Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor

March 13, 2018 by Sabree Hussin 9 Comments

Bila agaknya kali terakhir anda camping dalam hutan? Seingat saya… kalau tak termasuk pengalaman camping di Hutan Lipur Sungai Tua ni, rasanya kali terakhir saya buat aktiviti perkhemahan adalah masa tahun 2004. Itupun semasa sekolah menengah.

 

Kemudian bila dah habis sekolah, saya sambung belajar di kolej dan seterusnya ke universiti, memang dah tak ada peluang nak buat aktiviti camping. Lagi satu, nak cari geng yang boleh layan aktiviti camping macam ni pun agak susah.

 

Tapi baru-baru ini, peluang untuk bercamping datang lagi. Kali ini, saya ajak ahli keluarga yang ada kelapangan, dan yang ada camping gear sendiri untuk ikut saya, sama-sama camping di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua.

selangor-state-park

Kali pertama saya datang ke tempat ini, saya datang untuk tengok-tengok kawasan mana yang mungkin sesuai untuk pasang khemah. Sambil-sambil tu, saya layan juga pemandangan di sekitar kawasan Taman Negeri Selangor.

 

Saya ada kongsikan dalam posting sebelum ini, tajuknya

1. Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua

2. Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua

 

Sebelum nak memulakan sebarang aktiviti dalam hutan, dan bermalam pula tu, saya datang dulu dan tengok-tengok kawasan. Antara yang saya nak tahu adalah dari segi aspek keselamatan, kemudahan asas, bentuk muka bumi, dan lain-lain.

 

Suasana di Hutan Lipur Sungai Tua ni, memang lebih meriah pada hujung minggu. Memang jauh beza dengan pemandangan pada hari biasa.

taman-negeri-selangor

Boleh dikatakan, hampir setiap tempat, yang ada kawasan yang agak lapang, pasti ada keluarga yang bentang tikar ataupun yang pasang khemah. Dari segi kebersihan, tempat ini memang dijaga dengan baik.

 

Jadi tak hairanlah kalau ramai yang datang ke tempat ini dan bawa keluarga beriadah disini. Tandas, bilik mandi, surau semua ada. Kalau anda nak luangkan seharian disini juga tak ada masalah.

rekreasi-hutan-lipur-sungai-tua

Air sungainya tak terlalu dalam dan arusnya juga tak begitu deras. Ada beberapa bahagian yang agak dalam sesuai untuk rendam seluruh badan, tetapi kalau nak berenang tu, memang tak bolehlah.

 

Sesekali kalau datang main air dekat sini pun seronok jugak.

sungai-best-di-selangor

Lagi-lagi kalau musim panas. Memang seronok kalau dapat sejukkan badan dekat kawasan sungai macam ni.

 

Macam biasa, sebelum nak pasang khemah, apa-apa hal kena berurusan dengan pegawai yang bertugas dulu. Buat bayaran sewa tapak khemah dan selepas tu, baru pasang khemah.

 

Kalau tak buat bayaran dan terus pasang khemah pun boleh, TETAPI kalau anda tak dapatkan kebenaran untuk bermalam di sini, anda mungkin akan dihalau keluar oleh pegawai yang bertugas selepas tamat waktu operasi taman ini. Pengunjung boleh masuk ke Taman Negeri Selangor seawal jam 7.00 pagi dan perlu keluar dari tempat ini pada jam 7.00 petang.

 

Tapi kalau ada kebenaran untuk bermalam (camping) bolehlah duduk sini lama-lama. Ikutlah berapa lama anda dapatkan kebenaran untuk camping tu ya.

 

Masa untuk pasang khemah.

camping-di-taman-negeri-selangor

Kali pertama saya pasang khemah ni, adalah semasa piknik di Pantai Bagan Lalang Port Dickson.

 

Sebenarnya, kami diberikan tapak campsite yang bersimen. Tapi saya mintak tukar. Ada beberapa sebab. Pertama, saiz khemah saya ni agak besar, jadi tapak yang diberikan tu memang tak muat untuk khemah saya.

camping-di-hutan-lipur-sungai-tua

Sebab kedua, khemah ni jenis yang kena cucuk dekat tanah. Saya pun tak tau apa istilah dia yang tepat. Kalau pasang khemah ni dekat tapak yang bersimen tu, memang tak boleh nak dirikan, ataupun kalau boleh dirikan sekalipun, mungkin ia akan jadi kurang stabil.

