Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor?

June 29, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Satu hari, saya menerima soalan ini.

“Kat pantai mana yang selamat kalau nak cari pepahat?”

 

Masa tu, saya tengah makan malam di Seoul Garden, dan kebetulan memang ada ambik pepahat sebagai bahan untuk stimbot.

pepahat-di-selangor

Kenapalah agaknya nak bersusah-payah nak cari pepahat? Kalau beli je kan senang. Saya pun tak tau sangat sebenarnya, kat pantai mana lagi yang ada di Selangor ni, yang kita boleh jumpa pepahat.

 

Dari pengalaman saya sebelum ini, saya pernah tengok orang cari pepahat di pantai Morib.

Baca juga ya

1. Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga

2. 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!

waktu-air-pasang-di-morib

Kebetulan masa saya datang ke Pantai Morib ini, saya nampak dari kejauhan ada ramai yang tengah mencari pepahat. Mula-mula saya pun pelik, apa agaknya yang mereka buat tu.

 

 

Nak kata pergi main air laut, tak nampak pun gaya tengah main air laut. Lagipun waktu tu, air laut tengah surut.

Ada yang datang bersama keluarga, dengan kawan-kawan pun ada. Bila saya datang dekat, baru saya tahu yang mereka ni rupa-rupanya tengah mencari pepahat.

 

Macam-macam teknik dan gaya ada. Ada yang membongkok-bongkok dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Ada yang mencangkung, dan ada juga yang terus duduk satu tempat.

 

 

Orang yang mencari pepahat di Pantai Morib ni, ada yang buat sekadar suka-suka. Tapi ada juga yang cari pepahat untuk dijual semula. Kiranya, mengutip hasil laut ini, dah jadi sebagai salah satu sumber dan punca pendapatan.

 

Misalnya pakcik yang tengah sibuk cari pepahat ini.

bamboo-clam-in-pantai-morib

Waktu dia tengah sibuk tu, saya ambik satu pepahat yang dia dah kumpulkan.

 

Saya ada sembang-sembang dengan pakcik ni, sambil-sambil dia cari pepahat tu. Katanya, dia ada buka gerai menjual pepahat di tepi-tepi jalan. Kalau nak, boleh beli dari dia. Tapi lambat sikit la, dalam pukul 12 keatas macam tu, baru dia bukak kedai.

 

Kalau dia tak ada, boleh beli dari isteri dia.

 

Nak cari pepahat ini, kena ada pakaian yang sesuai. Masuk kawasan yang basah, berpasir dan ada lumpur pulak tu.. mesti kotor. Itu belum campur dengan suasana panas lagi. Boleh terbakar kulit nanti. Itu sebab kena pakai topi yang agak lebar untuk halang terik matahari daripada terus kena ke kepala.

 

Kalau beli je, kita bukan sahaja memudahkan diri, malahan pada masa yang sama, dapat tolong penduduk kampung macam pak cik ni tambah pendapatan.

 

Terpulanglah, mana satu yang anda nak buat. Saya pernah juga baca sebelum ini, dari pengalaman orang lain, dia datang ke sini cari pepahat bersama keluarga sebagai aktiviti riadah bersama.

 

Mereka ambil peluang ini, untuk berkumpul bersama, dan lakukan aktiviti yang sama. Bila dah dapat hasilnya, kumpulkan dan masak. Boleh makan ramai-ramai.

 

Itulah kisahnya.

 

 

Kalau anda nak cari pepahat, nak dapatkan pengalaman yang unik ini, bolehlah datang ke Pantai Morib ya. Datang ketika air tengah surut.

 

 

Baca juga...

  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron HighlandRestoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland
  • Pengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines ResortPengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines Resort
  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • Apa yang menarik ada di sekitar Bandar TangkakApa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: cari pepahat, kat mana nak cari pepahat, pantai ada pepahat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in