Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb

January 30, 2018 by Sabree Hussin 4 Comments

Pernah tak anda buat tempahan homestay atau guesthouse menerusi laman web Airbnb?

Mungkin ada antara pelawat dan pembaca blog Xplorasi Destinasi ini yang masih belum pernah ada pengalaman buat tempahan homestay menggunakan laman web Airbnb. Jadi dalam posting ini, saya kongsikan kepada anda semua, antara perkara yang anda WAJIB tahu semasa nak buat tempahan di laman web ini.

 

(1) Daftar sebagai ahli Airbnb dan bina profile anda

Proses pendaftaran sangatlah mudah. Anda hanya perlu klik pada pautan ini dan paparan seperti dibawah akan kelihatan.

diskaun-airbnb

Kelebihan membuat pendaftaran menerusi cara ini ialah, anda boleh dapat travel credit bernilai RM105 yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan homestay di kemudian hari.

 

Jika anda terus ke laman web Airbnb dan buat pendaftaran di homepage mereka, anda belum tentu akan dapat travel credit ini.

 

(2) Bina dan lengkapkan profile anda

Pihak Airbnb sangat mementingkan keselamatan para penggunanya.

 

Setelah anda mendaftar sebagai ahli Airbnb, anda akan diminta untuk melengkapkan profile anda. Selepas anda melengkapkan profile, anda juga akan diminta menghantar dokumen seperti gambar sebenar anda, salinan kad pengenalan dan sebagainya sebagai pengesahan bahawa anda adalah individu yang benar-benar wujud.

 

Ini bermakna, anda tak dibenarkan membina fake account bersama Airbnb.

 

Saya masih ingat lagi, pada waktu kali pertama saya buat tempahan dengan Airbnb, pihak Airbnb meminta saya untuk upload sesalinan kad pengenalan sebagai langkah pengesahan atau verification.

 

(3) Gunakan fungsi search untuk mencari homestay pilihan anda

Katakanlah anda bakal pergi bercuti ke Sabah. Anda mungkin perlukan tempat penginapan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

tempahan-dengan-airbnb

Gunakan fungsi carian seperti diatas untuk mendapatkan homestay yang paling sesuai dan menepati kriteria yang anda mahukan.

 

Tekan butang search dan pilih daripada senarai.

 

(4) Pilih daripada banyak-banyak iklan yang tersenarai

Bergantung kepada destinasi yang bakal anda tuju, sesetengah tempat memang ada banyak pilihan homestay. Contohnya disekitar Kota Kinabalu. Anda akan dapati ada lebih kurang 300 homestay yang anda boleh pilih disitu.

list-homestay-kota-kinabalu

Namun ada juga ditempat-tempat tertentu, mungkin cuma ada satu atau dua homestay sahaja. Mungkin juga ada tempat yang langsung tak ada homestay.

 

(5) Klik pada mana-mana iklan yang anda minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Daripada senarai homestay yang terdapat di laman web airbnb, pasti akan ada satu atau dua yang sesuai dengan anda. Klik sahaja pada mana-mana satu dan dapatkan maklumat lanjut.

 

Biasanya, sebelum membuat tempahan, saya akan lihat dulu hal-hal seperti

 

i. Berapa ramai bilangan guest yang boleh muat dalam satu rumah

Kalau tuan rumah beritahu, jumlah guest ialah 10 orang, bermakna segala kelengkapan seperti bantal, katil, dan tilam extra adalah cukup-cukup untuk kegunaan 10 orang.

homestay-murah-kota-kinabalu

Saya ambil contoh homestay yang dimiliki oleh ED Holidays ini. Boleh memuatkan seramai 10 orang tetamu.

 

Ada sesetengah homestay, meletakkan syarat maksimum hanya boleh bawa 6 orang tetamu sahaja. Kalau nak bawa lebih dari 6 orang, kena buat bayaran tambahan untuk extra guest. Jadi saranan saya ialah, baca betul-betul syarat-syarat yang diletakkan oleh tuan rumah.

 

ii. Ada berapa banyak bilik tidur disediakan? 

