Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland

February 15, 2018 by Sabree Hussin 3 Comments

Pagi hari Ahad, saya bangun seawal yang mungkin untuk mendirikan solat fardhu Subuh. Selepas Subuh, sambung tidur sekejap dan lepas tu, terus bersiap-siap untuk check out.

 

Macam biasa, sebelum nak check out tu, pastikan keadaan rumah berada dalam keadaan yang baik. Kemas apa-apa yang boleh dikemas. Itulah konsep apabila menginap di homestay atau guesthouse di Airbnb. Kita perlu anggap rumah tu ibarat rumah sendiri.

 

Diakhir fasa penginapan, kita sebagai penyewa perlu tinggalkan review kepada tuan rumah, dan tuan rumah juga akan berikan review terhadap diri kita. Kita boleh berikan review yang tak berapa baik kepada tuan rumah dan begitu juga sebaliknya.

 

Apapun, berikanlah review dengan sejujurnya.

 

Saya sengaja memilih hari terakhir berada di Cameron Highland untuk ke Ladang Teh Boh di Sungei Palas.

ladang-teh-boh-cameron-highland

Ini merupakan ladang teh ketiga yang sempat saya kunjungi semasa bercuti di Cameron Highland. Anda boleh baca perkongsian saya sebelum ini menerusi posting berikut ya

(1) Ladang teh Cameron Valley atau Bharat Tea

(2) Ladang teh di Taman Agroteknologi MARDI

 

Seronok juga menikmati pemandangan serba hijau dedaunan teh disini. Ia ditanam dengan begitu cantik sekali.

ladang-teh-boh-sungei-palas

Kalau sebelum ni, apabila kita nak menikmati minuman teh, kita boleh beli je teh dalam uncang ataupun serbuk teh yang banyak dijual di kedai-kedai runcit.

 

Namun kali ini, di Ladang Teh Boh Sungei Palas ni, kita dapat lihat sendiri ladang teh yang begitu luas terbentang.

ladang-teh-terbesar-cameron-highland

Apa yang terlihat disini, hanyalah sebahagian sahaja dari ladang teh boh yang kita dapat lihat. Semasa dalam perjalanan menuju ke tempat ini pun, kita akan melalui ladang teh yang juga agak besar.

 

Bila dah sampai ke tempat ini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati air teh sambil melihat panorama kehijauan di cafe ini.

ladang-teh-boh

Oleh sebab saya datang ke sini pada hari Ahad, yang mana lazimnya pada hari ini memang ada banyak pengunjung yang datang ke sini, jadi memang agak sukar nak dapat tempat duduk di cafe tersebut.

 

Terdapat dua laluan yang boleh digunakan untuk naik ke bahagian atas ini. Satu menggunakan laluan bertangga yang membawa anda melalui ladang teh dan satu lagi adalah dengan menggunakan laluan kereta.

ladang-teh-cameron

Saya pilih untuk gunakan kedua-dua laluan.

apa-yang-menarik-di-cameron-highland

Setidak-tidaknya boleh rasai dua pengalaman yang berbeza. Kalau nak ambil gambar pun cantik juga. Boleh ada dua shot yang berlainan.

 

Selain jalan-jalan, ambil gambar dan duduk lepak-lepak sambil menghirup air teh panas, anda juga boleh dapatkan pelbagai produk keluaran Boh di sini. Ini antaranya yang saya dapat kongsikan kepada anda.

produk-teh-boh

Ada teh dengan perisa passion-fruit orange.

 

Kat bawah ni adalah BOH Seri Songket Earl Grey With Tangerine.

Produk-teh-boh-cameron-highland

Ada juga antara produk teh yang dijual disini, tidak dijual di tempat lain.

produk-teh-boh

Boleh tanyakan pada staf yang bertugas kat sini, mana satu produk teh yang hanya boleh diperolehi disini sahaja.

 

Bagi produk yang hanya boleh diperolehi ditempat ini sahaja, memang sesuai kalau nak dijadikan buah tangan kepada keluarga atau kenalan yang tak dapat nak ikut sama bercuti ke Cameron Highland.

produk-teh-istimewa-boh

Kalau beli teh yang ini, dapat sekali dengan bekas yang cantik. Sesuai kalau nak jadikan ia sebagai hadiah atau buah tangan.

 

Cuba tengok Boh Cameronian ni. Ini jenis yang biasa boleh didapati di kedai-kedai di luar sana.

Memandangkan kita pun mungkin jarang-jarang akan datang lagi ke sini, jadi bolehlah pilih untuk beli teh yang kita jarang rasa atau yang lain daripada yang lain.

