Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson

April 8, 2018 by Sabree Hussin 4 Comments

Pantai Cahaya Negeri merupakan salah satu pantai peranginan yang cukup popular di Port Dickson. Jika anda ke pantai ini pada hujung minggu, atau pada hari cuti, anda mungkin akan dapati agak sukar nak cari tempat untuk bentang tikar atau pasang khemah.

port-dickson-negeri-sembilan

Lokasi yang sesuai, boleh jadi dah diambil oleh pengunjung lain yang datang lebih awal berbanding anda.

 

Saya pernah cuba nak singgah ke sini semasa saya bercuti di Port Dickson sekitar tahun 2017 yang lalu. Tapi, oleh kerana tak ada tempat untuk parking, maka terpaksa batalkan hasrat tersebut.

 

Mujurlah kali ini, ada banyak tempat untuk parking kenderaan.

pantai-cahaya-negeri-parking-area

Pantai Cahaya Negeri merupakan lokasi pertama yang saya singgah pada sesi percutian ke Port Dickson kali ini. Belajar dari pengalaman lepas.

 

Kalau datang lewat sedikit, besar kemungkinan tak ada tempat nak letak kereta.

mercu-tanda-pantai-cahaya-negeri

Ini mercu tanda tempat ni. Ada beberapa huruf yang dah tertanggal. Saya rasa patutnya dah boleh ganti huruf yang tertanggal tu.

 

Malulah dekat pengunjung yang datang ke sini. Kita nak bergambar dekat mercu tanda ni, tapi huruf-hurufnya ada cacat pulak. Kalau anda nak tahu, dari pantai Cahaya Negeri ni, kita boleh jalan kaki terus ke Pulau Burung.

 

Ada laluan khas yang dibina, yang menghubungkan Pantai Cahaya Negeri dengan Pulau Burung, macam dalam gambar ni.

jambatan-pulau-burung

Pasal Pulau Burung di Port Dickson ni, saya akan kongsikan dalam posting saya yang lain. Posting ini, saya cuma nak share tentang Pantai Cahaya Negeri sahaja.

 

Sekiranya anda mencari tempat untuk berkhemah di Port Dickson, lepas ni anda mungkin boleh pertimbangkan untuk pasang khemah dan bermalam di sini.

tempat-camping-port-dickson

Saya dapati ada ramai juga pengunjung yang pasang khemah dan bermalam disini. Kebanyakkan pengunjung akan parking kereta berdekatan dengan khemah masing-masing. Lebih senang nak simpan barang dan lagi satu untuk keselamatan.

 

Pantai Cahaya Negeri ni, apa yang saya boleh katakan, ia terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang dekat dengan Pulau Burung, tak banyak aktiviti yang dijalankan.

 

Pengunjung yang ada dekat sini, biasanya cuma lepak-lepak, memancing, mandi-manda dan camping sahaja.

aktiviti-terbaik-pantai-cahaya-negeri

Ada sebuah bot dekat bahagian sini.

 

Tapi saya pun tak pasti, bot tu untuk apa? Mungkin kalau ada pengunjung yang nak sewa, pergi jalan-jalan atau nak pergi memancing boleh sewa disini.

apa-yang-menarik-di-pantai-cahaya-negeri

Kalau nak kata bot ini untuk banana boat, saya tak nampak pulak pelampung yang digunakan untuk banana boat tu… Mungkin belum sampai, atau belum sedia lagi?

 

Pantai ini dipisahkan dengan kawasan tanjung. (saya harap penggunaan terma ni adalah betul)

pantai-cahaya-negeri-best-ke

Dekat bahagian sini memang tak ada siapa yang mandi-manda. Mungkin airnya lebih dalam berbanding kawasan yang berpasir.

 

Di bahagian ini, saya perhatikan kebanyakkan pengunjung hanya duduk-duduk sambil mengadap laut.

pancing-ikan-port-dickson

Ada juga yang memancing dekat sini.

 

Ok la kalau nak memancing kat tempat ni. Setidak-tidaknya tak mengganggu dan membahayakan orang yang tengah mandi laut. Ada saya pernah tengok, kat tempat yang ramai orang mandi laut, dekat situ la dia sibuk nak pancing ikan.

