Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

October 31, 2017 by Sabree Hussin 4 Comments

Hutan Lipur Sungai Tekala merupakan salah satu kawasan rekreasi yang terkenal di Negeri Selangor. Ia terletak di daerah Hulu Langat.

 

Nak cari tempat ini juga tak begitu susah. Untuk ke sini dari Kuala Lumpur, kita akan melalui empangan Semenyih. Pintu Gerbang Hutan Lipur Sungai Tekala ini boleh dilihat dari tepi jalan.

pintu-masuk-utama-sungai-tekala

Sehari selepas saya dan keluarga beriadah di Sungai Kedondong, Batang Kali, saya ke Sungai Tekala pula. Niatnya nak cari lokasi air terjun atau sungai yang best kalau nak buat aktiviti camping di masa akan datang.

 

Memandangkan pada hari tu, saya ada masa terluang, jadi saya pun ambil peluang ni untuk explore tempat ni.

hutan-lipur-sungai-tekala

Waktu operasi Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala ini adalah dari jam 7.00 am hingga 7.00 pm sahaja. Selepas pada waktu tu, pengunjung diminta untuk keluar dan meninggalkan kawasan hutan ini. Ini juga untuk keselamatan para pengunjung.

 

 

Untuk masuk ke dalam kawasan hutan rekreasi ini, bayaran sebanyak RM1 dikenakan kepada pengunjung dewasa, manakala untuk kanak-kanak, bayarannya adalah RM0.50 sahaja.

bayaran-untuk-masuk-hutan-sungai-tekala

Saya dah buat bayaran. Jom kita lihat apa yang ada didalam!

 

Kemudahan asas yang disediakan di Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Biar saya mulakan dengan menceritakan tentang kemudahan-kemudahan asas yang disediakan dalam kawasan sekitar hutan lipur ini.

 

(1) Kawasan parking yang luas

Memandangkan saya datang ke sini pada hari bekerja, jadi ada banyak ruang yang kosong untuk parking. Saya difahamkan, kalau hari minggu, atau hari cuti, tempat parking ni memang penuh. Kena parking dekat tepi-tepi jalan jugak. Cuma pastikan kenderaan anda tidak mengganggu lalu lintas.

 

(2) Tapak perkhemahan

Ada tapak perkhemahan khas bagi mereka yang minat untuk melakukan aktiviti camping di Sungai Tekala. Campsite ini letaknya di seberang jalan, berdekatan dengan tempat letak kereta dan gerai menjual makanan. Ya, ianya diluar kawasan hutan lipur.

 

Kalau nak mandi sungai, kena berjalan masuk ke dalam hutan. Saya tak pasti, sama ada kita boleh bermalam dalam hutan atau tidak, sebabnya awal-awal lagi dah diberitahu, hutan lipur Sungai Tekala ini cuma beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 petang sahaja.

 

Saya sempat tanya pada peniaga yang berniaga disini, sama ada kita boleh bermalam dalam kawasan hutan atau tak? Kata dia, “kalau berani silakanlah…”

 

(3) Surau

sungai-tekala-surau

Bersebelahan dengan pintu masuk ke Hutan Lipur Sungai Tekala, anda akan nampak surau dulu.

 

(4) Tandas

Juga berdekatan dengan pintu masuk, anda akan dapat lihat papan tanda yang menunjukkan arah di mana tandas awam disediakan. Ini penting. Manalah tahu, tengah seronok main air, buat aktiviti bersama keluarga, tiba-tiba rasa sakit perut pula. At least anda tahu, kat mana nak cari tandas.

 

(5) Bilik persalinan

Pengunjung yang datang ke Sungai Tekala ini, memang ada yang datang sebab nak mandi sungai. Jadi, memang tepatlah tindakan pihak pengurusan menyediakan tempat persalinan baju ini. Pengunjung pula, silalah jaga kebersihan.

 

Pastikan anak-anak anda, atau diri anda sendiri tidak mengotorkan tempat persalinan ini dengan membuang najis disini. Gunalah tandas yang disediakan.

