Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson

December 14, 2017 by Sabree Hussin 3 Comments

Sebelum pergi bercuti ke Port Dickson, hampir setiap hari kami akan lihat ramalan kaji cuaca dari dua laman web ini.

 

Pertama, laman web AccuWeather dan yang kedua laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia. Kalau tengok ramalan yang diberikan, boleh dikatakan setiap hari hujan, ataupun hujan dan ribut petir.

 

Bila tanya dengan kawan-kawan yang tinggal di Port Dickson, dan mereka yang tinggal di daerah Lukut, juga kata benda yang sama. Sekarang ni memang tengah musim hujan.

 

 

Ada jugak rasa, seolah-olah silap pilih tarikh nak pergi bercuti. Mungkin bulan 12 ni, tak sepatutnya pergi ke Port Dickson. Tapi nak buat macam mana, itu je masa yang sesuai untuk berkumpul dan kebetulan semua cuti pada tarikh tu.

 

Lagipun, apartment untuk kami menginap telah kami tempah sebelum ni.

PD-paradise-lagoon-apartment

Mujurlah saya buat tempahan dengan laman web Airbnb. Saya pernah baca sebelum ini, tempahan menerusi Airbnb lebih santai berbanding kalau kita tempah dengan pengurusan hotel.

 

Apabila kita buat tempahan terus dengan tuan rumah, kita boleh bincang, pukul berapa kita nak check in. Kalau ikut syarat awal, saya cuma boleh check in selepas jam 3 petang. Tapi saya bincang dengan pemilik rumah dan bagitahu apa yang menjadi kerisauan saya.

 

Cuaca buruk. Itu yang saya sangat risaukan.

 

Kalau pada hari kejadian, hujan turun dengan sangat lebat, setidak-tidaknya saya ada tempat untuk berlindung. Memandangkan pada hari sebelum, tak ada sesiapa yang check in dekat apartment tu, pihak host benarkan saya untuk masuk rumah seawal jam 9.00 pagi.

 

 

Ini salah satu sebab kenapa saya rasakan sangat berbaloi untuk menginap di PD Paradise Lagoon Apartment ni.

Baca juga: Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment semasa bercuti di Port Dickson

 

Selepas dapat kunci rumah, kami terus menuju ke pantai yang sesuai untuk aktiviti piknik kami nanti. Sebelum datang ke Port Dickson, saya ada buat sedikit pembacaan tentang pantai-pantai yang popular untuk berkelah.

 

Antara yang menjadi pilihan adalah di Pantai Cahaya Negeri, Pantai Blue Lagoon, Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Tuan dan banyak lagi.

 

Walaubagaimanapun, saya pilih untuk piknik di Pantai Bagan Pinang sahaja.

bercuti-ke-port-dickson

Masa baru sampai ke sini, air laut tengah surut.

 

Tempat ni dipilih sebab ia tak ramai orang. Mungkin pada waktu tu, cuma saya dan keluarga sahaja yang ada dekat pantai ini. Lagi satu, pantai ni tak jauh dengan Masjid Qariah Bagan Pinang, Kampung Bagan Pinang. Boleh jalan kaki je untuk ke masjid.

 

Ini memudahkan untuk bersolat Jumaat.

pantai-menarik-port-dickson

Dekat sini ada juga taman permainan untuk kanak-kanak.

 

Oleh sebab pada waktu ni tak ramai pengunjung yang datang ke Pantai Bagan Pinang ni, jadi ia memudahkan kami untuk pilih mana-mana lokasi yang dirasakan sesuai untuk aktiviti keluarga.

 

Jumpa satu tempat yang ada pokok dan tempatnya agak redup.

Dari tempat ini juga tak berapa jauh dengan laut. Jadi tak perlulah nak berjalan jauh untuk mandi laut nanti.

 

Pada waktu air surut, kita boleh berjalan kaki untuk ke Pulau Bagan Pinang. Pulau ini kecik sahaja.

pulau-bagan-pinang-pantai-bagan-pinang

Mungkin dekat situ ada banyak anak-anak ketam yang boleh kita temui.

 

Kalau sebelum ini, bila berkelah ditepi pantai, kami cuma bentang tikar sahaja. Tapi kali ini, kami dah ada khemah sendiri. Benda pertama yang kami buat adalah pasang khemah dulu.

cara-pasang-khemah

Macam biasa, mula-mula kita pastikan tapak tu bersih. Tak ada batu, benda-benda tajam ataupun serangga yang menyorok di sebalik rumput.

 

Bila dah yakin tapak tu clear dan selamat, baru mula pasang khemah. Sebenarnya, ini kali pertama saya pasang khemah ni, sejak ia mula di beli.

 

Khemah ni beli dekat Decathlon.

tips-khemah-tepi-pantai

Dah nak siap pasang.

 

Khemah ni boleh memuatkan 4 orang. Tapi yang buatkan saya suka dengan khemah ni sebab ia ada ruang tamu yang boleh dijadikan tempat untuk simpan barang.

