Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain

January 14, 2019 by Sabree Hussin 5 Comments

Pada penghujung tahun 2016, saya baru mula berkenalan dengan laman web Airbnb. Waktu tu saya baru tahu yang website tersebut boleh digunakan bagi tujuan membuat tempahan tempat penginapan.

 

Waktu itu saya merasakan tiada apa yang menarik dengan laman web Airbnb ini dan pada pandangan saya, ianya sama sahaja dengan lain-lain laman web yang terdapat diluar sana. Kemudian selepas beberapa kali melayari laman web tersebut, saya tergerak hati untuk daftar sebagai ahli.

kisah-pengalaman-airbnb

Saya merasakan ada sesuatu yang lain daripada yang lain, yang membuatkan saya rasa tertarik untuk daftar sebagai ahli. Masa ini, saya buat pendaftaran secara terus di laman web utama.

 

Sepatutnya saya daftar melalui link referral mana-mana ahli Airbnb sedia ada. Barulah saya layak untuk mendapatkan Travel Credit bernilai RM105 (pada waktu itu).

 

Disebabkan saya daftar secara terus, saya tak layak dapat sebarang travel credit. Anda jangan ulangi kesilapan saya. Kalau anda nak jadi ahli di Airbnb, saya syorkan anda daftar melalui link referral saya ini, supaya anda dapat tebus Travel Credit bernilai RM120 seperti dibawah.

diskaun-airbnb

Selepas saya mendaftar sebagai ahli, saya tak terus buat tempahan bilik hotel ataupun homestay dari Airbnb. Pada waktu itu, tak banyak pilihan homestay yang tersenarai di laman web tersebut.

 

Kalau homestay luar negara, memang ada banyak disitu. Untuk cari homestay yang terdapat di Malaysia, memang agak kurang.

 

Setahun selepas saya jadi ahli, barulah saya buat tempahan saya yang pertama melalui Airbnb.

PD-paradise-lagoon-apartment

Lokasi homestay tersebut adalah di Port Dickson, atau lebih tepat lagi di Corus Paradise Resort.

Baca disini: Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson

 

Percutian ke Port Dickson tersebut merupakan percutian bersama keluarga mertua dan adik beradik selama 3 hari 2 malam. Dari situ saya mula nampak, laman web Airbnb ini bukan sahaja mudah untuk digunakan, malahan ia memberikan kami satu pengalaman yang baik.

 

Bermula dari tempahan yang pertama tu, seterusnya saya mula membuat tempahan kedua, ketiga dan seterusnya.

 

Apa yang boleh saya katakan, laman web Airbnb ada keistimewaannya yang tersendiri. Pada hari ini, kebanyakkan tempat penginapan yang saya pernah daftar masuk, kebanyakkannya ditempah melalui Airbnb.

 

Apa yang buatkan laman web Airbnb ini begitu istimewa dan apa kelebihan yang terdapat pada Airbnb? Disini saya ingin kongsikan kepada pembaca dan pelawat sekalian, 10 kelebihan yang terdapat pada Airbnb yang mungkin tidak terdapat pada lain-lain laman web tempahan tempat penginapan yang ada diluar sana.

 

(1) Buat pilihan terbaik berdasarkan review dan rating tetamu terdahulu

Setiap kali selepas tetamu check out, mereka akan diberi peluang untuk menulis review tentang pengalaman penginapan yang mereka lalui dan mereka juga boleh beri rating terhadap kediaman yang disewa.

 

Lazimnya, untuk rumah atau tempat penginapan yang ada ada banyak review, adalah lebih mudah untuk kita buat keputusan sama ada ianya baik ataupun tidak.

review-pengalaman-airbnb

Kalau anda lihat contoh dekat atas ni, rumah tersebut mempunyai 34 reviews dan kalau lihat dari segi rating, semuanya 5 bintang! Kalau dapat jumpa rumah yang macam ni, kita boleh kata dengan yakin yang rumah ini memang terbaik dan tak ada masalah dari segi penginapan dekat sini.

 

Melalui sistem rating dan review dari pelanggan terdahulu ini juga kita boleh buat anggaran adakah host kita tu nanti seorang yang berpengalaman atau individu yang baru nak mula menceburkan diri dalam bisnes homestay?

