Apabila berada di Port Dickson, salah satu soalan yang akan bermain dalam fikiran ialah, “apa tempat menarik yang terdapat di Port Dickson?”
Tak kanlah sepanjang masa nak duduk tepi pantai, kan? Hari sebelumnya, saya dah luangkan seharian di Pantai Bagan Pinang. Tak kan keesokkan harinya masih nak lepak tepi pantai lagi…
Cuaca pada hari ini, lebih panas berbading hari sebelumnya. Kalau duduk tepi pantai, rasa macam tak berapa sesuai. Rasanya lebih baik saya duduk dalam bilik, pasang aircond dan tidur je daripada nak lepak kat tempat yang panas.
Jadi, saya rasa pada hari ini lebih baik kalau saya buat lawatan ke Muzium Tentera Darat. Biasanya kat muzium mesti ada tempat-tempat yang sejuk dan ber aircond.
Dalam perjalanan nak ke tempat penginapan kami pada hari sebelumnya, saya perasan yang memang saya ada lalu depan Muzium Tentera Darat ni. Tempat ni pun tak berapa jauh dengan PD Paradise Lagoon Apartment tempat kami menginap.
Memandangkan saya dah berada di Port Dickson, jadi apa salahnya kalau singgah sekejap kat tempat ni.
Muzium Tentera Darat di Port Dickson ni ada menyediakan tempat parking. Namun ianya agak terhad. Jadi, kalau nak datang ke sini, anda mungkin perlu datang awal.
Waktu Operasi
Rabu – Ahad : 10.00 pagi – 5. petang
Isnin – Selasa : Tutup
Masuk adalah PERCUMA
Kalau petak parking dah habis, terpaksalah parking dekat tepi-tepi jalan sahaja.
Pastikan anda parking kenderaan anda dengan elok dan jangan sampai mengganggu lalu lintas ya.
Kalau nak datang ke sini, sila siap sedia dengan barangan keperluan seperti
- Topi
- Payung
- Cermin mata
- Kamera
- Air minuman
Serius, tempat ni memang sangat panas! Saya tak pasti, adakah tempat ni memang setiap masa panas, atau cuma pada hari saya datang ni sahaja.
Kalau bawa budak-budak kecik datang ke sini, mesti mereka tak selesa dan asyik nak ajak balik.
Bila masuk ke perkarangan muzium, antara yang terawal kita akan lihat ialah pelbagai jenis meriam.
Sebagai kubu pertahanan, memang perlu ada macam-macam jenis meriam.
Setiap meriam ini ada sejarahnya yang tersendiri.
Ianya juga pernah digunakan pada zaman yang berbeza.
Kegunaan meriam ni adalah untuk menembak jatuh kapal terbang musuh, merosakkan kereta kebal dan juga ditembak kearah tentera musuh.
Oh mungkin macam ni la kot cara guna meriam ni. Ada dua laras. Mungkin sekali tembak, akan keluar peluru dari kedua-dua laras serentak.
Hmm… mungkinlah…
Tak boleh duduk lama-lama kat luar ni. Serius panas.
Kita bergerak ke ruang pameran yang ada di bahagian dalam pulak. Dekat bahagian dalam, ada menempatkan pameran senjata api dan salah satu yang menarik minat saya ialah model Ak47.
Teringat semasa zaman kegemilangan games Counter Strike dulu, senapang rifle AK 47 ni adalah salah satu senapang kegemaran, terutama sekali apabila join team terrorist.
Kenapa ada rantai ye? Mungkinkah ini adalah senapang betul?
Cebisan kasut ini dijumpai di tapak eskavasi Gunung Telapak Buruk, Kuala Klawang pada 4 Ogos 2009 kepunyaan krew pesawat B24 Liberator KL654 (SNAKE)
Ya, walaupun cuma cebisan kasut, ia ada nilai sejarah yang tersendiri.
Satu perkara yang saya rasa unik ada di Muzium Tentera Darat Port Dickson ni ialah kewujudan terowong komunis. Dalam terowong ini, kita boleh ikuti sejarah komunis di Tanah Melayu satu ketika dahulu.
Ini pula antara senjata yang digunakan.
Ini pula antara pakaian yang ditemui.
Selain kelengkapan senjata, dan pakaian, dalam terowong ini juga kita boleh lihat replika bilik mesyuarat, bilik bedah, tempat tidur dan sebagainya yang digunakan oleh pasukan komunis.
Apa sebenarnya perjuangan pasukan tentera komunis ni?
Keluar dari terowong komunis ni, kita beralih pula ke dalam “hutan”. Kat sini ada ditempatkan kubu pertahanan untuk pasukan yang ditempatkan dalam hutan.
Ada jambatan gantung yang menghubungkan antara menara tinjau yang dibina diatas pokok.
Jom cuba naik.
Menara tinjau ini tak dibina terlalu tinggi. Mungkin ini untuk memudahkan pengunjung untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman berada di sini.
Pemandangan dari menara tinjau.
Jom keluar dari “hutan” ni dan kita lihat lain-lain aset yang dimiliki oleh pasukan tentera darat.
Anda ingin bergambar dalam jet pejuang?
Anda boleh rasai pengalaman berada dalam jet pejuang dengan bergambar di sini.
Sebelum nak bergambar, bolehlah buat sedikit “bayaran” sebagai tanda sumbangan kepada tentera darat. Tak kisah nak bayar berapa pun. Kalau cuma nak bayar RM1 pun tak ada masalah.
Mungkin, gambar anda akan nampak sangat awesome kalau bergambar dalam jet pejuang ni.
Kalau nak bergambar dalam helikopter pun boleh.
Kawasan ni tak begitu panas.
Kalau nak bergambar kat sini, memang sesuai.
Ada banyak lagi kereta perisai dan kereta kebal kat tempat ni.
Kat sini tak ramai yang nak pergi, mungkin sebab panas sangat agaknya.
Sepanjang berada kat sini, saya memang tak sempat nak baca dengan teliti setiap catatan sejarah yang dimuatkan dalam muzium tentera darat ni.
Nampak gayanya, satu hari nanti, bila saya ada kesempatan dan peluang untuk ke Port Dickson lagi, terpaksalah saya singgah sekali lagi. Masa tu, saya nak luangkan lebih masa untuk hayati catatan sejarah yang pernah berlaku di negara kita ini.
Baiklah.
Jika anda berada di Port Dickson dan ada masa terluang, bolehlah berkunjung ke Muzium Tentera Darat ni ya.
[…] Hari kedua bercuti di Port Dickson, pada waktu siang saya luangkan lebih kurang dua atau tiga jam sahaja melawat Muzium Tentera Darat. […]