Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson

December 29, 2018 by Sabree Hussin 2 Comments

Bulan December adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh para pelajar sekolah. Pada bulan ini sekolah akan ditutup selama satu bulan, bagi memberi laluan kepada beberapa siri peperiksaan yang dijalankan dan juga ia menandakan berakhirnya sesi persekolahan pada tahun tersebut.

 

Kebiasaannya, ketika musim cuti sekolah ini juga, para ibu bapa akan ambil masa yang ada ini untuk melakukan aktiviti bersama dengan anak-anak. Kalau sepanjang tahun, masing-masing sibuk dengan urusan kerja, manakala anak-anak pula sibuk dengan urusan pembelajaran, masa yang ada inilah perlu dimanfaatkan untuk bergembira bersama.

 

Jadi, sempena dengan cuti sekolah, disinilah destinasi percutian yang saya rancang bersama dengan keluarga.

ocean-view-resort-port-dickson

Kami memilih untuk menginap di Ocean View Resort dalam percutian ke Port Dickson pada kali ini. Saya bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang, pada hari jumaat.

 

Macam biasa, masa untuk check in ialah pada pukul 3.00 petang. Memandangkan pada hari tersebut (jumaat), semua orang masih bekerja lagi, jadi masing-masing hanya dapat bertolak ke sini setelah habis kerja.

 

Saya sampai di Ocean View Resort ini sekitar jam 8.00 malam. Masa ini, saya sempat beli makanan bungkus di Medan Selera Seri Bayu.

 

Satu perkara yang saya suka dengan apartment yang saya tempah ini ialah, pemiliknya menggunakan sistem kunci smart lock. Setiap tetamu akan diberikan password untuk masuk ke dalam rumah. Kita tak perlu bersusah payah untuk ambil kunci dari tuan rumah.

 

Setelah dapat nombor access code, kita sebenarnya boleh masuk ke rumah pada bila-bila masa yang kita suka.

ocean-view-resort-port-dickson

Selain itu, kita tak perlu takut kehilangan kunci. Cuma jangan sampai hilang ingatan je. Simpan nombor pass code tersebut dengan baik. Semasa saya bercuti di Kota Kinabalu dan menetap di Aloha Suite sebelum ini, apartment yang saya tempah disitu juga menggunakan sistem smart lock seperti ini.

 

At least saya pernah ada pengalaman menggunakan sistem kunci seperti ini.

ocean-view-resort-port-dickson

Percutian ke Port Dickson kali ini, semua sekali ada 10 orang yang akan turut serta. Jadi, saya perlu cari sebuah homestay atau gueshouse yang cukup luas dan selesa yang dapat memuatkan kami sekeluarga.

ocean-view-resort-port-dickson

Sebenarnya bukan mudah nak cari homestay disaat-saat akhir. Pada masa ini, saya percaya ada ramai orang yang turut merancang untuk membawa keluarga datang bercuti ke Port Dickson.

ocean-view-resort-port-dickson

Tempahan homestay ini, seperti biasa saya menggunakan laman web Airbnb. Guna Airbnb ini senang. Kita boleh terus buat filter, homestay yang bagaimana yang kita mahukan?

 

Sekiranya anda tak biasa menggunakan sistem Airbnb untuk buat tempahan, apa kata anda luangkan sikit masa untuk baca posting saya sebelum ini tentang Airbnb.

Sila baca disini

(1) Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb

(2) Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb

ocean-view-resort-port-dickson

Dalam situasi saya, saya perlukan homestay yang cukup luas dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 10 orang tetamu.

homestay-port-dickson-airbnb

Kemudian, saya juga perlukan 3 buah bilik, memandangkan ada 3 keluarga yang akan menginap disini. Dengan adanya tiga buah bilik, setidak-tidaknya privasi setiap keluarga dapat dijaga.

guest-house-3-bilik-portdickson

Ini masterbedroom dan ada bilik mandi yang dilengkapi dengan bath tub.

 

Katil yang digunakan adalah Super King Size dan sebenarnya tiga orang dewasa boleh muat kalau nak kongsi sebuah katil disini.

percutian-ke-port-dickson

Ini pula bilik kedua. Katil jenis King Size. Kecil sedikit berbanding katil di master bedroom.

bercuti-port-dickson

Manakala dibawah ini pula adalah bilik yang ketiga.

Setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara, dan setiap bilik air juga ada disediakan sistem pemanas air yang berfungsi dengan baik.

