Semasa berada di Kedah tempoh hari, saya teringin nak makan Lok Ching. Kali pertama saya berkenalan dengan Lok Ching, saya tak mampu nak makan sampai habis.
Tapi kali ini, tiba-tiba rasa nak makan Lok Ching pulak. So, kat mana nak dapat Lok Ching? Dari pembacaan saya, Lok Ching ni kita boleh dapat di beberapa tempat. Lok Ching boleh dapat di Shah Alam, Kota Bharu, KL pun ada. Kalau di Thailand, Lok Ching adalah hidangan yang memang popular.
Saya teringin nak makan Lok Ching Kuala Perlis. Anda pernah tengok Lok Ching Kuala Perlis? Jom teruskan baca kalau nak tengok macam mana bentuknya, dan sedap atau tak.
Di Kuala Perlis, ada satu kawasan berdekatan dengan Jeti yang menjual Lok Ching.
Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini adalah dalam kalangan penduduk setempat, dan juga pelajar-pelajar dari UiTM Arau, UNIMAP, dan mungkin pengunjung dari luar.
Ada kilang berdekatan dengan gerai-gerai yang menjual Lok Ching. Saya pun tak pasti, ini kilang apa.
Selain menjual Lok Ching, gerai-gerai kat sini juga ada jual menu makanan lain, seperti
- Pelbagai nasi goreng
- Pelbagai masakan mee
- Laksa
- Char Koew Teaw
- Tom Yam/ Sup
Oleh sebab bukan itu tujuan saya kesini, jadi saya nak fokus pada gerai yang saya rasa menarik untuk makan Lok Ching. Ok… jom cari.
Kebanyakkan gerai-gerai di sekitar sini menyajikan Lok Ching sebagai sebahagian daripada menu.
Saya pula, tak terus duduk. Sebaliknya saya pusing-pusing dulu, sambil-sambil tu saya nak tengok, gerai mana satu yang mempunyai presentation yang paling baik dan menarik.
Ini antara Lok Ching yang dijual yang kita boleh pilih.
Satu cucuk dijual dengan harga sekitar RM1 – RM1.50
Ada pelbagai pilihan. Sosej pun ada pelbagai rasa. Kalau anda tak pasti, apa isi dalam sosej ni, boleh tanya pada penjual dulu.
Bagi saya, kalau pilih 5 cucuk pun dah agak mengenyangkan.
Lok Ching ni akan dibakar terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada pengunjung. Bukannya terus makan ya.
Lepas dah siap dibakar, Lok Ching ni akan dipotong-potong dan dihidangkan kepada pelanggan. Ada sos pencicah diberikan untuk memberi rasa kepada Lok Ching ni.
Ada juga timun dan daun salad diberikan bersama.
Alright, jom kita makan Lok Ching ni. Sasaran pertama, dah tentu Angry Bird tu.
Kali terakhir saya datang ke sini, waktu tu air laut tengah pasang. Tapi kali ini, saya berpeluang untuk tengok sendiri bagaimana keadaan di Kuala Perlis bila air tengah surut.
Di kejauhan, boleh nampak ada orang yang sedang asyik mengutip sesuatu. Saya syak mereka ni sedang kutip kerang.
Kalau tengok keadaan pantai yang berlumpur macam ni, ianya saling tak tumpah macam pantai di Pantai Remis. Kalau di Pantai Remis Kuala Selangor, orang-orang disini akan kutip kerang.
Nampak macam mereka dah hampir selesai. Bolehlah tengok, apa hasil kutipan mereka.
Ya, memang tak silap lagi.
Memang kerang.
Tempat makan Lok Ching ni memang mengadap laut. Jadi sambil makan Lok Ching tu, boleh lihat pemandangan matahari terbenam sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.
Kalau nak datang sini, kena datang lewat sikit, mungkin sekitar jam 6 petang. Kalau datang awal sangat, tempat ni agak panas.
Dari sini, kita boleh nampak Pulau Langkawi!
Yang kelihatan macam kawasan gunung tu, itu sebenarnya Pulau Langkawi. Memang tak berapa jauh dari Jeti Kuala Perlis.
Mungkin satu hari nanti, akan dibina jambatan yang menghubungkan Kuala Perlis dengan Pulau Langkawi. Jadi tak perlu susah payah nak naik feri lagi kalau nak ke Pulau Langkawi.
Jika anda berkunjung ke Perlis satu hari nanti, mungkin boleh singgah ke Kuala Perlis dan rasa sendiri Lok Ching. Sedap ke tak?
Well, lain orang lain citarasanya kan. Kali pertama saya makan Lok Ching, pada saya, rasanya cuma biasa-biasa sahaja. Tapi entah kenapa, hari tu teringin pulak nak makan Lok Ching ni. Mengidam apa entah…
Leave a Reply