Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi

May 8, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Ada banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi apabila pergi bercuti ke Pulau Langkawi.

 

Kalau kita lihat pada buku panduan yang boleh diperolehi dari airport, kita boleh lihat yang sebenarnya di Langkawi ada lebih 40 tempat menarik yang boleh kita kunjungi.

 

Rancanglah perjalanan anda apabila berada disini. Maka tak adalah masa kita hanya diluangkan untuk bershopping di kedai-kedai duti free mahupun hanya lepak santai di tepi pantai semata.

(paling tak best bila pergi bercuti tapi asyik tidur dekat hotel atau chalet sahaja)

 

Kali ini saya nak bawa anda explore salah satu tempat menarik di Langkawi yang anda patut kunjungi.

 

Tempat yang saya maksudkan adalah di MARDI Agrotechnology Park Langkawi.

mardi-langkawi

Sebelum ini, saya memang tak pernah ambik tahu tentang kewujudan tempat ini. Kalau dengar dari nama MARDI itu sendiri, saya rasa macam tak ada apa yang menarik.

 

Kemudian satu hari, semasa bercuti ke Cameron Highland, saya mula melawat ke tempat bernama MARDI ini. Jemput baca posting saya sebelum ini berjudul Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland.

 

Apabila saya tahu yang dekat Langkawi pun ada MARDI juga, mula timbul rasa minat untuk mengetahui apa perbezaan antara MARDI di Cameron Highland dengan MARDI di Langkawi.

 

Berapa harga tiket masuk untuk ke MARDI Langkawi?

Tahun 2019 ini merupakan kali kedua saya masuk ke MARDI Langkawi.

 

Kali pertama masuk ke sini adalah pada tahun 2018. Masa tu saya pergi bercuti ke Langkawi bersama kumpulan yang berbeza.

 

Harga tiket masuk adalah seperti dibawah ini.

tiket-masuk-mardi

Kanak-kanak dibawah umur 3 tahun – PERCUMA

Warganegara
Dewasa – RM10.00
Kanak-kanak – RM5.00

Pelancong Asing
Dewasa – RM30.00
Kanak-kanak – RM15.00

 

Boleh tahan mahal jugak kan harga yang dikenakan untuk pelancong asing. Mujurlah untuk orang tempatan, hanya perlu bayar RM10.00 sahaja.

tiket-ke-mardi-langkawi

Saya tak ingat kat mana saya simpan tiket yang saya beli masa masuk ke MARDI Langkawi itu hari. Agaknya saya terlupa nak ambil gambar. Tapi yang pasti bentuk tiket dia lebih kurang sama macam yang saya pernah ambil gambar masa lawatan ke MARDI Langkawi pada tahun 2018.

 

Bukan setakat bentuk tiket yang masih sama, harga untuk masuk pun masih lagi sama.

 

Selepas buat bayaran tiket, kita akan diminta untuk pergi ke tempat menunggu.

persediaan-sebelum-lawatan-mardi

Ada kenderaan khas yang akan membawa kita melawat kawasan ladang yang terdapat di MARDI Langkawi ini.

 

Tak berapa lama selepas itu, kenderaan yang ditunggu-tunggu pun tiba.

agrotechnology-park

Kawasan ladang buah-buahan yang terdapat dalam ini memang luas. Saya rasa kalau tak ada kenderaan ini, memang penat nak jalan-jalan dalam kawasan MARDI ini nanti.

mardi-pulau-langkawi

Kebanyakkan pokok-pokok yang ditanam disini adalah pokok buah-buahan.

pokok-buah-mardi

Eh apa tu? Buah nangka pakai spek hitam?

 

Perhentian yang pertama adalah di sini.

mardi-agrotechnology-park

Tempat ini lebih kurang macam cafe.

 

Di perhentian yang pertama ini, pengunjung akan dijamu dengan hidangan buffet buah-buahan. Buah-buahan yang dihidangkan disini adalah hasil tanaman yang ada di MARDI Agrotechnology Park Langkawi ini.

makan-buah-mardi

Anda boleh ambil sebanyak mana yang anda mahukan. Nak makan sampai kenyang pun tak ada masalah. Cuma dekat perhentian ini kita akan berhenti lebih kurang 15 – 20 minit sahaja.

trip-percutian-pulau-langkawi

Buah yang dihidangkan adalah berbeza mengikut musim.

mardi-agrotechnology-pulau-langkawi

Kalau buah-buahan yang tak bermusim, bolehlah ia dihidangkan sepanjang masa.

makan-buah-di-mardi-langkawi

Dekat cafe ini hanya menyediakan menu buah-buahan percuma. Kalau anda mahukan air minuman, atau serbuk asam pencicah, yang itu kena beli dikaunter.

agrotechnology-park-langkawi

Berdekatan dengan cafe ini ada kandang kambing dan dekat kawasan sekitarnya kita boleh lihat ada pelbagai pokok buah-buahan yang ditanam.

taman-agro-langkawi

Selesai makan, kita akan dibawa ke hentian seterusnya.

 

Dekat sinilah yang ada buah nangka pakai spek hitam tadi tu. Kalau anda cukup sporting, boleh minta pegawai yang menjadi pengiring sepanjang lawatan untuk bergambar dengan buah nangka ini.