 

Host yang ada banyak pengalaman, mereka lebih sensitif dengan keperluan bakal pelanggan, dan seboleh-bolehnya mereka akan cuba penuhi setiap keperluan kita. Berbeza dengan host yang baru nak mula ceburkan diri dalam bidang ini, anda mungkin akan dapati ada banyak perkara yang mereka tak perasan dan tak tahu perlu sediakan.

 

(2) Pelbagai kemudahan tersedia untuk keselesaan para tetamu

Pada masa ini, kita boleh lihat ada banyak rumah yang terletak di kawasan kondominium mewah telah dijadikan sebagai sebuah homestay atau rumah percutian oleh pemiliknya. Kelebihan yang bakal pengunjung nikmati apabila menginap ditempat tersebut ialah, kita dapat menggunakan segala kemudahan yang tersedia ditempat tersebut secara percuma.

 

Sekiranya tempat tersebut ada swimming pool, bilik sauna, gelanggang sukan, gymnasium, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya, kesemua ini boleh digunakan oleh para tetamu tanpa sebarang caj tambahan.

Atas ini adalah salah satu kemudahan swimming pool yang pengunjung seperti saya boleh gunakan semasa menginap dihomestay yang terletak dikawasan kondominium mewah di Wangsa Maju.

 

Kalau cerita tentang bab kemudahan yang disediakan, memang ada kalanya kemudahan yang tersedia di homestay atau guesthouse adalah berkali ganda lagi baik dari kemudahan yang terdapat di hotel.

 

(3) Mudah mencari tempat penginapan di lokasi strategik

Tempat penginapan yang tersenarai dilaman web Airbnb tidak terhad semata-mata dilokasi strategik yang terdapat kawasan tumpuan pelancong sahaja, malahan ia sebenarnya terdapat disemua lokasi dan kawasan!

 

Jumlah listing homestay dan guesthouse yang terdapat di Airbnb juga semakin hari semakin bertambah. Apabila makin ramai pemilik bisnes homestay menyedari kelebihan yang bakal mereka perolehi apabila mengiklankan homestay mereka melalui Airbnb, saya percaya jumlahnya akan jadi makin banyak.

 

Bila jumlah homestay disesuatu kawasan makin banyak, persaingan antara pemilik bisnes juga akan meningkat. Untuk menarik orang ramai supaya menginap ditempat mereka, mereka akan menawarkan harga yang cukup menarik dan pada masa yang sama, homestay yang bakal kita daftar masuk nanti turut menyediakan kemudahan yang serba lengkap serta design yang cantik.

 

Misalnya homestay yang terdapat di Kota Kinabalu.

homestay-kota-kinabalu

Boleh jadi disebabkan Kota Kinabalu merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong yang datang dari serata dunia, menjadikan tempat ini ada banyak homestay yang boleh kita pilih. Harganya juga tak begitu mahal dan ada homestay yang ditawarkan dengan harga bawah RM100 untuk menginap satu malam.

 

Walaupun kos untuk menginap semalaman dihomestay ini tidak begitu mahal, namun anda tak perlu risau dari segi keselamatan mahupun kemudahan yang disediakan. Ada banyak homestay disini yang sebenarnya terletak di kawasan kondominium yang terdapat pengawal keselamatan bertugas dan selalu membuat rondaan.

Baca juga: Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu

 

Memandangkan homestay di kawasan kondominium, segala kemudahan yang terdapat di kondominium tersebut juga kita akan dapat gunakan secara percuma.

 

(4) Peraturan dalam rumah yang jelas

Kebiasaannya, pihak host akan menyenaraikan apakah peraturan yang perlu kita patuhi sepanjang menginap di homestay miliknya. Saya rasa ini bukan satu masalah yang besar, lagipun kita menginap ditempat orang kan, dan semua tempat ada peraturannya.

 

Kalau kita menginap dalam hutan pun ada peraturan. Misalnya jangan buat kotor, pastikan kawasan sentiasa bersih dan sebagainya. Ini bukan satu benda yang besar. Cuma pada saya bagusnya Airbnb ni ialah, kita boleh baca dulu peraturan yang ditetapkan oleh tuan rumah sebelum kita buat tempahan.

