Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga

October 22, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

Nama Pantai Morib memang sudah tak asing lagi bagi mereka yang tinggal di negeri Selangor ataupun di negeri yang berhampiran. Walaupun Pantai Morib mungkin tidaklah begitu cantik di mata sesetengah orang, namun disini terdapat keistimewaan dan keunikkannya yang tersendiri.

 

Tak hairanlah, kalau setiap kali hujung minggu, atau semasa cuti umum, tempat ini mesti penuh dengan pengunjung, sama ada yang datang dari Selangor atau dari luar.

aktiviti-menarik-pantai-morib

Pantai Morib ini juga tidak begitu jauh dengan Kuala Lumpur. Ini menjadikan Pantai Morib sebagai salah satu destinasi pilihan buat mereka yang tinggal di Ibu Kota Kuala Lumpur untuk meluangkan masa cuti dan beriadah disini.

 

Apabila saya kata nak pergi ke Pantai Morib, kerap juga saya menerima respons balas seperti

“Pantai Morib ni bukan tempat orang India buat upacara keagamaan dia ke?”

 

Saya tak tahu. Mungkin ya, dan mungkin juga tidak. Tapi bila saya sampai ke sini, ada satu papan tanda yang menjawab persoalan kawan saya tu.

buang-abu-mayat-di-pantai-morib

NOTIS PEMBERITAHUAN – Dilarang mengadakan upacara keagamaan di kawasan ini tanpa kebenaran.

 

Mungkin satu masa dulu, pernah ada kelompok tertentu yang menjalankan upacara keagaamaan disini. Sekarang mungkin tak lagi. Lagipun, saya ada perasan satu signboard yang meminta supaya upacara yang melibatkan hal-hal keagamaan dijalankan di kawasan khas.

 

Saya tak sempat nak ambil gambar. Mungkin nanti kalau saya datang semula ke Pantai Morib, saya akan ambil gambar signboard tersebut.

 

Sekarang ni, kawasan di sekitar Pantai Morib kebanyakkannya dijadikan tempat untuk beriadah dan berekreasi.

apa-yang-best-pantai-morib

Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini, memang dah siap sedia dengan khemah masing-masing. Berkelah tepi pantai, memang agak panas. Jadi memang patut la kalau semua orang ada khemah sendiri.

Saya pulak masih belum ada khemah sendiri.

 

Dah order dari Lazada, cuma barang tu masih tak sampai lagi. Terpaksa bentang tikar sahaja. Mujurlah dapat cari kawasan yang ada banyak pokok dan agak redup.

pantai-morib-di-banting

Masa datang tu, keadaan dia lebih kurang sama macam sewaktu saya pergi ke Pantai Bagan Lalang. Air laut tengah surut pada masa ini.

 

Itu yang dilema. Kalau datang awal, air laut tengah surut.

 

Kalau datang lewat atau petang-petang sikit, bimbang pulak nanti ramai orang dan susah nak cari tempat yang strategik untuk bentang tikar dan buat aktiviti bersama keluarga.

 

Walaupun air tengah surut, ramai juga yang berjalan kaki sampai ke tengah.

waktu-air-pasang-pantai-morib

Saya ingatkan, mereka ni semua tengah “mengejar air laut” yang sedang surut.

 

waktu-air-pasang-di-morib

Tapi bila saya perhatikan betul-betul, mereka ni bukannya duduk di tempat yang ada air. Sebaliknya, lebih ramai yang duduk-duduk dan terbongkok-bongkok seperti sedang mencari sesuatu.

 

Kalau cuma seorang dua yang buat macam ni, saya rasa itu mungkin satu pemandangan yang biasa. Tapi bila saya lihat, kebanyakkannya buat benda yang sama, maka tahulah saya, ada sesuatu yang mereka cari di Pantai Morib ini.

 

Apa benda yang mereka tengah buat ni sebenarnya? Kalau di Pantai Remis Kuala Selangor, situ tempat yang sesuai untuk cari kerang. Kalau di Pantai Morib, apa yang diorang ni cari? Itu saya akan cerita di lain masa. In Shaa Allah.

 

Pantai di Morib adalah seperti yang anda boleh lihat pada gambar diatas ni. Ini pemandangan sewaktu air tengah surut.

 

Tak ada batu-batu. Ada beberapa kawasan yang agak berselut, tetapi tak begitu banyak.

Dekat sini, agak terkenal dengan aktiviti mencari ketam dan juga pepahat.

 

Ketam macam ni, walaupun saiz dia agak besar, tapi isinya sikit sahaja. Rasa tak berbaloi bersusah-payah nak kejar ketam ni.

 

Pada hari saya datang ni, air laut hanya mula pasang sekitar jam 2.45 petang. Masa ni air laut baru mula nak naik. Masa air nak pasang tu, memang terasa air laut tu bercampur dengan rasa panas, suam dan sejuk. Boleh bayangkan tak?

