Adakah anda tergolong dalam golongan mereka yang sukakan suasana kedamaian berada dekat dengan alam semulajadi?
Di Kuala Selangor, ada sebuah lokasi yang dikenali sebagai Taman Alam Kuala Selangor atau Kuala Selangor Nature Park.
Selesai makan tengah hari di Warong Udang Galah, saya terus ke sini. Pada mulanya, saya plan nak naik ke Bukit Melawati. Saya dah memandu sampai ke pintu masuk ke Bukit Melawati.
Baca juga: Santapan ISTIMEWA waktu tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor
Bila dah terlalu dekat, saya dapati jalan masuk nak naik ke atas ditutup. Pada masa tu, saya tak tahu lagi, yang rupa-rupanya kalau pada hari Ahad (mungkin termasuk hari cuti am), pengunjung yang nak naik ke puncak Bukit Melawati perlu gunakan khidmat kenderaan tram yang disediakan.
Kenderaan sendiri tidak dibenarkan untuk dibawa naik ke atas. Kalau hari biasa, boleh bawa naik kenderaan sendiri. Ada pro and cons buat macam ni. Pada hari cuti, memang biasanya bilangan pengunjung lebih ramai berbanding hari-hari biasa.
Kalau semua orang nak drive sendiri, satu akan ada masalah parking kat atas tu. Kedua, jalan dia agak sempit, dan kalau yang tak biasa, mungkin boleh alami minor accident masa nak turun nanti.
Cuma yang tak bestnya, kalau naik tram macam ni, kena beratur tunggu giliran dan kena bayar. Tapi tak apa, saya bukan nak cerita tentang Bukit Melawati dalam posting ni, sebaliknya saya nak kongsi pengalaman saya berada di Taman Alam Kuala Selangor.
Bagi yang masih belum pernah sampai ke tempat ni, mungkin lepas ni anda boleh luangkan sedikit masa, dan cuba-cuba jelajah tempat ni pula.
Untuk masuk ke Taman Alam Kuala Selangor ni, ada bayaran yang dikenakan. Bayaran ini dinamakan sebagai conservation fee (yuran pemuliharaan) dan untuk dewasa hanya perlu bayar RM4 sahaja.
Jika murid sekolah bawah usia 17 tahun, bayaran masuk ialah RM1, Ahli MNS (RM2), warga emas berusia 60 tahun keatas (RM2) manakala kanak-kanak dibawah usia 7 tahun kebawah boleh masuk ke tempat ini secara percuma sahaja.
Perjalanan kita untuk menjelajah Taman Alam ini akan bermula di Denai Kembara.
Jangan risau nak menjelajah tempat ini. Pada saya, ianya tak begitu mencabar sebabnya ada laluan atau denai yang disediakan. Kita hanya perlu ikut sahaja denai yang disediakan tu.
Secara purata, masa yang diperlukan untuk pusing satu taman ini ialah satu jam 30 minit sahaja. Bergantung kepada berapa laju anda jalan dan berapa lama masa yang anda perlukan untuk singgah di satu-satu kawasan.
Cuma kalau nak masuk dalam ni, boleh siap sedia dengan barang kelengkapan seperti
- Alat penghalau nyamuk (mosquito repellent)
- Air minuman yang mencukupi
- Kamera
- Pakaian spare kalau nak tukar baju nanti
- Bawa payung pun ok just in case hujan turun
- Topi dan sun glass untuk melindungi dari panas matahari
Sepanjang berada disini, kita akan melalui kawasan hutan. Tempat macam ni memang kita akan jumpa banyak nyamuk. Gunakanlah pakaian yang sesuai. Ataupun kalau nak berhenti tu, jangan berhenti terlalu lama.
Selain burung-burung, disini juga merupakan tempat tinggal pelbagai spesies monyet.
Asalkan kita tak kacau dia, In Shaa Allah, mereka juga tak akan kacau kita. Buat tak tau je kalau terjumpa sekawanan monyet apabila berada disini.
Seingat saya, ada papan tanda yang menasihatkan pengunjung untuk tidak memberikan sebarang makanan kepada monyet-monyet ni. Bukan semua makanan untuk manusia, sesuai untuk monyet juga.
