Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Shopping produk berasaskan gamat di Nusantara Maju Enterprise

May 11, 2019 by Sabree Hussin 1 Comment

Memandu disekitar Jalan Padang Matsirat, anda pasti perasan replika botol minyak gamat bersaiz gergasi yang diletakkan ditepi jalan.

 

Replika botol minyak gamat ini merupakan mercu tanda bagi perniagaan yang dijalankan oleh Nusantara Maju Enterprise.

gamat-langkawi

Ini merupakan salah satu tempat “wajib singgah” apabila saya bercuti ke Langkawi.

proses-gamat-langkawi

Tempat ini merupakan salah satu tempat yang anda boleh kunjungi bagi mendapatkan produk-produk berasaskan gamat, seperti minyak urut, krim, balm, sabun, jeli ataupun air gamat.

 

Seandainya anda minat untuk mengetahui bagaimana cara minyak gamat dihasilkan, anda boleh lihat disini.

masak-gamat-langkawi

Di Nusantara Maju Enterprise ini ada bilik khas yang digunakan untuk memasak minyak gamat.

gamat-di-langkawi-minyak

Anda boleh masuk dalam bilik ini dan lihat sendiri bagaimana cara gamat di masak. Kemudian gamat yang telah siap hasil daripada proses tersebut akan dibotolkan dan dijual.

beli-minyak-gamat-murah

Bawah ini adalah gamat yang dah siap dijadikan minyak dan telah dibotolkan.

kedai-borong-minyak-langkawi

Kalau anda beli dalam kuantiti yang banyak, boleh dapat harga yang lebih murah. Belilah lebih untuk hadiahkan kepada keluarga atau mungkin untuk kawan-kawan yang tak berpeluang bercuti di Langkawi.

 

Macam mana rupa sebenar gamat?

 

Dekat sini ada bekas seperti akuarium yang menempatkan gamat yang telah kering.

ibu-gamat-di-langkawi

Bentuknya lonjong seperti timun.

rupa-bentuk-ibu-gamat

Saya masih ingat lagi semasa saya snorkeling di Pulau Payar, saya beberapa kali terjumpa gamat di dasar lautan. Gambarnya adalah seperti dibawah.

gamat-pulau-payar

Gamat yang masih belum dikeringkan, bentuknya lebih jelas kelihatan seperti timun, jadi no wonder di sesetengah tempat gamat ini juga dikenali dengan nama timun laut (sea cucumber).

 

Produk berasaskan gamat ini sebenarnya ada macam-macam jenis. Selain minyak gamat, saya sebelum ni biasa beli air gamat dan juga jeli gamat. Produk ini baik untuk luka-luka dalaman dan In Shaa Allah pengambilan secara kerap akan menyembuhkan luka-luka dalaman dengan lebih cepat.

 

Cuma saya rasa gamat dalam bentuk air dan dalam bentuk jeli ini agak susah untuk dimakan. Kalau boleh, saya nak yang dalam bentuk kapsul.

 

Setiap kali datang, gamat dalam kapsul selalu kehabisan. Tapi kalau kebetulan stok masih ada, itu memang kira rezeki.

 

Untuk pengetahuan anda, dekat laman web ini juga ada jual banyak produk berasaskan gamat. Tapi dari segi harga, saya boleh katakan harga gamat jika dibeli di Pulau Langkawi adalah lagi murah.

produk-gamat

Disini bukan sekadar menjual produk berasaskan gamat semata-mata, malahan ada macam-macam jenis produk lagi boleh diperolehi.

 

Akar-akar kayu pun ada banyak dijual disini.

 

Banyak nama-nama akar kayu yang ada dekat sini, saya tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun macam mana rupa bentuk dia.

herba-akar-kayu

Bawah ni pun ada lagi.

 

Kalau anda ada kepakaran dan biasa menggunakan herba dan akar kayu sama ada untuk tujuan perubatan atau untuk kesihatan, anda pasti tahu fungsi dan manfaat setiap akar-akar kayu yang terdapat disini.

herba-akar-kayu-langkawi

Dalam percutian ke Pulau Langkawi baru-baru ini, saya berkenalan dengan En Jamal yang lebih mesra dengan panggilan Abang Jamal.

 

Saya kenal Abang Jamal ini melalui Kak Azura.

