Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor

October 12, 2017 by Sabree Hussin 6 Comments

Jika anda berada di Tangkak Johor, salah satu tempat yang patut dikunjungi ialah Gunung Ledang Resort. Pada hari cuti, tempat ini memang jadi tumpuan orang ramai yang datang bersama keluarga untuk beriadah.

 

Memang syok tempat ni. Kiranya tak rugi datang ke tempat ni.

gps-pergi-ke-ledang

Dari Homestay tempat saya menginap di Tangkak ke Gunung Ledang, jaraknya lebih kurang 20KM sahaja. Kalau anda nak tahu, inilah dia GPS yang saya gunakan. Jenama Oodo dan ia dijual dengan harga RM120.00 sahaja di laman web Lazada.

Klik sini untuk lihat pilihan GPS Murah

 

Dengan GPS inilah, saya boleh pergi kemana-mana tempat dengan yakin.

 

Sepanjang perjalanan untuk menuju ke Gunung Ledang Resort ini, kita akan dapat lihat ada banyak ladang kelapa sawit. Saya perasan, ada Kg Hang Tuah di Tangkak ni.

 

Sayangnya saya tak sempat nak singgah dan lihat apa yang ada disana. Mungkin lain kali lah kot.

sign-board-gunung-ledang

Kalau dah nampak papan tanda ini, maknanya kawasan Rekreasi Gunung Ledang ni memang dah tak jauh. Belok kiri dan jalan lebih kurang 1KM sahaja lagi.

 

kawasan-menarik-gunung-ledang

Memandu disekitar kawasan ini perlu cermat. Jalannya tak berapa cantik, dan kena tengok-tengok, kalau-kalau ada dahan kelapa sawit yang jatuh. Lagi satu, jalannya juga agak sempit.

 

bayaran-taman-reksreasi-gunung-ledang

Untuk masuk ke Taman Rekreasi Gunung Ledang ini, sebenarnya ada bayaran yang akan dikenakan. Rujuk pada resit bayaran diatas.

Kereta dikenakan bayaran sebanyak RM2.10 untuk sebuah kereta. 

Dua orang dewasa dikenakan bayaran RM1.05 setiap seorang.

Jadi jumlah penuh yang saya perlu bayar adalah RM4.20 sahaja.

 

Ok la, kalau kena bayar. Ini menandakan tempat ini memang dijaga dengan baik. Sebenarnya, dekat Malaysia ni ada banyak juga tempat-tempat menarik, yang berpotensi dijadikan lokasi riadah. Namun, disebabkan tiada penjagaan yang baik, akhirnya tempat tersebut jadi sangat kotor dan tak menarik.

Tempat parking yang disediakan juga luas. Jadi tak perlu risau tak ada tempat parking kalau datang ke sini.

 

gunung-ledang-resort

Tak jauh dari tempat letak kereta, ada dibuka kedai-kedai yang menjual barangan seperti bola, pelampung, pakaian untuk mandi dan macam-macam lagi. Semua yang diperlukan untuk lakukan aktiviti riadah boleh diperolehi di sini.

 

Bila kita mula nak masuk ke kawasan sungai, awal-awal tu kita akan nampak surau.

Kemudahan dah disediakan. Jadi jangan nak cari alasan untuk tak nak solat pulak bila dah datang ke sini ya.

 

Selepas melepasi surau ni, kita kena jalan lagi beberapa meter untuk ke tempat mandi-manda.

Dekat sini ada kafeteria yang menjual makanan. Bolehlah makan-makan dulu. Atau kalau nak teruskan perjalanan pun ok.

 

kawasan-menarik-gunung-ledang

Saya baru jalan sikit, dah nampak betapa ramainya pengunjung ke Gunung Ledang Resort ni. Ada yang bentang tikar semata-mata, dan ramai juga yang bawa khemah.

 

Jom kita explore dengan lebih dalam lagi. Kita tengok apa lagi yang menarik di Gunung Ledang Resort ni! Pada masa ni, saya tengok hari macam nak hujan. Jadi saya siap sedia dengan payung.

 

Kalau tak hujan sekalipun, payung ni boleh buat ala-ala hiking pole kan.

