Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson

April 20, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Dalam percutian saya ke Port Dickson pada bulan Disember 2017 yang lalu, saya sempat singgah ke Muzium Tentera, bagi melihat sendiri kelengkapan tentera dan lain-lain barang pameran yang dipamerkan disitu.

 

Anda boleh baca pengalaman saya di dalam posting berjudul “Lawatan ke Muzium Tentera Darat di Daerah Lukut“.

 

Mengikut perancangan awal, selepas melawat Muzium Tentera Darat, saya nak terus menuju ke Muzium Kota Lukut. Tapi disebabkan cuaca yang agak panas, dengan perut yang dah lapar, saya tangguhkan niat tersebut dan terus balik ke homestay. Waktu tu, saya menginap di PD Paradise Lagoon Apartment.

 

Percutian kali ini, Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk melawat ke Muzium Kota Lukut.

kota-dan-muzium-di-lukut

Muzium ini letaknya diatas bukit. Kita kena panjat tangga kalau nak ke tempat ini. Nanti saya akan cerita, kenapa muzium ini berada di atas bukit.

 

 

Lepas panjat tangga, anda akan dapat lihat meriam seperti pada gambar kat atas tu. Kemudian akan nampak tulisan “Kota dan Muzium Lukut”.

pertahanan-kota-lukut

Ini sedikit info mengenai meriam ini.

Meriam tembaga ini dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 1993 semasa kerja-kerja survei arkeologi dijalankan di Bambek Shoal, Port Dickson bagi mengenalpasti sebuah kapal British bernama “Caroline” yang tenggelam pada tahun 1888. Pada 6 Ogos 1995 hingga 9 Disember 1995, ekskavasi menaikkan artifak Kapal Nassau termasuk meriam ini telah dilaksanakan pihak kerajaan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa agensi lain.

Sumber: Pameran Kapal Nassau, Muzium Lukut

 

Muzium Kota Lukut ini dibina di tapak asal sejarah awal pemerintahan di Kota Lukut oleh Raja Jumaat pada tahun 1840an. Walaupun binaan awal sudah tidak kelihatan, namun kita masih boleh melihat beberapa artifak dan monumen hasil tinggalan sejarah kota ini.

 

Baiklah, saya nak kongsikan beberapa gambar-gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang lawatan ke Muzium Kota Lukut ini.

kenderaan-di-kota-lukut

Kereta Lembu

Kereta lembu merupakan kenderaan dua roda yang ditarik oleh seekor lembu atau lebih daripadanya. Sejak masa dahulu, kereta lembu menjadi pengangkutan yang penting di kebanyakan tempat di dunia. Kereta lembu digunakan oleh manusia untuk perjalanan dan mengangkut barangan. Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai yang diikat pada kayu gandar. Kini, penggunaannya lebih untuk para pelancong dan mengangkut barang-barang sahaja.

 

 

muzium-kota-lukut

Perahu Sekoci

Perahu sekoci merupakan perahu tradisi bersaiz kecil yang terkenal di negeri Terengganu Darul Iman. Perahu ini digunakan untuk aktiviti memancing, mencandat sotong dan memukat ikan dengan menggunakan pukat kecil di sekitar persisiran pantai. Perahu Sekoci juga merupakan perahu nelayan persendirian di negeri ini.

 

apa-yang-menarik-di-lukut

Perahu Lumba Naga

Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk perlumbaan yang diadakan sempena perayaan pesta air. Perahu Lumba Naga berasal dari Thailand. Perahu ini boleh membawa 6 hingga 8 orang pendayung. Disekeliling badan perahu ini dihiasi dengan corak bermotifkan seekor naga, manakala bahagian depannya pula dihiasi dengan ukiran kepala seekor naga. Perahu lumba naga ini masih boleh dilihat sehingga sekarang terutamanya di perayaan pesta-pesta air.

 

apa-yang-ada-di-muzium-kota-lukut

Perahu Payang

Perahu Payang Melayu yang terbesar ini boleh membawa diantara 15 hingga 20 orang. Perahu ini kebiasaannya digunakan di kuala-kuala sungai sepanjang Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Terengganu, Kuala Kemaman, Kampung Tanjung Lumpur dan Baserah (di antara negeri Kelantan dan Pahang) dan boleh juga kelihatan di Kampung Sedeli di Johor.

