Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Kinabalu Park – Jalan-jalan menikmati udara sejuk kawasan pergunungan

December 26, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…

 

Sebelum sampai ke pekan Kundasang, kita akan melalui Kinabalu Park terlebih dahulu.

kinabalu-park-kundasang

Bagi mereka yang bercita-cita untuk mendaki dan menawan Gunung Kinabalu, disini tempat permulaannya.

kundasang-kinabalu-park

Bayaran masuk sebanyak RM3 dikenakan untuk masuk ke Taman Kinabalu ini. Jika anda merancang untuk mendaki gunung, terdapat bayaran lain yang akan dikenakan.

 

Memandangkan tujuan saya ke sini, bukannya untuk mendaki gunung, sebaliknya lebih kepada untuk bersiar-siar santai, jadi saya tidak mempunyai maklumat tentang pakej atau bayaran yang perlu dilakukan untuk mendaki gunung.

bayaran-masuk-kinabalu-park-sabah

Mungkin satu masa nanti, kalau ada rezeki dan saya ada kekuatan untuk panjat gunung ini, masa tu In Shaa Allah saya akan kongsikan dalam blog ini.

kinabalu-park-gate

Apabila dah sampai di Kundasang, carilah masa untuk masuk ke Kinabalu Park ini.

bayaran-masuk-kinabalu-park

Anda boleh pilih sama ada nak bersiar-siar menggunakan kenderaan, atau boleh juga kalau nak berjalan kaki disekitar Kinabalu Park.

 

Kalau jalan kaki, penat sikitlah. Mungkin tak banyak tempat yang anda boleh pergi.

 

Ini pula adalah trail yang akan dilalui oleh para pendaki.

peta-kinabalu-park

Jika anda memilih untuk jalan kaki sahaja, ada laluan khas yang disediakan untuk anda.

aktiviti-menarik-kinabalu-park

Tapi bagi saya pula, saya pilih untuk berkereta.

taman-kinabalu-kundasang

Sepanjang perjalanan ke tempat ini, saya dapati tak banyak kenderaan yang keluar masuk. Mungkin cuma ada satu atau dua. Selebihnya saya hanya bertembung dengan van dan juga pacuan 4 roda yang membawa pendaki, yang baru sahaja menamatkan pendakian Gunung Kinabalu.

pokok-kinabalu-park

Sepanjang perjalanan, memang kita akan lihat pemandangan serba hijau sahaja. Ada macam-macam jenis tumbuhan terdapat disini, dan saya pun tak tahu apa nama spesies pokok-pokok yang ada disini.

 

Teruskan perjalanan ikut laluan yang tersedia dan kita akan temui beberapa tempat yang agak menarik untuk disinggah.

taman-kinabalu

Salah satunya ialah Kiau Gap View ini.

 

Ini sebenarnya merupakan sebuah monumen atau tugu peringatan bagi memperingati kejadian gempa bumi yang mengorbankan 18 nyawa pendaki dan penunjuk arah pada tarikh 05 June 2015 yang lalu.

tempat-menarik-kota-kinabalu

Dari tugu ini, kita boleh lihat pemandangan kawasan pergunungan dengan pemandangan yang cantik.

 

Tetapi… masa saya datang ke sini, kabus sangat tebal dan menutupi pemandangan gunung kinabalu yang ada dihadapan kami.

pemandangan-gunung-kinabalu

Mungkin kena pergi awal pagi, baru akan nampak pemandangan yang cantik tanpa diselaputi oleh kabus tebal.

trail-mendaki-gunung-kinabalu

Kami meneruskan lagi perjalanan sehingga tiba di satu kawasan, yang merupakan tempat permulaan para pendaki memulakan aktiviti pendakian.

mendaki-gunung-kinabalu

Dekat sini, ada kemudahan asas seperti tandas disediakan. Saya masih ingat lagi, air dalam tandas tu, lebih sejuk daripada air minuman yang kita simpan dalam peti sejuk.

 

Serius sangat sejuk.

 

Kemudian saya perasan, rekod acara Mt. kinabalu International Climbathon 2016 yang diungguli oleh peserta dari Malaysia, Safrey Sumping ini. Masa yang dicatatkan ialah 2 Jam 21 minit 33 saat sahaja!

rekod-pendakian-gunung-kinabalu

Perbezaan masa yang dicatatkan oleh peserta tempat pertama dengan tempat kedua, tidaklah begitu jauh bezanya.

pondok-timpohon

Kalau nak memulakan aktiviti pendakian, kita perlu melalui Pondok Timpohon ini terlebih dahulu. Ambil pas, buat pendaftaran, lakukan bayaran dan sebagainya. Masa ini gate telah pun ditutup, mungkin sebab hari telahpun beransur malam.

 

Sekali lagi, pemandangan ditutup oleh kabus yang tebal. Disebalik kabus yang tebal itu, sebenarnya berdiri megah Gunung Kinabalu!

gunung-kinabalu-crocker

Lawatan kami ke Kinabalu Park ini adalah bagi tujuan santai-santai sahaja. Tak ada niat pun nak mendaki gunung.

tempat-menarik-di-kundasang

Rasa teringin untuk mendaki gunung ini memang ada. Cuma bila masanya? Itu persoalan yang saya masih belum ada jawapannya lagi.

 

Kalau anda datang bercuti ke Sabah, terutama sekali jika pergi ke area Kundasang dan Ranau, singgahlah sebentar di Kinabalu Park ini.

 

Ps: Abah kata, masa usia dia dalam 30an dulu, dia dah pernah ikut kumpulan mendaki Gunung Kinabalu ini! Gambar pun masih ada lagi.

 

 

Baca juga...

  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Makan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota KinabaluMakan Lokan Bakar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu
  • Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang tehLadang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Desa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di KundasangDesa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di Kundasang
  • Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke KundasangAda apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang
  • Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, SabahPengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: bayaran masuk kinabalu park, bercuti ke sabah, kinabalu park kundasang, tempat menarik di kundasang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in