Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi

May 10, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Aktiviti hari kedua semasa saya bercuti di Pulau Langkawi adalah snorkeling di Pulau Payar.

 

Alhamdulillah, ada rezeki untuk sampai ke tempat tersebut. Kalau anda ada peluang, saya juga syorkan anda buatlah snorkeling.

 

Pantainya bersih, airnya jernih dan banyak ikan pelbagai saiz dan warna yang cantik-cantik akan berenang-renang bersama kita.

 

Bila tengok ikan mulalah rasa terliur nak makan seafood pada hari itu.

 

Dari pembacaan yang saya buat, saya dapati Medan Selera Nelayan yang terletak di Bukit Malut ini adalah antara restoran makanan laut yang kerap disebut-sebutkan oleh pengunjung yang datang bercuti ke Pulau Langkawi.

restoran-makanan-laut-langkawi

Inilah dia rupa kedai makan tersebut. Kalau dari jalan besar, kita memang tak akan nampak kedai ini. Kedai makan ini terletak dekat tempat yang agak dalam.

 

Semasa anda memandu di sekitar Bukit Malut nanti, sila alert dengan signboard yang menunjukkan arah untuk ke kedai ini ya.

 

Setelah sampai dikedai ini, dan ada telah berjaya dapat tempat parking, terus ke bahagian belakang.

tempat-pilih-ikan

Dekat sinilah tempat untuk anda order makanan dan pilih makanan laut apa yang anda suka.

 

Macam biasalah, dekat sini boleh dapat ketam. Waktu ini harga ketam ialah 100g RM4.50

restoran-nelayan-bukit-malut-langkawi

Sotong dan udang juga ada. Udang dekat sini bersaiz besar, sebab itu harganya agak mahal.

seafood-pulau-langkawi

Ada juga pelbagai jenis ikan.

 

Kalau nak ikan kerapu, harganya RM7.00 untuk 100gram manakala Jenahak dan Gerut dijual dengan harga RM7.00 untuk 100gram. (eh sama la!)

medan-selera-nelayan

Ikan siakap dekat sini dijual dengan harga RM4.50 untuk 100gram.

makan-seafood-restoran-nelayan

Saya pilih ikan siakap.

ikan-siakap-restoran-nelayan

Sengaja saya pilih saiz yang paling besar, supaya lebih puas masa makan nanti.

udang-saiz-besar-medan-selera-nelayan

Isteri saya pula pilih udang. Ambik dalam 4 ekor udang pun dah berat.

 

Bila dah pilih ikan, terus bawa ke kaunter timbang dan pilih jenis masakan yang kita mahukan. Kalau nak order makanan tambahan pun boleh.

 

Seterusnya kita akan diberikan nombor dan pilihlah mana-mana tempat duduk yang masih kosong. Kalau nak order minuman, boleh order dari meja makan sahaja.

 

Saya sampai di tempat ini sekitar jam 6 petang menghampiri jam 7. Masa ini keadaan disekeliling masih lagi cerah, jadi sementara masakan disiapkan bolehlah saya jalan-jalan dikawasan sekitar dan ambil gambar untuk kenang-kenangan.

 

Medan Selera Nelayan Bukit Malut ini sangat besar dan ada banyak ruang tambahan untuk para pengunjung.

makan-malam-langkawi

Contoh macam kat atas ini, ada jambatan untuk pergi ke ruang makan tambahan.

ruang-makan-tambahan

Mungkin sebab saya datang agak awal, jadi ruang makan tambahan ini masih belum ada orang. Tapi pekerja disini dah siap sedia menyusun kerusi untuk kegunaan pengunjung.

 

Selain dekat ruang makan tambahan, ada lagi tempat lain yang boleh digunakan. Misalnya seperti dekat ruang bawah ini.

restoran-seafood-segar-langkawi

Pengunjung dapat makan sambil menikmati pemandangan serba hijau.

medan-selera-nelayan

Pemandangan dia sangat cantik. Bila tengok serba hijau macam ni, rasa tenang je.

makan-seafood-langkawi

Walaupun pemandangan dia cantik, saya nak tarik perhatian anda untuk consider beberapa perkara.

(1) Kawasan disini adalah kawasan paya, jadi sesekali akan terhidu bau paya yang sedikit hamis.

(2) Kalau malam, memang tak nampak apa-apa selain gelap pekat.

(3) Pengunjung sebelum ini banyak highlight tentang kehadiran nyamuk yang banyak.

 

Tempat macam ini kan… what do you expect?

