa.

 

Bila lama-lama menginap di homestay, mungkin salah satu yang akan menjadi kerisauan adalah kos penginapan. Itu sebab saya pilih untuk menginap di homestay. Homestay sekarang ni pun banyak yang lawa-lawa.

 

Misalnya di SophiaRose Muslim House ini. Kos sewaan dia pun tak begitu mahal. Pada masa catatan ini saya buat, kos sewa semalaman hanyalah RM182 sahaja.

 

Malahan anda boleh gunakan travel credit bernilai RM120 ini untuk lebih penjimatan. Sila ke halaman ini untuk claim travel credit anda.

 

Baiklah, kita sambung ke hari esok untuk menjelajah tempat-tempat menarik yang ada di Cameron Highland.

 

 

 

 

Baca juga...

  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indahCameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
  • Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju EnterpriseShopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Tempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala SelangorTempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: pasar malam cameron, pasar malam cameron golden hills, pasar malam golden hills, pasar malam tanah rata, tempat menarik di cameron highland

Comments

  1. Ema says

    February 13, 2018 at 11:24 am

    Dah lama tak singgah pasar malam CH ni… singgah sekejap semasa otw balik dr Kel-KL atau sebaliknya.

    Reply
  2. Mus says

    February 13, 2018 at 12:20 pm

    terbaiklah artikel ni tuan.. sy tak pernah sampai sana lagi

    Reply
  3. Hans says

    February 14, 2018 at 6:51 pm

    last pergi sana
    yang menarik sebab dapat beli buah warna hijau macam epal tu
    manis gila

    Reply
    • Sabree Hussin says

      February 15, 2018 at 8:53 am

      Apa nama buah tu? Saya ada jumpa Apple Cameron. Tapi tak beli pulak. Buah tu ke yang Hans maksudkan?

      Reply
  4. ASY says

    September 5, 2018 at 11:52 am

    pasar malam ni kalau on public holidays bukak x ?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      September 12, 2018 at 9:33 am

      Setahu saya buka. Itupun kalau public holiday tu jatuh pada hari yang biasa memang mereka buka

      Reply
  5. rozaione says

    June 14, 2020 at 9:12 am

    Info terbaeeek, insyallah kami pun nak kesana lagi.

    Reply

Trackbacks

  1. Restoran Taman Abang - Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland - Xplorasi Destinasi says:
    February 15, 2018 at 8:28 pm

    […] malam pertama di Cameron Highland, saya dah luangkan masa berkunjung ke Pasar Malam Cameron Highland yang terletak di Golden Hills, apa aktiviti yang sesuai untuk  dilakukan pada malam kedua di […]

    Reply
  2. SophiaRose Muslim House - Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland - Xplorasi Destinasi says:
    February 26, 2018 at 2:45 pm

    […] Kalau nak cari sayur-sayur segar, boleh ke Pasar Malam Cameron Highland. […]

    Reply
  3. Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang - Xplorasi Destinasi says:
    July 9, 2018 at 4:11 pm

    […] ni sekitar jam 7 petang kalau tak silap. Saya dan keluarga baru balik dari Pasar Malam Cameron Highland di Golden Hill, Tanah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in