Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb

September 18, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Saya pernah tulis mengenai panduan Airbnb dalam blog ini sebelum ini. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, artikel ini adalah kesinambungan bagi artikel saya yang sebelum ini.

 

Jemput luangkan masa sebentar untuk baca bahagian yang sebelum ini ya.

Baca disini: Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb

panduan-menggunakan-airbnb

Kali ini, setelah hampir 8 bulan berlalu, daripada tarikh kali pertama saya tulis tentang panduan Airbnb dalam blog ini, saya rasa ada beberapa perkara baru yang saya nak kongsikan tentang portal ini.

 

Sekarang ini, saya dah agak jarang menggunakan lain-lain laman web untuk buat tempahan bilik hotel dan juga guesthouse. Saya rasakan adalah lebih berbaloi dan lebih menjimatkan untuk guna servis Airbnb.

 

Bagi pembaca blog ini, yang sebelum ini masih belum ada pengalaman buat tempahan dari laman web ini, saya harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian saya ini. Servis yang ditawarkan oleh Airbnb mungkin sedikit berlainan kalau nak bandingkan dengan lain-lain laman web tempahan.

 

(1) Unit guesthouse, homestay dan juga bilik hotel dikendalikan oleh orang perseorangan

Saya pernah menginap di Lexis Water Chalet di Port Dickson sebelum ini. Pada mulanya saya fikirkan, Lexis Water Chalet ini dibawah pengurusan pihak Lexis.

 

Rupa-rupanya tidak. Ia merupakan sebuah private unit yang dikendalikan oleh orang perseorangan. Barulah saya tahu, rupa-rupanya kita boleh beli unit chalet yang dibina dikawasan peranginan. Orang perseorangan yang beli unit chalet ini, boleh sewakan unit tersebut, ataupun guna untuk tujuan peribadi.

best-ke-lexis-water-chalet

Unit seperti ini, walaupun terletak dalam kawasan yang sama dalam hotel, ia mungkin dimiliki oleh orang perseorangan.

 

Kita boleh minta bantuan dari pekerja hotel, receptionist, bell boy dan sebagainya, jika kita menghadapi sebarang isu, namun mereka tidak mempunyai tanggungjawab untuk bantu kita. Sebaliknya, orang yang paling tepat untuk kita hubungi adalah pihak host yang membuat listing di Airbnb.

 

(2) Jangan mengharapkan Full Service dari pihak host

Ini satu lagi ciri yang membezakan, antara check in di Airbnb dengan check in di hotel. Memandangkan anda mungkin akan menginap di kediaman peribadi milik host anda, maka anda jangan terlalu mengharapkan akan ada orang datang untuk berikan full service kepada anda.

 

Misalnya, kalau check in hotel, setiap pagi akan ada room service, yang mana mereka ini akan sapu bilik, kemas katil, buang sampah dan sebagainya. Room service juga akan datang dan akan tukar towel yang telah digunakan dengan towel yang bersih.

 

Tetapi, kalau menginap di Airbnb, semua itu anda kena buat sendiri. Kalau tak kisah semua ini, maka bolehlah menginap di Airbnb.

 

(3) Tiada siapa yang akan sambut ketibaan anda semasa proses check in

Sesetengah host, mereka amalkan konsep self check in.

 

Prosedur self check in ini pula ada macam-macam jenis. Sesetengah rumah menggunakan kunci bernombor. Anda akan diberikan password untuk buka kunci pada hari anda akan menginap di kediaman tersebut.

 

Ada juga self check in yang anda kena ambil sendiri kunci di lokasi yang diberitahu oleh pemilik guesthouse.

guesthouse-kuala-lumpur

Ambil kunci dulu dari pondok security sebelum masuk ke guesthouse. Biasanya masa ambil kunci, pihak host akan turut berikan arahan seterusnya macam mana nak masuk ke guesthouse.

 

Walaupun begitu, bukan semua guesthouse amalkan konsep self check in. Ada banyak juga yang mempunyai penyambut tetamu.

 

(4) Anda boleh tempah bilik hotel melalui laman web Airbnb

Saya pun baru perasan benda ni baru-baru ini. Sebelum ini, saya ingatkan kita cuma boleh tempah homestay dan guesthouse sahaja, kalau melalui laman web Airbnb. Rupanya saya silap.

 

Sebenarnya kita boleh tempah bilik hotel, yang mana bilik hotel itu memang berada dibawah pengurusan hotel tersebut. Gunakan fungsi filter.

panduan-menggunakan-airbnb

Klik pada Home type dan pilih Private room dan Hotel Room sahaja. Tekan Apply dan seterusnya hasil carian yang akan keluar tidak termasuk kediaman jenis guesthouse dan homestay.

