Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Padang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disini

October 22, 2019 by Sabree Hussin 5 Comments

Cuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas, saya sempat berkunjung ke Padang Besar, Perlis. Kebetulan masa tu memang saya dan keluarga beraya di Perlis.

 

Alang-alang dah tak jauh dengan Padang Besar, kami pun singgah sekejap ke tempat tersebut.

 

Sepanjang perjalanan, kita boleh lihat pemandangan banyak bukit-bukit.

laluan-untuk-ke-padang-besar

Cantik.

 

Memang cantik. Ini salah satu keunikkan yang terdapat di negeri Perlis yang mungkin tak terdapat ditempat lain.

perlis-indera-kayangan

Alhamdulillah pada hari tu cuaca baik. Tak terlalu panas walaupun tak begitu redup. Just nice.

 

Tapi bila dah sampai di sekitar Arked Niaga Padang Besar… fuh boleh tahan panasnya.

parking-padang-besar-perlis

Ada tempat parking khas yang disediakan untuk para pengunjung yang berhajat untuk datang ke Padang Besar.

 

Bayarannya taklah begitu mahal. Hanya RM3 sekali masuk. 

tiket-parking-padang-besar

Kita hanya perlu bayar sekali sahaja dan selepas itu terpulanglah pada kita nak letak kereta berapa lama sekalipun. Kalau nak jalan-jalan dan shopping dekat Pandang Besar sampai semua kedai dah tutup pun boleh, tak ada masalah.

 

Bayaran untuk parking dia tetap RM3 sahaja.

bomba-padang-besar

Dari tempat parking kenderaan ni, kita boleh nampak bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar.

 

Spoil betul kereta-kereta yang parking dekat sini.

melawat-padang-besar-perlis

Tak nampak dengan jelas tulisan “Selamat Datang / Welcome to Padang Besar” tu. Kalau tak ada kenderaan yang parking dekat sini, saya percaya tempat ini akan jadi salah satu tempat pilihan untuk bergambar.

 

Dekat bahagian luar ni tak ada apa-apa sangat. Jom kita masuk ke dalam Arked Niaga untuk lihat apa sebenarnya yang ada di Padang Besar ni.

shopping-padang-besar-perlis

Selama ini, saya cuma dengar cerita dari mereka-mereka yang dah pernah pergi ke Padang Besar.

 

Ada yang kata, barang kat sini murah kalau nak bandingkan dengan tempat lain.

Ada yang kata, harga kat sini dah mahal, tak sama macam dulu.

Ada juga yang saya dengar, harga pakaian yang dijual dekat Pasar Kemboja lebih murah kalau nak bandingkan dengan harga di Padang Besar.

 

Tak apa. Setakat dengar apa yang orang lain kata ni, sampai bila kita tak akan tahu keadaan dan situasi sebenar di Padang Besar tu macam mana. Maklumlah, penilaian setiap orang tu kan berbeza-beza.

 

Apa yang orang lain rasa dan nampak, mungkin itu hanya sekadar pandangan dia semata-mata. Jom saya nak kongsikan dengan anda semua, apa yang kita boleh lihat apabila berada di Arked Niaga ini.

arked-niaga-padang-besar

Arked Niaga ini ada dua tingkat. Dekat setiap tingkat ada banyak penjual yang menjual pelbagai jenis barangan.

padang-besar-perlis

Ada terlalu banyak barang yang dijual kat sini. Bila pusing-pusing dalam ni, rasa rambang mata juga. Maklumlah, saya kan baru pertama kali jejakkan kaki ke tempat ini.

 

Kalau anda nak shopping baju, dekat sini ada banyak baju yang cantik-cantik belaka. Ada pelbagai design, sama ada nak yang round neck, polo t-shirt, jaket dan sebagainya.

baju-original-padang-besar

Kalau nak cari pakaian berjenama, dekat sini pun boleh jumpa macam-macam jenama terkemuka. Saya nampak kat situ ada jenama Adidas, Fila, Police dan banyak lagi.

shopping-baju-berjenama-padang-besar

Adakah pakaian yang dijual di Padang Besar ni original?

