Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan

October 11, 2017 by Sabree Hussin 9 Comments

Anda mencari tempat penginapan jenis homestay di Tangkak?

Jika jawapan anda adalah ya, saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya menginap disebuah homestay yang letaknya di Tangkak, Johor.

 

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk datang ke Tangkak atas urusan kerja. Sepanjang tempoh tersebut, saya memilih untuk menginap di salah sebuah homestay yang terdapat di Tangkak.

 

Homestay yang saya pilih sebagai tempat untuk menginap sepanjang saya berada di Tangkak ini diberi nama Homestay D’Ledang.

homestay-di-tangkak

Homestay ini terletak di alamat berikut.

Alamat >> No 374, Jalan Mega 15 Taman Mega Ria 2, 84900 Tangkak Johor

GPS Koordinat >> E: 102º31’29.8 N: 2º15’7.8

 

Untuk memudahkan anda yang lebih selesa menggunakan waze, boleh set destination ke Homestay D Ledang seperti paparan dibawah.

homestay-d-ledang

In Shaa Allah, waze akan bawa anda betul-betul dihadapan homestay ini.

 

Sebenarnya, ini merupakan kali pertama saya bermalam di Tangkak, Johor. Sebelum ini, memang saya pernah datang ke sini, itupun sebab mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk kampung. Tetapi, pada masa tu, saya tidak bermalam di Tangkak.

 

Semasa rombongan ke Tangkak itu diadakan, kami bertolak dari Meru, Klang lebih kurang jam 2 atau mungkin 3 pagi dengan menaiki bas. Kiranya kami bermalam atas bas, dan selepas Subuh kami sampai di Tangkak. Bila waktu siang barulah kami mulakan aktiviti shopping dan juga sight seeing di sekitar Tangkak.

 

Tapi itupun kenangan tahun 2001 atau mungkin 2002. Keadaan Tangkak pada waktu itu memang jauh berbeza dengan sekarang.

 

Kali ini, saya berpeluang untuk memandu sendiri ke Tangkak.

 

Pemilik homestay ini adalah En Sh. Haffie.

homestay-di-tangkak

Beliau boleh dihubungi menerusi

En Sh Haffie

Call/ SMS/ Whatsapp- 013-7622115

Klik untuk Whatsapp – https://api.whatsapp.com/send?phone=60137622115

 

Sekiranya anda bakal ke Tangkak, Johor dan masih lagi belum membuat tempahan untuk mendapatkan tempat menginap, bolehlah hubungi En Haffie. Beliau memang menjalankan perniagaan homestay di Tangkak. Selain itu, homestay ini juga boleh ditempah melalui laman web atau apps Airbnb melalui pautan ini.

 

Andai kata sewaktu kunjungan anda ke Tangkak ini nanti, homestay ini sudah tidak available, mungkin saya boleh cadangkan anda untuk cuba alternatif berikut.

 

(1) Homestay Ar-Raudah

Homestay ini mempunyai 20 buah bilik dan mereka menawarkan perkhidmatan tempat penginapan dengan harga yang sangat murah.

homesttay-murah-tangkak

Rasanya ini mungkin yang paling murah yang anda boleh tempah jika ingin menginap di Tangkak.

 

Jika anda inginkan maklumat lanjung mengenai homestay ini, boleh ke pautan ini. Menurut pemilik homestay Ar Raudah ini, tempat miliknya memang sesuai untuk dijadikan lokasi untuk family gathering atau acara yang melibatkan jumlah orang yang ramai.

 

Pada pendapat saya la kan, menginap di homestay juga satu keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau anda bakal datang bersama bilangan yang agak ramai.

 

Homestay ini merupakan sebuah kediaman jenis teres. Didalamnya mempunyai 3 buah bilik tidur dan dua buah bilik air.

tempat-penginapan-tangkak

Bilik air yang pertama berada di dalam master bedroom. Untunglah siapa yang dapat master bedroom ni. Biasa kalau pergi check in beramai-ramai di homestay, yang akan dapat masterbedroom ni sudah tentulah orang yang bayar, kan.

 

Kalau semua keluar duit, ha… yang akan dapat master bedroom ni dah tentu orang yang keluar duit lebih. Eh melampau betullah, kalau ada yang cuma ikut tak menyumbangkan apa-apa, tiba-tiba nak demand duduk dekat masterbedroom pula.

