Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku

July 20, 2018 by Sabree Hussin 14 Comments

Sebagai pengguna, saya rasa kena tipu! Saya tak kata yang syarikat ini menipu, tapi saya tengah kata tentang perasaan saya.

 

Saya rasa kena tipu dan rasa tertipu. Kalau masa boleh diundurkan semula, atau kalau saya boleh kembali ke masa lalu, saya akan kata kepada diri saya pada waktu tu, tak payah layanlah tawaran-tawaran macam ni.

 

Ini kisah pengalaman kami menerima voucher percutian percuma yang saya pernah cerita dalam blog ini sebelum ini. Saya ada cerita dalam posting saya yang lalu berjudul Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA.

Saya dan isteri pernah pergi ke pejabat dan dengar taklimat tentang program percutian ini sebelum ini. Dari sesi penerangan tersebut, kami diberikan voucher percutian untuk menginap di hotel yang terpilih.

 

Saya pilih untuk menginap di hotel di semenanjung Malaysia. Ada dua pilihan yang diberikan sama ada di Langkawi (Citin Hotel) atau Resort World Genting. Saya pilih Resort World Genting sebab senang nak pergi. Boleh drive sahaja untuk ke sini, ataupun boleh naik bas.

 

Baru-baru ni, waktu saya tengah kemas-kemas fail lama, saya terjumpa voucher yang tak laku ni.

dapat-voucher-bercuti-percuma

Voucher ni saya simpan baik-baik dalam fail. Saya jaga elok-elok, untuk elakkan voucher ni hilang, rosak, ataupun koyak. Lagipun, dalam terma dan syarat untuk tunaikan voucher ni, kita kena bawa dan serahkan di kaunter semasa nak check in.

 

Voucher percutian percuma ini dikeluarkan pada 13 Oktober 2017 dan ia luput pada tarikh 12 Februari 2018. Lebih kurang 4 bulan juga validity voucher ni.

 

Saya dah rancang sebelum ini, untuk buat review daripada pengalaman saya berurusan dengan pihak pengurusan. Kalau baik pengalamannya, maka baiklah reviewnya. Jika pengalaman yang saya lalui tak berapa elok, maka tak berapa eloklah reviewnya.

 

Menurut terma dan syarat, untuk tunaikan voucher ini, saya perlu hubungi syarikat yang menguruskan tempahan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum waktu nak pergi bercuti dan tempahan mesti dilakukan melalui emel.

 

Ok tak ada masalah. Kita ikut apa yang dah ditetapkan.

 

Pada mulanya, pada tarikh 13 November 2017, kami hubungi pihak syarikat dan beritahu yang kami nak pilih tarikh 18 & 19 Jan 2018. Kalau rujuk pada kalender, 18 & 19 Januari tu adalah hari Khamis dan Jumaat.

 

Pihak pengurusan, iaitu BSM balas emel kami pada keesokkan hari (14 November 2017) untuk beritahu perkara berikut

Greetings from BSM Vacation Marketing Sdn Bhd.

Kindly refer to terms and condition of complimentary voucher at clause C):

Voucher utilization are not valid during peak season (i:e.: school holiday, eve of public holiday, public holiday, festive period) and weekend (Friday, Saturday & Sunday nights).

Please be notified.
Thanks.

 

 

Masa tu tak perasan, dan saya ingat itu memang silap kami sendiri. Tapi bila difikirkan balik, apa masalahnya dengan tarikh tersebut? Check in hari Khamis dan pagi Jumaat dah check out. Tak ada kena mengena kan dengan clause C yang dimaksudkan?

 

Kami tak cadang nak panjangkan isu. Lagipun, masih ada banyak masa sebelum hari nak pergi bercuti. Apa susah? Tukar sahaja tarikh kepada 15 – 16 Jan atau hari isnin dan selasa.

 

Pada hari yang sama kami dapat emel balas dari BSM, yang mengatakan kami tak ikut terma dan syarat, kami terus balas dan bagitahu nak tukar date kepada 15 – 16 Jan. Ini berlaku pada tarikh 14 November 2017 juga.

 

Masa ini, masih dapat emel balas dari syarikat (walaupun lambat) dan mereka kata kena semak dengan jadual hotel dulu. Itupun pada 17 November 2017.

