Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor

February 7, 2020 by Sabree Hussin 2 Comments

Apa lagi yang lebih mengujakan, selain meluangkan masa diwaktu petang sambil bersantai di tepi pantai dan melihat pemandangan matahari terbenam!

 

Kalau ada peluang sedemikian, pastinya saya tak akan lepaskan begitu sahaja. Hari kedua percutian di Pulau Pangkor, saya berkesempatan untuk singgah di salah satu pantai peranginan yang popular di pulau ini.

 

Pantai yang saya maksudkan adalah Pantai Pasir Bogak.

Pantai Pasir Bogak merupakan salah sebuah pantai yang menjadi tumpuan pengunjung sama ada orang luar yang datang bercuti ke pulau ini mahupun penduduk setempat.

 

Pantai ini agak lebar dan panjangnya kira-kira 1.3KM. Pengunjung boleh berjalan kaki, atau berlari-lari anak ditepian pantai bagi mengeluarkan peluh apabila berada disini.

view-pasir-bogak

Pantai ini sentiasa meriah dengan kehadiran para pengunjung.

masuk-pantai-pasir-bogak

Namun ia sedikit pun tidak mencemarkan suasana tenang dan damai apabila berada disini.

pasir-bogak-yang-indah

Suasana dipantai ini cukup mendamaikan. Dengan tiupan angin senja yang sepoi-sepoi bahasa, dan deruan ombak kecil yang menghempas pantai.

waze-pantai-pasir-bogak

Semuanya seakan-akan menghasilkan sebuah irama pantai yang cukup mengasyikkan. Memang cukup mudah untuk membawa kita semua melayan perasaan.

 

Hotel yang terdapat berhampiran dengan Pantai Pasir Bogak

Kalau nak rasa puas bersantai dan beristirehat di tepi pantai Pasir Bogak, lebih molek kalau kita cari tempat penginapan yang tak jauh dengan pantai ini.

 

Bila saya kata tak jauh, maksud saya dari lokasi penginapan tu, kita boleh jalan kaki untuk ke pantai. Saya dapati ada beberapa hotel yang berhampiran dengan pantai ini, iaitu

(1) Pangkor Coral Bay Resort

menginap-coral-bay-resort

Dari Coral Bay Resort ini pengunjung boleh jalan kaki sahaja untuk ke Pantai Pasir Bogak. Boleh semak harga untuk bermalam di sini. Semak dulu harga terkini sebab kadang-kadang ada diskaun untuk menginap pada tarikh yang kita pilih.

 

(2) Pangkor Sandy Beach

Dekat Pulau Langkawi juga ada hotel nama Sandy Beach. Mungkin cawangan yang sama, saya pun kurang pasti. Tapi kedudukan Sandy Beach Resort dengan Pantai Pasir Bogak memang tak jauh. Ya, boleh jalan kaki sahaja. Anda boleh semak harga terkini untuk menempah hotel ini melalui laman web ini.

 

(3) Puteri Bayu Beach Resort

penginapan-puteri-bayu-pangkor

Semak harga terkini untuk penginapan disini. Mungkin ada promosi potongan harga! 

 

Untuk percutian seterusnya, kalau saya nak merasa pengalaman mandi pantai dan bersantai di Pasir Bogak, saya pasti akan pilih salah satu daripada hotel yang saya senaraikan.

 

Aktiviti sekitar Pantai Pasir Bogak

Pantai ini hidup dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pengunjung disini.

water-sport-pasir-bogak

Pilih sahaja, apa aktiviti yang berkenan dihati. Banana Boat, Bumber Ride ataupun Big Mable boleh dijadikan pilihan.

big-mable-pasir-bogak

Saya tumpang seronok melihat sekumpulan pemuda yang sedang menunggu giliran untuk bermain bumper ride.

bumber-ride-pasir-bogak

Ada pengendali sukan air yang mungkin anda minat nak approach kalau anda nak cuba buat aktiviti.

 

Asalkan ada keberanian, (dan ada duit of course) anda boleh mencuba aktiviti-aktiviti tersebut. Basah sikit, apa salahnya.

 

Tak minat? Ok fine. How about just duduk santai dan menikmati pemandangan sahaja.

pengalaman-pantai-pasir-bogak

Satu pemandangan yang pastinya tak terdapat ditempat lain.

 

Pemandangan seperti ini, hanya eksklusif terdapat di Pulau Pangkor, atau lebih tepat lagi… hanya ada di Pantai Pasir Bogak.

menarik-pantai-pasir-bogak

Ramai je yang datang ke sini sebab nak piknik, mandi-manda atau memancing. Macam saya dan isteri, kami datang sekadar nak meluangkan waktu petang bersama, dan bersiar-siar menghirup udara pantai yang bersih.

 

Bersih ke Pantai Pasir Bogak ini?

