Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh

December 27, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Lawatan ke ladang teh Sabah Tea merupakan salah satu daripada perkara yang wajib dilakukan apabila bercuti ke Sabah.

 

Kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya dan keluarga melawat ladang teh ini semasa kami bercuti ke Kundasang, Sabah pada tahun 2017 yang lalu.

 

Ladang teh Sabah terletak di Jalan Sandakan-Ranau di dalam Daerah Ranau.

Alamat: 17, Kg. Nalapak, Jalan Ranau-Sandakan, 89309 Ranau, Sabah, Malaysia

GPS Location: 5.94822, 116.78544

 

Ini merupakan jalan masuk untuk ke ladang teh. Pada masa ini, jalannya agak teruk, tapi tak seteruk jalan masuk untuk ke Mesilou Cat’s Village .

pintu-masuk-sabahtea

Pandu perlahan-lahan untuk elak lubang-lubang dan ketulan batu yang terdapat atas jalan. Sambil-sambil tu, kita boleh juga nikmati pemandangan kawasan persekitaran.

 

Kalau difikirkan semula, sebenarnya jalan masuk untuk ke ladang teh boh di Cameron Highland juga tak begitu cantik. Mungkin ini satu perkara yang para pengunjung perlu bersiap sedia.

 

Kalau dah namanya masuk ke kawasan ladang, jangan mengharap untuk dapat laluan yang cantik lengkap dengan bertar. Ada banyak kenderaan berat, terutama lori akan keluar masuk. Jadi, kita boleh anggap keadaan jalan yang rosak adalah sesuatu perkara yang boleh dijangka.

blog-sabah-tea

Sepanjang perjalanan, langit cerah dan cuaca juga agak panas.

blog-tentang-sabah-tea

Saya menjangkakan, ladang teh di Sabah ini lebih kurang sama dengan ladang teh di Cameron Highland. Dalam kepala saya, saya membayangkan keadaan persekitaran yang sejuk, angin bayu kawasan pergunungan bertiup lembut, dan udara yang segar.

 

Sekali bila dah sampai kat tempat ini, semuanya berbeza dari apa yang saya bayangkan.

kemudahan-dalam-ladang-teh-saba

Dekat sini ada padang bola sepak, mungkin untuk kemudahan para pekerja yang tinggal disini untuk beriadah.

sabah-teh-ladang-nalapak

Kita dah sampai ke Sabah Tea ladang Nalapak.

apa-yang-menarik-di-ranau

Mercu tanda Sabah Tea. I Love Sabah Tea.

ranau-sabah-tea

Kalau dah sampai ke tempat ini, jangan lupa untuk ambil gambar kenang-kenangan sebagai bukti dah pernah sampai ke tempat ini.

ladang-teh-sabah-ranau

Pemandangan dekat belakang tu, saya agak itu mungkin kawasan pergunungan Gunung Kinabalu.

ladang-teh-sabah

Tiada sebarang bayaran atau yuran masuk dikenakan untuk masuk ke Sabah Tea. Jika anda ingin mengikuti akitiviti lawatan ke kilang pemprosesan teh, barulah anda akan dikenakan bayaran. Saya dan keluarga pada masa ini tengah kejar masa.

 

Jadi kami hanya jalan-jalan sekitar kawasan ladang sahaja.

 

Untuk pengetahuan anda dekat Sabah Tea ini juga ada restoran. Kita boleh singgah sekejap untuk minum teh disini.

restoran-sabah-tea-shop

Saya tak beli sebarang buah tangan, atau produk teh semasa lawatan kat tempat ni.

sabah-tea-restaurant-tea-shop

Tapi setidak-tidaknya saya ada minum teh disini. Dapatlah rasa, keenakkan produk teh yang dihasilkan oleh Sabah Tea.

Baca juga: Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu

 

Tengah khusyuk layan air teh, hujan pulak turun.

ladang-teh-sabah-tea-ranau

Mungkin tak berapa clear kalau cuma tengok melalui gambar ini.

pemandanga-gunung-kinabalu

Tapi pada masa ini, hujan dah mula turun.

pengalaman-sabah-tea

Cuaca dikawasan pergunungan ini, memang agak sukar untuk diramal dan dijangka. Baru sekejap tadi, cuaca panas terik, tak berapa lama lepas tu, hujan pula.

tea-garden-in-sabah

Pengalaman yang lebih kurang sama, saya pernah lalui semasa saya berada di ladang teh boh, Cameron Highland. Masa mula-mula sampai di ladang teh, cuaca sangat baik. Tak sampai satu jam, hujan pulak turun.

 

Tapi perubahan cuaca tu berlaku dengan agak pantas. Hujan pun sekejap sahaja. Lepas habis minum, kami dah boleh jalan-jalan sekitar ladang teh.

tempat-menarik-sabah

Dekat sini juga ada sebuah replika tea pot, yang kita boleh beli mangga, tulis sesuatu diatasnya, (biasanya tulis nama kita dan pasangan) dan lepas tu kuncikan pada replika dibelakang saya ini.

 

Konon-kononnya itu sebagai lambang cinta antara kita dengan pasangan masing-masing. Macam-macamlah…

aktiviti-sabah-tea

Mungkin kalau hari tu tak hujan, ada banyak lagi kawasan yang saya dapat pergi di Ladang Teh Sabah Tea. Saya nak jalan-jalan dekat dalam kawasan teh ditanam pun agak risau. Maklumlah baru lepas hujan, dan jalanpun agak licin.

 

Kalau jatuh tergolek, tak pasal-pasal habis kotor baju.

 

Pada hari yang sama, saya dan keluarga ingin keluar dari Kundasang dan ingin sambung bercuti di area Kota Kinabalu pula. Baiklah, terima kasih kerana anda sudi baca pengalaman saya ini.

 

Sebagai menghargai masa anda membaca apa yang saya kongsikan dalam ini, apa kata anda pergi ke halaman ini dan dapatkan Travel Credit bernilai RM120.

 

Gunakan travel credit tersebut untuk buat tempahan tempat penginapan di laman web Airbnb apabila anda ingin bercuti ke Sabah nanti. Jemput baca juga artikel-artikel lain yang saya kongsikan tentang percutian ke Sabah dalam blog ini ya.

 

 

Baca juga...

  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
  • Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergununganKinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota KinabaluPerkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBondaPengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron HighlandMelawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland
  • Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota KinabaluTempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: bercuti ke sabah, ladang teh sabah, pengalaman ke ladang teh sabah tea, pengalaman sabah tea

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in