 

Kalau anda pernah baca posting saya sebelum ini, saya ada cerita tentang Kak Azura yang menawarkan perkhidmatan mengurut di Telaga Ayer Hangat.

tukang-urut-pakar-langkawi

Kak Azura ini merupakan seorang tukang urut yang memang saya dah kenal sejak dari tahun 2015 lagi. Bila Kak Azura rekemen untuk dapatkan khidmat mengurut dari Abang Jamal ni, saya rasa lebih yakin. 

 

Kalau anda datang ke Nusantara Minyak Gamat ini, bolehlah dapatkan khidmat mengurut dari Abang Jamal. Kalau nak urut dekat sini, cuma boleh buat urutan bahu, tengkuk dan bahagian tapak kaki. Dekat sini tak ada tempat mengurut yang khas dan tertutup, jadi tak bolehlah nak buat urutan satu badan.

 

Saya sangat syorkan anda dapatkan perkhidmatan mengurut satu badan. Saya ada jemput Abang Jamal datang ke bilik hotel tempat saya menginap.

 

Kalau anda nak cuba dapatkan perkhidmatan mengurut dari Abang Jamal ini, bolehlah buat temujanji dengan hubungi nombor kat bawah ni ya.

017 409 7435

 

Waktu ada masa terluang sikit tu, saya sempat interview abang Jamal ni.

 

Rupa-rupanya beliau dah berpuluh tahun jadi tukang urut. Kiranya abang Jamal ni memang ada banyak pengalaman dan bukan tukang urut yang calang-calang ya.

 

Kat area Pantai Chenang memang ada banyak kedai dan rumah-rumah urut. Kalau setakat nak urut syok-syok tu bolehlah urut dekat situ.

 

Tapi kalau anda mahukan urutan yang memang terbaik, untuk buang angin dalam badan, melancarkan aliran darah, betulkan mana-mana bahagian badan yang sebelum ini ada tersalah urat, saya syorkan anda buat temujanji dengan abang jamal nanti.

 

Mintak je abang Jamal datang ke bilik tempat anda menginap.

 

Alhamdulillah, saya yang dah lama sakit belakang (dekat bahagian belikat) sekarang dah tak sakit lagi lepas dapatkan khidmat urutan dari abang Jamal. In Shaa Allah, ada rezeki datang ke Langkawi sekali lagi, saya nak dapatkan khidmat dari abang Jamal ni nanti.

Ada gambar abang Jamal ni masa muda-muda dulu sedang mengurut Tun Mahathir. Waktu ini kita boleh lihat yang Tun M pun masih muda lagi.

 

Agak-agaknya dah berapa lama masa berlalu sejak gambar tersebut diambil ya?

shopping-produk-gamat-langkawi

Baiklah itulah dia serba sedikit perkongsian saya di Gamat Nusantara ini.

 

Ingat pesanan ini… “Jangan Pulang Tanpanya” … melainkan kalau stok gamat anda banyak lagi ha3

 

 

Baca juga...

  • Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, LangkawiPantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi
  • Pengalaman menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu, Pulau LangkawiPengalaman menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu, Pulau Langkawi
  • Pengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau LangkawiPengalaman menginap di Royal Agate Beach Resort semasa bercuti di Pulau Langkawi
  • Taman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai TuaTaman Negeri Selangor – Makan tengahari dan main air sungai di Hutan Lipur Sungai Tua
  • Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron HighlandTime Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
  • Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron HighlandTerasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland
  • Homestay Seri iskandar Bota PerakHomestay Seri iskandar Bota Perak
  • Senarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di AirbnbSenarai Wishlist guesthouse dan homestay yang menarik di Airbnb
  • Pakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi SabahPakej Island Hopping dan snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
  • Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200Homestay Murah Di Pulau Pinang Bawah RM200
  • Pantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluargaPantai Morib sebagai destinasi pilihan untuk luangkan masa bersama keluarga
  • Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negaraCara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: beli produk gamat di langkawi, bercuti di pulau langkawi, gamat langkawi, gamat murah langkawi, nusantara gamat, shopping gamat murah langkawi, tempat shopping gamat

Trackbacks

  1. Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018 - Xplorasi Destinasi says:
    November 8, 2019 at 8:35 pm

    […] Jemput baca perkongsian saya disini: Shopping Produk Gamat di Nusantara Maju Enterprise […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang
  • Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay - Blog Sabree Hussin on Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam
  • Zul on Nasihat untuk mereka yang ingin berkunjung ke Sungai Kedondong Batang Kali, Selangor
  • munirah on Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda, Kedah
  • FAUZIAH on Hutan Rekreasi Sungai Tekala – Apa yang menarik?

Copyright © 2025 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in