 

Dalam bilik utama ni, disediakan

1. Katil besar bersaiz queen

2. Meja solek

3. Almari pakaian

4. Kipas siling

5. Penyaman udara (aircond)

6. Kelengkapan untuk solat

 

Ini pula bilik yang nombor dua.

homestay-kedua-tangkak

Dalam bilik kedua ini pula disediakan

1. Dua buah katil jenis single size

2. Ada dua tilam tambahan jenis lipat

3. Kipas siling

4. Penyaman udara

5. Almari

6. Meja solek

7. Kelengkapan solat

 

Bilik ketiga

Untuk bilik ketiga pula disediakan

1. Sebuah katil jenis single size

2. Ada saterika

3. Kipas angin

4. Almari pakaian

5. Meja

 

Bilik ketiga ini letaknya berdekatan dengan ruang makan.

Bila buka pintu bilik, memang akan terus nampak meja makan.

 

Ada beberapa kemudahan dan kelengkapan untuk masak yang turut disediakan. Antaranya

1. Dapur memasak

2. Water heater

3. Toaster

4. Peti sejuk

5. Peralatan asas untuk memasak

 

Bahan-bahan untuk memasak tu, anda perlu beli sendiri. Bekalan bahan mentah untuk memasak boleh diperolehi di pekan Tangkak. Dekat situ ada kedai yang kita boleh kunjungi untuk beli barang-barang untuk masak.

 

Satu lagi yang saya nak highlight ialah, homestay di Tangkak ini memang mesra pengunjung yang beragama Islam.

Setiap bilik dalam homestay ini, telah ditandakan dengan stiker yang menunjukkan arah kiblat. Jadi, anda tak perlu lagi nak susah payah untuk tercari-cari di mana arah kiblat. Boleh ikut je penanda yang telah disediakan.

 

Satu lagi yang saya kira bagus tentang homestay di Tangkak ni ialah, ia mempunyai ruang tamu yang begitu luas.

Kalau ruang dalam bilik tak cukup, boleh tidur di ruang tamu.

 

Dalam bilik yang nombor dua ada disediakan tilam tambahan. Anda boleh bawa keluar tilam tambahan tersebut dan bentangkan sahaja di ruang tamu.

Selain untuk dijadikan tempat tidur, saya kira kalau ada yang ingin mengadakan majlis seperti kenduri doa selamat, atau majlis bacaan yaasin, tetapi masih belum jumpa tempat yang sesuai, boleh juga diadakan di homestay ini.

 

Kalau setakat 20 – 30 orang, memang boleh muat. Cuba bincang dengan pemilik homestay ini, kalau ada yang plan nak buat majlis tertentu di homestay ini.

 

Dari segi keselamatan, sebenarnya saya lebih yakin untuk menginap di homestay berbanding hotel-hotel bajet. Salah satu sebabnya adalah dari segi tempat meletak kenderaan.

Dekat homestay yang jenis rumah teres ini biasanya kita boleh parking kereta dalam porch. Ada pintu pagar lagi, untuk lebih selamat.

 

Jika anda mencari hotel bajet, memang ada beberapa buah yang anda boleh dapatkan di sekitar Pekan Tangkak. Namun, satu perkara yang saya kurang berkenan dengan hotel bajet ni ialah, dari faktor keselamatan kenderaan.

 

Bukanlah saya nak kata, keadaan di Pekan Tangkak tu tidak selamat. Cuma pada saya, secara peribadi, saya lebih yakin untuk letak kenderaan ditempat khas seperti kat dalam gambar diatas tu berbanding hanya parking di tepi-tepi jalan ataupun ditempat parking terbuka.

 

Andai kata dekat hotel tersebut memang menyediakan kawasan khas untuk parking, khusus untuk tetamu hotel yang dilengkapi dengan kawalan keselamatan oleh pengawal keselamatan dan ada rakaman CCTV, itu tak ada masalah. Tapi kalau perlu parking di tempat terbuka, sedikit sebanyak saya pasti akan rasa sedikit risau.

 

Maklum sahajalah, saya bukannya biasa sangat dengan keadaan di Tangkak. Jadi sedikit sebanyak sudah tentu saya akan rasa bimbang membiarkan kenderaan di parking di tepi jalan sahaja. Kalau parking dekat homestay macam ni, kan nampak lebih meyakinkan.

 

Siap ada grill lagi.

Kadar sewa semalaman di homestay Tangkak ini ialah RM180 sahaja pada hari biasa. Manakala pada cuti umum, caj sewa yang dikenakan adalah RM200.

 

Sekiranya ada daripada pembaca blog ini, yang ingin menyewa homestay di Tangkak ini, bolehlah berhubung dengan pemilik homestay ini, iaitu En Haffie. Saya ada share maklumat untuk hubungi beliau, dan link untuk anda buat tempahan juga saya ada sediakan.

 

Dari segi lokasi, homestay di Tangkak ini memang dekat dengan beberapa tempat menarik yang terdapat di Tangkak.

menarik-sekitar-bandar-tangkak

Kalau nak pergi ke Pekan Tangkak, hanya perlu memandu sekitar 6 – 10 minit sahaja dah sampai. Bergantung kepada keadaan trafik pada waktu tersebut.