 

Bersungguh abang ni sengih masa bergambar, pada hal nanti bukannya nampak senyuman tu.

smiling-nangka

Ini contoh gambar yang terhasil.

mardi-langkawi

Dekat MARDI ini juga anda boleh bergambar dengan “nanas” gergasi.

Boleh tahan besar jugak kan nanas dekat sini.

 

Dari pembacaan yang saya buat mengenai MARDI Langkawi ini, hampir 40% kawasan yang terdapat di MARDI ini ditanam dengan pokok buah-buahan bermusim dan yang tak bermusim.

 

Selain pokok buah-buahan, disini juga ada terdapat high tech vegetable garden dan juga resource centre yang menawarkan pakej pembelajaran berkenaan dengan teknik dan teknologi yang digunakan dalam bidang pertanian, terutama sekali yang berkaitan dengan penanaman pokok buah-buahan.

kolam-ikan-langkawi

Di MARDI Langkawi ini juga terdapat landskap yang menarik untuk bergambar.

pemandangan-cantik-mardi-langkawi

Disini juga ada kolam yang banyak ikan keli.

mardi-agro-langkawi

Ada sesi bagi makan ikan, dan masa ini anda boleh lihat ada banyak ikan keli pelbagai saiz, yang kebanyakkannya besar-besar belaka akan menunjukkan dirinya.

mardi-langkawi-kedah

Masing-masing berebut makanan.

 

Ini pula kawasan tanaman pokok buah yang jenis memanjat.

pengalaman-mardi-kedah

Kalau kebetulan waktu ini pokok anggur sudah berbuah, bolehlah anda petik dan rasa sendiri macam mana rasa anggur kat sini.

anggur-masam-mardi-langkawi

Warna hijau macam ni, buah anggur sangat masam.

rasa-anggur-mardi-langkawi

Kalau setakat petik sebiji tu tak ada masalah. Jangan pula anda petik banyak-banyak lepas tu buang sebab tak tahan masam.

belalang-mardi

Dapat “hadiah” dari pegawai MARDI yang mengiringi lawatan ke ladang. Boleh tahan kreatif juga kan.

aturcara-trip-langkawi

Gambar atas ini diambil pada tahun 2018. Kalau pada satu-satu masa, ada ramai pengunjung yang masuk ke tempat ini, dua buah kenderaan akan digunakan dalam sesi lawatan.

 

Jadi masa untuk menunggu dapat dipendekkan.

menara-mardi

Dekat sini ada sebuah menara tinjau yang diberi nama Shukran View.

 

Kalau anda larat, bolehlah cuba panjat.

mardi-langkawi

Saya? In Shaa Allah lain kali kalau ada peluang datang ke tempat ini lagi. Mungkin masa tu bolehlah saya gagahkan diri untuk panjat menara ni.

Tak jauh dari menara tinjau ini ada kandang rusa.

mardi-langkawi-kedah

Gambar ini pun saya ambil masa tahun 2018.

cuti-di-mardi

Bila dah habis sesi lawatan, anda boleh terus keluar dari tempat ini ataupun kalau nak jalan-jalan dulu pun boleh. Mungkin anda nak luangkan sedikit masa untuk baca informasi yang dibekalkan di tempat ini.

 

Ataupun sekadar nak bergambar juga boleh.

bercuti-ke-langkawi

Pendapat saya secara peribadi, lawatan ke MARDI Langkawi ini memang sangat berbaloi.

 

Untuk masuk ke tempat ini, kita kena bayar RM10. Dari bayaran masuk tu, kita bukan setakat dapat pengalaman jalan-jalan dalam kawasan ladang, malahan kita turut dijamu dengan hidangan buffet buah-buahan tempatan.

 

Pakej boleh makan sebanyak mana sampai kenyang dalam masa yang ada.

 

Bagi anda yang belum pernah masuk ke tempat ini, saya amat syorkan anda datang ke sini. Saya rasa kalau setiap tahun nak masuk ke MARDI Langkawi ini pun tak ada masalah.

 

Selamat bercuti ke Langkawi, dan jangan lupa masukkan MARDI Langkawi sebagai salah satu destinasi untuk dikunjungi ya.

 

Anda minat nak buat tempahan pakej aktiviti semasa berada di Pulau Langkawi? Boleh rujuk harga pakej disini.

 

Baca juga...

  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Pengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines ResortPengalaman Bercuti Di Hotel Century Pines Resort
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
  • Panduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertamaPanduan percutian ke Pulau Langkawi untuk pengunjung kali pertama
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Beriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, SelangorBeriadah bersama keluarga di Pantai Bagan Lalang, Selangor
  • Jalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera PenangJalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera Penang
  • Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke KundasangAda apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang
  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak lakuKisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
  • Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, LangkawiPantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi
  • Pakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimatPakej percutian 4 hari 3 malam ke Phuket Thailand dengan kos yang jimat
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: apa yang menarik di mardi langkawi, mardi agrotechnology park langkawi, pengalaman bercuti di langkawi, taman agroteknologi langkawi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in