Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat Parit Buntar

October 20, 2017 by Juan Leave a Comment

Sebelum ini pernah bersembang dengan rakan sekerja tentang tempat, pasar atau lokasi tertentu di sebelah negeri utara ada terdapat banyak tempat yang menjual barangan dengan harga murah. Masa pertama kali saya tinggal di Pulau Pinang, RopeWalk adalah lokasi “pasar karat” yang saya kenal ketika itu sebagai lubuk barangan murah. Selalu jugalah saya beli kasut sukan gred AAA di sana. Setakat dari pengalaman peribadi memang berpuas hati. Dan selepas itu rakan saya pula bercerita tentang pasar kemboja. Kononnya ada banyak dijual di sana pakaian yang murah murah. Katanya kalau hendak bawa isteri pergi ke sana cari baju murah memang berbaloi. Itu adalah apa yang rakan saya katakanlah.

Dan entah kenapa, pada minggu lepas selepas gaji isteri saya tiba tiba mengajak saya untuk pergi ke pasar kemboja. Saya tiba tiba teringat akan perkongsian rakan saya sebelum ini. Saya tanyakan kepada isteri kenapa beliau hendak ke sana. Dan beliau katakan mahu membeli baju untuk dipakai ke tempat kerja. Saya pun terus setuju tanpa membantah. Ini kerana saya jenis yang suka untuk pergi melawat mana mana kawasan atau tempat yang “menarik” bagi pandangan saya dan sukakan tempat yang saya belum pernah pergi. Jadi, pasar kemboja ini memang saya belum pernah pergi. Jadi itulah sebab kenapa saya terus bersetuju.

Pasar Kemboja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan
Pasar Kemboja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan

Banyak Pakaian Murah Wanita Di Pasar Kemboja

Dari jawapan isteri saya, pasar kemboja ini terletak di Parit Buntar Perak iaitu di kawasan Permatang Tok Mahat. Ianya berada betul betul berdekatan dengan sempadan antara Pulau Pinang dengan negeri Perak. Oleh kerana saya tinggal di Penang, jarak untuk ke pasar kemboja ini tidaklah terlalu jauh bagi saya. Pagi pagi lagi sudah bertolak ke sana kerana tidak mahu bersesak sesak dan berpanas. Maklumlah cuaca Malaysia kita inikan panas. Kalau sampai ke pasar kemboja tengah hari, memang berpeluhlah badan hendak berjalan ke sana ke mari sepanjang pasar kemboja ini.

Harga baju blouse wanita murah di pasar kemboja parit buntar
Harga baju blouse wanita murah di pasar kemboja parit buntar

Dari pengalaman saya ke pasar kemboja ini adalah. Pasar ini berada di kiri dan kanan jalan dan ianya sepanjang jalan. Kalau time hari cuti, memang kawasan ini akan menjadi sangat sesak. Maklumlah pasar berada di bahu kiri kanan jalan. Ianya dibuka dari jam 6 pagi sehingga jam 1 tengah hari pada setiap hari sabtu. Kebanyakkan produk yang dijual adalah dalam kategori pakaian wanita. Ada telekung, sejadah, baju kurung, baju blouse, tudung wanita dan pelbagai lagi. Makanan dan barang barang lain pun banyak dijual. Tetapi pakaianlah yang paling banyak. Orang kata, kalau hendak jimat sewaktu raya, sila beli baju kurung pasang siap di pasar kemboja ketika hendak dekat dengan perayaan.

Dapatkan baju kurung wanita dengan harga murah di Pasar Kemboja
Dapatkan baju kurung wanita dengan harga murah di Pasar Kemboja

Jadi timbul persoalan. Adalah pakaian wanita seperti baju kurung dan baju blouse betul betul murah di sini? Sebagai seorang lelaki, saya tidak pasti samada harga yang dikenakan itu murah atau tidak. Tetapi dari perkongsian isteri saya, harga pakaian di pasar kemboja itu memang murah. Anda jangan terkejut kalau anda melihat baju blouse wanita kebanyakkannya dijual dengan harga serendah RM25 sahaja. Malah kalau anda hendak beli kain pasang pun banyak. Mengikut nasihat dari orang orang lain yang pernah ke pasar kemboja ini. Mereka mengatakan kalau hendak beli barang dengan harga lagi murah, sila beli dengan harga pukal untuk produk yang sama lebih lebih lagi kalau anda seorang peniaga. Memang murah sangat sangat. Saya sudah pergi. Anda bila lagi? Bye.


>>> Dapatkan Baju Kurung Murah Online – [ Click Here ] <<<

Baca juga...

  • Bolehkah Beli Tiket Bas Secara OnlineBolehkah Beli Tiket Bas Secara Online
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluargaSungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga
  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Umum Tagged With: baju kurung murah di pasar kemboja, beli baju blouse di pasar kemboja, beli baju kurung di pasar kemboja, beli barang murah di pasar kemboja, pakaian wanita murah pasar kemboja, pasar kemboja, pasar kemboja parit buntar, pasar kemboja perak, pasar kemboja permatang tok mahat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in