Berukuran 35 kaki panjang dan 8 kaki lebar. Perahu ini mempunyai tiang layar setinggi 45 kaki dan menggunakan jaring Pukat Payang.

 

 

Itu adalah antara sebahagian barang pameran yang ada dibahagian luar. Sebenarnya ada banyak lagi, dan kalau anda nak tengok lain-lain barang yang dipamerkan disini, silakanlah ke muzium ini.

 

Ini pula antara barangan pameran dibahagian dalam muzium.

melombong-timah-di-lukut

Aktiviti utama di Lukut adalah perlombongan bijih timah. Ini adalah gambaran pakaian yang dikenakan oleh para pelombong cina di Lukut.

 

Pakaian perkahwinan masyarakat cina yang tinggal di Lukut.

perkahwinan-masyarakat-cina-lukut

 

Ini pula sebahagian dari peralatan yang digunakan untuk aktiviti pertanian.

Alat kat atas ini dikenali dengan nama lesung kaki.

 

Ini pula adalah tenggala.

apa-yang-menarik-di-port-dickson

Tenggala ini dibuat daripada kayu dan fungsinya adalah untuk menggemburkan tanah di sawah. Biasanya, tenggala ini ditarik oleh kerbau atau lembu.

 

alat-untuk-serum

Bidang perubatan juga antara bidang yang berkembang di Kota Lukut. Buktinya adalah tinggalan barangan yang digunakan bagi menghasilkan serum diatas. Serum digunakan bagi tujuan kecantikkan dan perubatan.

 

Peralatan yang digunakan untuk sajian makanan.

 

Peralatan untuk riadah dan sukan yang dimainkan dalam kalangan penduduk setempat.

aktiviti-di-kota-lukut

Ada gasing, congkak dan juga sepak raga.

 

Ini pula replika makam Raja Bot.

makam-raja-bot

Sejarah tentang Raja Bot juga ada ditulis di Muzium Kota Lukut ini. Kalau nak baca bolehlah kesini.

 

Sekarang jom kita lihat tapak asal Kota Lukut.

sejarah-lukut

Ada laluan khas untuk pergi ke tapak bersejarah tersebut.

 

Kena naik tangga ni.

Tangga ni tinggi juga.

 

Dari atas ni boleh lihat keadaan di sekeliling.

kota-lukut-negeri-sembilan

Kota ini pun dibina bagi tujuan pertahanan, dan dari sini, Raja Jumaat boleh perhatikan keadaan sekeliling. Jika berlaku seberang isu, pihaknya boleh segera mengambil tindakan.

 

Sudah tentu, pada waktu dulu, pemandangannya tak sama seperti pada hari ini.

Ini merupakan tapak asal Kota Lukut. Sekarang ada dibina menara tinjau disitu.

 

Cuma sayangnya, keadaan sekeliling penuh dengan semak samun sewaktu saya datang melawat tempat ini.

Saya nak jalan-jalan ke dalam lagi pun tak berani. Risau bertembung dengan ular tedung pula nanti. Maklumlah, dekat kawasan macam ni, kita tak tau, apa yang sedang bersembunyi disebalik semak.

 

Jadi, saya cuma naik sekejap, ambik gambar dan turun semula. Lagipun perut pun dah mula lapar. Masa untuk check in di Lexis Water Chalet pun lambat lagi.

 

Destinasi seterusnya… erm… cari makan dululah.

 

 

Muzium Lukut ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Waktu saya datang ke sini, memang tak ramai pengunjung. Muzium ni terletak agak jauh dikawasan pedalaman.

 

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium Lukut ini. Datanglah ke sini jika anda berpeluang untuk bercuti ke Port Dickson.

diskaun-airbnb

Berita baik untuk anda yang nak bercuti tu, silalah dapatkan Travel Credit bernilai RM120 ini apabila anda buat tempahan chalet atau homestay menerusi Airbnb.

 

Semoga percutian anda bersama keluarga jadi lebih bermakna dengan adanya penjimatan ini. Selamat bercuti ke Port Dickson.

 

Baca juga...

  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
  • Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air AsiaCara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah PerakPulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Muzium Tagged With: apa yang menarik di kota lukut, apa yang menarik di port dickson, bercuti ke port dickson, muzium kota lukut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in