 

Sebenarnya dekat area Tangkak ini, perniagaan yang paling menonjol adalah gedung menjual produk tekstil.

Memang ada banyak kedai-kedai yang menjual kain pasang, langsir, sarung kusyen dan sebagainya.

 

Satu masa dulu, Tangkak memang sangat sinonim dengan produk tekstil. Dia punya tahap popular sampai orang kampung saya sangguplah buat trip lawatan untuk shopping ke Tangkak.

 

Selain itu, homestay D Ledang ini juga tak berapa jauh dari Kolej Matrikulasi Johor. Dari homestay nak ke kolej matrik, jaraknya lebih kurang 7KM sahaja. Memang sesuai kalau nak menginap di homestay ini, andai kata anda ingin melawat anak-anak yang masih belajar di kolej matrik tersebut.

 

Apa pun, saya doakan semoga perjalanan anda pergi ke Tangkak dan pulang sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Sekian dulu perkongsian saya.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Baca juga...

  • Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port DicksonPengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson
  • Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke SabahPerkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah
  • Pengalaman Pertama Kali Ke Zoo MelakaPengalaman Pertama Kali Ke Zoo Melaka
  • Pengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau LangkawiPengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau Langkawi
  • Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips iniNak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini
  • Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota KinabaluTempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
  • Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum tehCameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air AsiaCara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri SelangorHutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Aktiviti Snorkeling Pada Hari kedua di Pangkor
  • Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota KinabaluHomestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu
  • Makan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam PanggangMakan tengahari di Eddy Cowboy Style Nasi Kukus Ayam Panggang
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Homestay/ Guest House Tagged With: homestay di tangkak, homestay kolej matrikulasi johor, homestay murah di tangkak, homestay tangkak ledang, homestay tangkak murah, penginapan di tangkak

Trackbacks

  1. Pantai Remis Kuala Selangor - Menikmati suasana waktu senja yang mendamaikan - Xplorasi Destinasi says:
    October 19, 2017 at 11:35 pm

    […] Kalau ada yang berminat nak bermalam di tepi pantai, disini saya ada jumpa satu tempat penginapan. Saya tak kenal siapa pemilik tempat kediaman ni, seperti mana saya kenal pemilik homestay di Tangkak. […]

    Reply
  2. Kisah Bisnes Homestay, Google Marketing, Portal Iklan dan laman web booking - Blog Sabree Hussin says:
    November 14, 2017 at 9:58 pm

    […] (2) Homestay di Tangkak yang Selesa dengan harga berpatutan […]

    Reply
  3. Apa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak - Xplorasi Destinasi says:
    January 29, 2018 at 10:57 pm

    […] dia homestay tempat saya menginap semasa berada di Tangkak. Boleh klik sini untuk baca tentang homestay […]

    Reply
  4. Perlukah anda jadi seorang Internet Marketer untuk mempromosikan perniagaan anda sendiri? - Blog Sabree Hussin says:
    March 22, 2018 at 8:20 pm

    […] saya menginap di sebuah homestay di Tangkak pada tahun 2017 yang lalu, saya sempat luangkan masa dengan tuan rumah untuk pergi makan malam di […]

    Reply
  5. 3 Sebab untuk anda cuba pengalaman membuat tempahan tempat penginapan di Airbnb - Blog Sabree Hussin says:
    May 23, 2018 at 1:08 pm

    […] contoh homestay di Tangkak ini, walaupun tuan rumah tak buat senaraian di Airbnb, namun pengguna internet, masih boleh tahu […]

    Reply
  6. Jana pendapatan berterusan melalui bisnes Homestay - Blog Sabree Hussin says:
    August 16, 2018 at 3:28 pm

    […] pernah tanya soalan kepada pemilik homestay di Tangkak ini. “Macam mana kalau dalam sebulan langsung tak ada penyewa. Adakah ini akan menjejaskan […]

    Reply
  7. Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 27, 2019 at 3:29 pm

    […] masa dulu, sewaktu salah seorang pelanggan saya baru sahaja memulakan bisnes homestay di Tangkak, beliau masih belum ada sebarang laman web khas yang boleh digunakan bagi tujuan […]

    Reply
  8. Percutian percuma ditanggung sepenuhnya bukanlah satu mitos dengan teknik ini - Sabree Hussin Dot Biz says:
    May 20, 2019 at 9:59 am

    […] Saya pernah menulis tentang sebuah homestay di Tangkak dalam salah satu laman web kepunyaan saya. Jemput baca disini homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan. […]

    Reply
  9. Pakej pengiklanan bisnes homestay di blog - Blog Sabree Hussin says:
    July 12, 2022 at 10:10 pm

    […] ii. Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in