Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson

July 18, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Semasa saya bercuti di Port Dickson tempoh hari, saya sempat singgah ke Pantai Cahaya Negeri untuk melihat pemandangan disekeliling. Dalam percutian saya yang lalu, tempat ini terlalu ramai pengunjung.

 

Oleh sebab saya tak dapat tempat untuk parking kereta, jadi saya terpaksa tangguhkan hasrat untuk jalan-jalan disekitar Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung pada ketika itu.

menara-pulau-burung

Pemandangan di Pulau Burung.

 

Alhamdulilah, lepas dah penat jalan-jalan disini, saya buat keputusan untuk pergi ke destinasi tumpuan pengunjung yang lain, yang terdapat di Port Dickson ini. Destinasi pilihan saya ialah Muzium Kota Lukut.

 

Dengan keadaan sekeliling yang dah mula panas membahang, saya rasa lebih baik kalau dapat pergi ke tempat yang ada aircond. Kalau boleh memang nak terus check in di Lexis Water Chalet, tempat penginapan pilihan saya pada kali ini.

 

 

Namun apakan daya, tetamu yang menginap disitu masih belum keluar, dan saya hanya boleh check in selepas jam 2 petang.

menarik-di-pantai-tanjung-gemok

Kesempatan yang ada, saya gunakan untuk cari lokasi tempat penginapan kami. Saya pun baru pertama kali nak menginap di Lexis. Terpaksa mengharapkan GPS untuk cari lokasi sebenar tempat tersebut.

 

Masa menunggu di traffic light tu, saya ternampak signboard Pantai Tanjung Gemok ni.  Tak sangka pula, rupanya pantai ini akan jadi pantai untuk saya mandi manda nanti.

 

 

Hari pertama check in di Lexis Water Chalet, saya tak terus mandi pantai. Waktu tu air tengah surut.

lexis-swimming-pool

Mujurlah dekat Lexis ni, ada disediakan swimming pool yang agak luas. Seronok juga mandi manda dalam swimming pool ini. Cuma para pengunjung yang nak mandi di sini kenalah ikut peraturan pemakaian yang ditetapkan.

 

Kalau tak ikut, akan ada petugas yang akan meminta anda keluar dari pool ini. Bila dah puas main air dalam ini, saya terus menuju ke pantai pula.

cara-ke-pantai-tanjung-gemok

Untuk ke pantai, anda boleh jalan kaki sahaja. Ada laluan khas yang boleh digunakan.

 

Lexis ini rupanya dekat sangat dengan Glory Beach Resort.

apa-yang-menarik-pantai-tanjung-gemok

Pantai dekat sini memang akan ada ramai orang. Apa tak nya, kita akan kongsi pantai ini dengan para pengunjung yang menginap di Glory Beach Resort sekali.

Baca juga: Pengalaman saya menginap di Glory Beach Resort

 

Pengunjung yang menginap di Lexis dan Grand Lexis juga akan menuju kesini kalau nak mandi laut.

pantai-menarik-port-dickson

Pantai dia agak luas.

pantai-port-dickson

Waktu saya datang ke sini, hari dah hampir senja.

 

Baju yang saya gunakan untuk mandi dekat swimming pool tadi pun dah kering. Saya tak rancang nak mandi laut masa ini. Lagipun saya dah penat mandi di swimming pool.

pantai-tanjung-gemok-port-dickson

Saya datang ke sini pun sekadar nak menjelajah dan lihat keadaan sekeliling. Saya suka pasirnya yang putih tu. Lagi satu, kat sini saya tak jumpa terumbu karang, macam yang banyak terdapat di Pantai Bagan Pinang dan Pantai Corus Paradise.

 

Kalau nak jalan-jalan berkaki ayam pun tak bimbang terpijak terumbu.

apa-yang-menarik-port-dickson

Waktu ini air baru nak pasang.

 

Dari sini memang boleh nampak Lexis Water Chalet tempat kami menginap.

pantai-port-dickson

Ada yang main air, dan ada juga yang hanya bersiar-siar tepi pantai.

 

Suasana dia sangat tenang disini.

keadaan-di-port-dickson

Dekat sini, ombaknya tak terlalu kuat. Memang sesuai untuk budak-budak mandi dan main air kat sini.

 

Bila mandi kat sini (keesokkan harinya) saya rasa macam tengah mandi dalam swimming pool yang sangat luas.

bercuti-ke-port-dickson

Air lautnya juga tak terlalu keruh. Bila kita masuk dalam air, at least kita masih boleh nampak kaki kita. Setengah laut, bila kita dah masuk dalam tu, memang tak nampak apa-apa.

 

Misalnya kat Pantai Remis Kuala Selangor tu.

percutian-ke-pantai-tanjung-gemok

Selepas dah luangkan masa kat sini, saya rasa Pantai Tanjung Gemok ini adalah salah satu pantai terbaik untuk kita buat aktiviti. Boleh datang lagi dimasa akan datang.

 

Jika anda merancang nak pergi bercuti ke Port Dickson di masa akan datang, mungkin boleh pertimbangkan untuk pilih pantai ini.

diskaun-airbnb

Tempat untuk menginap yang terdekat adalah Glory Beach Resort, Lexis dan juga Grand Lexis. Untuk tempahan, anda boleh gunakan travel credit bernilai RM120 ini.

 

Travel credit ini, hanya boleh digunakan apabila anda menggunakan laman web Airbnb. Tapi, kalau anda nak terus berurusan dengan pihak pengurusan resort, anda tak boleh guna travel credit ini.

 

Cubalah buat perbandingan dan lihat mana satu yang lebih menguntungkan anda nanti ya. Selamat bercuti ke Port Dickson!

 

Ada beberapa Resort yang dekat dengan Pantai Tanjung Gemok ini. Kalau anda dah lama tak mandi laut, dan teringin nak mandi laut, saya boleh katakan tempat ini memang best.

 

Tapi kalau balik hari yang sama, macam tak puas pulak. Melainkan kalau anda memang tinggal tak berapa jauh dengan Port Dickson. Kalau macam saya ini, yang tinggal di Selangor dan perlu drive satu jam lebih untuk sampai ke sini, saya lebih suka kalau boleh check in.

 

Pada saya la kan, kalau menginap dua malam dekat area sini pun tak boring. Untuk memudahkan anda cari tempat penginapan yang cantik, selesa dan menepati bajet anda, anda juga boleh buat tempahan melalui laman web Agoda tau.

 

Jika anda nak buat tempahan di Glory Beach Resort, boleh terus ke halaman ini.

Jika anda nak cuba menginap di Grand Lexis, boleh lihat tawaran-tawaran menarik disini.

Ataupun, kalau nak menginap di Lexis Port Dickson seperti saya, boleh bandingkan harga di Agoda menerusi pautan ini.

 

Saya ucapkan selamat bercuti dan semoga anda juga seronok semasa berada di Pantai Tanjung Gemok nanti ya.

 

 

Baca juga...

  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Aktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port DicksonAktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: apa yang menarik di port dickson, bercuti di port dickson, bercuti ke port dickson, pantai menarik di port dickson, pantai port dickson, pantai tanjung gemok port dickson

Trackbacks

  1. Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    September 12, 2018 at 2:45 pm

    […] (1) Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in