 

Kalau setuju dengan peraturan, kita buatlah booking. Kalau tak setuju cari sahaja tempat lain.

 

Peraturan yang ditetapkan juga bukannya susah sangat. Misalnya

  • Tak boleh memakai kasut dalam rumah
  • Tak boleh buat bising selepas jam 10.00 malam
  • Pastikan menutup semua suis perkakasan elektrik apabila tidak digunakan

 

Dari segi peraturan, tiada sebarang kejutan menanti kita, sebabnya sewaktu kita buat tempahan, semua itu kita boleh baca terlebih dahulu.

 

(5) Ada pilihan untuk sewa satu rumah atau sewa bilik sahaja

Melalui laman web Airbnb, terdapat 4 jenis tempat penginapan yang boleh kita tempah. Sila rujuk pada screenshot dibawah ini ya.

tips-airbnb

Kita boleh sewa entire place iaitu kita sewa satu rumah dan semua kemudahan yang tersedia dalam rumah adalah untuk kegunaan kita sahaja.

Kita boleh sewa bilik sahaja, dan kongsi kemudahan-kemudahan lain yang terdapat dalam rumah seperti dapur, ruang makan, ruang tamu dan sebagainya dengan penyewa lain atau dengan tuan rumah (host).

Selain itu, kita juga boleh sewa bilik hotel dan juga bilik perkongsian.

 

Setakat hari ini, saya cuma pernah ada pengalaman sewa tempat penginapan dalam kategori entire home dengan hotel room sahaja. Rasa tak berapa selesa nak berkongsi tempat tinggal dengan individu yang saya tak kenal, walaupun individu tersebut adalah tuan rumah.

 

Bagi yang mementingkan privasi, saya berpendapat pilihan yang terbaik adalah sewa entire home ataupun hotel room. Namun, bagi yang tak kisah tentang privasi, atau yang ingin berjimat, boleh sahaja ambil opsyen untuk sewa shared room dan juga private room tersebut.

 

(6) Lebih banyak ruang untuk mereka yang travel dalam kumpulan

Bagi mereka yang suka bercuti bersama keluarga atau dalam kumpulan yang besar, membuat tempahan tempat menginap melalui Airbnb boleh jadi satu keputusan yang terbaik.

 

Kalau bercuti bersama keluarga, saya juga lebih suka untuk sewa sebuah rumah. Ada banyak juga tempat penginapan yang boleh kita pilih di Airbnb, yang tidak mengenakan sebarang caj tambahan sekiranya kita bawa tetamu tambahan.

 

Bagi memastikan keselesaan tetamu lain yang ikut bersama, sebaik-baiknya carilah tempat penginapan yang sesuai dengan jumlah ahli dalam kumpulan kita. Janganlah disebabkan nak berjimat, semua orang terpaksa bersesak dalam satu rumah yang cuma ada sebuah bilik pula.

 

(7) Jimat masa untuk cari kriteria tempat penginapan yang terbaik

Bagi memudahkan anda mencari tempat penginapan yang bersesuaian dengan keperluan, anda boleh menggunakan fungsi filter.

panduan-bisnes-airbnb

tawaran-terbaik-airbnb

Saya lebih suka pilih homestay yang ada pool, free parking dan saya juga akan tetapkan bilangan bilik serta katil mengikut berapa ramai yang bakal saya bawa untuk pergi bercuti bersama.

 

Dengan adanya fungsi ini, kita tak perlu nak tanya host soalan-soalan remeh seperti

Ada dapur tak?

Ada swimming pool atau tak?

 

(8) Servis extra yang diberikan oleh pihak host adakalanya lebih baik berbanding hotel

Ada banyak host di Airbnb yang tidak ada masalah untuk berikan servis tambahan kepada tetamunya. Misalnya, kita boleh minta extra bantal, extra tilam, selimut tambahan, minta untuk check in awal, check out lewat dan sebagainya.

 

Lagipun rumah tersebut adalah rumah milik host itu tadi. Mereka lebih fleksibel untuk buat keputusan, berbanding dengan menyewa bilik hotel, yang dikendalikan oleh staf hotel. Staf hotel terikat dengan SOP dan mereka tak boleh sesuka hati buat keputusan sendiri tanpa minta kebenaran dari orang atasan.