Ha… yang tu saya pun tak tahu.

 

Kalau anda ada jawapannya, boleh tak kongsikan di bahagian komen?

t-shirt-cantik-padang-besar

Kebanyakkan penjual yang menjual pelbagai jenis pakaian disini, tidak menyediakan tempat untuk mencuba baju, ataupun fitting room.

 

Kalau nak beli, kita sekadar agak-agak dekat badan sendiri, ataupun cuba sarung sahaja. Kalau cuba dengan cara ni, memang malas nak buka baju, akhirnya ukuran yang dapat tak berapa tepat, sebab masa mencuba tu kita pakai baju dua lapis kan.

 

Saya dah pusing beberapa kedai, dan untuk pakaian wanita, kebanyakkan dijual dengan harga seperti di gambar dibawah ini.

harga-baju-padang-besar

Kalau beli satu helai sahaja, harganya ialah RM25. Kalau beli dua, dapat murah sikit, jadi RM45. Kalau beli lagi banyak, boleh dapat harga lebih murah.

 

Bila nampak sistem harga macam ni, apa yang anda faham?

 

Kalau jual 2 helai RM45, bermakna satu baju jadi RM22.50

Kalau peniaga tersebut jual dengan harga RM25 dia untung

Kalau dia kurangkan harga, untuk galakkan pengunjung beli sekali dua helai dengan harga RM22.50 pun dia masih untung.

 

Secara tak langsung, kat sini dah memberi gambaran yang sebenarnya kita boleh buat tawar menawar dengan penjual, sebelum bersetuju dengan harga yang dibuka. Itupun kalau anda cukup rajin. Kalau anda pemalas macam saya, tak payah tawar-menawar, agak-agak tak berapa setuju dengan harga, tak payah beli.

 

Ataupun kalau rasa yang harga tersebut munasabah, bayar je ikut harga yang diminta.

 

Dalam bab-bab tawar harga ni, saya akan tengok pada keadaan. Bukannya saya tak reti langsung nak tawar harga, tapi kadang-kadang tu kesian dengan peniaga. Cukup sekadar tanya soalan, “boleh kurang sikit?” kalau nak bagi, bagilah.

 

Even kalau cuma kurang RM1 pun tak apa. Kesian juga, sebagai peniaga dia pun nak untung besar. Kita bantulah perniagaan dia, dengan cara jangan minta kurang ataupun tak payah ambil baki. Ini satu cara untuk bantu usahawan melayu untuk pergi lebih jauh dalam bisnes.

 

Selain pakaian, ada juga kedai yang menjual kerongsang macam dalam gambar ni.

kerongsang-padang-besar

Aksesori untuk wanita adalah antara yang banyak terdapat disini.

 

Nak cari jam tangan baru, kat sini pun ada. Pelbagai jenama ada dijual dekat sini. Saya tak tanya berapa harga, sebab saya tak plan nak beli jam kat tempat macam ni.

jam-tangan-lelaki-padang-besar

Kalau nak beli jam, saya prefer untuk beli dekat tempat yang tak berapa jauh dengan saya. Kalau ada apa-apa masalah, senang nak claim waranti.

 

Tapi kalau beli kat Padang Besar, yang beratus KM jauhnya dari tempat saya tinggal, alamatnya kalau jam yang saya beli nanti ada problem, taruk buang jer laa.

borong-mainan-di-padang-besar

Kalau yang ada anak-anak kecik, boleh singgah ke kedai-kedai yang menjual mainan dekat sini. Cuba la tengok-tengok sikit harga kereta control dekat sini.