Homestay yang disenarai dalam laman web Airbnb ni ada macam-macam jenis sebenarnya. Ada yang rumah jenis landed, rumah teres, apartment, condo, studio dan sebagainya. Oleh kerana rumah pun ada macam-macam jenis, maka setiap rumah dari segi susun atur dia semua berbeza.

 

Kalau anda travel bersama kumpulan yang agak besar, maka sesuai untuk pilih rumah yang menyediakan sekurang-kurangnya 3 buah bilik. Anda boleh menggunakan fungsi filter untuk memudahkan proses carian.

sewa-homestay-kota-kinabalu

Fungsi filter ni bagusnya dapat mempercepatkan proses carian. Kalau rumah dekat sesuatu kawasan tu ada banyak, sampai dekat 1,000 buah rumah, jadi dengan adanya fungsi filter (tapisan) ini kita tak perlu nak lihat iklan rumah yang tak kena dengan keperluan kita.

 

iii. Bagaimana dengan jenis katil dan juga susunan tempat tidur?

Benda ni pun penting juga.

Kadang-kadang saya juga ada masalah nak membayangkan, bagaimana susun atur katil di homestay yang bakal saya sewa. Justeru, dengan adanya sleeping arrangements ni, lagi mudah untuk saya susun, siapa akan dapat bilik yang mana satu.

 

iv. Apa kemudahan yang disediakan?

Satu perkara yang anda perlu tahu ialah, kemudahan yang disediakan di setiap homestay adalah berbeza-beza. Kita boleh tahu apa yang tuan rumah bakal sediakan untuk kita dengan merujuk kepada bahagian Amenities.

mencari-homestay-sekitar-kota-kinabalu

Kalau anda rasakan kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah, tidak menepati keperluan anda, cari sahaja rumah lain. Itupun jika anda ada banyak pilihan.

 

v. Peraturan dalam rumah

Setiap rumah ada peraturan dia yang tersendiri. Kita nak menyewa rumah orang, sudah tentu kita perlu tahu apa peraturan yang ditetapkan. Biasanya peraturan adalah seperti

  1. Tak boleh merokok
  2. Tak boleh berkasut dalam rumah
  3. Tak boleh bawa haiwan peliharaan
  4. Tak boleh buat bising
  5. Tak boleh buat party dalam rumah

 

Apa pun, yang penting anda baca dulu apa peraturan yang telah ditetapkan oleh tuan rumah ye.

 

vi. Syarat untuk cancel tempahan

Mungkin, selepas anda buat tempahan, berlaku perkara yang tak terduga. Anda terpaksa batalkan tempahan tersebut. Apa akan jadi dengan tempahan anda? Untuk ini , anda perlu lihat apa dia syarat untuk batalkan tempahan.

 

Ada tempahan yang kita boleh dapat refund 100% dan ada juga tempahan yang kita hanya boleh dapat sebahagian sahaja.

 

vii. Apa ulasan daripada tetamu terdahulu

Ulasan atau review dari tetamu terdahulu juga boleh dijadikan rujukan penting untuk mengetahui pengalaman tetamu sebelum ini.

Mungkin benda-benda yang di highlight oleh tetamu sebelum ini ada yang sama seperti yang kita juga perlukan.

 

viii. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh pemilik rumah 

Album gambar juga adalah satu lagi bahagian penting yang perlu kita lihat bagi mengetahui keadaan sebenar rumah yang bakal kita sewa.

 

(6) Hubungi tuan rumah kalau ada sebarang info yang tak berapa jelas

Anda juga sebenarnya boleh menggunakan fungsi Contact Host sekiranya masih ada sebarang persoalan yang tak jelas tentang homestay yang bakal anda sewa tu.

Kalau anda nak tahu, anda juga boleh tawar-menawar disini. Host boleh tawarkan harga istimewa kepada anda, namun harga istimewa adalah untuk masa terhad. Anda kena buat tempahan dalam masa 24 jam kalau nak dapatkan tawaran harga istimewa tersebut.

 

(7) Ketahui tentang Service Fee atau lain-lain fee

 

Membuat tempahan melalui laman web Airbnb adalah tertakluk kepada service fee. Anda boleh baca penerangan yang lebih lengkap tentang fees ini menerusi halaman ini.