 

Saya ada terbaca satu perkongsian pengalaman dari pengguna Airbnb sebelum ini. Kata dia, dia pernah minta diskaun dari host untuk menjimatkan lagi kos penginapan. Biasanya dia akan cuba berunding dari segi harga dengan host yang masih baru di Airbnb. Sebagai balasan, tetamu ini akan berikan review yang positif dan berikan rating 5 bintang terhadap pengalaman penginapan tersebut.

 

Idea ini bolehlah kita cuba praktikkan, untuk kediaman yang masih belum ada sebarang review lagi. Kalau host setuju untuk bagi pengurangan harga, kita juga yang akan untung.

 

(9) Free wifi yang kuat dan tak perlu berkongsi

Kebanyakkan tempat penginapan memang menyediakan kemudahan sambungan WiFi kepada tetamunya. Apa yang membezakannya adalah setakat mana kekuatan sambungan internet yang disediakan.

 

Kelebihan menggunakan Airbnb dan menginap dirumah yang disediakan wifi, kita tak perlu nak berkongsi dengan tetamu lain. Ini menjadikan sambungan internet yang bakal kita gunakan cukup kuat. Kalau pada hari tersebut, hanya anda dan pasangan sahaja yang menginap di homestay tersebut, maka anda dapat menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa sebarang masalah.

 

(10) Travel Credit Airbnb yang dapat menjimatkan tempahan

Untuk mereka yang baru pertama kali mendaftar dan menjadi pengguna laman web Airbnb, anda boleh dapatkan travel credit apabila anda mendaftar melalui link referral ahli sedia ada.

 

Anda boleh daftar melalui link referral saya disini. Setelah anda siap buat pendaftaran, anda akan menerima travel credit bernilai RM120 yang anda boleh gunakan untuk buat booking di laman web Airbnb. Terpulang pada anda sama ada nak buat tempahan untuk homestay di Malaysia atau mana-mana tempat penginapan di seluruh dunia.

 

Jika anda merasakan jumlah RM120 itu tak cukup banyak, anda boleh sebarkan link referral anda supaya boleh dapat lagi banyak travel credit.

Baca lagi disini: Cara mudah untuk dapatkan Travel Credit dari Airbnb 

 

Inilah dia 10 sebab kenapa saya suka guna Airbnb untuk percutian saya. Jika anda masih belum pernah ada pengalaman gunakan website tempahan ini, bolehlah cuba untuk buat tempahan sekurang-kurangnya sekali.

 

 

Baca juga...

  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluargaPengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga
  • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah PerakPulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!Seronoknya main air di Pantai Blue Lagoon Port Dickson!
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tips Travel Tagged With: keistimewaan airbnb, kelebihan airbnb, pengalaman dengan airbnb, percutian ke port dickson, review laman web airbnb

Comments

  1. Ema says

    January 19, 2019 at 1:33 pm

    tak pernah lagi guna web airnb ni…menarik juga servisnya.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      January 23, 2019 at 5:31 pm

      Boleh cuba guna lepas ni. Listing dekat Airbnb pun makin hari makin bertambah. Biasanya kalau perlukan tempat penginapan jenis apartment/ kondo / homestay, dekat Airbnb la paling senang nak cari

      Reply

Trackbacks

  1. Bagaimana cara dapatkan review positif dan rating 5 bintang sebagai host di Airbnb? - Soal Jawab .MY says:
    January 16, 2019 at 5:09 pm

    […] satu kelebihan yang terdapat pada laman web Airbnb ialah, kita sebagai pelanggan boleh baca terlebih dahulu review dari pelanggan atau tetamu […]

    Reply
  2. Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga - Xplorasi Destinasi says:
    January 23, 2019 at 7:39 pm

    […] Baca juga: Kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk tempahan tempat penginapan […]

    Reply
  3. Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan - Xplorasi Destinasi says:
    September 12, 2021 at 5:19 pm

    […] saya jumpa, ada tempat bernama Anjung Pool Villa di laman web Airbnb, saya terus buat rancangan untuk buat tempahan dan menginap satu malam […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in