Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan – Pengalaman sesat dalam hutan

September 13, 2018 by Sabree Hussin 2 Comments

Walaupun The Regency Tanjung Tuan ini letaknya sangat dekat dengan pantai, tapi saya dapati, pada waktu malam saya tak dengar langsung bunyi ombak.

 

Saya membayangkan, bila check in di tempat penginapan yang begitu dekat dengan pantai, pada malam hari saya akan tidur sambil dibuai bunyi deruan ombak memecah pantai. Rupanya saya silap.

 

Sistem Soundproof yang digunakan ternyata sangat baik. Kalau betul-betul teringin nak dengar bunyi ombak, kena pastikan pintu sliding door tidak ditutup rapat.

 

Saya masih berkira-kira, apa aktiviti yang patut saya lakukan pada pagi Sabtu nanti. Sesekali terngiang-ngiang kata-kata Fikri, masa saya mula-mula jumpa dia untuk ambik kunci guesthouse

“… rumah api tanjung tuan tu keras tempatnya”

 

Keras yang macam mana? Keras sebab tempat tu berpuaka, atau keras sebab tempat tu banyak batu? Saya hanya cakap dalam hati. Sengaja saya biarkan topik tersebut tak dikembangkan dalam perbualan singkat kami.

 

Sebenarnya dua atau tiga hari sebelum saya bertolak ke Port Dickson, saya ada buat bacaan di internet tentang Rumah Api Tanjung Tuan ini. Ada banyak cerita sejarah, mistik, dan pengalaman pengunjung sebelum ini yang dikongsikan di internet.

 

Apa yang pasti, lagi banyak saya baca, makin saya teringin nak datang ke sini.

hutan-tanjung-tuan

Akhirnya, saya berjaya sampai juga ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini setelah memandu lebih kurang selama 15 minit dari The Regency Tanjung Tuan Beach Resort.

 

Memang agak jauh tempat ni dengan guesthouse, tempat saya menginap. Saya ingatkan boleh datang ke tempat ni dengan berjalan kaki sahaja.

 

Tetapi, kalau anda menginap di PNB ILHAM RESORT, hutan rekreasi ini terletak hanya bersebelahan sahaja.

ilham-resort-tanjung-tuan

Turun dari bilik, boleh terus masuk hutan buat hiking sikit.

 

Tempat parking untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan

Saya parking betul-betul dihadapan ILHAM. Dekat situ ada banyak juga petak untuk parking.

 

Cuma saya tak berapa pasti, sama ada petak parking tu sebenarnya untuk pengunjung yang nak naik ke rumah api, atau sebenarnya untuk tetamu yang menginap di ILHAM.

tempat-letak-kereta-hutan-rekreasi-tanjung-tuan

Petak parking yang disediakan tak begitu banyak. Untuk mengelakkan tak dapat tempat parking, saya syorkan anda datang awal, atau kalau tak kisah, parking jauh sikit dari pintu masuk hutan rekreasi ini.

tiket-hutan-rekreasi-tanjung-tuan

Sebelum nak mula masuk, kena buat bayaran sebanyak RM1 dulu dari pegawai yang bertugas di Balai Penerangan ini.

harga-tiket-masuk

Saya ada baca sebelum ini, dari pengalaman pengunjung yang lalu, kalau tak ada sesiapa yang tunggu di Balai Penerangan ini, boleh masuk je terus tanpa buat bayaran.

 

 

Semasa dalam perjalanan ke tempat ini, kami dapat satu mesej dari seorang kenalan yang kampung asalnya adalah di Port Dickson.

“Rumah api tanjung tuan tu kalau boleh tak payah masuklah… situ banyak hantu. Kena rasuk nanti tak pasal-pasal susah…”

 

Ni apa hal sampai dua orang bagi warning untuk jangan masuk ke hutan ni?

 

Ya, saya tahu niat mereka baik. Mereka yang bagi nasihat tu, tak nak kita ni ditimpa sebarang masalah dan musibah sepanjang bercuti di Port Dickson ini.

 

Kawan yang bagi nasihat ni istimewa sikit, sebab dia boleh nampak makhluk-makhluk halus dan hantu. Allah buka hijab dia, sampai dia boleh nampak segala yang tersembunyi.

 

Ini betul-betul satu ujian. Ujian untuk siapa? 

 

Kita datang ke sini sebab nak lihat keindahan alam sekitar, ingin menjelajah dan mengkagumi kebesaran tuhan. Tiba-tiba, datang nasihat-nasihat untuk halang kami ke sini.