 

Saya ada terbaca dari pengalaman orang lain yang datang ke sini, katanya kalau beli barangan mainan dekat sini, harganya lebih rendah berbanding kalau beli kat tempat lain. Andai kata sebelum ni anda pernah survey harga, mungkin lebih mudah nak buat perbandingan harga.

 

Dalam perjalanan balik untuk ke KL nanti, saya cadang nak singgah beraya ke rumah kakak saya di Seri Iskandar.

makanan-ringan-padang-besar

Bila jalan-jalan sekitar Padang Besar ni, nampak pula makanan ringan yang telah dibungkus macam dalam peket-peket kecil macam ni.

barang-apa-nak-beli-di-padang-besar

Saya pun beli untuk dijadikan buah tangan.

 

Pek seperti ini dijual dengan harga RM4 sebungkus. Tapi kalau beli 3 bungkus, dapat harga RM10 sahaja.

 

Ada juga kedai yang jual dengan harga 4 bungkus RM10. Bezanya? Kuantiti dan berat.

beli-kacang-gajus-padang-besar

Memandangkan Padang Besar ni lebih kepada tempat untuk shopping… saya pun tak berapa tahu nak cerita apa lagi tentang tempat ini.

 

Produk dekat sini, ada produk tempatan yang kita biasa jumpa kalau pergi ke supermarket, dan ada juga produk keluaran dari Thailand.

kedai-runcit

Contoh macam perencah tomyam dan lain-lain perencah masakan.

padang-besar-perlis

Tengok botol dia macam familiar, dan macam biasa nampak kalau shopping dekat Tesco atau NSK. Cuma saya tak pasti sama ada produk yang sama atau produk yang berbeza.

perencah-tomyam-padang-besar

Hari tu saya ada beli beberapa barang. Saya pun tak ingat, beli apa selain baju dan juga sedikit buah-buahan.

nak shopping apa kat padang besar thailand

Saya datang ke sini lebih kepada nak tengok-tengok apa yang ada dekat Padang Besar ni. Selama ni asyik dengar orang bercerita tentang Padang Besar, tapi saya sendiri tak pernah lagi sampai ke sini.

produk-thailand

Ini bahagian yang menjual pelbagai buah-buahan. Sebelum beli berkilo-kilo, anda boleh beli dulu buah-buahan yang dah siap dipotong.

 

Kalau rasanya sedap, bolehlah borong.

harum-manis-thailand

Pelam harumanis.. RM20 sekilo. Tak adalah mahal sangat, kan?

 

Ke pelam ni tak sama macam harumanis yang mahal tu?

Nah sini pun ada jual pelbagai jenis dan warna bunga orkid.

Ada peminat bunga orkid ke?

Kalau ada, cubalah tengok-tengok pilihan bunga yang terdapat kat sini.

beli-orkid-padang-besar

Bunga orkid ada yang dijual dengan harga RM10, RM12 dan keatas.

kaktus-padang-besar

Dekat sini pun boleh beli kaktus.

 

Tapi kalau nak bandingkan dengan Cameron Highland, kaktus yang boleh didapati disini macam tak berapa banyak pilihan.

 

Ini pula bahagian yang menjual produk kosmetik.

sabun-beras-thailand

Kalau tak silap saya, yang bentuk petak-petak tu sabun susu beras. Sabun macam ni, saya pun pernah jual satu masa dulu.

 

Fungsi sabun susu beras ni, biasalah… untuk memutihkan, melembabkan dan melembutkan kulit. Tapi sekarang ni kalau saya nak jual benda ni lagi, kena fikir banyak kali.

periuk-murah-padang-besar

Saya sempat singgah ke kedai yang menjual produk aluminium. Tapi setakat singgah dan tengok-tengok je. Tak beli, tanya harga pun tak.

 

Memang masa ni bukannya mood nak shopping. Bajet dah banyak digunakan untuk sambutan hari raya dan perjalanan untuk balik kampung. Nanti bila nak balik ke KL, nak pakai duit lagi. So kena jimat cermat, dan kalau tak perlu atau tak penting, tak payah beli.

