Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan

October 19, 2017 by Sabree Hussin 4 Comments

Pantai Remis terletak di Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor. Pantai ini, merupakan pantai yang paling dekat dengan kampung halaman saya, di Klang Selangor.

 

Kalau dari rumah saya di Klang, hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja untuk sampai ke Pantai Remis. Masa zaman kanak-kanak dulu, memang kerap juga saya datang ke tempat ini.

apa-yang-best-di-pantai-morib

Sekarang ni, apa yang boleh saya katakan, memang agak banyak perubahan yang ketara di pantai ini. Pengunjung pun dah makin ramai.

 

Saya datang ke pantai ini pada tarikh 14 Oktober 2017, dan kebetulan pada tarikh yang sama, rupa-rupanya ada Program Pembersihan Pantai Negeri Selangor.

Oleh sebab saya datang pada sebelah petang, jadi saya terlepas program ini. Apa pun tahniah buat penganjur program ni, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar kerana mengadakan program seperti ini. Harap-harap dapat selalu dibuat dan dapat jaga kebersihan dan mencantikkan lagi Pantai Remis.

 

Salah seorang kakak saya, berkahwin dengan orang Perak. Kalau tak silap sekitar tahun 90an (sebelum tahun 2000). Hanya pada waktu tu, baru saya tahu yang rupanya, dekat negeri Perak juga ada tempat yang dinamakan sebagai Pantai Remis.

 

Apabila saya bercerita dengan orang Perak, yang saya kerap datang ke Pantai Remis, mereka seolah-olah rasa kagum. Mungkin sebab mereka sangka yang saya pergi ke Pantai Remis, Perak sedangkan saya tengah bercakap tentang Pantai Remis Kuala Selangor.

 

Lepas tu barulah kami sama-sama tahu, rupa-rupanya nama Pantai Remis ada di Kuala Selangor dan juga di Perak. Sekarang dah tak confuse lagi.

 

memancing-di-pantai-remis

Bagi yang tak pernah sampai lagi ke tempat ni, bolehlah tengok-tengok beberapa gambar yang sempat saya rakamkan disini. Manalah tahu, ada masa nanti anda mungkin nak bawa famili ke sini.

 

Saya keluar rumah lebih kurang jam 5.30 petang. Sekitar pukul 6 petang saya dah sampai ke pantai ni. Bulan Oktober 2017, waktu Maghrib masuk awal. Jam 7.02 petang dah masuk waktu. Jadi masa ni, memang cepat gelap. Saya ada masa kurang dari 1 jam untuk ambik gambar.

 

apa-yang-menarik-di-kuala-selangor

Kalau nak turun ke kawasan pantai, kena sentiasa berhati-hati. Tempat ni ada banyak batu-batu besar. Kalau terjatuh, confirm sakit.

 

Bagi yang bawa budak-budak tu, awasi setiap langkah anak-anak anda ya.

 

waktu-senja-di-pantai-remis

Kawasan pantai di Pantai Remis kebanyakkannya berselut. Airnya juga tidak begitu jernih. Kalau datang ke sini, saya tak galakkan anda mandi.

 

Walaupun begitu, saya masih ingat lagi, semasa saya masih kecil dulu, saya pernah mandi dan bermain air di pantai ini. Sekarang ni, bila dah besar, saya rasa macam tak sanggup pulak nak mandi kat tempat berselut macam ni.

 

pantai-remis-jeram-waktu-senja

Tetapi kalau setakat nak duduk-duduk tepi pantai, berkelah, itu memang sesuai. Ada juga pengunjung yang datang ke sini untuk bermain layang-layang.

 

pantai-remis-banyak-kerang

Kalau anda tak kisah nak kotorkan pakaian dengan selut, mungkin anda boleh turut serta turun ke pantai ketika air sedang surut untuk bersama-sama mengutip hasil laut, seperti kerang, remis, dan sebagainya.

 

makan-seafood-percuma

Sesetengah penduduk tempatan, memang kerjanya mengutip hasil laut. Ada yang untuk makan sendiri, dan sebahagian lagi dijual.

 

kutip-seafood-di-pantai-remis

Waktu air surut, adalah masa untuk cari kerang. Seronok juga bila ada kawan yang boleh sama-sama turun ke laut untuk kutip kerang.

 

Ianya percuma sahaja, dan kita boleh ambik seberapa banyak yang kita nak. Larat dengan tak je.

 

Dekat sini juga ada pondok dan trak polis. In Shaa Allah, tempat ni selamat.

 

Cuma buat mereka yang nak berpiknik di sini, kena hati-hati dan waspada terhadap barang-barang. Tempat ni ada banyak monyet. Kalau terleka, habislah barang-barang kita kena curi.

 

Kalau anda ada khemah, boleh pasang khemah dan zip dengan baik.

Dengan cara simpan barang dalam khemah, ia lebih selamat berbanding anda cuma letak barang-barang atas tikar sahaja.

 

Saya diberitahu, oleh peniaga disini, setiap hari Ahad akan diadakan pasar. Saya tak pasti dari pukul berapa sampai pukul berapa. Tetapi yang pasti, menjelang malam, sekitar jam 7 petang, ramai peniaga yang dah mula mengemas gerai masing-masing.