 

Ada tempat tertentu, air dibahagian permukaan memang cukup panas. Dalam sikit, terasa hangat, dan bahagian yang paling dekat dengan dasar, rasa sejuk. Mungkin ini normal kot?

 

Selama ini, saya cuma pernah rasa, air yang baru nak pasang ni, airnya sejuk. Mungkin lain tempat, lain pengalamannya kan.

 

Bagi yang merancang nak datang awal pagi di Morib, dan kalau pada waktu tu air tengah surut, bolehlah buat aktiviti lain dulu. Antaranya mungkin main layang-layang.

 

Bila tengok orang lain main layang-layang macam senang je, teringin juga nak cuba. Tapi tu la… tak tau la kalau saya main layang-layang tu, menjadi ke tak. Saya memang tak pandai nak terbangkan layang-layang tu.

 

Orang lain main layang-layang cuma berdiri satu tempat je. Saya pulak? Kena berlari keliling pantai. Ish… buat malu je.

 

Aktiviti BBQ ni dah macam satu aktiviti wajib buat bila berkumpul beramai-ramai. Ye la, kalau tak buat benda-benda macam ni, nanti nak buat apa?

 

Tak kan cuma nak “aku pandang ko, ko pandang aku balik” je kat situ kan. So buatlah bakar-bakar.

 

Ya, main pasir pun syok jugak. Walaupun mungkin bukan semua orang ada pandangan yang sama. Setengah orang, dia cukup leka bila dapat main pasir. Ini project manager kami. Kalau bukan sebab project manager ni ajak main pantai, rasanya mungkin hari tu kitorang tak sampai ke sini.

 

Bila datang, air tengah surut pulak. Frust dia, ha ha ha.

 

Apa pun, sekiranya anda ada merancang untuk ke Morib, dan mungkin anda ingin mandi laut, ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan.

 

Pertama, bawa sun block cream atau facial sunscreen. Saya terlupa bawak. Lepas mandi laut tu, beberapa hari lepas tu memang terasa kulit ni mengelupas sebab sun burn. Sekarang dah ok sikit.

 

Kalau nak pilih sunscreen yang bagus, pilih yang perlindungan spf dia tinggi. Saya cadangkan ambil yang SPF120 sebab kita nak beriadah tepi pantai yang agak panas. Satu lagi, pilih yang jenis krim, itu lebih tahan lama kalau nak bandingkan dengan yang jenis spray.

 

Kedua, bawalah goggle untuk mandi laut. Air laut di Morib ni tidaklah begitu jernih. Walaupun kebanyakkan orang yang mandi disini tak pakai goggle, tapi saya syorkan anda pakai untuk jaga mata. Pakai goggle masa mandi, anda boleh lihat apa yang ada dalam air, tak ada masalah untuk buka mata waktu menyelam dan mata pun tak pedih.

 

Biasanya kalau mandi laut ni, kanak-kanak la yang paling excited. Kalau boleh pakaikan mereka ni dengan goggle. At least nanti lepas dah puas mandi, tak adalah nanti ada yang sakit mata, mata pedih, mata jadi merah dan sebagainya. Harga goggle pun bukannya mahal sangat. Boleh tengok dekat sini, ada banyak yang murah-murah.

Kalau anda ada Lazy Sofa macam ni, bawalah. Seronok juga lepak-lepak dekat lazy sofa macam ni.

 

Tak perlu nak pilih yang mahal-mahal.

 

Dapatkan yang murah pun dah ok. Kalau anda tak gunakan dengan ganas, dan berhati-hati, ia boleh tahan lama juga. Boleh pilih warna disini kalau baru nak order.

 

Itulah dia sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan tentang Pantai Morib ni. Dalam perkongsian seterusnya, In Shaa Allah saya akan ceritakan tentang aktiviti mencari pepahat di Morib pula.

 

Berdekatan dengan Pantai Morib, sebenarnya ada banyak juga tempat penginapan yang anda boleh pilih untuk menginap. Salah satu yang cukup popular adalah di Gold Coast Morib. Sekiranya anda ingin mencari tempat untuk menginap di sekitar Morib, anda boleh cari di laman web ini.

 

 

 

Baca juga...

  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju EnterpriseShopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Jalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera PenangJalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera Penang
  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota KinabaluPerkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: aktiviti di pantai morib, apa yang menarik di pantai morib, berkelah di pantai morib, pantai morib, pantai morib bantik selangor, pantai morib gold coast

Trackbacks

  1. Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur - Xplorasi Destinasi says:
    October 24, 2017 at 9:34 pm

    […] saya nak sambung cerita pasal aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pantai Morib. Tapi saya rasa, saya nak simpan dulu perkongsian tu, sebaliknya saya nak cerita dulu tentang […]

    Reply
  2. Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor? - Xplorasi Destinasi says:
    June 29, 2018 at 11:51 am

    […] 1. Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in