 

Kalau betul nak shopping, mungkin next time boleh datang sekali lagi ke sini. Lagipun rumah mentua saya di Jitra dengan Padang Besar ni bukannya jauh sangat. Masa balik kampung nanti boleh datang sekali lagi ke sini.

makan-sedap-padang-besar

Sebelum balik, saya singgah ke bahagian yang menjual makanan. Saya pusing keliling gerai, tak ada satupun gerai yang ada tempat duduk kosong.

 

Ramai sangat pengunjung yang datang makan kat sini.

seronok-ke-padang-besar

Nampak gayanya tak ada rezeki nak makan kat restoran ni. Maybe next time. (sekali lagi)

motosikal-thailand

Atas ni antara kenderaan ringan dengan nombor plate Thailand. Ada banyak diletakkan di sekitar Padang Besar ni.

balik-dari-padang-besar

Lawatan ke Padang Besar ni akan jadi lebih seronok, bila kita bawa duit lebih untuk shopping. Tapi kalau duit cuma cukup-cukup, memang rasa tak berapa ada hati nak jalan-jalan. Kalau kebetulan ternampak barang yang cantik dan berkenan, rasa frust je nanti sebab tak dapat nak beli.

 

Sekiranya anda tinggal di Kuala Lumpur seperti saya, satu hari memang rasa tak berbaloi untuk datang ke Padang Besar, Perlis. Anda perlu menginap sekurang-kurangnya satu malam disini.

 

Jika anda ingin mencari tempat penginapan jenis homestay atau guesthouse yang berdekatan dengan Padang Besar, Perlis ini, saya syorkan anda cari di laman web Airbnb.

homestay-padang-besar

Kalau ambil tempat penginapan jenis homestay, boleh jimatkan duit untuk bermalam dalam satu rumah beramai-ramai.

 

Andai kata anda mencari hotel, boleh buat carian di laman web Agoda menerusi pautan ini ya. Dekat Agoda ni ada banyak juga pilihan hotel dengan harga yang menjimatkan.

 

Jika anda akan ke Padang Besar, selamat bershopping saya ucapkan.

 

 

Baca juga...

  • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
  • Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron HighlandHomestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland
  • Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau PangkorPengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau Pangkor
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Homestay Seri iskandar Bota PerakHomestay Seri iskandar Bota Perak
  • Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron HighlandRestoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland
  • Desa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di KundasangDesa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di Kundasang
  • Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200
  • Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluargaPantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: apa ada di padang besar, apa yang menarik di padang besar, padang besar perlis, tempat menarik di perlis

Comments

  1. Muhamad Nasarudin Roslan says

    October 30, 2019 at 9:57 am

    ramai juga yg mengadu hrga brg di padang besar sedikit mahal nk di banding dgn wang kelian..

    Reply
    • Sabree Hussin says

      November 5, 2019 at 4:51 pm

      Oh ye ke.. kalau macam tu saya nak kena pergi ke Wang Kelian ni juga 🙂 Sambil-sambil tu boleh buat comparison harga barang

      Reply
  2. titan says

    November 1, 2019 at 12:11 am

    kalau nak cari barang, memang best pi sini.

    bilalah nak pi lagi ni.

    dok johor ni..jauh naa nak pi jenjalan.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      November 6, 2019 at 12:04 am

      Aku yang duk Selangor pun dah rasa Padang Besar ni jauh.. hang yang kat Johor tu lagilah… baik naik flight je la..

      Reply
  3. Nasa says

    December 30, 2019 at 7:29 am

    Orang senior mcm saya naik ETC dengan konsesi, nak ke PB ni taklah mahal. Tinggal hotel yg tiga bintang pun ok..Jadinya mmg teruja juga nak berkelana dua tiga hari di sana. Dapat merasa makanan unik di sana..ronda2 sikit, beli apa yg patut.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in