 

(6) Pondok

sungai-tekala-bersih-atau-tidak

Terdapat banyak pondok-pondok seperti ini disediakan untuk kemudahan pengunjung. Jika anda lebih suka duduk dikawasan pondok seperti ini, datanglah lebih awal. Siapa datang cepat, dia boleh pilih nak duduk kat pondok yang macam mana.

 

Ada pondok yang dibina betul-betul mengadap sungai, dan ada juga pondok yang agak jauh dari sungai.

 

(7) Kerusi dan bangku

Walaupun saya datang ke sini waktu tengahari, saya dapati tempat ini sentiasa redup. Boleh jadi sebab pokok-pokok kat sini yang bertindak seperti kanopi, menjadikan kawasan ini sentiasa redup, walaupun pada waktu tengahari.

 

Kalau cuma nak datang duduk-duduk disini juga seronok.

 

 

Best ke kalau nak mandi sungai di Hutan Lipur Sungai Tekala ni?

Saya rasa, orang paling enjoy kalau dapat pergi ke sini adalah kanak-kanak.

 

Air sungai di hutan lipur ini cetek sahaja.

Kalau orang dewasa, kedalaman air disini lebih kurang paras betis atau buku lali sahaja. Bahagian ini adalah tempat yang mula-mula sekali anda akan jumpa.

 

Ada tempat yang disusun guni-guni pasir. Bahagian ini lebih dalam, dan nampak aliran air sedikit deras.

 

Tempat ni, saya rasa, sesuai untuk bawa anak-anak yang mungkin tak biasa atau tak pernah mandi sungai. Airnya cetek, dan tak berapa sejuk. Bila dah ada water confident, nanti boleh bawa ke sungai lain yang lebih mencabar.

 

Kalau anda rajin, boleh naik lagi ke tempat yang lebih tinggi. Ada laluan yang disedikan untuk anda naik ke bahagian yang lebih tinggi.

Kat bahagian atas ada sungai yang dalam sedikit berbanding sungai di bahagian hadapan berdekatan dengan pintu masuk.

 

Penat sikit la nak naik ke atas. Berpeluh-peluh jugak la.

 

Ada sesetengah tempat, laluannya ada banyak akar. Kalau tak hati-hati- boleh tergolek kat sini. Hati-hati bila melangkah ye. Jangan sampai tersepak akar-akar kayu ni.

 

Kat bahagian yang lebih tinggi, ada beberapa tempat yang mungkin lebih sesuai untuk orang dewasa main air.

 

Dari apa yang saya dapat lihat, aktiviti air kat Sungai Tekala ni lebih kepada rendam badan dalam air sahaja. Ataupun just duduk-duduk lepak atas batu.

 

 

Kalau anda jenis yang suka menyelam, berenang, atau melakukan aktiviti terjun sungai, sini bukan tempatnya.

 

Nampak gaya kena cari sungai lain ya.

Dari segi kebersihan, saya boleh kata tempat ini kebersihannya memang dijaga.

 

Malahan semasa saya berada disini, terdapat beberapa orang kontraktor pembersihan sedang mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini.

 

 

Jumpa harta karun di Sungai Tekala?

Bila berjalan di kawasan sungai macam ni, mata kena awas. Manalah tahu, terjumpa duit atau barang berharga terselit di celah-celah batu, dalam sungai, atau bawah daun.

Mungkin ada pengunjung sebelum ni yang tercicir duit masa mandi.

 

Tempat-tempat macam ni, biasalah kan. Kadang-kadang kita tak perasan yang duit kita terjatuh kan. Sebelum ni, masa saya ke Sungai Kedondong, saya pun ada jumpa duit syiling jugak.

 

Kemudian saya terfikir…

Mungkin ada pengunjung yang sengaja jatuhkan duit, sebagai token of gratitude (tanda terima kasih) kepada para pekerja pembersihan yang telah bertungkus-lumus menjalankan tugas dengan baik untuk menjaga kebersihan dan keindahan tempat ni. 

 

Kalau betul, maka benda ni kita boleh tiru.

 

Jadi, para pekerja ni akan jadi lebih seronok dan bersemangat. Tengah kutip-kutip sampah, tiba-tiba terjumpa duit pulak. Walaupun nilainya tak seberapa. Keseronokkan dia tu, hanya orang yang pernah lalui je yang tahu.

