Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD

December 31, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Apa aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga, kalau bercuti di Port Dickson?

Waktu malam, biasanya lepas dinner, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Kadang-kadang pada malam hari, ada banyak masa terluang dan masing-masing tak tahu nak buat apa.

 

Tak kan nak duduk dalam bilik sambil main handphone masing-masing je? Jika anda bercuti ke Port Dickson, dan tak tahu apa aktiviti yang nak dibuat pada waktu malam, ada beberapa aktiviti yang saya boleh cadangkan.

 

Misalnya

(1) Jalan-jalan ditepi pantai, seperti pantai Teluk Kemang ataupun Pantai Saujana. Kedua-dua pantai ini memang agak happening dan ramai orang pada waktu malam.

(2) Boleh pergi memancing ikan di Pantai Cahaya Negeri. Waktu malam ada ramai yang memancing dari jambatan. Sama ada berjaya dapat ikan atau tidak, wallahua’lam.

(3) Cari ketam di sekitar Pantai Sri Purnama. Dari pembacaan saya, dekat sini antara lokasi popular kalau nak cari ketam.

 

Ataupun kalau semua tu anda rasa tak berapa sesuai, apa kata kita singgah ke Fun Fair Teluk Kemang, Port Dickson.

 

Fun fair ini letaknya ditepi jalan dan tak jauh dengan bulatan (roundabout) batu 6. Saya dah beberapa kali melintasi fun fair ini, tapi baru kali ini saya ada peluang untuk singgah. Maklumlah, percutian ke Port Dickson pada kali ini, saya bawa bersama beberapa orang budak-budak.

aktiviti-malam-port-dickson

Jadi memang sesuailah kalau nak bawa mereka jalan-jalan ke tempat ini.

 

Ada banyak permainan yang tersedia di fun fair ini. Ada yang nampak menyeramkan. Secara peribadi, saya memang tak berani nak main permainan seperti ini. Nampak menakutkan.

 

Risau juga kalau-kalau nanti lepas main, saya jadi pening atau muntah-muntah. Lebih baik jangan cari penyakit, kan. Ada banyak lagi benda lain yang boleh dilakukan berbanding main benda-benda macam ni.

main-fun-fair-portdickson

Kemudian bila saya teringat kes-kes kemalangan yang berlaku di tapak hiburan macam ni, lagilah saya tak berani nak cuba permainan-permainan yang bersifat extreme seperti ini. Saya cuma perhatikan sahaja pengunjung lain yang bermain permainan ini. Dari mula main, sampai habis, asyik menjerit sahaja.

 

Apa yang seronoknya kalau macam tu?

fun-fair-port-dickson

Tapak fun fair di Teluk Kemang ini memang luas, dan sebenarnya ada banyak permainan yang terdapat disini. Bukan semua permainan termasuk dalam kategori extreme. Ada juga permainan yang biasa-biasa dan sesuai untuk kanak-kanak.

 

Sebelum nak main, kena beli token terlebih dahulu. Satu token harganya RM2. Kebanyakkan permainan yang ada disini, kita kena bayar menggunakan 2 token, atau bersamaan dengan RM4.

 

Ya, mahal.

aktiviti-fun-fair-portdickson

Mungkin ada pengunjung yang rasa permainan dalam ni tak berbaloi dengan harganya. Sekali sekala, kalau nak belanja anak-anak apa salahnya. Cuma kena pandai-pandai letakkan bajet. Seorang satu game dah cukup. Tak boleh nak ulang-ulang main.

fun-fair-port-dickson

Saya gunakan token yang saya ada untuk main permainan Ferris Wheel ini.

fun-fair-port-dickson

Kononnya pada puncak yang paling tinggi, yang boleh dicapai oleh ferris wheel ini, kita boleh nampak pemandangan seluruh Port Dickson!

pemandangan-port-dickson-waktu-malam

ha ha I don’t think so.

 

Kalau setakat nak tengok pemandangan seluruh tapak fun fair tu bolehlah. Baru main ferris wheel macam ni pun saya dah rasa pening kepala. Inikan pula nak cuba permainan yang lagi extreme.

aktiviti-malam-hari-port-dickson

Ada perbahasan yang berkaitan dengan isu keagamaan berhubung tentang fun fair ini. Ada permainan di fun fair yang bersifat judi, dan ada permainan yang tak bersifat judi.

 

Kalau yang bersifat judi, kita main permainan tersebut dengan harapan untuk menang hadiah yang besar, dan lagi bernilai berbanding token yang perlu dibayar.

 

Manakala permainan yang tak berbentuk judi ialah, permainan yang kita bayar sekadar untuk bersuka-ria. Contohnya kita main bumper car, ferris wheel, carousel (atau merry-go-around) dan bermain buaian.