 

Tunggu 5 hari dari 17 Nov tu, langsung tak ada sebarang emel balas. Lama betul ko nak buat semakkan? Jadi kami hantar emel follow up pada 22 Nov untuk tanya apa status permohonan kami tu.

 

Dua hari lepas tu, iaitu pada 24 Nov baru pihak BSM nak balas emel kami, itupun semata-mata nak bagitahu yang bilik dah full pada tarikh yang kami pilih! 

 

Ini ayatnya

Please be informed that there are no rooms available for your chosen date based on quota (inventory) provided by the said hotel to BSM Vacation.

 

Saya nak pergi bercuti pada bulan Januari 2018.

Tempahan atau tebus voucher dibuat pada November 2017.

Ada lebih kurang sebulan lebih atau dua bulan lagi, tapi bilik dah penuh!

 

 

Saya rasa, kaedah booking macam ni langsung tak efisien. Sampai bila kita nak guna kaedah pelanggan (saya) propose tarikh, kemudian pihak syarikat buat semakan, lepas tu bagi feedback yang tarikh tersebut fully booked?

 

Jadi saya ubah pendekatan. Why not pihak pengurusan bagi tahu je, pada bulan Januari 2018, pada tarikh yang mana satu ada kekosongan. Jadi kita boleh buat keputusan yang sewajarnya.

 

Saya dah agak malas nak taip, jadi saya berikan screenshot emel yang dihantar kepada pihak pengurusan.

voucher-percutian-percuma-menipu

Selang dua hari, bermula dari tarikh 24 Nov tu, kami hantar emel follow up, tapi langsung tak ada balasan. Masa tu memang dah tawar hati, tapi tak apalah, sebab masa masih panjang, jadi bulan December 2017 tu, hantar satu lagi emel. Lihat tarikhnya iaitu pada 6 December 2017.

 

Hanya pada 8 December 2017 baru ada balasan.

Dear Ms Nik Azlin Azmira,
Greetings from BSM Vacation.

With reference to your email dated December 06 , 2017, BSM Voucher No. 2167 and on your booking for guestroom booking at Resorts World Genting-First World Hotel for 15-16 January 2018. We regret to inform your good self that the hotel are currently fully booked for the month of January 2018. This is because it is on a first come first served basis and based on the Hotel Inventory (Quota) allocated to BSM Vacation, which has been filled. Further to that, priority is given to new members whom have signed up for EVC membership.

Thank you.

With Regards,
Reservation Team

 

Basically, emel ini cuma nak bagitahu yang pada bulan Januari 2018, bulan yang kami plan nak pergi bercuti tu, bilik dah fully book. Mereka guna formula first come first serve basis.

 

Geram tu memanglah geram. Hari yang sama kami terima emel balasan ini, kami terus balas dan minta mereka berikan kalender penuh, bila sebenarnya tarikh yang kosong dan boleh buat booking.

saya dah send email utk reserve since awal November if not mistaken instead if 21days as per written in voucher. so please, please DO GIVE US the availability date in order for us to utilize. Please be rationale as this haywire is not from my side, as i did send u email early than the instruction given.

Do reply this email ASAP

Sejak dari tarikh tu (8 December 2017), sampailah sekarang ini, iaitu pada tarikh posting ni saya buat, saya dah tak terima sebarang emel balas dari pihak BSM. Lama tu!

 

Saya pun tak taulah sama ada syarikat ini masih wujud atau dah tak wujud. Kalau wujud sekalipun, tak tahu lah sama ada mereka masih buat kerja-kerja ini atau dah tukar modus operandi.

 

 

Saya sebenarnya ada persoalan terhadap syarikat ini.

(1) Kenapa perlu ambil masa berhari-hari semata-mata nak buat semakkan sama ada, ada kekosongan pada bilik atau tidak?

(2) Kenapa susah sangat nak buat booking? Dari bulan November saya cuba buat booking, sampai ke bulan December masih tak berjaya. Apa yang buat benda ni jadi sangat susah?

(3) Berapa ramai sebenarnya yang dah berjaya tebus voucher percuma tu?

