Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Aktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson

October 10, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pagi hari Isnin selepas solat Subuh, dan makan sedikit alas perut, saya terus mulakan hari saya untuk mandi di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson.

 

Ini merupakan kali kedua saya datang bercuti ke tempat ini. Macam sebelum ini, saya menginap di Lexis Water Chalet, tapi kali ini saya memilih untuk menginap di Glory Beach Resort.

 

Memandangkan hari ini bukannya hari cuti am, suasana memang agak sunyi di kawasan pantai.

pantai tanjung gemok port dickson

Saya jalan dari hujung sampai ke hujung, dan masa ini memang belum ada seorang pun yang turun ke pantai.

pantai-di-tanjung-gemok

Mula-mula tu saya rasa … syok wooo pantai ni tak ada orang lagi, saya dengan isteri je yang conquer satu pantai… tapi bila dah mula masuk dalam air, rasa tak syok pula.

 

Nanti la saya cerita.

pantai-tanjung-gemok

Pantai Tanjung Gemok ini memang seronok.

Baca juga: Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson

 

Pertama yang saya suka, air lautnya tak berapa berombak. Bila main air dalam ni, memang feeling habis. Kalau setakat nak apungkan diri, tu memang tak ada masalah.

 

Tak adalah nanti tiba-tiba kena tarik sampai ke tengah laut ataupun muka rasa macam kena penampar dek kerana pukulan ombak tu.

 

Air laut dekat sini pun kira ok la. Tak terlalu keruh, walaupun bukannya jernih sangat.

Ok kalau sudut macam kat bawah ini patutnya lebih clear kan.

Masih boleh nampak tangan.

 

Cuma ya la, mungkin sebab dasar atau permukaan pantai yang mungkin ada lumut, tu yang nampak macam keruh je air kat sini. Tapi sebenarnya ok je.

 

Masih lagi berkali ganda lebih elok kalau nak bandingkan dengan keadaan di Pantai Redang, Sekinchan. Kalau pantai banyak lumpur dan lumut, mesti banyak kerang dengan siput sedut.

 

Saya ingat, saya duduk dalam air ni lebih kurang 10 ke 15 minit je kot.

Masa ini belum ada pengunjung lain yang turun ke laut. Entahlah… saya rasa tak sedap hati.

 

Bimbang kalau jadi apa-apa.

 

Macam mana kalau nanti ada raksasa laut tiba-tiba muncul lepas tu serang saya?

Ataupun ada ikan jerung gergasi tiba-tiba gigit kaki?

 

Pada masa tu, macam-macam mula bermain di fikiran saya. Nak mandi laut pun jadi tak tenang. Terus saya buat keputusan untuk keluar dan cari swimming pool Glory Beach Resort pulak.

 

Tunggu ada pengunjung lain turun mandi laut, baru sambung balik mandi.

 

Bila saya buat pembacaan di internet, saya terbaca tentang istilah thalassophobia.

 

Sumber dari laman web wikipedia menjelaskan yang thalassophobia ini bermaksud

“Thalassophobia (Greek: θάλασσα, thalassa, “sea” and φόβος, phobos, “fear”) is an intense and persistent fear of the sea or of sea travel.

Thalassophobia can include fear of being in large bodies of water, fear of the vast emptiness of the sea, of sea waves, and fear of distance from land

Thalassophobia is different than aquaphobia because while aquaphobia is the fear of water itself, thalassophopia is a fear of bodies of water that appear vast, dark, deep, and dangerous.“

 

Mungkin, saya ada sedikit fobia tu. Cuma tak teruk. Kalau teruk, dah tentu saya langsung tak boleh berada dekat dengan laut, dan jalankan aktiviti laut macam snorkeling.

 

Swimming pool dekat Glory Beach Resort ini pun best sebenarnya.

Saiznya yang lebar dan memanjang boleh memuatkan ramai pengguna dalam satu-satu masa. Kalau awal pagi macam ni, masih belum ada orang yang turun untuk mandi pool, lagilah seronok.

Pandai berenang atau tak, yang tu belakang cerita, yang penting kita enjoy!

Disebabkan swimming pool dia yang best, In Shaa Allah saya akan datang sekali lagi menginap di Glory Beach di masa akan datang. Bila tu? Tak pasti lagi.

 

Andai kata anda juga rancang nak bercuti dan menginap disini, anda boleh buat tempahan melalui kaedah berikut.

 

(1) Melalui laman web Airbnb

Kalau sebelum ini anda tak pernah lagi buat tempahan menggunakan Airbnb, boleh claim dulu travel credit bernilai RM165 menerusi halaman ini.

percutian-percuma

Travel credit ni fungsinya lebih kurang macam discount voucher. Bolehlah dapatkan lebih penjimatan apabila membuat tempahan melalui Airbnb.

 

Andai kata anda juga nak tempah unit apartment yang sama yang saya tempah tempoh hari, anda boleh terus ke pautan ini.

 

(2) Buat tempahan melalui laman web Agoda

Ataupun cara kedua, anda boleh buat tempahan melalui Agoda.

 

Kalau buat tempahan melalui Agoda, anda ada pilihan untuk booking dulu bayar kemudian (pay later). Lagi satu, kalau booking melalui Agoda, boleh pilih untuk dapatkan free breakfast. Tak perlu nanti pening-pening nak cari tempat untuk sarapan bila menginap disini.

Tempahan melalui Agoda boleh dilakukan menerusi pautan ini.

 

Menginap di Glory Beach Resort ini, kita boleh belajar serba sedikit tentang penyu. Misalnya, tahukah anda di Malaysia ini ada 4 spesies penyu yang boleh kita temui, iaitu

(1) Leatherback Turtle | Penyu Belimbing

(2) Hawksbill Turtle | Penyu Karah/ Sisik

(3) Green Turtle | Penyu Agar (kenapa bukan dipanggil penyu hijau ye?)

(4) Olive Ridley Turtle | Penyu Lipas

 

Kalau anda nak tengok penyu dengan lebih dekat, dekat sini ada pusat penetasan penyu (Turtle Hatchery Centre).

Masa saya datang ke sini, tempat ini ditutup jadi saya hanya boleh lihat dari luar pagar sahaja.

Walaupun cuma boleh tengok dari luar, masih lagi dapat tengok penyu berenang-renang dalam kolam khas yang disediakan.

 

Jadilah, daripada tak dapat tengok langsung kan.

Nanti bila dah cukup dewasa, penyu-penyu ini mungkin akan dilepaskan ke laut. Agaknya la.

Nak tanya orang pun, waktu tu tak ada siapa yang ada dekat situ untuk berikan penerangan. Jadi saya cuma boleh tengok-tengok sambil ambil gambar je la.

 

Tak apalah, memandangkan lepas ni saya memang ada plan nak check in kat sini sekali lagi, saya harap pada waktu tu akan ada pegawai yang bertugas untuk buat penerangan.

 

Sekian dulu perkongsian saya tentang Pantai Tanjung Gemok ini. In Shaa Allah ada rezeki dan umur yang panjang, saya dan keluarga akan datang sekali lagi ke tempat ini.

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Hutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutanHutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutan
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
  • Suatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau PangkorSuatu petang di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
  • Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron HighlandRestoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland
  • Pantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port DicksonPantai Bagan Pinang – Pantai pilihan untuk berkelah semasa bercuti di Port Dickson
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Pantai Tagged With: bercuti di port dickson, pantai di port dickson, pantai peranginan di port dickson, pantai tanjung gemok, tempat menarik di Port Dickson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in