 

Permainan tangkap itik ini mesti akan dapat hadiah. Syarat nak main, kena bayar 2 token atau bersamaan dengan RM4.

permainan-di-fun-fair

Kita tak tahu, apa hadiah yang bakal diterima. Bergantung kepada tulisan yang tertera pada bawah itik. Mungkin hadiahnya besar, dan mungkin juga hadiahnya kecil.

 

Satu lagi, kita bukannya tahu adakah semua hadiah yang dipamerkan ini, ada diwakili oleh setiap itik yang terdapat atas air? Mungkin Ya, mungkin Tidak.

 

Ada ke orang yang cukup gila, untuk tangkap semua itik yang ada atas kolam, bagi membuktikan yang peniaga tak menipu, dan setiap itik atas kolam mewakili satu hadiah yang dipamerkan?  

permainan-dalam-fun-fair-port-dickson

Kalau main benda ni, just be prepared untuk dapat hadiah yang mengarut… yang nilainya mungkin tak sampai RM4.

 

Ini satu lagi permainan yang confirm dapat hadiah.

aktiviti terbaik fun fair port dickson

Saya tak dapat nak ambil gambar dari jarak dekat. Pemain perlu golekkan bola dan biarkan bola tersebut jatuh ke ruangan yang mengandungi nombor. Nanti nombor-nombor itu semua akan mewakili apa hadiah yang bakal anda dapat.

 

Hadiah paling besar adalah TV jenama LG… yang saya tengok macam dah agak buruk dan berhabuk. Mungkin terlalu lama berada atas rak, dan tak ada siapa yang menang hadiah tu. Permainan ini, hampir mustahil untuk dapatkan hadiah paling besar.

 

Bawah ini pula permainan baling gelung atas botol.

aktiviti-malam-di-port-dickson

Siapa dapat baling dengan tepat, akan dapat hadiah. Hadiah berupa patung, keychain dan lain-lain.

Atas ini pun main baling gelung juga, cuma kali ini bukannya baling atas botol. Siapa dapat masukkan gelung atas batang-batang tersebut, akan dapat hadiah juga.

 

Bawah ini pula baling token atas pinggan atau mangkuk.

aktiviti-waktu-malam-port-dickson

Setiap mangkuk atau pinggan mewakili hadiah tertentu. Kalau kita target mangkuk, hadiahnya tidaklah begitu besar kalau nak bandingkan dengan target pinggan yang leper.

 

Hadiah paling besar adalah gelang tangan emas 916. Cuba bayangkan, harga satu token ialah RM2 sahaja, dan kalau berjaya menang gelang emas 916, berapa kali ganda untung boleh dapat tu? 

 

Jangan tertipu dengan permainan yang nampak mudah untuk dimenangi. Peniaga juga dah tentu nak untung. Boleh jadi dia sebenarnya dah untung lagi banyak, berbanding apa yang difikirkan oleh pemain lain.

 

Ada banyak permainan di fun fair ini, adalah permainan yang bergantung kepada nasib baik untuk dimenangi. Jadi persoalannya ialah, bolehkah kita target nasib baik? Saya rasa, mana-mana permainan yang jelas bergantung kepada nasib untuk menang, tak perlu susah payah nak target, bidik, asah skil dan sebagainya. Main sahaja… dan tentu hasilnya sama iaitu, peniaga tersebut yang akan menang (untung).

 

Apapun, malam tu at least kami dapat isi masa bersama. Itu lagi baik berbanding masing-masing buat hal sendiri dalam bilik. Kalau anda bawa anak kecil tu, pandai-pandailah nak terangkan pada anak-anak anda itu nanti, mana satu yang judi, mana satu yang tidak.

 

Jom, kalau ada masa apa kata anda juga explore tempat ini, Fun Fair Teluk Kemang, Port Dickson.

 

Baca juga...

  • Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port DicksonWindmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
  • Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluargaPantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga
  • Pantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port DicksonPantai Tanjung Gemok – Tempat mandi semasa bercuti di Port Dickson
  • Lawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port DicksonLawatan ke Muzium Lukut semasa bercuti ke Port Dickson
  • Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson – Jom Explore!
  • Pantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port DicksonPantai Cahaya Negeri – Salah satu pantai POPULAR di Port Dickson
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Senarai tempat menarik di Kota BharuSenarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBondaPengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Pantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port DicksonPantai Tanjung Tuan – Salah satu pantai menarik di Port Dickson
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tempat Menarik Tagged With: aktiviti waktu malam di port dickson, apa nak buat waktu malam di port dickson, bercuti ke port dickson, fun fair port dickson, fun fair teluk kemang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Strategi memberikan Pengalaman Penginapan TERBAIK kepada tetamu homestay - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Hard sell atau soft sell - Nak guna yang mana? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Adakah blog masih relevan? - Blog Sabree Hussin on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog? - Blog Sabree Hussin on Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in