Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu

December 28, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kali pertama saya berkenalan dengan spesies kerang bernama lokan ini adalah semasa saya datang bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah.

 

Saya tak berapa pasti, sama ada lokan ini ada dijual disemenanjung. Biasa yang saya nampak, dikenali dengan nama kepah dan saiznya lebih kecil berbanding lokan.

tempat-makan-lokan-di-sabah

Kulit kepah juga lebih kilat dan agak cantik kalau nak bandingkan dengan kulit cengkerang lokan ini. Satu lagi, bila kita tengok cengkerang lokan ini, nampak macam berlumpur dan kotor.

 

Lokan yang dipamerkan ini, kebanyakkannya masih hidup lagi. Cuma ia agak berbeza dengan kerang, yang mana kalau kerang, ia akan sentiasa buka cengkerang dan kita boleh lihat apa yang ada disebalik cengkerangnya.

 

Rasa lokan pula ada sedikit beza dengan kerang yang biasa saya makan. Isi lokan lebih kenyal dan sudah tentu saiznya juga lebih besar. Saya rasa, tak salah kalau saya katakan warung lokan bakar ini adalah salah satu destinasi yang mesti dikunjungi kalau datang bercuti ke Sabah.

 

Dekat kampung Salut ini, lokan dijual secara longgok. Harga setiap longgokan lokan adalah berbeza, bergantung kepada saiz dan kuantiti.

lokan-bakar-jalan-sulaman

Ia dibezakan mengikut saiz, seperti kecil, sederhana dan juga besar. Harganya adalah sekitar RM7 ke RM12. 

 

Saya rasa harga ini akan berubah mengikut musim. Kalau musim lokan tengah banyak, mungkin harga akan jadi lebih murah. Lokan mudah didapati dikawasan berlumpur di hutan paya bakau sekitar Tuaran, khususnya Kampung Salut. No wonder kat tempat lain saya rasa macam tak ada orang jual lokan secara besar-besaran, seperti yang boleh kita lihat di Kampung Salut ini.

 

Ini lokan bakar yang saya order semasa bercuti ke Sabah pada tahun 2018. (Gerai BB Kelapa Bakar)

sedap-ke-lokan-bakar

Manakala dekat bawah ni pula semasa bercuti di Sabah pada tahun 2017.

lokan-bakar-jalan-sulaman

Selain perbezaan dari segi food presentation, sebenarnya rasa lokan bakar juga berbeza. Anda perlu tahu, setiap kedai mempunyai resepi dan cara penyediaan yang tersendiri. Bukan itu sahaja, sos pencicah yang digunakan juga tak sama antara setiap kedai.

 

Resipi penyediaan sos pencicah dan rempah yang digunakan dalam proses pembakaran lokan ini juga akan memberi rasa yang berbeza.

 

Kalau anda ada masa, boleh cuba rasa setiap kedai yang menjual lokan bakar di sini. Kedai menjual lokan bakar ini beroperasi menggunakan konsep warung tepi jalan. Dari segi harga, saya perasan semua warung jual dengan harga yang sama sahaja.

 

Jika terdapat perbezaan, mungkin dari segi kuantiti. Mungkin ada warung yang bagi extra seketul lokan. Saya pun tak perasan sangat perbezaan ini.

 

Selain menghidangkan lokan bakar sebagai menu utama, mereka juga ada menjual air kelapa muda, kelapa bakar, dan juga puding kelapa.

air-kelapa-muda-di-restoran-lokan-bakar

Saya cuba kedua-dua, air kelapa muda dan air kelapa bakar.

air-kelapa-bakar

Kalau anda belum pernah cuba air kelapa bakar, boleh order sebiji buat rasa.

puding-kelapa

Atas ini pula adalah puding kelapa. Rasanya juga sedap. Saya beli yang saiz kecik je dulu, sebab tak pernah rasa, dan risau juga kalau rasanya tak kena dengan selera saya.

 

Saya tak dapat nak mencadangkan mana-mana warung secara spesifik, sebabnya waktu saya ke sini, saya masuk je ke warung yang saya rasa tak ramai orang.

warung-menjual-lokan-bakar

Lokan yang kita dah order, akan dibakar terlebih dahulu. Proses membakar ni, kalau tak silap saya, ambil masa lebih kurang dalam 10 – 20 minit juga.

 

Kalau saya pergi ke warung yang ramai orang, nanti saya terpaksa tunggu lama pulak, untuk menikmati keenakkan lokan bakar. Saya juga sedang kejar masa untuk ke destinasi seterusnya.

 

Satu perkara yang tak berapa best dengan tempat ini ialah, tiada tempat parking khas yang disediakan. Anda perlu meletakkan kenderaan dimana-mana tempat yang kosong ditepi-tepi jalan. Cuma perlu pastikan kenderaan anda itu nanti tidak mengganggu perjalanan trafik.

 

Bagaimana cara untuk kesini?

 

Mudah sahaja, boleh guna waze. Masukkan alamat berikut.

Kampung Salut
Jalan Sulaman,
Kota Kinabalu,
GPS: 6.101858, 116.172067

 

Selamat menikmati lokan bakar.

 

Anda dah ada kereta sewa untuk bercuti ke Sabah nanti? Kalau masih belum ada kereta sewa lagi, boleh baca kisah pengalaman saya sewa kereta dengan syarikat kereta sewa Global Lepa.

 

 

Baca juga...

  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluargaSungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga
  • Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak JohorGunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web AirbnbBagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Makan Tagged With: bercuti ke kota kinabalu, bercuti ke sabah, kampung salut jalan sulaman, lokan bakar, lokan bakar kampung salut, lokan bakar sepanggar, pengalaman makan lokan bakar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?
  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in