 

Masalah kalau hujan turun. Bimbang juga kalau ada bahagian yang bertakung dengan air.

camping-taman-negeri-selangor

Ini satu lagi jenis khemah yang digunakan. Kesemua khemah ini, beli dari Decathlon. Khemah jenama Quechua Arpenaz 3 ini sangat senang dipasang. Even budak-budak pun boleh buat, dengan syarat kita ajar dan guide dengan betul.

 

Khemah dah siap dipasang.

tapak-perkhemahan-hutan-lipur-sungai-tua

Sebenarnya semua sekali ada 3 khemah kecik dan satu khemah besar. Tempat yang saya pilih untuk pasang khemah adalah berdekatan dengan jambatan gantung untuk ke tapak perkhemahan.

 

Dekat situ ada pondok yang akhirnya kami conquer untuk letak barang-barang keperluan lain, sepanjang nak bermalam di dalam hutan ini.

Semasa kami sedang sibuk pasang khemah, cik meow penunggu rimba ni duk khusyuk memerhati. Mungkin dia ingat kami ada makanan untuk dia. Agaknya lah…

 

Dalam hutan ini, ada banyak binatang. Monyet, kucing, anjing, dan macam-macam lagi. Jadi kena sentiasa hati-hati dan waspada.

 

Kalau ada bawa makanan basah tu, kalau boleh sisa makanan buang jauh-jauh. Walaupun dekat dengan kita tu, ada tong sampah, jangan buang dalam tong sampah paling dekat tu… tapi buang lagi jauh.

 

Hujan lebat di Hutan Lipur Sungai Tua

Siap je pasang khemah, lebih kurang lepas Asar kalau tak silap, hujan turun dengan sangat lebat!

 

Terbaik! Ini kali pertama saya bawa keluarga bermalam dalam hutan. Kebanyakkan yang ikut, memang tak pernah ada pengalaman camping lagi. Kalau setakat balik hari, itu biasalah. Misalnya masa di Sungai Kedondong Batang Kali.

 

Hujannya lebat sangat, dan tak ada menunjukkan tanda-tanda nak berhenti. Lebih kurang pukul 6 petang macam tu, hujan masih turun. Waktu tu, saya rasa lain macam.

 

Saya rasa macam ada gangguan pula pada petang tu. Hati saya kuat mengatakan, “hujan ni sepatutnya dah berhenti dari tadi lagi… tapi masih tak nak berhenti. Ada yang kacau ni…”

 

Saya tawakal.

 

Saya laungkan azan dekat setiap penjuru. Alhamdulillah, dengan izin Allah, hujan mula reda.

 

Kekuatan khemah-khemah yang kami beli di Decathlon memang teruji pada hari tu. Tak ada yang bocor, dan tak ada yang masuk air. Memang berbaloi beli khemah dari Decathlon.

 

Saya cuma bimbang kalau ada yang serik dan menyesal sebab ikut camping haha.

 

Waktu malam di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua

Seperti yang kami jangkakan, memang langsung tak ada lampu, spotlight atau apa-apa sahaja yang dipasang untuk menerangi tempat kami berkhemah.

Memang syok habis.

 

Kebetulan, masa shopping dekat Giant, ada terjumpa offer pelita hari raya ni.

lampu-semasa-camping

Satu batang 50 sen sahaja. Harga biasa, tak taulah berapa.

 

Mujur waktu malam tak hujan, jadi bolehlah pasang pelita ni sebagai lampu tambahan. Kalau nak harap pelita LED semata, bimbang nanti tak cukup power pula.

camping-dalam-hutan

Yang penting kena letak dalam jarak yang selamat dan agak jauh dari bahan mudah terbakar. Just in case kalau terjatuh dan sebagainya.

 

Barang memasak semua letak dalam pondok.

Waktu malam ni, boleh dikatakan macam-macam binatang akan cuba datang dekat dengan tapak khemah. Monyet, anjing, kucing pun ada.

 

Tapi disebabkan ada yang berjaga malam, jadi binatang ni tak berani nak masuk rapat sangat. Mula-mula saya plan nak berjaga sampai pagi, atau sampai terang… tapi terasa rugi pula, bila dah bermalam dalam hutan, duduk tepi sungai pulak tu… tapi tak ambik peluang ni untuk tidur.

