Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Pengalaman menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu, Pulau Langkawi

April 25, 2019 by Sabree Hussin 1 Comment

Kalau anda nak pergi bercuti ke Pulau Langkawi, kat mana agaknya lokasi yang anda akan pilih untuk dijadikan tempat menginap?

 

Sebelum ini, saya akan pilih untuk menginap di sekitar Pantai Chenang. Seperti yang kita semua sedia maklum, suasana di Pantai Chenang ni lebih meriah dan ada banyak kemudahan serta tempat makan disekitarnya.

 

Kalau nak pergi kemana-mana, boleh jalan kaki sahaja.

 

Kali ini, saya nak cari kelainan. Saya pernah baca dan dengar perkongsian daripada mereka yang pernah menginap di Tanjung Rhu, yang katanya tempat ini sangat cantik. Memang sesuai untuk mereka yang sukakan suasana yang tenang dan damai.

review-resort-labu-labi

Saya pun buka laman web Airbnb dan lepas tu mula cari hotel atau chalet yang terdapat di Tanjung Rhu.

 

Saya tertarik untuk menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu sebabnya bilik-bilik yang disediakan disini sangat dekat dengan laut.

 

Kiranya kalau nak mandi laut sangatlah senang. Cuma perlu jalan beberapa langkah, turun anak tangga sikit dah boleh sampai ke tepi pantai.

 

Ini pemandangan dari depan.

labu-labi-resort-tanjung-rhu

Masa mula-mula sampai ke tempat ni, rasa terkejut jugak. Kenapa macam rumah tak siap ni?

 

Tapi saya rasa mungkin sebab cat yang dah mula luntur, itu yang buatkan bangunan nampak agak lama. Kalau di cat balik ni, mesti nampak lagi lawa.

 

Bawah ini pula pandangan dari bahagian belakang. Bahagian ini yang mengadap laut.

menginap-di-labu-labi-residence

Saya rasa kalau tengok dari arah ini, Labu Labi Residence ni cantik sebenarnya.

pemandangan-labu-labi-residence

Berdepan dengan bilik, ada tangga yang boleh kita gunakan untuk turun ke kawasan pantai.

labu-labi-residence

Kemudian jalan beberapa langkah dah boleh mandi air laut. Seronok, kan?

 

Inilah dia bilik yang saya tempah.

bilik-di-tanjung-rhu

Dalam bilik ini ada dua buah katil. Satu katil King Size (atau mungkin queen size) dan satu lagi katil single.

 

Kalau anda baca perkongsian saya yang lepas tentang jadual percutian ke Pulau Langkawi selama 5 hari 4 malam, saya ada cerita yang masa saya menginap di sini, saya dan isteri ada panggil Kak Azura untuk datang ke bilik.

apa-ada-di-labu-labi-residence

Katil yang single itulah yang kami gunakan untuk tempat mengurut.

 

Dari bilik ini boleh nampak laut. Cuma perlu selak langsir sikit dah boleh nampak laut.

menginap-di-labu-labi-residence

Dekat Tanjung Rhu ini, tak begitu ramai pengunjung kalau nak bandingkan dengan di Pantai Chenang. Jadi, kalau nak selak langsir pun tak ada masalah sangat.

 

Tak ada orang nak lalu lalang depan bilik.

labu-labi-residence

Dekat depan rumah ada disediakan juga tempat untuk sidai pakaian. Tapi kena kongsi dengan rumah sebelah.

labu-labi-residence-resort-tanjung-rhu

Antara minuman yang disediakan dalam bilik. Saya ada berborak dengan penjaga tempat ni, kata dia kalau air nescafe dalam bilik dah habis, boleh datang ambik dekat cafe.

 

Tak perlu bayar apa-apa. Baik betul, kan?

labu-labi-residence-resort

Dalam bilik ada disediakan peti sejuk, almari dan ada juga tv. Satu lagi yang best dengan tempat ini, kita boleh ambil sendiri ais dekat cafe kalau perlu.

 

Ada mesin pembuat ais yang kita boleh gunakan secara percuma.

review-labu-labi-residence

Bilik air dan tandas dia juga luas.

senja-tanjung-rhu

Suasana waktu senja dekat sini memang cukup cantik dan mendamaikan.

senja-di-tanjung-rhu

Sambil duduk-duduk dekat depan rumah, kita boleh layan pemandangan matahari terbenam bersama dengan yang tersayang.

tanjung-rhu-labu-labi

labu-labi-tanjung-rhu

tanjung-rhu-pulau-langkawi

tanjung-rhu-pulau-langkawi

Semasa menginap disini, saya tak nampak pula kelibat orang bermain banana boat, ataupun jet ski. Apa yang saya nampak hanyalah beberapa pengunjung yang mandi laut tanpa sebarang gangguan.

 

Memang tenang lagi mendamaikan. Jadi, kalau anda tak kisah untuk berada dalam suasana yang seperti ini, menginap di Tanjung Rhu memang sangat recommended.

labu-labi-residence-tanjung-rhu

Kalau anda rasa tempat ni nampak macam cantik dan sesuai untuk percutian anda ke Langkawi pada masa akan datang, dan anda minat nak buat tempahan kat sini, bolehlah pergi ke halaman ini.

 

Anda akan dibawa ke laman web Airbnb dan boleh buat tempahan terus disitu. Ada beberapa pilihan dan jenis bilik yang tersedia. Pilihlah mana-mana satu yang sesuai dengan anda.

 

Kalau anda nak dapatkan sedikit diskaun, anda boleh ke halaman ini terlebih dahulu untuk tebus Travel Credit bernilai RM120.

diskaun-airbnb

Paparan seperti diatas ini akan kelihatan pada skrin anda nanti.

 

Selepas anda dah berjaya tebus Travel Credit bernilai RM120 tu, barulah anda buat tempahan ya.

 

Saya ucapkan selamat bercuti ke Pulau Langkawi, dan semoga anda dan keluarga seronok dalam percutian tersebut.

 

Baca juga...

  • Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju EnterpriseShopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise
  • Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, LangkawiPantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi
  • Pengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau LangkawiPengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau Langkawi
  • Cari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang KaliCari spot terbaik untuk pasang khemah di Sungai Kedondong, Batang Kali
  • Tips Cari Tiket Penerbangan Murah untuk percutian andaTips Cari Tiket Penerbangan Murah untuk percutian anda
  • Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port KlangMengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMAEasturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA
  • Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web AirbnbBagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb
  • 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti No.7 paling ramai orang tak tau!
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Resort Tagged With: bercuti di pulau langkawi, labu labi residence, pantai tanjung rhu, pengalaman menginap di labu labi residence, review labu labi residence

Trackbacks

  1. 20 Cara dan idea untuk mempromosikan Bisnes Resort dan Hotel | Blog Sabree Hussin says:
    August 8, 2019 at 5:19 pm

    […] Labu-Labi Residence di Tanjung Rhu adalah salah satu resort tepi pantai yang saya pernah kunjungi. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in