Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

November 16, 2017 by Sabree Hussin 3 Comments

Walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di Klang, Selangor, hakikatnya ada banyak tempat-tempat menarik di Klang yang  saya tak pernah kunjungi.

 

Lalu apabila ada yang bertanya, “apa yang menarik di Klang?”  saya jadi agak terkedu. Niat dihati, memang nak bawa kawan-kawan yang datang dari luar kawasan, untuk jalan-jalan melihat panorama menarik di Klang, tetapi kalau tak tau kat mana tempat yang sesuai nak bawak diorang ni semua… masalah juga kan.

 

Hari ini, saya ada sedikit kesempatan dan saya nak bawa anda semua, pembaca blog ini untuk sama-sama menyaksikan apa yang menarik yang ada di Klang. Kali ini, jom kita jelajah ke Port Klang.

 

Kat Port Klang, ada satu tempat menarik yang dinamakan sebagai Tanjung Harapan.

port-klang-tanjung-harapan

Kali pertama saya datang ke sini, itu pun beberapa tahun lepas adalah pada waktu malam. Suasana waktu malam kat sini, pada saya tak begitu menarik.

 

Tapi kali ini, saya datang waktu petang. Saya pun tak berapa familiar dengan jalan nak ke sini. Kalau ikut GPS, lokasi yang ditunjuk adalah Tanjung Harapan Esplanade. Saya pun set GPS dan ikut je arah yang ditunjukkan.

 

Kemudian tak lama lepas tu, saya mula fikir… “Apa benda sebenarnya esplanade ni?” Kejap lagi kang GPS ni bawak ke tempat yang entah apa-apa kang masalah pulak. Bukannya tak pernah kena benda macam ni.

 

Esplanade ni sebenarnya adalah membawa maksud persiaran. Ianya adalah satu laluan dimana orang ramai boleh gunakan untuk jalan-jalan mahupun bersiar-siar yang biasanya terdapat dikawasan berdekatan dengan pantai atau laut.

 

port-klang-muara-ikan-bakar

Saya park kereta berdekatan dengan restoran Muara Ikan Bakar. Disebabkan mood pada hari ini adalah nak explore apa yang menarik di Tanjung Harapan ini, jadi saya dah nekad nak berjalan dari hujung ke hujung.

 

Jangan risau, tak jauh sangat pun.

 

restoran-muara-ikan-bakar

Kalau nak makan kat Restoran Muara Ikan Bakar ni, mungkin anda boleh duduk dibahagian yang berhadapan dengan pelabuhan. Sambil makan tu nanti, bolehlah tengok kapal-kapal kargo yang keluar masuk disini.

 

pemandangan-pelabuhan-klang

Barang-barang yang diimport dari luar negara, ataupun yang bakal di eksport keluar negara menggunakan pengangkutan air, lazimnya akan melalui pelabuhan ini.

 

Kalau tak silap saya, saya sampai di Tanjung Harapan ni lebih kurang sekitar jam lima petang. Solat Asar dulu baru datang ke sini. Itupun masih terasa terik panas matahari kat sini.

 

Jadi, kalau nak datang berjalan-jalan makan angin kat sini, datang lewat sikit pun tak apa. Kalau datang awal sangat, fuh memang panas. (mujurlah saya ada sun glass beli dari Decathlon)

port-klang-tanjung-harapan

 

Selain kapal-kapal kargo, boleh juga dilihat kelibat bot-bot kecil di Tanjung Harapan ini.

tanjung-harapan-klang

 

Pengunjung yang datang ke Tanjung Harapan ni, kebanyakkannya datang sebab nak bersiar-siar atau lepak-lepak sahaja. Lagipun, sini bukan tempat yang sesuai untuk mandi laut.

Kalau nak duduk-duduk tu sesuai. Ada bangku dan juga pondok-pondok yang disediakan untuk kegunaan pengunjung disini.

 

Kawasan pantai dia pula disusun dengan banyak batu-batu.

Sama ada batu-batu ni memang sejak dari awal memang dah ada kat sini, atau ada orang yang susun, saya pun tak ada maklumat tersebut. Kalau tengok dari jarak lebih dekat, ada batu-batu ini yang di warnakan dengan pelbagai jenis cat.

 

Cantik juga.