 

… kan bahaya. Kalau mata kail tu nanti terkena dekat orang lain yang tengah mandi.

Dekat sini ada kawasan macam taman. Boleh bersiar-siar dan kawasan ni ada banyak pokok-pokok yang menjadikan tempat ini lebih redup.

 

Pondok-pondok pun ada banyak disediakan disini.

Kawasan ini, kalau nak pasang khemah pun sesuai juga. Bawah pokok dan redup. Cuma kalau ada niat nak mandi laut, pasang khemah dekat sini rasanya agak kurang sesuai.

 

Nanti kena pusing agak jauh untuk turun ke pantai.

Ini bahagian yang satu lagi. Inilah pantai yang dipisahkan dengan tanjung yang saya maksudkan tadi.

 

Dekat sini, saya kira lebih meriah dan ada banyak aktiviti pantai yang boleh dilakukan. Kawasan ini juga dekat dengan Bayu Beach Resort Port Dickson.

aktiviti-banana-boat-pantai-cahaya-negeri

Pengunjung boleh sewa banana boat.

 

Kalau ada duit lebih, nak sewa jetski pun boleh.

sewa-jetski-port-dickson

Ataupun kalau sekadar nak main pasir pantai dan mandi laut pun tak ada masalah.

 

Dari kejauhan saya nampak ada yang main kayak.

Nampak macam seronok pulak berkayak di Pantai Cahaya Negeri.

 

Dekat pantai ini, ada juga kedai-kedai yang menjual barangan serbaneka.

Tandas juga tak jauh dari kedai serbaneka ini. Untuk pengunjung yang nak solat, ada tempat yang anda boleh gunakan sebagai surau dekat bahagian belakang kedai serbaneka ini.

 

Dalam kunjungan saya ke Pantai Cahaya Negeri ni, saya tak sempat nak turun ke laut. Memang ada rasa teringin nak mandi laut, tapi disebabkan niat asal cuma nak jalan-jalan dan ambil gambar semata, maka niat tersebut terpaksa saya tangguhkan dulu.

 

In Shaa Allah, di lain masa, saya akan cari tempat penginapan yang paling dekat dengan pantai ini. Percutian di Port Dickson kali ini, saya menginap di Lexis Water Chalet.

 

Untuk urusan tempahan, saya menggunakan laman web Airbnb… sebabnya? Saya boleh gunakan travel credit yang akan menjimatkan lagi kos percutian saya ini.

 

Kita jumpa lagi dalam perkongsian saya yang seterusnya tentang bercuti ke pantai menarik di Port Dickson ya.

 

 

Baca juga...

  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lainKelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: apa yang menarik di port dickson, bercuti ke port dickson, berkhemah di port dickson, pantai menarik di port dickson, pantai port dickson, percutian ke port dickson

Trackbacks

  1. Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson - Jom Explore! - Xplorasi Destinasi says:
    April 19, 2018 at 10:56 pm

    […] Cuaca pada awal pagi Sabtu itu memang cukup baik. Seawal jam 9 pagi lagi, saya dah tiba di Pantai Cahaya Negeri Port Dickson. […]

    Reply
  2. Bawa kucing balik kampung dan perjalanan jauh | sabreehussin says:
    June 13, 2018 at 12:59 pm

    […] Kalau cuma short vacation, saya tak risau sangat. Misalnya cuma pergi bercuti ke Cameron Highland setakat 3 hari 2 malam atau sekadar meluangkan masa hujung minggu untuk pergi beriadah di pantai peranginan di Port Dickson. […]

    Reply
  3. Pantai Tanjung Gemok - Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    July 18, 2018 at 10:45 am

    […] saya bercuti di Port Dickson tempoh hari, saya sempat singgah ke Pantai Cahaya Negeri untuk melihat pemandangan disekeliling. Dalam percutian saya yang lalu, tempat ini terlalu ramai […]

    Reply
  4. Amirul & Amirah wedding outdoor portraiture | Ezaniphoto.com says:
    June 12, 2022 at 10:29 pm

    […] photoshoot outdoor untuk pasangan pengantin Amirul & Amirah di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson pada Mei […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in