Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Panduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertama

July 27, 2018 by Sabree Hussin 2 Comments

Jika ini merupakan kali pertama anda akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi, panduan ini saya sediakan khusus untuk anda. Ada terlalu banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi sepanjang percutian anda di Pulau Langkawi nanti.

 

Rancang perjalanan anda dengan betul. Jika tidak, percuti 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi mungkin masih tak cukup untuk anda berkunjung ke tempat-tempat tarikan pelancong yang terdapat di Pulau Langkawi.

 

Bila baca perkongsian di internet, kadang-kadang saya rasa agak pelik kenapa boleh ada orang yang mengadu kena tipu dengan ejen atau mana-mana individu yang menawarkan pakej percutian ke Pulau Langkawi. Adakah mereka ini tertarik dengan tawaran pakej percutian murah ke Pulau Langkawi? Wallahua’lam.

apa-yang-best-di-langkawi

Sepanjang saya bercuti ke Pulau Langkawi, saya tak pernah langgan apa-apa pakej. Dari segi itinerary, semuanya saya susun sendiri, tanpa melibatkan mana-mana travel agent.

 

 

Panduan ini saya sediakan berdasarkan pengalaman saya dan isteri pergi bercuti ke Pulau Langkawi. By the way, saya bukanlah seorang yang pakar tentang selok belok percutian di Pulau Langkawi, tapi untuk pengetahuan anda, kami akan ke pulau ini, sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.

 

Biasanya kami akan pilih sekitar bulan Januari & September ataupun April & September. Kenapa pilih bulan tersebut? Saya dapati pada bulan-bulan ini, tiket penerbangan Air Asia lebih murah dari kebiasaan. Tiket memang kena beli awal, dan beberapa kali juga kami dapat tiket promosi zero fare.

 

Setiap kali ada promosi, kami akan beli tiket ke Pulau Langkawi. Hari apa yang murah, itu belakang cerita. Yang penting beli dulu tiket. Nanti bila tiket dah confirm boleh minta cuti.

 

(1) Bagaimana cara untuk ke Pulau Langkawi?

Terdapat dua cara untuk anda boleh pergi ke Pulau Langkawi. Cara pertama adalah menerusi pengangkutan udara, dan cara kedua melalui pengangkutan darat dan feri.

 

1.1 Melalui pengangkutan udara

Setakat hari ini, saya hanya pernah gunakan perkhidmatan dari syarikat penerbangan Air Asia sahaja.

tiket-tambang-murah-airasia

Kapal terbang ini akan mendarat di Langkawi International Airport di Padang Matsirat.

 

Selain daripada syarikat penerbangan Air Asia, anda juga boleh gunakan perkhidmatan dari Malaysia Airlines (MAS), Fireflyz dan juga Malindo Air. Buatlah perbandingan harga dan perkhidmatan sebelum memilih mana-mana syarikat penerbangan.

 

Salah satu laman web yang anda boleh gunakan bagi tujuan perbandingan harga tiket adalah laman web Airpaz.

laman-web-beli-tiket-murah

Menggunakan laman web ini, kita boleh dapatkan sedikit idea dan gambaran, berapa harga paling murah yang kita boleh dapat untuk perjalanan kita nanti. Walaubagaimanapun, saya hanya menggunakan laman web ini bagi tujuan flight comparison sahaja.

 

Bila nak beli, saya akan tunggu Air Asia buat promosi.

 

1.2 Melalui jalan darat dan Feri

Untuk mendapatkan khidmat feri, anda dua terminal feri yang anda boleh pilih, sama ada di Terminal Feri Kuala Perlis ataupun Terminal Feri Kuala Kedah.

naik-feri-ke-pulau-langkawi

Saya pernah naik feri dari Kuala Perlis dan saya juga pernah naik dari Kuala Kedah. Saja nak dapatkan pengalaman naik feri ke Pulau Langkawi tu.

 

Kalau naik dari Kuala Perlis, masa perjalanan adalah lebih kurang 55 minit ke 1 jam sahaja. Dari segi jarak lebih kurang 31KM.

Kalau naik dari Kuala Kedah, masa perjalanan adalah lebih panjang, iaitu sekitar 1 Jam 45 minit. Jaraknya lebih kurang 51KM.

Anda juga boleh menaiki feri dari Jeti Penang. Kalau dari segi masa perjalanan dari Penang ke Pulau Langkawi, ia mengambil masa lebih kurang 2 Jam 45 Minit. Kalau dari segi jarak pula, ialah sekitar 110KM.

 

Masa perjalanan adalah bergantung pada keadaan cuaca dan laut. Kalau cuaca tak berapa elok dan laut bergelora, maka ia mungkin akan ambil masa lebih panjang.

 

Secara peribadi, saya lebih suka kalau dapat naik flight. Naik feri ni, terasa pening sikit bila feri beralun-alun, dan sesekali bau minyak. Kalau anda risau akan mabuk laut, sila elakkan naik feri atau siap sedia dengan pil tahan muntah ya.