 

Lagipun, bukan selalu boleh dapat peluang macam ni! Dengar bunyi serangga, bunyi arus sungai… memang tenang dan damai rasanya.

taman-negeri-selangor

Akhirnya, lebih kurang pukul 3 pagi macam tu, semua masuk tidur. Tak ada seorang pun yang berjaga sampai pagi malam tu.

 

Cuma sebelum tidur tu, kami ikat tali keliling kawasan khemah. Buat perimeter. Esok pagi… bangun, solat dan terus mandi sungai sampai ke petang. Maklumlah, hari sebelumnya tu, tak sempat nak terjun sungai, hujan turun dengan lebat pula.

 

Rasa nak camping kat tempat lain pulak lepas ni… cuma itulah, masa pula tak berapa mengizinkan. Tempat pun masih tak ada lagi. Aktiviti macam ni, memang seronok kalau dapat dilakukan bersama keluarga. Kalau tak dapat buat selalu, at least buatlah dalam setahun sekali.

 

In Shaa Allah, dapat merapatkan hubungan sesama famili.

 

Anda ada sebarang pertanyaan tentang Hutan Lipur Sungai Tua ni ke? Boleh rujuk ke bahagian ini

Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor, Jalan RP4/1, Kompleks Kerajaan ,
Rawang Perdana, 48000 Rawang, Selangor.
Tel : 603 – 6091 6131
Faks : 603 – 6091 7533

 

Sebaik-baiknya, kalau nak buat sebarang program, hubungi dulu pegawai bertugas. Tapi kalau setakat nak balik hari, datang je dan bayar duit masuk RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.

 

Baca juga...

  • Mencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai TuaMencari tapak perkhemahan di Taman Negeri Selangor, Hutan Lipur Sungai Tua
  • Jalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera PenangJalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera Penang
  • Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park LangkawiPengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi
  • Pengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & HomestayPengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay
  • Pengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau LangkawiPengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau Langkawi
  • Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluargaPercutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga
  • Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, PahangPengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluargaPengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga
  • Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron HighlandRestoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
  • Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota KinabaluPerkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: camping di hutan lipur sungai tua, camping di taman negeri selangor, tapak perkhemahan di tepi sungai, tempat camping tepi sungai

Comments

  1. zik says

    March 18, 2018 at 12:35 pm

    nak tanya line coverage dia ok tak?? amboi kucing tuh penjaga sebenarnya.. huhu

    Reply
    • Sabree Hussin says

      March 21, 2018 at 1:59 pm

      Line phone dengan data memang hancur ha3. Duk sini smartphone boleh simpan dalam peti besi

      Reply
  2. Ikhwan says

    March 18, 2018 at 10:39 pm

    Teringat zaman berkhemah masa masuk pengakap dulu.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      March 21, 2018 at 1:58 pm

      Saya pun pengakap jugak dulu hehe

      Reply
  3. Nik Afiq says

    April 21, 2018 at 7:52 pm

    Boleh saya tanya waktu bermalam kat situ ade tak orang yang tinjau kawasan camping tu waktu malam?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      May 4, 2018 at 10:05 pm

      Tak ada orang tinjau. Kita kena jaga diri sendiri, dan kalau ada sebarang masalah, kita sendiri yang kena selesaikan. Cuma siang tu bolehlah ambil nombor phone pegawai hutan yang bertugas, supaya mudah untuk kita maklumkan sesuatu kalau perlu.

      Reply
  4. Julfy says

    July 19, 2018 at 9:53 am

    Berapa bayaran untuk tapak khemah dan bermalam? Kena booking dengan siapa?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      July 20, 2018 at 11:39 am

      En Julfy boleh hubungi

      Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor,
      Jalan RP4/1, Kompleks Kerajaan ,
      Rawang Perdana, 48000 Rawang, Selangor.
      Tel : 603 – 6091 6131
      Faks : 603 – 6091 7533

      Reply

Trackbacks

  1. Pengalaman camping dalam hutan lipur dan glamping di dalam dusun - Sabree Hussin Dot Biz says:
    March 25, 2019 at 2:23 pm

    […] terakhir saya pergi camping adalah sekitar tahun 2017, di Hutan Lipur Sungai Tua – Taman Negeri Selangor. Saya pergi dengan famili dan masa tu kami semua tidur dalam […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in