 

(emel sebelum ini pun masih tak balas, apa jaminan yang saya akan dapat jawapan dari soalan-soalan ini kalau saya emel mereka?)

 

Saya rancang, kalau proses tempahan dan penebusan voucher ni berjalan dengan lancar, dan pada tarikh tersebut saya berjaya pergi bercuti, saya nak ajak lebih ramai kawan-kawan dan semua pembaca blog saya untuk support perniagaan syarikat ini. Benda yang baik kita sokong!

 

Tapi nampaknya, bukan itu yang berlaku. Dari pengalaman yang saya lalui ini, saya dah tak percaya lagi pada sebarang tawaran voucher percutian percuma! Saya sudah hilang kepercayaan kepada syarikat BSM Marketing Vacation ini, atas layanan yang diberikan kepada saya, dan kesannya, saya turut hilang kepercayaan terhadap mana-mana syarikat travel yang menggunakan pendekatan seperti ini dalam pemasaran.

 

Kalau lepas ini, ada yang tanya saya, “boleh percaya ke dengan tawaran voucher percutian percuma?”

 

Saya terpaksa kata, berdasarkan pengalaman yang saya sendiri telah lalui, saya langsung tak percaya pada voucher percuma seperti itu. Memang kita akan dapat voucher tersebut, tapi ia hanya sekadar sekeping kertas yang tak bernilai. Bila kita nak buat tuntutan, syarikat akan bagi alasan, fully booked. Tapi kalau anda nak bagi peluang, silakan.

 

Dalam situasi saya ini, kerugian telah saya alami.

  1. Saya rugi masa untuk pergi ke sini.
  2. Saya rugi lebih banyak masa untuk dengar taklimat dan penerangan pasal produk.
  3. Saya rugi duit untuk bayar tol dan isi minyak.
  4. Saya rugi masa sekali lagi melayan bahagian tempahan dan menunggu emel balas yang tak kunjung tiba.

 

Menjadikan situasi saya sebagai kajian kes, saya boleh katakan, ada terlalu banyak yang perlu diperbaiki.

 

Program ini melibatkan banyak entiti, antaranya

  1. Sara Worldwide Vacations Berhad
  2. Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak @ SEDC
  3. BSM Vacation Marketing Sdn Bhd

 

Saya tak tahu, mana satu yang paling bermasalah. Saya harap pihak pengurusan dapat buat post morterm dan lakukan penambahbaikkan.

 

Percutian sepatutnya memberikan pengalaman manis yang sukar untuk dilupakan, bukannya pengalaman pahit yang menyakitkan hati.

 

Kalau anda baca post ini sebab nak cari info pasal voucher percutian percuma, ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Saya tak boleh nak bagi anda voucher percuma. Tapi, saya boleh beri anda Travel Credit bernilai RM120 yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan di laman web Airbnb.

diskaun-airbnb

Sila ke halaman ini untuk buat tuntutan. Kalau yang Airbnb ini, memang saya dah banyak kali guna dan dah beberapa kali buat tempahan disini. Ini memang recommended!

 

 

 

Baca juga...

  • Easturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMAEasturia Vacation Club – Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA
  • Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!Memburu Lok Ching di Kuala Perlis – Ramai yang tak tau, Lok Ching tu apa benda!
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
  • Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajetSantapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet
  • Makan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam PanggangMakan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam Panggang
  • Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 MalamPercutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Beli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang RotanBeli makanan laut di Pasar Nelayan Kubang Rotan
  • Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200
  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
  • Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron HighlandRestoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Umum Tagged With: boleh percaya ke voucher percutian percuma, easturia review, easturia vacation club, easturia vacation club review, easturia vacation club tipu, easturian, voucher percuma, voucher percuma easturia vacation club

Comments

  1. Mus says

    August 31, 2018 at 10:46 pm

    memang tak telus cara perniagaan syarikat ini.. masti ada agenda tersembunyi..

    Reply
    • Sabree Hussin says

      September 12, 2018 at 9:30 am

      Itulah, bila dikenang balik pengalaman ni, memang menyakitkan hati.