 

 

Kalau hujan turun, at least ada tempat untuk berlindung.

Salah satu aktiviti wajib buat.

 

Main bakar-bakar ayam.

 

Yang kecik-kecik ni pulak, sementara tunggu air baru nak pasang, main pasir dulu.

Kat KL tak ada pasir macam ni.

 

Ok dah tanam habis dah.

 

Kalau tak silap saya, lebih kurang jam 2.30 ke atas baru air mula pasang. Waktu ni kami bernasib baik, sebabnya cuaca agak redup. Memang ada awan mendung, cuma rezeki kami, hujan tak turun.

air-laut-pasang-pantai-bagan-pinang

Bila air dah mula pasang, barulah syok nak mandi.

 

Walaubagaimanapun, saya nak ingatkan kepada pembaca dan pelawat blog ni yang nak mandi-manda kat pantai ni, untuk berhati-hati.

 

Disekitar pantai ada banyak terumbu karang yang terdampar di tepi pantai.

coral-reef

Walaupun saiznya tak adalah terlalu besar, tapi kalau terpijak sakit jugak.

 

terumbu-karang-port-dickson

Saya sendiri beberapa kali terpijak benda ni. Walaupun tak cedera, tapi sakit jugak la bila tak sengaja terpijak benda ni.

 

Hati-hati ya.

 

Tapi bila dah ketengah sikit, terumbu karang ni macam berkurang pulak.

Air laut kat sini tenang je.

 

Ada ombak, tapi tak rasa kuat sangat ombak tu.

Kiranya memang just nice kalau nak mandi-mandi kat sini, dan nak bawak budak kecik untuk mandi laut bersama-sama.

 

Kalau ombak laut kuat sangat, nanti takut pulak dia nak mandi laut kan.

Pantai Bagan Pinang ni tak berapa jauh dengan Avillion Hotel Port Dickson.

 

Dekat sini juga ada pengkalan nelayan.

 

Antara bot-bot nelayan yang diletakkan disini.

Secara peribadi, saya rasa tempat ini menarik juga kalau nak dijadikan tempat untuk berehat dan beriadah di tepi pantai.

 

Saya tak pasti adakah tempat ni memang biasanya tak ramai pengunjung, ataupun mungkin cuma pada hari saya pergi tu je yang tak ramai orang.

 

Ini pula adalah tandas dan bilik air yang disediakan.

Bila hari beransur petang, Pantai Bagan Pinang ni mula didatangi pengunjung. Itupun saya rasa tak ada la ramai sangat.

 

Bila hari beransur petang, saya pulak rasa tempat ni makin panas. Pelik jugak, makin petang makin panas.

 

Padahal baru pukul 4 lebih. Masa ni matahari memang terik.

Bila dah panas macam ni, kami pun mula packing barang dan siap sedia nak balik ke apartment. Lagipun masa ni masing-masing dah penat mandi air laut.

 

Pantai Bagan Pinang ni pada saya sesuai untuk mereka yang nak berehat-rehat dan nak lebih privasi. Pengunjung yang datang ke sini tak begitu ramai, kalau nak bandingkan dengan lain-lain pantai yang memang dah terkenal di Port Dickson.

 

Aktiviti pantai disini memang agak kurang. Bila hari beransur petang, baru ada banana boat. Tapi waktu tu, kami dah penat dan memang nak bergerak balik ke guesthouse.

 

In Shaa Allah, di lain masa, ada kesempatan dan peluang, nak cuba berkhemah dekat pantai yang lain pula. Ada banyak lagi pantai di Port Dickson yang menarik, yang saya belum terokai lagi.

 

Terima kasih kerana membaca perkongsian saya ni.

 

 

 

Baca juga...

  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
  • Lawatan ke Muzium Tentera Darat di daerah Lukut, Port DicksonLawatan ke Muzium Tentera Darat di daerah Lukut, Port Dickson
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
  • Beriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, SelangorBeriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, Selangor
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat Parit BuntarPasar Kemboja Permatang Tok Mahat Parit Buntar
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: masjid bagan pinang, masjid qariah bagan pinang, pantai bagan pinang port dickson, pantai menarik di port dickson, pulau bagan pinang

Trackbacks

  1. Lawatan ke Muzium Tentera Darat di daerah Lukut, Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    December 21, 2017 at 3:02 pm

    […] kanlah sepanjang masa nak duduk tepi pantai, kan? Hari sebelumnya, saya dah luangkan seharian di Pantai Bagan Pinang. Tak kan keesokkan harinya masih nak lepak tepi pantai […]

    Reply
  2. Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson? - Xplorasi Destinasi says:
    December 22, 2017 at 9:08 am

    […] Hari pertama dah penat mandi kat Pantai Bagan Pinang. […]

    Reply
  3. Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb - Xplorasi Destinasi says:
    March 1, 2018 at 9:14 pm

    […] 1. Pantai Bagan Pinang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in