Cuba perhatikan kedua-dua gambar monyet diatas. Ada nampak perbezaan tak?
Kawasan hutan yang terdapat di Taman Alam Kuala Selangor ni, boleh dikategorikan sebagai Hutan Paya Laut. Hutan ini dekat dengan kawasan persisir laut yang berlumpur dan bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut.
Spesies utama yang terdapat disini adalah pokok bakau.
Dikawasan paya ini, anda juga boleh lihat ada banyak ikan tembakul pelbagai saiz. Dari yang sekecil jari kelengkeng hinggalah yang sebesar tapak tangan ada disini.
Jika bernasib baik, anda juga boleh lihat ada banyak ketam dengan pelbagai warna ada disini.
Saya cuma jumpa anak-anak ketam yang comel-comel je. Tak jumpa yang saiz besar.
Kita boleh turun ke kawasan lantai yang dibina untuk melihat anak-anak ketam. Kalau nak belajar tentang pokok bakau, boleh baca papan informasi yang disediakan.
Cuba tengok pokok ni.
Ada tak sesiapa yang kenal nama pokok ni? Buah dia macam buah salak.
Sepanjang berada di sini, kita boleh singgah untuk menghilangkan penat di pondok-pondok yang disediakan. Sambil duduk-duduk menghilangkan penat, boleh cuba perhati keadaan dan suasana sekeliling. Mungkin anda akan terlihat ada beberapa spesies burung yang hinggap di pokok-pokok berdekatan anda.
Burung yang paling banyak saya lihat kat sini ialah burung helang.
Dalam Taman Alam Kuala Selangor ni, ada satu tempat yang cukup dekat dengan kawasan persisiran laut, dan disini kita boleh tengok ada banyak pokok-pokok bakau.
Kat tempat ni lagi banyak ketam boleh kita lihat.
Dengar khabar, King Crab pun ada kat sini.
Disini juga kita boleh temui spesies ular.
Ada laluan khas disediakan untuk jalan-jalan kat seksyen ini. Kalau nak bergambar kat sini pun cantik.
Setiap penjuru ada disediakan pondok, kalau-kalau pengunjung nak lihat-lihat keadaan sekeling atau nak berhenti rehat seketika.
Dikawasan berhampiran, ada terdapat sebuah menara tinjau. Jangan lepaskan peluang untuk panjat menara tinjau ni dan lihat pemandangan disekeliling ya.
Dalam satu-satu masa, menara ini boleh dinaiki oleh dua orang dewasa sahaja. Untuk keselamatan pengunjung, jangan naik ramai-ramai ya.
Ini pula pemandangan yang bakal disaksikan dari puncak menara tinjau di Kuala Selangor Nature Park ini.
Ada nampak rumah api dari kejauhan. Saya pun tak berapa pasti, kat mana lokasi rumah api tu. Saya rasa rumah api tu masih lagi berada dalam kawasan taman alam ini.
Nampak tak yang macam ada pondok kecil tu?
Kalau nak tau, itu sebenarnya tempat untuk kita melihat burung.
Kita duduk kat bangku yang disediakan tu, dan untuk melihat burung, kita hanya perlu intai melalui ruang terbuka tu.
Nak intai burung ni, kena senyap. Lagi kita senyap, lagi tinggi peluang kita untuk dapat lihat burung-burung yang ada di taman alam ni.
Pada saya secara peribadi, berjalan-jalan menjelajah Taman Alam Kuala Selangor ni tidaklah begitu mencabar. Ia boleh dilakukan secara santai-santai sahaja.
Jika anda ingin datang ke sini, sila pakai pakaian yang sesuai dan juga kasut yang sesuai. Lazimnya, pengunjung akan habiskan masa sekitar 1 jam 30 minit ke dua jam untuk menerokai keseluruhan kawasan ini.
Memandangkan saya dah lama tak buat aktiviti jungle trekking, dapat buat trekking kat sini pun dah kira ok! Apa lagi, jomlah datang ke sini.
Sebenarnya, jalan-jalan kat dalam ni lebih best, berbanding apa yang saya ceritakan.
[…] Klik untuk baca: Menjejak kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alama Kuala Selangor […]