 

Selesai tentang bilik.

 

Semasa buat booking di Airbnb, saya juga mencari tempat penginapan yang ada swimming pool.

mandi-swimming-pool

Bulan December lazimnya musim hujan. Kalau cuaca tak mengizinkan untuk mandi di pantai, ataupun mungkin kalau kebetulan air tengah surut, at least ada swimming pool.

ocean-view-resort-port-dickson

Swimming pool dekat Ocean View Resort ini juga best. Pertama, dia besar dan panjang. Kedua, dalamnya lebih kurang 5 kaki, kira ok la tu kalau nak berenang dan apungkan badan.

 

Satu lagi, saya perasan tempat ini tidak sesibuk seperti di The Regency. Kalau dekat Regency, memang swimming poolnya agak penuh dan ramai orang. Pantai disana (di The Regency dekat dengan Pantai Tanjung Gemok) juga ramai pengunjung.

Baca juga: Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson

 

Jika anda sukakan suasana yang agak privasi dan tidak padat dengan kehadiran pengunjung lain, saya boleh katakan Pantai Sri Purnama yang letaknya beberapa meter dari Ocean View Resort ini adalah tempat yang ideal.

ocean-view-resort-port-dickson

Untuk ke pantai, kita boleh ikut pintu belakang. Namun, anda perlu ada access card untuk buka pagar ini. Orang luar tak boleh suka-suka hati nak masuk ke kawasan apartment/ resort dan menggunakan kemudahan yang disediakan untuk penduduk dan pengunjung yang menginap disini.

ocean-view-resort-port-dickson

Sekiranya anda juga minat untuk membuat tempahan dan menginap di Ocean View Resort ini, anda boleh buat tempahan menerusi pautan ini. Pada waktu catatan ini saya tulis, kadar sewa yang dikenakan untuk menginap disini adalah RM180 sahaja.

 

Walaubagaimanapun, terdapat caj-caj tambahan seperti caj pembersihan, caj perkhidmatan dan caj tetamu tambahan akan dikenakan kepada anda. Jumlah akhir yang perlu anda bayar mungkin akan jadi lebih tinggi.

 

Anda boleh gunakan Travel Credit bernilai RM120 ini, bagi tujuan pengurangan harga. Sila dapatkan travel credit anda disini.

ocean-view-resort-port-dickson

Saya dan keluarga menginap selama dua malam semasa bercuti di Port Dickson baru-baru ini. Secara keseluruhan, semuanya baik dan kami berpuas hati dengan kemudahan dan kelengkapan yang disediakan.

 

Memandangkan swimming pool dia best, mungkin saya akan datang sekali lagi ke Port Dickson dan menginap disini. Dekat sini, kalau nak cari tempat makan pun mudah. Hanya perlu lintas jalan sahaja. Ada beberapa kedai makan terdapat disini.

 

Kalau anda inginkan kepelbagaian, ada banyak lagi tempat makan di Port Dickson yang anda boleh cuba. Hanya perlu memandu beberapa kilometer sahaja.

 

Dalam posting yang akan datang, saya akan cerita tentang Pantai Sri Purnama, tempat kami mandi-manda pula. Jom, kita pergi beriada dengan famili di Port Dickson.

 

 

Baca juga...

  • Pantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port DicksonPantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson
  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluargaPercutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat Parit BuntarPasar Kemboja Permatang Tok Mahat Parit Buntar
  • Homestay Seri iskandar Bota PerakHomestay Seri iskandar Bota Perak
  • Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau PangkorSuatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
  • Sedikit Kenangan Kecil Rumah P RamleeSedikit Kenangan Kecil Rumah P Ramlee
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Homestay/ Guest House Tagged With: ocean view resort apartment, ocean view resort review, pantai sri purnama, pengalaman ocean view resort

Trackbacks

  1. Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga - Xplorasi Destinasi says:
    December 30, 2018 at 12:23 pm

    […] Artikel sebelum ini, saya cerita tentang tempat penginapan yang saya tempah semasa bercuti di Port Dickson, iaitu Ocean View Resort. […]

    Reply
  2. Windmill PD Farm - Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson - Xplorasi Destinasi says:
    January 3, 2019 at 7:29 pm

    […] yang terdapat di Port Dickson, iaitu Windmill PD Farm. Tempat ini letaknya lebih kurang 1 KM dari Ocean View Resort, tempat kami menginap sepanjang percutian kali […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in