Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson

September 16, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pagi Sabtu itu saya bersarapan di tepi pantai.

 

Bukannya betul-betul duduk di tepi pantai, bentang tikar dan sebagainya, tapi memandangkan guesthouse yang kami booking ini, iaitu The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, letaknya memang dekat betul dengan pantai, so saya kira feeling dia sama macam bersarapan ditepi pantai.

pemandangan-pantai-tanjung-tuan

Aktiviti pagi ini, adalah melawat ke Rumah Api Tanjung Tuan yang letaknya dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Walaupun dah “diingatkan” yang tempat tu agak keras, namun saya tetap nak teruskan juga aktiviti lawatan ni.

 

Apa yang penting, semasa berada disana, betulkan niat, jaga tingkah laku, dan sentiasa waspada. Tutur kata pun perlu sentiasa dijaga.

 

Pengalaman di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan telahpun saya kongsikan dalam blog ini sebelum ini.

tempat-makan-tanjung-tuan

Pagi itu, selepas sarapan sandwich dengan air milo, saya terus siapkan diri untuk ke tempat yang dirancang. Sambil bersarapan tu, saya sempat juga tengok-tengok keadaan di pantai.

 

Bila tengok ombak kecil menghempas pantai ni, timbul juga rasa teringin nak turun dan mandi di pantai pagi itu.

tanjung-tuan-beach-resort

Masa ini masih belum ada lagi orang yang mandi di pantai ini. Mungkin masih terlalu awal, untuk para pengunjung yang menginap disini turun ke pantai.

 

Waktu petang, itupun selepas jam 5 petang baru saya mula “berkenalan” dengan Pantai Tanjung Tuan ini.

Kalau nak turun lebih awal, dalam lepas asar pun ok, cuma waktu tu agak panas. Sebelum ini saya pernah ada pengalaman kena sunburn. Rasanya serik dah nak mandi laut pada waktu tengah panas.

 

Bila saya tengok dah mula ramai yang memenuhi kawasan pantai, baru saya turun.

pantai-menarik-port-dickson

Apabila menginap disini, kita boleh pilih sama ada nak mandi di swimming pool ataupun nak mandi di pantai. Swimming pool kat sini, agak padat dan ramai orang.

 

Mungkin sebab hari cuti.

 

Lagi satu, saya perhatikan, penjaga swimming pool ini, tak meletakkan peraturan yang ketat untuk mandi dekat sini. Misalnya, kalau nak mandi kena pakai swimming attire yang betul. Kalau cuma pakai t-shirt, tak boleh masuk dalam ni.

 

Bila tak ada peraturan yang ketat macam tu, akhirnya swimming pool jadi ramai yang masuk. Percutian kali ini, saya tak sempat mandi di swimming pool.

aktiviti-pantai-tanjung-tuan

Walaupun tak dapat nak merasa main air di swimming pool, dapat main air dekat tepi pantai pun dah kira ok.

 

Pantai Tanjung Tuan ini, tak kurang menariknya kalau nak dibandingkan dengan lain-lain pantai yang ada di sekitar Port Dickson.

 

Kalau nak buat aktiviti pantai macam main banana boat, jetski dan sebagainya, juga boleh dilakukan disini.

tanjung-tuan-beach-resort

Kawasan pantainya juga agak panjang.

pantai-tanjung-tuan-port-dickson

Kalau ada yang merancang nak buat family day, dan berkira-kira nak buat acara sukaneka dekat sini, juga tak ada masalah. Dengan keadaan pantai yang agak luas, ia tidak akan mengganggu pengunjung lain.

 

Ini masa pagi hari Ahad. Pagi terakhir kami di The Regency Tanjung Tuan.

cuaca-di-port-dickson

Pagi itu hujan turun renyai-renyai. Sesekali ada juga angin bertiup kuat.

 

Bila hujan dah mula reda, dapat tengok pelangi.

pelangi-tanjung-tuan

Check out adalah pada jam 12 tengahari. Disebabkan pagi tu hujan, jadi saya tak jadi nak turun ke pantai. Duduk dalam guesthouse sambil baca buku sahaja.

 

Alhamdulillah, dapat habiskan baca sebuah buku.

In Shaa Allah, ada rezeki, ada masa dan kesempatan, saya akan datang sekali lagi bercuti ke sini.

 

Saya suka tempat ni, salah satu sebabnya ialah saya boleh baca buku dengan tenang. Kalau ada pembaca blog ini, yang rasa berminat nak datang bercuti ke Port Dickson, dan masih berkira-kira sama ada nak bermalam atau balik hari, saya syorkan anda check in at least semalaman.

 

Anda boleh gunakan travel credit ini untuk buat tempahan dari laman web Airbnb.

diskaun-airbnb

Saya juga gunakan travel credit ketika buat tempahan untuk menginap disini. Anda boleh tuntut travel credit bernilai RM120 menerusi pautan ini.

 

Gunakan travel credit ini untuk buat tempahan bilik hotel dari laman web Airbnb. Ianya lebih menjimatkan.

 

Saya ucapkan selamat bercuti dan semoga anda juga seronok apabila berada di Tanjung Tuan nanti.

 

 

Baca juga...

  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Pantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port DicksonPantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson
  • Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajetSantapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
  • Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluargaPantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga
  • Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluargaPercutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: aktiviti menarik di pantai tanjung tuan, pantai menarik di port dickson, tanjung tuan beach resort, tarikan yang terdapat di pantai tanjung tuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in