 

Anda nak bawa kenderaan sendiri untuk ke Pulau Langkawi? Boleh gunakan perkhidmatan Langkawi Ro-Ro Ferry Services. Dapatkan maklumat lanjut dari laman web mereka di http://ticket.langkawiroro.com/.

 

 

(2) Pengangkutan dan perkhidmatan kereta sewa di Pulau Langkawi

Bagi memudahkan perjalanan apabila bercuti di Pulau Langkawi, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi ataupun kereta sewa pandu sendiri.

 

Tak susah untuk dapatkan khidmat kereta sewa di Langkawi. Anda boleh terus berurusan dengan pengendali kereta sewa sama ada ketika anda tiba di Jeti Kuah jika menaiki feri ataupun boleh berurusan di kaunter kereta sewa di airport.

 

Selain itu, anda juga boleh gunakan servis google untuk dapatkan khidmat kereta sewa secara online. Dekat laman web mudah.my juga ada yang iklankan khidmat kereta sewa. Kalau nak cari secara online, anda perlu lebih berhati-hati untuk elak kena tipu. Kalau yang tawarkan harga terlalu murah, walaupun ketika Peak Season, ini kena lebih berhati-hati.

 

Dari segi harga, saya berpendapat ianya lebih kurang sama sahaja, jika buat tempahan melalui kaunter. Kalau pergi mana-mana kaunter, tak banyak beza dari segi harga. Mungkin apa yang membezakan antara setiap kaunter dan syarikat kereta sewa ialah kereta dari model apa yang mereka ada.

 

Kalau waktu Peak Season (cuti sekolah, musim perayaan dan sambutan tertentu) harga kereta sewa akan meningkat naik. Waktu ini, kalau nak cari Perodua Viva pun harganya boleh naik sampai RM100 untuk satu hari.

kereta-sewa-murah-pulau-langkawi

Kalau Low Season, harga kereta sewa lebih murah. Saya lebih suka pilih Honda City sebab lebih jimat minyak. Isi RM30 dah cukup untuk penggunaan selama 3 hari 2 malam apabila bercuti.

 

Biasanya saya akan guna kereta sewa dari Anox Travel. Anda boleh ke laman web mereka di http://www.keretasewalangkawi.biz/. Sepanjang menggunakan perkhidmatan mereka, tak pernah lagi ada sebarang masalah besar. Boleh semak kadar harga di laman web mereka.

 

Kalau nak sewa dari mereka, jangan lupa beritahu yang anda tahu tentang perkhidmatan kereta sewa mereka dari laman web Xplorasi Destinasi ya!

 

 

(3) Tempat penginapan di Pulau Langkawi

Tak perlu bimbang tentang tempat penginapan di Langkawi. Ada terlalu banyak! Anda pilih sahaja nak jenis yang macam mana?

 

Anda nak duduk hostel? Dorm? Homestay? Chalet? Resort? Semuanya ada di Langkawi.

 

Untuk cari tempat penginapan, biasanya saya akan gunakan laman web Agoda.

review-royal-agate

Sebelum ini, semasa kami menginap di Royal Agate, tempat penginapan ini juga kami tempah melalui Agoda. Anda boleh baca pengalaman saya menginap di Royal Agate dalam posting yang ini.

 

Kalau nak cari homestay, sekarang boleh guna laman web Airbnb.

diskaun-airbnb

Travel credit bernilai RM120 ini anda boleh gunakan untuk dapatkan potongan harga sebanyak RM120 untuk penginapan anda. Sekarang ni dah makin banyak tempat menginap yang bagus-bagus yang anda boleh tempah melalui Airbnb.

 

Sesetengah orang lebih suka menginap di sekitar Pekan Kuah. Dikawasan bandar. Mungkin sebab kawasan bandar ni senang nak shopping.

 

Kalau saya pula, saya lebih suka menginap di sekitar Cenang.

Saya lebih suka kalau bila buka tingkap atau buka pintu, terus nampak laut. Kalau nak pergi ke pantai boleh jalan kaki sahaja.

 

Satu lagi dekat Cenang ni, waktu malam dia memang meriah dengan aktiviti.

makan-malam-pulau-langkawi

Saya suka jalan-jalan sekitar Cenang dan singgah di mana-mana gerai yang menjual street food. Bolehlah cuba makanan yang saya tak pernah cuba selama ini.

 

 

(4) Aktiviti menarik di Pulau Langkawi

Ada terlalu banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Langkawi. In Shaa Allah, saya akan ceritakan setiap pengalaman saya di Pulau Langkawi dalam posting yang akan datang.

 

Dekat sini, saya nak kongsikan antara yang popular. Kenapa orang datang bercuti ke Pulau Langkawi?

 

Saya berpendapat, ada dua sebab. Pertama, sebab nak bersiar-siar dan melihat panorama yang menarik (sight-seeing) dan satu lagi sebab nak shopping. Di Langkawi memang terdapat banyak kedai-kedai bebas cukai.