 

Saya rasa, kalau setakat jatuhkan 20 sen, 50 sen, anda tak akan jatuh miskin pun kan. Cuma janganlah dengan sengaja jatuhkan sampah merata-rata pulak.

 

Ini bahagian sungai paling jauh yang saya pergi. Nak ke depan lagi, laluan dia dah tak berapa cantik. Lagipun, masa tu ada bunyi bising dari binatang apa entah. Mungkin bunyi monyet.

 

Bunyi tersebut seolah-olah memberi amaran… “Hei! Kamu dah melebihi kawasan. Patah balik sekarang kalau tak nak ditimpa sebarang masalah…” Mungkinlah. Lagipun itu cuma imaginasi saya sahaja. Hutan lipur ini, kita berkongsi juga dengan makhluk tuhan yang lain, yang pastinya mereka tak suka kita ganggu kehidupan mereka.

 

Kita pun kadang-kadang tak berapa suka kan, kalau ada orang masuk kawasan kita tanpa izin.

 

Apabila ke tempat-tempat macam ni, kena ada sikap toleransi. Kita berkongsi alam ini, khususnya hutan ini, bukan sahaja dengan pengunjung lain, malahan dengan hidupan yang memang mendiami kawasan ini.

 

Mereka ada disekeliling kita. Cuma kita je yang tak nampak kehadiran mereka.

 

Jaga kebersihan. Elakkan daripada mengotorkan dan mencemari kawasan ini. In Shaa Allah, semua orang (dan hidupan lain) akan turut happy.

 

Kawasan paling dalam di Sungai Tekala ini, mungkin dibahagian ini.

 

Oleh sebab masa yang agak singkat, saya tak sempat nak masuk dalam sungai, untuk merasai sendiri keseronokkan main air disini. Mungkin lain kali.

 

Jadi, kalau anda belum pernah ke sini, mungkin lepas ini anda boleh datang ke tempat ini pula. Jika sudi, apa kata anda komen sikit tentang tempat ni.

 

 

Baca juga...

  • Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai TekalaAktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala
  • Royal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of FloriaRoyal Floria Putrajaya 2018 – 10 Wonders of Floria
  • Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port DicksonPengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Travelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketigaTravelog Bercuti ke Pulau Pangkor 2020 – Melawat Tempat Menarik di Pangkor pada hari ketiga
  • Pantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikanPantai Remis Kuala Selangor – Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan
  • Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota KinabaluTempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
  • Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PDFun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD
  • Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke LangkawiLawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi
  • Hutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluargaHutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluarga
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
  • Kisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, KedahKisah perjalanan ke Teluk Bayu Water Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: air terjun sungai tekala, apa yang best di sungai tekala, apa yang menarik di sungai tekala, bayaran masuk ke sungai tekala, sungai tekala, sungai tekala 2017, sungai tekala chalet, sungai tekala hulu langat, sungai tekala recreation forest, sungai tekala tutup, sungai tekala waterfalls, waktu operasi sungai tekala

Comments

  1. FAUZIAH says

    August 18, 2023 at 11:57 am

    Terima kasih atas maklumat. Bagaimana dengan tempat tidor? Ada di situ atau kawasan sekitar atau perlu tidur di pekan semenyih?

    Reply

Trackbacks

  1. Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Lipur Sungai Tekala - Xplorasi Destinasi says:
    October 31, 2017 at 6:38 pm

    […] Itu saja yang saya nak kongsikan kali ini. Kalau anda masih belum baca bahagian 1 perkongsian saya tentang Sungai Tekala, bacalah artikel saya sebelum ini yang berjudul Hutan rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik ada disini? […]

    Reply
  2. Taman Negeri Selangor - Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua - Xplorasi Destinasi says:
    December 5, 2017 at 2:25 pm

    […] ni saya pernah tengok-tengok tempat camping di Hutan Rekreasi Sungai Tekala, rasa macam tak berapa menarik la […]

    Reply
  3. Tempat Menarik Di Selangor – Lokasi Percutian says:
    March 15, 2019 at 10:32 am

    […] Sumber : xplorasidestinasi […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in