 

Saya rasa, kalau kami cancel untuk jelajah ke sini, sebab takut dengan gangguan makhluk halus, maka itu satu tindakan yang salah. Tapi kalau kami cancel untuk ke sini, sebab nak main air laut, nak lawat tempat lain, itu tak ada masalah.

 

Jangan sampai takut pada makhluk halus tu, melebih-lebih pulak berbanding takutnya kita dengan Sang Pencipta. Of course, kena sentiasa berhati-hati, dan jagalah tutur kata dan tingkah laku sepanjang berada disini.

aktiviti-menarik-di-tanjung-tuan

Pada mulanya saya membayangkan, pagi itu di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini pasti sunyi. Mesti orang tak ramai, dan mungkin juga mereka takut nak ke sini.

 

Tapi saya silap. Boleh dikatakan agak ramai juga yang datang ke sini. Ada yang jogging, ada yang berjalan santai.

apa-yang-menarik-di-tanjung-tuan

Tempatnya tidaklah sunyi sangat, cuma ada beberapa kawasan yang tak ramai orang. Maklumlah, bukan semua orang suka buat aktiviti jungle trekking dan hiking macam ni.

 

Sepanjang jalan untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan, kalau dari pintu masuk utama, memang ada laluan bertar. Ikut sahaja laluan tersebut, dan anda akan sampai di rumah api.

tempat-perlindungan-hidupan-liar

Saya ternampak papan tanda ini. Santuari Hidupan Liar Tanjung Tuan.

hidupan-hutan-rekreasi-tanjung-tuan

Sepanjang perjalanan tu, kalau jumpa monyet atau lain-lain hidupan liar, kalau boleh jangan ganggu. Tempat macam ni juga tak mustahil kalau akan terjumpa ular. Jadi masa masuk hutan tu, berhati-hatilah dan sentiasa waspada.

 

Tak bolehlah terlalu santai masa buat hiking.

menarik-di-tanjung-tuan

Lebih kurang 15 atau mungkin 20 minit, dah nampak kelibat rumah api Tanjung Tuan.

tanjung-tuan-light-house

Disebelah rumah api Tanjung Tuan ada sebuah radar satelit MEASAT.

tempat-menarik-tanjung-tuan

Pengunjung yang ingin ke Rumah Api Tanjung Tuan ini, hanya dibenarkan untuk berada diluar kawasan sahaja. Boleh pusing-pusing tapi tak boleh masuk.

pintu-masuk-rumah-api-tanjung-tuan

Kalau setakat nak bergambar di perkarangan luar, tak ada masalah.

 

Hujan di Rumah Api Tanjung Tuan

Sepanjang berada disini, memang suasana agak mendung pagi tu. Semasa dalam perjalanan, sesekali hujan turun rintik-rintik. Tapi sejurus sampai di rumah api, tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

 

Terpaksalah cari tempat berteduh. Dari tangga untuk naik ke rumah api, disebelah kiri, ada pondok ini.

tempat-berteduh-rumah-api-tanjung-tuan

Sambil tunggu hujan berhenti, boleh baca dulu info-info berkaitan dengan hutan ini.

hiking-hutan-rekreasi-tanjung-tuan

Saya dapati, ada laluan untuk masuk ke trek dalam hutan. Kalau ikut perkiraan saya, trek ini akan bersambung dengan satu laluan yang dipanggil Rintis Keramat. Semasa melalui laluan bertar, saya perasan memang ada lalu depan Rintis Keramat.

 

Cuma saya nak ingatkan, untuk pengunjung yang nak cuba laluan ini, untuk sentiasa alert dengan laluan. Penanda yang disediakan mungkin tak berapa jelas, dan tak mustahil untuk anda sesat dalam hutan.

trek-hiking-rumah-api-tanjung-tuan

Ada laluan yang agak curam. Itu sebab ada disediakan tali untuk bantu kita menuruni laluan yang agak curam tu.

 

Sesat di Hutan Tanjung Tuan

Laluan tu sepatutnya akan bawa saya keluar dari Hutan Rekreasi Tanjung Tuan melalui laluan yang dipanggil Rintis Keramat.

 

Tapi bila makin saya teruskan berjalan, rupanya laluan yang saya ambil tu, menghala ke arah tebing. Ya, makin jauh dengan pintu keluar!

menarik-di-tanjung-tuan

Penat tu memang penat, tapi bila dapat sampai kesini, dan melihat panorama pemandangan sekeliling, sedikit sebanyak rasa penat tu hilang.

 

Tempat ini bukannya Bukit Putih, yang menjadi salah satu tempat tumpuan pengunjung kat sini. Saya pun tak tahu apa nama tempat ini.