 

Ini contohnya.

tempah-hotel-melalui-airbnb

Private Room ini kebanyakkannya adalah dibawah pengurusan pihak hotel. Walaupun begitu, ada juga unit yang dikendalikan oleh orang perseorangan.

 

Saya cadangkan anda tanya kepada host, sama ada ini merupakan private unit atau dibawah pengurusan pihak hotel.

 

(5) Anda boleh berikan Travel Credit kepada orang yang belum pernah guna servis Airbnb

Kalau anda rasakan servis yang diberikan oleh Airbnb ini bagus, dan anda juga nak rekemen orang lain supaya guna servis ini, anda boleh berikan travel credit kepada sesiapa yang berminat untuk beri mereka diskaun apabila buat tempahan di Airbnb.

 

Saya juga selalu berikan travel credit ini kepada pembaca blog saya.

diskaun-airbnb

Travel Credit ini bernilai RM120. Jika anda buat tempahan yang kosnya sebanyak RM290 dan keatas, secara automatik anda akan dapat diskaun sebanyak RM120.

 

Travel credit ini boleh diperolehi menerusi pautan ini.

 

Setiap kali anda berikan Travel Credit kepada pengguna baru, pihak Airbnb akan berikan travel credit bernilai RM60 kepada anda apabila pengguna tersebut selesai check out. Ini contohnya.

cara-dapat-diskaun-airbnb

Bila kumpul travel credit ini, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi banyak juga. Kebanyakkan tempahan tempat penginapan yang saya buat, yang saya kongsikan dalam blog ini, dibuat menggunakan travel credit Airbnb.

 

Saya anggap macam dapat sponsor penginapan percuma dari Airbnb sahaja.

 

(6) Anda juga boleh jadi salah seorang host di Airbnb

Melalui Airbnb, semua orang boleh jadi host.

 

Tak semestinya kalau nak jadi host, kita kena mempunyai sebuah rumah untuk dijadikan guesthouse ataupun homestay. Sebenarnya kalau kita cuma nak sewakan salah satu bilik dalam rumah kita juga boleh.

 

Kalau anda selesa, ada orang lain yang tak dikenali tinggal bersama dalam rumah anda, bolehlah sewakan bilik dalam rumah anda.

 

(7) Peluang untuk mengetahui cara hidup penduduk setempat

Tahukah anda, bagaimana cara hidup orang yang tinggal di kawasan kampung?

Tahukah anda, bagaimana gaya hidup masyarakat yang tinggal di kawasan kondominium mewah?

 

Mungkin pada satu hari dalam hidup anda, anda akan buat satu keputusan yang besar untuk membeli sebuah rumah. Pada waktu itu, mungkin anda nak tahu, patutkah anda beli rumah di kawasan perumahan double storey, kawasan apartment, ataupun beli rumah jenis kondo?

 

Kalau anda ada pengalaman tinggal di tempat-tempat seperti ini, mungkin tak susah untuk buat keputusan, mana satu pilihan yang tepat. Sebaliknya, kalau anda kurang pengalaman, saya cadangkan anda cubalah menginap di mana-mana kediaman yang disenaraikan di Airbnb.

 

Ada macam-macam jenis rumah yang anda boleh sewa. Ada apartment, double storey, villa, banglo, kondo dan sebagainya. Bila anda dah faham, bagaimana cara hidup masyarakat setempat, yang sudah tentunya berbeza bergantung pada jenis kejiranan, anda pasti lebih mudah untuk buat buat keputusan untuk beli rumah kelak.

 

Kalau nak sewa macam biasa, saya kira ia agak mahal. Lazimnya rumah sewa, akan kenakan syarat 3 + 1 atau 2 + 1. Maksudnya kena sediakan dua atau tiga bulan duit sewa sebagai deposit dan satu bulan sewa.

 

Tapi kalau melalui Airbnb ini, kita boleh sewa dulu untuk sehari, dua hari atau satu tempoh masa yang lebih singkat. Kalau nak lebih jimat, sewa sahaja bilik. Tujuan kita adalah untuk lebih memahami bagaimana cara hidup masyarakat setempat.

 

Kebanyakkan rumah atau listing Airbnb memang terletak dalam kawasan penduduk setempat.

 

Baiklah, saya kira itulah dia beberapa perkara tambahan yang saya nak kongsikan mengenai tempahan tempat penginapan melalui Airbnb. Jangan lupa untuk dapatkan travel credit ini, dan saya doakan semoga anda seronok dengan pengalaman penginapan anda nanti.

 

 

Baca juga...

  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor?Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor?
  • Homestay Seri iskandar Bota PerakHomestay Seri iskandar Bota Perak
  • Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Panduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertamaPanduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertama
  • Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, KedahPengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tips Travel Tagged With: buat tempahan di airbnb, cari bilik hotel di airbnb, tips airbnb

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in