      Reply
      • HASLINA BT AHMAD says

        October 20, 2021 at 11:54 am

        EN.Sabree,saya nak tya la Mcm mana cara kita nak Tamat kan keahlian dengan Easturia ni.?
        Kalau kita buat ignore Yuran tahunan dia call ckp kena bayar jgak walau pun nak Tamat kan keahlian. Kalau kita bayar, seolah kita masih jd ahli dia lg.
        Sekarang saya Mohon rakan2 yg berpengalaman untuk memberi pendapat bagaimana cara untuk putus kan. Hubungan dengan easturia penipu ni.
        Terima kasih

        Reply
  2. nan says

    February 14, 2019 at 4:52 pm

    saya dapat call same pakej today. Terima kasih for your post. Nothing free kan?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      February 15, 2019 at 1:09 pm

      Yup tak kan saja-saja nak bagi free.

      Reply
  3. Noor says

    July 11, 2019 at 3:13 pm

    Easturia mmg penipu, sy nak cancel membership, duit tidak dipulangkan.. Jgn sign, cooling off period hanya 10 hari, saya nak cancel tak boleh hilang duit.

    Reply
  4. anis says

    July 14, 2019 at 3:03 pm

    Kalau mcm kes sy vo hilang padahal dh fully payment mcmane yer?dh chech dgn hotel dh ada nama sy cuma dia nk vo…tp sy ada snap vo cuma bukan dlm bentuk fizikal….boleh bg pendapat?tkasih

    Reply
    • Sabree Hussin says

      July 17, 2019 at 3:58 pm

      Dah hubungi pihak yang keluarkan voucher tu? Jika boleh dapatkan voucher gantian?

      Reply
  5. Romawi bin assi says

    December 14, 2019 at 4:51 pm

    Salam..
    Terima kasih atas perkongsiannya..
    14/12/2019 sy dpt tawaran yg sama..sy cari kat Google, jumpa info ni..Tqvm..

    Reply
    • Sabree Hussin says

      December 18, 2019 at 4:10 am

      Dari syarikat yang sama atau syarikat yang berbeza tu?

      Reply
  6. Lily says

    December 21, 2019 at 1:45 pm

    Salam. Saya pun baru dapat panggilan yang sama hari ini. Saya di Sandakan. Dari syarikat yang sama Esok dia suruh saya datang di Sandakan Hotel untuk ambil free voucher. Tak payah bawa duit apa2 katanya. Ada makanan disediakan, boleh bawak anak2.

    Terima kasih tuan atas entry ini.

    Reply
  7. calvin says

    January 2, 2020 at 2:00 pm

    Dalam masa 6 bulan, dari pertengahan 2019 sehingga hari ni 02.01.2020, sya rasa lebih sepuluh kali dorang contact sya. Mula-mula sya reject dengan baik-baik, tetapi memaksa pula. Baru-baru ni, sudah 5 kali dorang call sya. Sya tidak sambut. Last tu, sya sambut dan beritahu dorang jangan call sya. Tidak lama kemudian, dorang whatsapp sya dengan semua butir-butiran nya. Dorang ni agak persistent.
    ni numbur whatsapp dorang +60128782385
    Bright Star Marketing
    Modus operandi yang sama. Sekarang operate di kota kinabalu.
    Jikalau dorang contact sya lagi selepas ni, sya akan melaporkan kepada pihak berkuasa dengan apa-apa jua undang-undang yang sedia ada.

    Reply
  8. AsyrafAsri says

    June 15, 2020 at 6:18 pm

    Giler memang teruk Bisnes macam ni ..

    Kalau saya sebelum buat apa apa keputusan , memang akan cek nama Company tersebut dan LESEN PERNIAGAAN dekat laman web SSM senang masa depan sebelum kena tipu.

    Kalau ada trace rekod , kita boleh simpan senang nak bawak isu ni ke Court. Kalau takde , jangan gatal gatal nak try lagi ..

    Zaman 2020 keatas kena lebih berhati hati sebab zaman sekang zaman IT makin maju makin banyak penipuan!

    Reply

Trackbacks

  1. Easturia Vacation Club - Pengalaman dapat voucher penginapan PERCUMA - Xplorasi Destinasi says:
    October 14, 2018 at 7:40 pm

    […] Sila baca update saya tentang voucher tak guna ni disini ya: Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in