Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Makan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam Panggang

September 14, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

“Datang bercuti ke Port Dickson sebab nak buat hiking di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan…”

 

Oh ia sebenarnya tak ada dalam perancangan. Sebetulnya, saya cuma nak jalan-jalan disekitar kawasan Rumah Api Tanjung Tuan, ambil beberapa keping gambar, lepas tu balik.

tanjung-tuan-light-house

Paling lama nak jalan-jalan dan lepak kat sini, sepatutnya lebih kurang dalam satu jam dah memadai.

 

Saya kira macam ni, 20 minit untuk perjalanan pergi ke rumah api, 20 minit untuk bergambar, dan baki lagi 20 minit untuk bergerak balik.

 

Tapi nak dijadikan cerita, bila sampai di kawasan rumah api, hujan turun dengan agak lebat. Kemudian sambil berteduh dibawah pondok, saya ternampak ada laluan yang boleh digunakan untuk balik ke pintu masuk utama. Kebetulan, waktu tu saya bertembung dengan sekumpulan pendaki yang datang dari arah yang saya bakal tuju.

 

“Laluan ni akan tembus ke kawasan sekitar pintu masuk hutan simpan ke?”

“Ha’a ya, betul…”

 

Itu yang menambahkan rasa konfiden saya untuk teruskan guna laluan tu, walaupun terpaksa melalui kawasan hutan.

 

Sebenarnya jawapan yang dia bagi tu memang tak salah. Tapi, kita kena alert dan at least kena tahu, arah mana nak tuju. Bukannya main lalu je. Ini cerita saya tersesat di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan kalau nak baca.

tumbuhan-di-hutan-simpan-tanjung-tuan

Saya tak banyak ambik gambar semasa dalam hutan tu. Lagipun sesekali hujan turun dengan agak lebat. Risau juga air hujan akan merosakkan kamera yang saya guna.

 

Bila dah keluar dari kawasan hutan, dengan rasa dahaga, perut pun dah mula rasa lapar… destinasi seterusnya adalah kedai makan.

 

Bila pergi bercuti kat tempat orang ni, kalau boleh kita nak cuba something yang tak ada ditempat kita. Kalau masakan-masakan yang biasa kita boleh dapat di KL, hari biasa pun boleh.

 

Saya tertarik untuk singgah ke Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam Panggang.

cowboy-style-ayam-panggang

Nak pergi ke restoran ni pun senang je. Keluar je dari simpang Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, belok kiri. Sama arah macam nak balik ke guesthouse di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort. Kedai ini adalah disebelah kanan.

 

Dekat depan kedai lagi kita dah boleh nampak banyak ayam yang sedang dipanggang.

nasi-dengan-ayam-panggang

Banyak orang datang makan kat sini. Jadi tak hairanlah, pemilik restoran ni siap sedia dengan banyak ayam.

restoran-ayam-panggang-port-dickson

Bila dah jumpa restoran yang menyajikan ayam panggang, tak perlulah susah payah nak panggang ayam sendiri. Makan je ayam panggang dekat sini.

kedai-ayam-panggang-port-dickson

Boleh beli sama ada nak setengah ekor atau seekor.

restoran-ayam-panggang-nasi-kukus

Konsep restoran dekat sini, layan diri. Order dulu apa yang kita nak dekat kaunter cashier ini, kemudian ambil makanan yang dah siap bayar di kaunter makanan.

 

Saya sempat terdengar perbualan telefon antara cashier dengan seorang regular customer. Customer ni nak bawa pelancong dari mana entah, tapi dia nak order dalam 30 set nasi kukus ayam panggang. Kiranya bisnes kat sini memang hebat.

 

Saya rasa, kalau datang lewat, mungkin susah nak cari tempat duduk, sebab yang datang makan kat sini ramai sangat. Oleh sebab saya datang sebelum jam 12, senanglah nak cari tempat duduk.

tempat-makan-best-port-dickson

Inilah dia set makanan yang saya order.

Satu set nasi kukus dengan ayam panggang setengah ekor.

Satu ekor ayam panggang.

Kailan ikan masin buat sayur.

Sup kosong dan sambal pencicah untuk ayam panggang.

Air pula, air jus tembikai satu jug.

 

Memang tengah dahaga, sebab masa buat aktiviti hiking tadi, cuma bawa air mineral 500ml sahaja.

Hiasan dalaman tempat ini juga ala-ala zaman koboi yang biasa kita tengok dekat movie barat.

tempat-makan-tanjung-tuan

Kalau nak beli topi koboi, senapang pun boleh. Kalau bawa budak kecik kesini, siap sedialah dengan duit lebih, sebab manalah tahu nanti ada pulak yang dia berkenan nak bawa balik.

 

Nasi Kukus + Ayam Panggang

Nasi yang dihidang adalah nasi putih biasa yang dimasak dengan cara kukus.

Ayamnya pula dipanggang.

 

Ini bukannya kedai nasi ayam.

 

Saja nak bagitahu. Manalah tahu, nanti ada yang mengharap nasi yang bakal diperolehi nanti adalah nasi sama macam nasi ayam ha3

 

Alright, memandangkan tak lama lagi nak masuk waktu Zohor, jadi saya tangguhkan aktiviti siang hari ini. Nak balik guesthouse, bersihkan diri, tunaikan kewajipan dan lepas tu… tidur! (Penat betul badan bila dah lama tak buat aktiviti hiking)

 

Anda dah ada travel credit dari Airbnb?

diskaun-airbnb

Kalau masih belum ada, saya nak hadiahkan kepada anda travel credit bernilai RM120 ini. Masa saya buat booking di The Regency ini, saya guna travel credit ini.

 

Lebih jimat dan ia berfungsi seperti voucher diskaun. Sila ke halaman ini untuk tuntut travel credit Airbnb anda ya.

 

 

 

Baca juga...

  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
  • Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini?
  • Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air AsiaCara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Apa yang menarik ada di sekitar Bandar TangkakApa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak
  • Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn BhdPengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Makan Tagged With: eddy cowboy nasi kukus, tempat makan best di port dickson, tempat makan tanjung tuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in