Memang agak susah nak cari kawasan yang tak ada orang. Boleh dikatakan semua tempat yang agak strategik, dah ada orang duduk disitu.

 

Ada sesetengah tempat, yang airnya mengalir dengan tenang je.

 

Kalau nak lagi seronok, buat macam dalam gambar ni.

 

Cari kedudukan yang selesa dulu…

Berani dengan tak berani je nak buat macam ni.

 

air-terjun

Saya tak bawa pakaian yang sesuai untuk mandi. Lagipun, saya tak plan nak duduk lama-lama di kawasan Gunung Ledang. Tapi, saya sempat juga rasa air dia.

 

Nampak kan, betapa jernihnya air dia? Susah nak cari kawasan air terjun yang air dia jenih macam ni.

 

Sebenarnya kawasan Gunung Ledang ni ada banyak lagi tingkat.

Ada laluan disediakan untuk pergi ke tingkat yang lebih tinggi. Mungkin lain masa, kalau ada rezeki dapat datang ke sini lagi.

 

Kalau bawak budak-budak, diorang ni mesti suka bila dapat main air macam ni.

 

Sebenarnya, bukan budak-budak je seronok. Yang dah besar pun boleh layan jugak tempat ni…

 

Saya rasa, kalau nak betul-betul enjoy kat sini, sehari mungkin tak cukup. Kena menginap kat sini. Bolehlah nanti cuba hiking dekat Gunung Ledang ni.

 

Mungkin lain kali. Doa-doakan saya dapat datang lagi ke tempat ini ya.

Saya pun sebenarnya dah lama teringin nak datang ke Gunung Ledang. Cuma tak pernah ada kesempatan. Bila dah datang sekali, terasa nak datang lagi.

 

Apa pun, selamat tinggal Gunung Ledang.

 

Ada rezeki, kita jumpa lagi!

 

 

Baca juga...

  • Nak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips iniNak cari Hotel MURAH? Guna dan amalkan tips ini
  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
  • Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluargaPercutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga
  • Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluargaSungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga
  • Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minimaIngin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • Comfortable and affordable prices Homestay at TangkakComfortable and affordable prices Homestay at Tangkak
  • Jalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera PenangJalan Jalan Di Puncak Bukit Bendera Penang
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau PangkorSerius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Apa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau PinangApa Yang Menarik Di Taman Botani Pulau Pinang
  • Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta KucingMesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Kawasan Rekreasi Tagged With: apa yang menarik di gunung ledang, gunung ledang, gunung ledang air terjun, gunung ledang resort, gunung ledang tangkak

Trackbacks

  1. Apa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak - Xplorasi Destinasi says:
    October 13, 2017 at 10:53 am

    […] jalan-jalan sekitar Taman Rekreasi Gunung Ledang, saya sambung pula dengan aktiviti eksplorasi bandar Tangkak. Teringin juga nak tahu, apa yang […]

    Reply
  2. Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor - Xplorasi Destinasi says:
    October 25, 2017 at 10:27 pm

    […] Kalau sikap pengunjung tak mahu berubah, dah sampai masa jadikan tempat ni sebagai tempat rekreasi berbayar. Buat macam kawasan air terjun Gunung Ledang. […]

    Reply
  3. Homestay D Ledang - Nama baru bagi Homestay di Tangkak tempat saya pernah menginap - Blog Sabree Hussin says:
    December 19, 2017 at 9:56 am

    […] Baca juga: Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor […]

    Reply
  4. Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 27, 2019 at 3:33 pm

    […] (4) Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor […]

    Reply
  5. Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200 - Blog Sabree Hussin says:
    June 29, 2022 at 9:32 pm

    […] saya habiskan di luar. Saya juga berpeluang mengunjungi beberapa tempat-tempat menarik antaranya Gunung Ledang Resort dan bersiar-siar di sekitar Bandar […]

    Reply
  6. Pakej pengiklanan bisnes homestay di blog - Blog Sabree Hussin says:
    July 17, 2022 at 1:27 am

    […] iii. Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula - Blog Sabree Hussin on Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
  • Tempat Masuk Percuma Dan Shopping Murah di Cameron Highlands - Cuti Viral on S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland
  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in