 

Practically kita masuk ke kawasan dia, habitat tempat dia membiak kemudian kita mengharap dia tak ganggu kita. (ok dia yang saya maksudkan adalah nyamuk dan serangga-serangga)

makan-seafood-di-restoran-nelayan

Ada banyak bot-bot nelayan yang diletakkan disini.

restoran-nelayan-bukit-malut

Melihat pemandangan seperti ini buatkan saya teringat dekat pengalaman saya makan di Warong Udang Galah Kuala Selangor dan juga semasa beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan.

bot-nelayan-berhampiran-restoran

Sebahagian daripada hasil tangkapan dijual di Medan Selera Nelayan Bukit Malut ini.

bot-nelayan

Boleh dikatakan makanan laut yang dijual disini memang segar.

makan-malam-di-langkawi

Kalau anda datang ke tempat ini ketika keadaan masih lagi cerah, bolehlah jalan-jalan dan bergambar. Tapi kalau datang waktu malam, memang tak tak nampak apa-apa yang menarik disini.

 

Maka terpaksalah anda tunggu sahaja ditempat duduk sehingga makanan yang ditempah itu siap.

menu-makanan-restoran-nelayan

Inilah dia hasilnya.

siakap-bakar

Ikan siakap ini dibakar dengan sambal khas. Kalau ikan bakar, ada dua pilihan sama ada bakar biasa dengan kunyit atau bakar dengan sambal.

udang-masak-butter

Udang ini pula masak butter.

port-makan-malam-langkawi

Makan dengan nasi yang masih panas, memang nikmat!

 

Selain itu, saya ada juga order tomyam campur sebagai kuah. Tak masuk dalam gambar.

masakan-di-medan-selera-nelayan

Disebabkan ini merupakan kali pertama saya datang makan kat sini, jadi saya order sekadar apa yang saya nak makan sahaja. Lagipun cuma datang berdua.

 

Dari segi rasa, ia sebenarnya agak subjektif. Ikut pada selera dan citarasa masing-masing. Secara ringkas, saya boleh katakan

(1) Rasa tomyam tak kena dengan selera saya. Tapi masih boleh makan. Tak habis makan pun sebab dah kenyang.

(2) Rasa ikan bakar tu bagi saya sedap.

(3) Udang masak butter pun sedap.

(4) Air asam dan sambal belacan tu terlalu pedas. Bila makan rasa tak berapa enjoy. Saya lebih suka rasa air asam seperti yang saya makan semasa bercuti di Sabah sebelum ini.

Baca disini: Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Sabah

 

Saya nak kongsikan sedikit tips kalau nak datang ke tempat ini.

 

(1) Kalau anda risau kena tunggu lama, boleh cuba call dulu sebelum datang. Nombor dia seperti yang tertera di papan tanda kedai adalah 9660459

 

Dari pembacaan saya dekat blog-blog lain, saya dapati boleh buat booking kalau nak makan kat sini.

 

(2) Kalau boleh datanglah awal. Datang sekitar jam 6.00 petang macam tu. Kiranya keluar dinner awal sikit. Kalau datang pada waktu puncak macam jam 8.00 keatas, masa ini memang ramai orang dan makanan anda mungkin akan sampai lewat.

 

Lagi satu kalau datang awal sikit, bolehlah enjoy pemandangan yang agak cantik yang ada disini.

 

(3) Cuba elakkan makan dikawasan yang ada air. Biasanya kalau dekat dengan air, situ akan ada banyak nyamuk.

 

Baiklah, itu sahaja perkongsian saya kali ini.

 

Saya rasa secara keseluruhan tempat ini baik. Jika ada peluang datang bercuti ke Langkawi sekali lagi, saya mungkin akan datang makan disini sekali lagi.

 

Kalau dari segi harga, saya boleh katakan ianya tak terlalu mahal dan tak juga murah. Tempat lain, especially dekat kawasan Chenang ada lagi yang lebih mahal. Ikan siakap yang saya order ni, harga 100gram ialah RM4.50 sahaja. Kalau dekat Chenang, ada restoran yang jual dengan harga RM7 untuk 100 gram.

 

So lepas ini, untuk makan malam, anda bolehlah pertimbangkan untuk datang ke sini. Cuma kalau kena tunggu lama tu, harap bersabarlah ya. Maklumlah makanan laut yang kita order tu nanti nak kena bersiang dulu dan lepas tu nak kena masak kan.

 

Terima kasih saya ucapkan sebab anda sudi baca perkongsian saya ini. Sebagai balasan, apa kata anda tebus Travel Credit bernilai RM120 di halaman ini. Boleh guna untuk tempah tempat penginapan.

Sekiranya anda ingin membeli pakej percutian dan aktiviti di Langkawi, boleh ke halaman ini.

 

 

Baca juga...

  • Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala LumpurWorkshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMAEasturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA
  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di SekinchanPengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan
  • Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron HighlandRestoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
  • Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor?Pantai yang selamat nak cari pepahat di Selangor?
  • Jalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera PenangJalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera Penang
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Makan Tagged With: restoran makanan laut di langkawi, restoran nelayan langkawi, tempat makan di langkawi, tempat makan malam di langkawi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in