Pada saya, pantai ini bersih dan airnya juga boleh tahan jernih. Boleh jadi sebab ada yang menjaga aspek kebersihan pantai ini.

mandi-pantai-pasir-bogak

Kalau dapat mandi dekat sini, atau sekadar main air pasti menyeronokkan.

pantai-menarik-di-pangkor

Percutian ke Pulau Pangkor ini saya menginap di Anjungan Beach Resort yang letaknya dekat Teluk Nipah. Saya pun tak bercadang untuk mandi-manda dekat sini. Sekadar basahkan kaki memang rasa tak puas.

 

Tunggulah next time bila datang bercuti sekali lagi kesini, waktu tu mungkin boleh atur satu masa khas untuk mandi kat sini.

Cuma saya nak pesan, berhati-hati ketika mandi disini.

 

Ada kawasan yang banyak batu-batu besar. Sebenarnya bukanlah batu-batu besar tu yang jadi isu, tetapi saya lebih bimbangkan kulit-kulit kerang yang melekat pada batu.

 

Keadaannya lebih kurang sama seperti batu-batu yang saya lihat ketika snorkeling di Pulau Giam waktu siang tadi. Kulit kerang tersebut agak tajam dan boleh mengakibatkan kecederaan kalau tak berhati-hati.

Kawasan dekat atas ini, juga dipanggil Meditation Point.

pasir-bogak-beach

Lokasi ini memang cukup menarik kalau nak bergambar.

Cuma sayangnya, ada tangan-tangan manusia yang mencemarkan pemandangan yang indah dengan menconteng grafiti yang langsung tak ada unsur seni. Sekadar nak beritahu dia pernah sampai ke sini, tulis blog macam saya buat tak cukup ke?

 

Atau just upload gambar kenang-kenangan dekat media sosial pun dah ok kan. Tak perlu sampai nak buat vandalisme.

Sebelum ini saya ada sebutkan, antara aktiviti yang popular di Pasir Bogak adalah memancing. Kalau anda nak tahu, dekat meditation point ini saya ada jumpa sekumpulan remaja yang sedang memancing.

Nampak macam agak susah kalau nak datang dekat, jadi saya hanya lihat dari jauh sahaja. Bagus juga mereka pilih tempat ini untuk memancing.

 

Setidak-tidaknya, mata kail yang mereka lempar ke laut tidak mengganggu pengunjung lain yang sedang asyik mandi manda atau bermain banana boat.

 

Di meditation point ini juga adalah tempat popular untuk melihat pemandangan matahari terbenam.

pantai-yang-menarik-pankor

Oh saya dah berjalan hampir ke penghujung Pantai Pasir Bogak. Kalau jalan ke depan sikit lagi, kita akan sampai ke Hutan Rizab Pangkor Selatan.

 

Petang tu, langit agak gelap dengan kehadiran awan mendung. Saya kira, pada bila-bila masa hujan akan turun.

view-pasir-bogak

Saya masih berkira-kira, patutkah saya stay lama sikit sampai matahari terbenam (dan mungkin terpaksa tunggu hujan berhenti kalau ditakdirkan hujan turun) atau jangan ambil sebarang risiko dan balik terus ke Teluk Nipah?

Hmm berat hati.

 

Tapi saya terpaksa pilih untuk balik ke Teluk Nipah tanpa menunggu matahari terbenam. Jika ada rezeki, boleh lihat pemandangan matahari terbenam dari Teluk Nipah sambil makan malam di tepi pantai.

 

Pengalaman dapat berkunjung ke Pantai Pasir Bogak adalah satu pengalaman yang saya tak akan lupakan. In Shaa Allah, ada rezeki saya akan sampai ke pantai ini sekali lagi.

 

Kalau ada pembaca yang masih belum pernah jejakkan kaki ke tempat ini, bolehlah mula atur jadual dan waktu cuti, untuk datang bercuti ke sini.

 

Sekali-sekala bercuti ke tempat yang kita tak pernah pergi, apa salahnya. Malahan saya juga sebenarnya baru kali pertama sampai ke tempat ini.

 

Tak menyesal dan rasa macam nak datang sekali lagi ke sini.

 

 

Baca juga...

  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau PangkorPengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau Pangkor
  • Makan tengahari di Pantai Merdeka, Kota Kuala MudaMakan tengahari di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda
  • Desa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di KundasangDesa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di Kundasang
  • Tempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala SelangorTempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 MalamPercutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park LangkawiPengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: apa yang menarik di pantai pasir bogak, bercuti di pulau pangkor, pantai pasir bogak pangkor, pasir bogak, pengalaman bercuti di pantai pasir bogak

Trackbacks

  1. Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau Pangkor - Xplorasi Destinasi says:
    February 10, 2020 at 7:36 pm

    […] tersebut adalah Pantai Pasir Bogak dan juga Pantai Teluk […]

    Reply
  2. Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor - Xplorasi Destinasi says:
    February 13, 2020 at 11:48 am

    […] Dekat sini ada banyak tempat penginapan yang anda boleh pilih. Boleh jadi lebih banyak berbanding di Pantai Pasir Bogak. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in