 

Barang yang dekat luar mahal, boleh dapat dengan harga lebih murah di Pulau Langkawi. Kalau nak shopping perfume berjenama, pelbagai jenis coklat, kat sinilah tempatnya.

 

Satu lagi aktiviti menarik di Pulau Langkawi ialah Island Hopping.

pakej-island-hopping-langkawi-murah

Anda akan dapati, apabila tiba di Pulau Langkawi nanti, ada banyak agent yang menjual pakej Island Hopping ini. Saya dapatkan pakej ini melalui hotel tempat saya menginap, dan rupa-rupanya pihak hotel boleh tawarkan harga yang lebih murah berbanding harga di luar sebagai menghargai pelanggan yang menginap di hotel tersebut. 

 

Saranan saya, sebelum nak ambik pakej Island Hopping ni, cuba tanya dulu dengan pihak hotel yang anda pilih. Mana tahu, mereka ada tawarkan pakej untuk aktiviti ini. Kalau confirm tak ada, barulah cari tempat lain.

 

Buat perbandingan harga dulu ya sebelum buat bayaran!

 

(5) Tempat makan di Pulau Langkawi

Saya pernah dengar, ada orang kata makanan kat Pulau Langkawi ni MAHAL! Betul ke?

 

Saya rasa tak adil kalau kata semua tempat mahal. Ikut pada tempat juga. Kalau anda makan di restoran yang mahal, maka mahallah harganya. Lagi satu, kena tengok juga, apa menu makanan yang anda order. Kalau makan dekat Shell Out yang ada lobster, Udang Galah, Udang Harimau, harganya memang mahal la juga.

 

Kalau nak makan yang murah-murah, biasanya saya akan ke Pekan Kuah dan makan di HBL Food Corner. Satu lagi restoran nasi campur yang popular ialah Restoran Kak Yan Nasi Campur yang terletak di Ulu Melaka. Tapi saya tak pernah makan di Restoran Kak Yan sebab masa pergi ke Langkawi sebelum ini, restoran ni tak buka.

 

 

(6) Tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi

Bila anda sampai di Pulau Langkawi nanti, cuba minta peta pulau Langkawi dari pihak hotel ataupun dapatkan masa di airport.

 

Ada terlalu banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Pulau Langkawi. Antaranya yang anda boleh kunjungi ialah seperti

  1. Kota Mahsuri
  2. MARDI Langkawi Agro Technology Park
  3. Tasik Dayang Bunting
  4. Pulau Singa Besar
  5. Pulau Beras Basah
  6. Laman Padi
  7. Pantai Cenang
  8. Telaga Ayer Hangat
  9. Pantai Tengah
  10. Pantai Tanjung Rhu
  11. Dataran Lang
  12. Kompleks Haji Ismail Group (HIG)
  13. Beras Terbakar
  14. Oriental Village
  15. Skycab
  16. Wildlife Park
  17. Lubuk Semilang Recreational Park
  18. Underwater World
  19. Art in Paradise
  20. Galeria Perdana
  21. Taman Buaya
  22. Pulau Payar Marine Park
  23. Telaga Tujuh
  24. Temurun
  25. Durian Perangin
  26. Pantai Kok
  27. Pantai Pasir Hitam
  28. Pantai Teluk Burau
  29. Pantai Pasir Tengkorak
  30. Kilim Limestone Geoforest Park

 

Saya pun ada banyak lagi tempat yang masih belum pergi lagi. Ada tempat menarik di Langkawi yang saya dah pergi, tapi tak puas. Rasa nak pergi sekali lagi. Itu yang sampai dua kali dalam setahun pergi bercuti kat sini.

 

Baiklah, apa yang saya kongsikan dalam ni, lebih kepada pengenalan kepada Pulau Langkawi. Nanti saya akan kongsikan lagi banyak destinasi percutian dan tempat tarikan pelancongan yang banyak terdapat di Langkawi.

 

Kita jumpa dalam posting akan datang ya!

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau PangkorPengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau Pangkor
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimatPakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat
  • Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron HighlandHomestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland
  • Makan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam PanggangMakan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam Panggang
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Lawatan ke Muzium Tentera Darat di daerah Lukut, Port DicksonLawatan ke Muzium Tentera Darat di daerah Lukut, Port Dickson
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pulau Tagged With: apa yang menarik di pulau langkawi, bercuti ke pulau langkawi, percutian di pulau langkawi, tempat menarik di pulau langkawi, tips percuti di langkawi

Trackbacks

  1. Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018 - Xplorasi Destinasi says:
    July 30, 2018 at 11:41 pm

    […] Baca juga: Panduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertama […]

    Reply
  2. Bagaimana majikan boleh ambil seseorang yang tak berkualiti sebagai pekerjanya? - Blog Sabree Hussin says:
    August 3, 2018 at 12:51 pm

    […] percutian saya ke Pulau Langkawi pada tahun-tahun yang lalu, saya pernah kunjungi kedai ubat. Saya tertarik dengan ubat resdung […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in