 

Semasa berada disini, anda juga boleh ikuti sesi lawatan ke dalam kilang teh.

Menerusi sesi lawatan ini nanti, bolehlah anda pelajari bagaimana proses penanaman, hinggalah proses pemprosesan daun teh hingga ia menjadi produk akhir.

 

Sesi lawatan ini adalah percuma sahaja. Kalau anda ada masa, bolehlah ikuti sesi lawatan ini.

 

Dekat sekeliling kawasan kilang teh ini, ada juga dipamerkan antara mesin-mesin dan peralatan yang dulunya pernah digunakan semasa memetik dan memproses daun teh.

 

Ini antaranya.

guni-ladang-teh-boh-cameron-highland

Karung guni yang pernah digunakan semasa memetik daun teh.

 

Ini pula antara mesin yang pernah digunakan dalam kilang teh boh sebelum ini.

apa-yang-menarik-di-ladang-teh-boh

Kalau nak dibandingkan dengan lain-lain ladang teh yang ada di Cameron Highland ni, boleh dikatakan ladang teh boh dekat Sungei Palas ini adalah ladang teh yang paling mencabar kalau kita nak datang ke sini.

 

Macam ladang teh Bharat Tea, senang je nak masuk, sebab ia hanya ditepi jalan. Begitu juga dengan ladang teh di Taman Agroteknologi MARDI, ianya juga tak begitu susah nak masuk.

 

Tetapi kalau nak masuk ke ladang teh boh Sungei Palas ini, kita terpaksa melalui jalan yang sempit dan ada gaung.

Jalan masuknya juga tak berapa cantik. Ada bahagian-bahagian jalan yang pecah-pecah.

 

Di sesetengah tempat, ada pengawal trafik akan bertugas mengawal lalu lintas. Ikutlah arahan tersebut, walaupun mungkin yang bakal beri arahan tu nanti adalah seorang pekerja bangla sekalipun. Bukan apa, ia juga untuk keselamatan anda.

Ladang Teh Boh Sungei Palas ini dibuka dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang sahaja. Tutup pada hari Isnin.

 

Kalau nak datang ke sini, rancanglah perjalanan anda. Tak jauh dengan tempat parking kereta, ada disediakan surau untuk kegunaan orang ramai.

Surau ni tak terlalu besar, dan ia juga tidaklah terlalu sempit.

 

Just nice untuk kegunaan pengunjung dan pekerja disini. Kalau anda belum solat tu, bolehlah singgah sini dulu untuk tunaikan kewajipan kepada Yang Maha Pencipta. Barulah hati lebih tenang nak jalan-jalan dan nak melalui jalan yang agak bahaya untuk turun dari ladang teh boh ni.

 

Rasanya macam semua tempat-tempat popular di Cameron Highland saya dah pergi. Hmm… mungkin lepas ni saya nak cerita tentang tempat shopping di Cameron Highland pulak.

 

Anda dah ada tempat penginapan untuk pergi bercuti ke Cameron Highland?

homestay-murah-cameron-highland

Kalau masih belum ada, boleh menginap di SophiaRose Muslim House ini. Kadar sewa untuk satu malam juga tidaklah begitu mahal. Tekan pautan Check availability untuk semak tarikh kekosongan ya.

 

Kalau anda nak diskaun, boleh dapatkan daripada pautan ini. Sila pastikan anda claim dulu travel credit ini sebelum buat tempahan. Lebih jimat!

 

 

Baca juga...

  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron HighlandSophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland
  • S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron HighlandS’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indahCameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah
  • Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri SelangorHutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor
  • Rumah Terbalik – The Upside Down House of BorneoRumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo
  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: apa yang menarik di ladang teh boh sungei palas, bercuti di cameron highland, ladang teh boh, ladang teh boh cameron highland, tempat menarik di cameron highland

Trackbacks

  1. Cadangan tempat menarik untuk anda kunjungi apabila bercuti ke Cameron Highland - Blog Sabree Hussin says:
    May 30, 2018 at 12:58 pm

    […] Baca lagi: Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland […]

    Reply
  2. Homestay 3 bilik di Tanah Rata Cameron Highland - Xplorasi Destinasi says:
    July 1, 2018 at 5:26 pm

    […] rindukan suasana kehijauan di Ladang Teh Boh Sungei Palas dan di Cameron Valley […]

    Reply
  3. Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin says:
    February 4, 2022 at 2:54 am

    […] Pengunjung ingin melihat pemandangan serba hijau yang cukup memukau seperti di Ladang Teh Boh Sungei Palas dan juga Ladang Teh Cameron Tea […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in