 

Apabila kita buat tempahan, kita akan dikenakan service fee sekitar 5% dan 15% untuk setiap booking. Service fee ini juga boleh jadi lebih daripada 15% apabila diambil kira faktor VAT (Value Added tax).

 

Fee ini dikenakan bagi tujuan pengurusan dan pembangunan laman web Airbnb. Sebenarnya inilah cara Airbnb buat duit. Dia kenakan service fee kepada guest dan juga kepada host.

 

(8) Buat tempahan

Bila semua dah yakin dan puas hati, buatlah tempahan. Seperti biasa, anda hanya perlu masukkan tarikh dan juga berapa orang guest yang akan ikut bersama anda.

cari-homestay-murah

Lepas dah masukkan tarikh, tekan pula butang Book dan sistem akan buat pengiraan semula.

 

Berikut adalah jumlah yang perlu dibayar.

mana-nak-dapat-homestay-murah-area-kk

Oleh kerana saya ada travel credit dalam akaun saya, maka jumlah akhir yang perlu saya bayar adalah sebanyak RM437.95 sahaja. Travel credit ni memang sangat berguna apabila buat tempahan dengan Airbnb. Siapa yang masih belum ada travel credit tu, cepat-cepat dapatkan dari halaman ini ya.

 

Kalau tanpa Travel Credit ni, jumlah sebenar yang saya perlu bayar adalah sebanyak RM707.95

 

Buat pembayaran dan tunggu sehingga dapat confirmation dari pihak Airbnb.

 

(9) Check in homestay

Tahniah! Sekarang kita tunggu masa untuk pergi bercuti dan check in di homestay yang kita tempah sebelum ini. Kadang-kadang, kita tak perlu jumpa dengan tuan rumah pun tak apa.

 

Pengalaman saya sebelum ini, tuan rumah hanya sediakan arahan macam mana nak ambik kunci. Bila dah dapat kunci dari tempat yang diberitahu, (sama ada pejabat, pondok sekuriti dan sebagainya) boleh terus naik ke rumah dan buat macam rumah sendiri.

 

Kalau sepanjang kita duduk kat rumah tu, ada benda yang kita tak puas hati, kita boleh hubungi tuan rumah, dan kalau hal tersebut agak besar, hinggakan tuan rumah pun tak mampu nak selesaikan, maka kita boleh ajukan isu tersebut kepada pihak Airbnb.

 

Inilah tujuan kita bayar service fee kepada Airbnb. Jika ada sebarang isu yang tak dapat diselesaikan, kita akan minta pihak pengurusan Airbnb untuk campur tangan dan selesaikan sebarang pertikaian.

 

(10) Tulis review mengenai pengalaman anda menginap di homestay tersebut

Kebiasaannya, proses tempahan, check in hinggalah ke check out adalah mudah sahaja. Kalau anda rasa seronok menginap di homestay tersebut, berilah review yang paling jujur.

 

Itu sahaja.

 

Akhir kata, sebelum anda nak buat tempahan di Airbnb, pastikan anda dah betul-betul faham dengan 10 perkara ini ya. Semoga percutian anda nanti berjalan dengan lancar.

 

 

 

Baca juga...

  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?
  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke LangkawiLawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tips Travel Tagged With: bercuti ke sabah, cara tempah homestay dengan airbnb, homestay airbnb, panduan membuat tempahan airbnb, senarai homestay di airbnb, senarai homestay di kota kinabalu

Comments

  1. Ikhwan says

    February 6, 2018 at 2:44 pm

    Saya gunakan airbnb untuk iklankan homestay.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      February 6, 2018 at 2:48 pm

      Homestay tuan dimana tu? Mungkin satu hari nanti saya boleh datang ke tempat tuan 🙂

      Reply

Trackbacks

  1. Panduan Airbnb - Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb - Xplorasi Destinasi says:
    September 18, 2018 at 1:49 pm

    […] Baca disini: Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb […]

    Reply
  2. Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara - Xplorasi Destinasi says:
    September 24, 2018 at 7:59 pm

    […] Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in