 

Sepanjang masa saya berada disini, memang tak nampak orang yang berani turun ke laut. Mungkin sebab ianya sangat dalam. Ataupun mungkin sebab kawasan perairannya yang tak begitu jernih.

 

Maklumlah, bila ada banyak kapal dagang dan bot-bot kecil keluar masuk di kawasan ini, pasti airnya akan jadi lebih keruh dan berminyak.

 

mercu-tanda-port-klang

Apabila berada di Tanjung Harapan ini, jangan lupa untuk mengambil gambar bersama dengan replika kapal layar bugis, yang menjadi mercu tanda di Tanjung Harapan ini.

 

Sayangnya, kapal ini tidak dibuka kepada orang awam. Cuma boleh ambil gambar ditepi sahaja. Pengunjung tak dibenarkan untuk naik ke atas kapal.

 

Walaupun tak ada sesiapa yang jaga tempat ini, nampaknya pengunjung di sini semua menghormati peraturan untuk tidak menceroboh masuk ke dalam badan kapal. Bagus juga orang-orang Klang ni. (ehem)

 

Berdekatan dengan replika kapal layar ini, ada satu lagi mercu tanda yang tertulis PKGR.

PKGR itu sebenarnya membawa maksud Port Klang Golf Resort.

 

Di seberang jalan, memang ada sebuah resort golf.

review-port-klang-golf-resort

Jika anda minat nak main golf, bolehlah datang ke sini.

 

Bagi kaki pancing, kat sini adalah salah satu lokasi yang mungkin anda boleh tuju. Sepanjang kawasan persiaran ni, memang banyak juga orang yang pancing ikan.

 

Kat sini juga ada rumah penduduk orang asal yang dibina atas laut.

 

Boleh tengok dari jauh je. Nak datang dekat, rasa macam susah pulak. Untuk pengetahuan anda, ini adalah bahagian paling hujung persiaran ini.

 

Tadi kan saya ada kata, nak jalan dari hujung sampai ke hujung. Masa ni, keadaan dah mula redup.

matahari-terbenam-tanjung-harapan

Ini tandanya tak lama lagi matahari akan terbenam dah.

 

Masa ni dah boleh cari tempat yang sesuai untuk duduk-duduk lepak.

Dekat Tanjung Harapan ni ada banyak gerai dan kedai makan yang dibuka. Pilih je mana-mana satu yang berkenan.

 

Masa ni saya order kerang bakar, tauhu bakar, lai chi kang dan jus tembikai. Air kosong wajib ada.

Sempat ambil gambar kapal kargo yang baru keluar dari Port Klang (North Port).

 

Matahari dah pun terbenam di Tanjung Harapan pada ketika ini. Sempat rakamkan gambar. Suasana kat sini memang cukup mendamaikan.

 

Cubalah sesekali, anda bawa keluarga untuk menikmati suasana matahari terbenam disini.

 

Jangan risau tentang kemudahan tandas dan tempat solat. Pergi sahaja ke Muara Ikan Bakar. Kat situ ada disediakan surau yang selesa untuk anda solat Maghrib.

 

Lain kali, nak try makan kat Muara Ikan Bakar tu pulak. Itupun kalau ada kesempatan. Wallahua’lam.

 

Baca juga...

  • Padang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disiniPadang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disini
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau PinangApa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 MalamPercutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai TuaTaman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lainKelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: apa yang menarik di tanjung harapan, Muara Ikan Bakar, Muara ikan bakar port klang, Tanjung Harapan Esplanade, tempat menarik di klang, tempat menarik di tanjung harapan

Comments

  1. SRYATMAN says

    August 27, 2019 at 4:44 pm

    Pernah berkunjung ke sini pada tahun 2014 bareng dengan keluarga sewaktu melawat ke Malaysia. Ada satu pertanyaan sampai saat ini kenapa Tanjung Harapan ini disebut juga Tanjung Gila.

    Reply
  2. Alfhonsus says

    April 17, 2023 at 1:07 pm

    Blh camping tak kat sini ?

    Reply

Trackbacks

  1. Kisah seorang wanita yang meminta sumbangan di R&R Sungai Buloh - Blog Sabree Hussin says:
    March 22, 2018 at 4:52 pm

    […] masa saya singgah makan di Tanjung Harapan Port Klang, pernah juga didatangi oleh orang macam ni. Katanya nak buat jualan amal, untuk rumah anak-anak […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in