Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pantai Redang Sekinchan tempat best untuk kutip remis

February 15, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Semasa percutian kami ke Sekinchan tempoh hari, kami lebih banyak habiskan masa di chalet dan berkumpul bersama ahli keluarga.

 

Ada masa, kami mandi di swimming pool beramai-ramai. Pada sebelah petang, yang perempuan masak bersama-sama, manakala yang lelaki pula sibuk diluar menyediakan menu BBQ.

 

Hanya selepas kami dah check out, barulah ada kesempatan nak singgah tempat-tempat menarik yang ada di Sekinchan.

 

Kali ini, saya sempat singgah ke Pantai Redang.

pantai-redang-sekinchan-sabak-bernam

Sebelum sampai ke Pantai Redang, kita akan melalui perkampungan nelayan terlebih dahulu. Pada masa ini, cuaca sangat panas. Saya pun tak sanggup nak berhenti sekejap untuk ambil gambar.

 

Kalau ada kesempatan untuk datang sekali lagi ke Sekinchan, In Shaa Allah pada masa tu saya akan ambil gambar di sekitar perkampungan nelayan yang terdapat di Sekinchan dan yang berdekatan dengan Pantai Redang ini.

 

Sampai di Pantai Redang, kita akan dapat lihat papan iklan yang besar, yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Pantai Redang Sekinchan.

menarik-di-sekinchan

Disini terdapat pokok besar yang dikenali sebagai wishing tree oleh penduduk sekitar.

 

Disebelahnya terdapat sebuah tokong. Kalau mengikut kepercayaan masyarakat cina disini, jika anda ada hajat bolehlah datang ke sini untuk berdoa. Saya pun tak berapa tahu, bagaimana proses dia.

wishing-tree-pantai-redang

Cuma ye la… ini mengikut kepercayaan masyarakat mereka. Bagi yang beragama Islam, kita ada cara kita sendiri untuk memohon supaya hajat kita diperkenankan.

 

Ada banyak riben-riben merah yang digantungkan pada pokok hajat atau wishing tree ini.

pantai-redang-wishing-tree

Satu yang saya suka dengan pokok ni ialah, ianya nampak lain dari yang lain, dan riben-riben tu dah macam hiasan pun ada.

 

Kita tengok kawasan sekitar pulak.

 

Dekat sini saya nampak ada sebuah pondok, yang saya pun tak berapa pasti ini pondok apa. Kalau saya boleh teka, ini mungkin pondok tinjau.

pondok-tinjau-terletak-pantai-redang

Dari pondok ini, kita boleh tengok keadaan laut pada bila-bila masa. Tapi pondok ini juga mungkin digunakan untuk tujuan berehat-rehat.

 

Di Pantai Redang ini, terdapat banyak kedai-kedai makan.

restoran-pantai-redang

Cuma saya tak nampak kedai yang menjual makanan dan masakan melayu.

 

Saya rasa kalau setakat nak beli air minuman dalam tin atau botol, tak ada masalah kalau nak beli kat sini.

seafood-pantai-redang-sekinchan

Dah habis explore kawasan sekitar, jom kita ke kawasan pantai pula.

 

Pada masa ini air laut tengah surut. Saya tertarik dengan kelibat remis yang agak banyak terdapat di tepi pantai.

kutip-remis-pantai-redang

Mula-mula saya ingat nak buat endah tak endah je dengan remis-remis ni semua. Kemudian bila saya dapati, makin jauh saya jalan, makin banyak remis yang saya jumpa, saya mula kumpulkan ia dalam satu tempat.

 

Kalau anda nak tahu, macam mana keadaan pantai di Pantai Redang ni, beginilah rupanya.

aktiviti-menarik-pantai-redang

Permukaan pantainya berselut dan berlumpur.

 

Ada juga batu-batu.

pemandangan-pantai-redang

Pengunjung yang datang ke Pantai Redang ini, biasanya hanya berjalan-jalan santai ditepi pantai sahaja.

bercuti-di-sekinchan

Sambil jalan-jalan waktu petang, menikmati pemandangan matahari terbenam.

 

Dengan keadaan pantai yang seperti ini, mengingatkan saya dengan keadaan pantai di Pantai Remis Kuala Selangor. Tempat berlumpur macam ni, kebiasaannya boleh dapat hasil laut seperti kerang.

 

Dari pembacaan yang saya buat, ramai yang kata air laut dekat Pantai Redang ini kotor dan keruh. Saya cuba ambil sedikit dan masukkan dalam botol yang jernih.

mandi-laut-pantai-redang

Bila tengok macam ni, saya tak rasa air laut disini keruh. Secara semulajadi, airnya juga jernih. Tapi mungkin disebabkan permukaan pantainya yang berlumut dan berlumpur, ia menjadikan air laut disini kelihatan keruh dan kotor juga.

 

Kalaulah air laut ini kita boleh umpamakan dengan manusia, mungkin dia punya persamaannya adalah seperti ini. Secara semulajadi, manusia itu kejadian asalnya baik. Namun, manusia menjadi kotor (jahat) apabila apa yang terdapat didalamnya (merujuk kepada hati) itu jahat.

 

Dekat Pantai Redang ni, saya luangkan masa lebih kurang satu jam. Dalam keadaan tengah panas tu, saya kutip la remis-remis yang banyak terdapat kat tepi pantai.

kutip-remis-pantai-redang

Dapat satu bekas.

 

Ini hasilnya yang dah siap masak.

remis-percuma-pantai-redang

Kalau nak senang, baik beli je remis ni dekat pasaraya. Sakit pinggang jugak terbongkok-bongkok nak kutip remis ni. Mujurlah bila dah siap masak, rasanya sedap.

 

Inilah antara yang boleh disaksikan kalau anda dan keluarga datang ke Pantai Redang. Selamat bercuti saya ucapkan ke Sekinchan.

 

Cari homestay di Sekinchan? Gunakan laman web Airbnb untuk cari homestay yang sesuai dengan keperluan anda. Dapatkan diskaun sebanyak RM120 apabila anda menggunakan travel credit ini.

 

Baca juga...

  • Pengalaman Pertama Kali Ke Zoo MelakaPengalaman Pertama Kali Ke Zoo Melaka
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web AirbnbBagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota BharuPengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Jalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera PenangJalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera Penang
  • Pengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines ResortPengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines Resort
  • Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di SekinchanPengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: apa yang menarik di pantai redang, bercuti di sekinchan, pantai percutian di sekinchan, pantai redang, tempat menarik di sekinchan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in