 

Jadi, saya rasa mungkin mereka mula lebih awal.

 

Disini anda boleh dapatkan macam-macam makanan laut, seperti ikan, udang, sotong, kerang dan sebagainya. Kalau nak cari ikan masin juga ada dijual di Pantai Remis ini.

 

Ada juga gerai yang menjual sayur-sayuran kampung disini.

 

Bila terlihat kerang-kerang ni, saya teringat brader yang kutip kerang tadi. Ya, kalau rasa tak nak kotorkan pakaian dan badan dengan selut semata-mata nak makan kerang, boleh beli je di pasar ni.

 

Harganya lebih kurang RM8 sekilo (pada hari saya pergi). Kalau anda teringin nak rasa kerang bakar Pantai Remis, harganya RM13 untuk satu pinggan.

 

Tak perlu susah payah nak kotorkan badan dan bermandi peluh. Hanya perlu order sahaja.

 

Saya terlihat ada satu gerai yang menjual lokan. Ini buatkan saya teringat, pengalaman pertama kali merasai sendiri lokan adalah semasa saya bercuti ke Sabah. Saya terbang ke Sabah semata-mata ingin merasai pengalaman menikmati lokan bakar, sedangkan kat tempat sendiri pun ada jual lokan.

 

Cuma setakat ni, saya masih belum jumpa lagi gerai menjual lokan bakar yang besar seperti yang dapat dilihat di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.

 

Kat Pantai Remis Kuala Selangor ni anda tak perlu risau tentang tempat makan. Ada banyak restoran yang anda boleh pilih. Atas ini adalah salah satu restoran yang sempat saya rakamkan. Selebihnya tak sempat saya nak ambil gambar, sebab hari pun dah beransur gelap masa tu.

 

Mungkin pada lain masa, kalau saya datang sekali lagi ke sini, In Shaa Allah saya akan fokus lebih pada tempat makan yang best di Pantai Remis Jeram ni.

 

Kalau ada yang berminat nak bermalam di tepi pantai, disini saya ada jumpa satu tempat penginapan. Saya tak kenal siapa pemilik tempat kediaman ni, seperti mana saya kenal pemilik homestay di Tangkak.

 

Ada nombor telefon yang dilekatkan di bahagian hadapan rumah. Kalau anda nak cuba call, boleh cuba hubungi nombor ini

Rumah Penginapan Pantai Remis

Hubungi: 017-282 0479

 

Akhir sekali, sebelum balik, saya sempat solat Maghrib disini.

Di Pantai Remis juga ada disedikan tempat solat yang selesa. Tandas dan bilik mandi berbayar juga ada disediakan.

 

Bagi mereka yang dalam perjalanan, sama ada menuju ke arah utara atau dari arah utara dan yang menggunakan jalan lama melalui Kuala Selangor, mungkin boleh singgah sebentar di Pantai Remis bagi menghilangkan penat lelah memandu.

 

Memandangkan kawasan sekitar tidak ada hentian Rehat dan Rawat seperti mana yang biasa terdapat di highway, maka saya cadangkan singgah la dulu di Pantai Remis.

 

Apapun, jika anda datang ke sini, jagalah kebersihan dan hargai keindahan alam yang terdapat disini.

 

 

 

Baca juga...

  • Beriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, SelangorBeriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, Selangor
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Apa yang menarik ada di sekitar Bandar TangkakApa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak
  • Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMAEasturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA
  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluargaSungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: apa yang menarik di pantai remis, pantai menarik di Selangor, pantai remis, pantai remis jeram, pantai remis kuala selangor, sungai sembilang, tempat menarik di Selangor

Trackbacks

  1. Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga - Xplorasi Destinasi says:
    October 22, 2017 at 1:48 am

    […] benda yang mereka tengah buat ni sebenarnya? Kalau di Pantai Remis Kuala Selangor, situ tempat yang sesuai untuk cari kerang. Kalau di Pantai Morib, apa yang diorang ni cari? Itu […]

    Reply
  2. Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor - Xplorasi Destinasi says:
    October 25, 2017 at 10:34 pm

    […] saya menulis tentang Pantai Remis Kuala Selangor, saya ada cerita tentang Program Pembersihan Pantai Negeri Selangor. Program seperti ini memang […]

    Reply
  3. Memburu Lok Ching di Kuala Perlis - Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda! - Xplorasi Destinasi says:
    November 15, 2017 at 9:24 pm

    […] tengok keadaan pantai yang berlumpur macam ni, ianya saling tak tumpah macam pantai di Pantai Remis. Kalau di Pantai Remis Kuala Selangor, orang-orang disini akan kutip […]

    Reply
  4. Pantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remis - Xplorasi Destinasi says:
    February 15, 2019 at 1:05 pm

    […] keadaan pantai yang seperti ini, mengingatkan saya dengan keadaan pantai di Pantai Remis Kuala Selangor. Tempat berlumpur macam ni, kebiasaannya boleh dapat hasil laut seperti […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in