Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang

November 6, 2017 by Juan Leave a Comment

Anda mahu melakukan cuti cuti Malaysia? Ke mana arah dan tempat tujuan anda? Adakah Penang menjadi salah satu tempat lawatan percutian anda? Kalau YA, saya berminat untuk berkongsikan salah satu tempat menarik yang ada di Pulau Pinang ini. Tempat tersebut adalah Taman Botani Pulau Pinang. Orang melayu kadang kala sebut tempat ini sebagai Taman Kebun Bunga kerana terdapatnya banyak pokok pokok bunga yang ditaman bagi mengindahkan tempat ini. Dalam bahasa english pula, ianya disebut sebagai Penang Botanic Gardens. Kalau saya pula, saya lebih selesa sebut tempat ini sebagai Penang Botanical Gardens sahaja kerana lebih mudah.

Kalau anda lihat kepada sebutan nama yang saya kongsikan ini iaitu Taman Botani Pulau Pinang, anda akan dapati sepertinya kawasan ini seperti kawasan untuk melihat bunga bunga betul? Ya, tanggapan anda itu mungkin ada betulnya tetapi ianya tidaklah seperti bayangan anda. Tidak terlalu banyak pokok bunga pun sebenarnya. Kawasan ini sebenarnya telah dijadikan sebagai salah satu tempat terbesar kawasan untuk aktiviti riadah seperti JOGGING. Kalau anda suka bersenam seperti jogging, inilah salah satu tempat yang paling dicadangkan untuk anda pergi dan lawati.

Pintu pagar untuk masuk ke kawasan Taman Botani Pulau Pinang
Pintu pagar untuk masuk ke kawasan Taman Botani Pulau Pinang

Taman Botani Pulau Pinang Adalah Kawasan Jogging Terbaik Di Penang

Untuk pengetahuan anda, saya tinggal di kawasan “seberang” iaitu kawasan darat. Lebih tepat lagi saya tinggal di Permatang Pauh Pulau Pinang. Dan Taman Botani Pulau Pinang ini sebenarnya berada di dalam Pulau Pinang iaitu di “Pulau” dalam daerah George Town. Jadi ianya kurang praktikal bagi saya untuk memandu jauh ke pulau semata mata untuk ke Taman Botani Penang ini. Dan tempat jogging kebiasaan saya adalah di Mengkuang Dam dan juga Cherok Tok Kun.

Plat pintu masuk Penang Botanic Gardens
Plat pintu masuk Penang Botanic Gardens

Oleh kerana Mengkuang Dam telah ditutup beberapa tahun atas sebab naik taraf untuk pembesaran empangan air, dan kawasan Cherok Tok Kun yang perlu mendaki bukit kalau mahu berjogging. Mahu tidak mahu saya terpaksa memilih Taman Botani Pulau Pinang untuk aktiviti jogging mingguan saya. Saya bukan tidak suka dengan Taman Botani Pulau Penang ini, akan tetapi tidak suka kerana sebab jarak lokasi sahaja. Namun ada sangat banyak perkara menarik yang ada di Taman Botani Pulau Pinang ini. Saya akan kongsikan di bawah ini kepada anda.

Ramai yang berjogging pagi pagi di Taman Botani Pulau Pinang
Ramai yang berjogging pagi pagi di Taman Botani Pulau Pinang
Santai rehat selepas berpenat jogging di Taman Botani Pulau Pinang
Santai rehat selepas berpenat jogging di Taman Botani Pulau Pinang

Untuk masuk ke Taman Botani Pulau Pinang ini adalah percuma dan ianya dibuka sepanjang hari untuk orang awam melakukan aktiviti riadah. Setakat ini, saya hanya berpengalaman pergi ke tempat ini pada sebelah pagi sahaja. Selalunya tidak lebih pukul 10 pagi. Saya belum pernah pergi pada waktu tengah hari mahupun petang. Jadi tidak dapat untuk memberikan komentar tentang suasana pada waktu tersebut.

Aktiviti riadah bersenam di Taman Botani Pulau Pinang
Aktiviti riadah bersenam di Taman Botani Pulau Pinang
Persekitaran di Taman Botani Pulau Pinang
Persekitaran di Taman Botani Pulau Pinang

Selalunya saya akan ke Taman Botani Pulau Pinang ini paling lewat pun pada jam 8 pagi pada hari sabtu atau ahad. Orang memang sangat ramai. Satu masalah di Taman Botani Penang ini adalah berkenaan kawasan parking yang terhad. Kalau anda tidak mahu meletakkan kenderaan anda terlalu jauh dengan tempat ini, sila pastikan anda datang pada awal pagi. Lagi pagi lagi bagus. Trek untuk tempat jogging ada 2 – 3 tempat. Ada laluan yang mendatar dan landai. Ada laluan yang jauh dan menaiki bukit. Ada juga laluan ke hujung belakang hutan dengan permandangan hutan yang sangat cantik.

Kawasan parking di Taman Botani Penang
Kawasan parking di Taman Botani Penang
Tandas Awam Di Taman Botani Penang
Tandas Awam Di Taman Botani Penang

Kawasan ini memang sangat cantik dan bersih. Suasana sangat nyaman. Ada banyak pokok untuk anda berteduh dari cahaya matahari yang panas. Ada kawasan laluan air untuk anda mendengar bunyi air terjun. Anda binatang seperti monyet yang tidak terlalu bahaya dan jinak, ada kawasan bunga bunga yang cantik. Majoriti orang Penang ke Taman Botani Pulau Pinang ini melakukan aktiviti jogging. Kalau hendak main badminton pun boleh di kawasan lapang. Saya sendiri pernah bermain badminton di sini. Ada tempat duduk untuk berteduh.

Di atas ini saya ada membuat rakaman ringkas tentang kawasan Taman Botani Pulau Pinang untuk anda tonton. Ada ramai orang sedang melakukan aktiviti jogging pada waktu pagi. Salah satu yang saya suka dengan kawasan ini adalah, saya belum lagi nampak ada orang melakukan aktiviti yang tidak berkaitan seperti makan makan atau berkelah. Setakat yang saya perasan, kawasan ini memang 99% tempat yang menggalakkan aktiviti riadah yang baik untuk warga Pulau Pinang khasnya. Kalau anda ke Penang, dan mahu melakukan aktiviti riadah seperti berjogging, saya memang mengajak anda untuk ke Taman Botani Pulau Pinang ini. Hendak berada lama di Penang, buat persiapan awal dengan booking hotel melalui link di bawah ini. Selamat beriadah. Bye.


>>> Book Penang Hotel Here – [ Click Here ] <<<

Baca juga...

  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Panduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertamaPanduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertama
  • Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke KundasangAda apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang
  • Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Tempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala SelangorTempat penginapan untuk pengunjung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Makan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam PanggangMakan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam Panggang
  • Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketigaTravelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi, Tempat Menarik Tagged With: Kawasan Jogging Terbaik Penang, Kawasan Jogging Terbaik Pulau Pinang, Penang Botanic Gardens, Pulau Pinang Botanic Gardens, Taman Botani Penang, Taman Botani Pulau Pinang, Taman Kebun Bunga Penang, Taman Kebun Bunga Pulau Pinang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in