 

Semasa berada disini, saya jumpa sekumpulan pendaki yang turut melepaskan lelah disini. Kami sempat juga berbual pendek dengan mereka.

 

“Macam mana boleh tau tempat ni? Biasanya orang tak datang ke sini… Kalau yang hiking, biasanya diorang akan ke Bukit Putih…”

 

Ha ha kiranya saya bertuahlah, sebab dapat sampai ke tempat yang tak ramai orang lain tahu. Kalau kat Bukit Putih tu, memang agak ramai yang akan ke situ. Nak lepak-lepak pun agak susah dan agak crowded. Tapi tempat ini, memang tak ramai orang.

Mungkin kalau ada pembaca blog ini, yang kebetulan tahu apa nama tempat ni, bolehlah kongsikan di bahagian komen nanti ya.

Dari tebing, saya cuba turun ke kawasan yang ada banyak batu. Sekali pandang, tempat ini macam Pulau Intan. Tapi menurut pengunjung yang kebetulan saya jumpa disini tadi, katanya Pulau Intan kedepan lagi. Tempat ini bukan Pulau Intan.

Sepatutnya nak keluar dari Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, tapi entah macam mana… sampai pulak dekat kawasan ini. Hmm… mungkin kat sinilah kot, kawasan yang dikatakan keras tu. Kalau jatuh kat tempat ini, boleh cedera parah ni.

 

Oleh sebab saya dah salah ambil laluan, jadi saya rasa, satu-satunya cara untuk keluar yang selamat, adalah untuk patah balik menuju ke arah rumah api. Saya masih percaya, ada laluan yang boleh tembus ke Rintis Keramat, cuma sayangnya dekat persimpangan laluan (yang saya pun tak perasan yang mana satu) saya dah salah ambil simpang.

 

Akhirnya, saya buat keputusan untuk patah balik ke rumah api, dan dari situ, ikut semula laluan bertar untuk keluar ke pintu utama.

 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya pun berjaya keluar dari hutan ini. Rupa-rupanya, beberapa hari sebelum ini, ada beberapa pokok yang dah tumbang. Boleh jadi, itu sebab saya tak jumpa laluan yang betul. Ada hikmahnya.

 

Mungkin saya ada tersilap kata

Saya ada kata, “… tempat ini tak berapa mencabar sangat kalau banding dengan Broga.”

 

Pada masa tu, saya tengah bandingkan laluan yang ada tali tu, dengan Bukit Broga. Memang betul, dari segi tahap kesukaran, saya rasa nak panjat Bukit Broga lagi susah. Tapi, bila campur dengan sesat, saya rasa lebih kurang sama je susahnya ha3

 

Itulah, pengajaran yang saya alami. Tak payah nak komen yang bukan-bukan bila masuk dalam hutan. Kalau ada benda nak cakap, baik cakap masa dah keluar nanti, melainkan kalau benda tu sangat penting, dan melibatkan hidup dan mati.

 

Saya luangkan masa disini hampir 3 jam, dan perut pun dah lapar. Masa untuk cari tempat makan yang best di Port Dickson.

 

 

Baca juga...

  • Aktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port DicksonAktiviti mandi laut dan melihat penyu di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson
  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port DicksonPengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
  • Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, SelangorNasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai TuaTaman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua
  • Diskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web AirbnbDiskaun sehingga RM165 untuk tempahan di laman web Airbnb
  • Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lainKelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain
  • Padang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disiniPadang Besar, Perlis – Jom Shopping dan tengok apa yang menarik disini
  • Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron HighlandRestoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung LikasMasjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: hutan simpan tanjung tuan, hutan tanjung tuan, rumah api tanjung tuan, tempat menarik di Port Dickson, tempat menarik di Tanjung Tuan

Trackbacks

  1. Makan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam Panggang - Xplorasi Destinasi says:
    September 14, 2018 at 7:24 pm

    […] ia sebenarnya tak ada dalam perancangan. Sebetulnya, saya cuma nak jalan-jalan disekitar kawasan Rumah Api Tanjung Tuan, ambil beberapa keping gambar, lepas tu […]

    Reply
  2. Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog - Blog Sabree Hussin says:
    September 17, 2018 at 4:42 pm

    […] pengalaman tersebut dan berada disesuatu tempat itu. Contohnya, kalau kita nak bercerita tentang pengalaman hiking di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Kalau kita tak pernah ada pengalaman dan tak pernah sampai ke tempat itu, bukan mudah nak hasilkan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in