Pernah tak anda menerima panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali, dan apabila anda jawab panggilan tersebut, anda diberitahu yang nama anda terpilih untuk menerima voucher penginapan percuma di hotel terpilih yang terdapat di Malaysia?
Adakah tawaran ini benar-benar percuma? Adakah ianya boleh dipercayai?
Saya juga pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama. Jadi dalam posting ini, saya nak cerita serba sedikit pengalaman yang saya dah lalui.
Isteri saya menerima panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali. Suara disebelah sana, memperkenalkan diri sebagai wakil dari Easturia Vacation Club.
Nama isteri saya, terpilih untuk menyertai program Jelajah 1 Malaysia 2017 bersama Easturia (Dibawah pengurusan Sara Worldwide Vacations Berhad, Subsidiari Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak @ SEDC)
Langkah seterusnya, kami dijemput untuk hadir ke pejabat mereka yang terletak di Neo Damansara Residence, bagi mengikuti sesi pengenalan dan perkongsian pendapat mengenai pengalaman percutian. Masa yang diperlukan adalah lebih kurang 45 minit sahaja.
Setelah ikuti sesi pengenalan ni, saya dapati masa 45 minit memang tak cukup nak cerita semua. Sekurang-kurangnya, kena luangkan masa 1 jam 30 minit atau lebih. Tapi itulah, kalau kata kena luangkan 2 jam, nanti susah pulak orang nak datang selepas diberi tawaran ni.
Jadi, jika anda merancang untuk datang ke sesi pengenalan seperti ini, saya syorkan hari tersebut anda benar-benar free. Kalau ada jadual yang ketat, dan ada appointment lain selepas sesi pengenalan ini, anda mungkin susah nak fokus.
Saya sendiri ada plan lain pada hari tersebut. Tapi disebabkan wakil Easturia ni kata, cuma 45 minit, maka saya datang juga ke tempat mereka. Tapi jangan haraplah saya nak duduk situ lama-lama.
Sebelum datang ke sini, kami dah beritahu siap-siap. Kami datang hanya untuk dapatkan free voucher sahaja.
Ya, kami tak ada masalah untuk luangkan masa untuk sesi pengenalan tersebut, tetapi kami dah beritahu awal-awal yang kami tidak akan beli apa-apa, ataupun buat sebarang pendaftaran, untuk jadi ahli, sama ada pendaftaran tersebut percuma atau berbayar.
Well, kalau pendaftaran percuma mungkin saya akan consider lagi. Itupun bergantung kepada apa tawaran mereka. Tetapi, kalau pendaftaran berbayar, besar kemungkinan memang saya tak akan terima.
Sebelum sampai ke Pejabat Easturia Vacation Club ni, saya sempat tanya pada isteri saya.
“Kalau tiba-tiba diorang mintak kita bagi referral macam mana? Contohnya mintak nombor telefon kawan-kawan yang mungkin minat dengan offer yang sama?”
Saya pernah baca di internet, ada program seumpama ini, (definitely bukan Easturia Vacation Club) yang memaksa tetamu yang hadir untuk berikan nama dan nombor telefon kawan-kawan lain sebagai sebahagian daripada syarat WAJIB untuk melayakkan diri dapat voucher tersebut. Saya juga tak bersetuju dengan tindakan seperti itu.
“Kalau diorang mintak nombor telefon, kita bangun then blah. Cakap kat dia pasal Personal Data Protection Act (PDPA). Kita tak boleh sewenang-wenangnya nak bagi macam tu je.”
Sebenarnya, saya pun bukan faham sangat tentang akta ni. Tetapi saya setuju untuk tak berikan nama dan nombor telefon kawan-kawan, untuk tujuan marketing. Maklumat ini adalah berharga.
Saya sendiri terlibat dalam bidang marketing. Memang ada syarikat yang sanggup bayar dari semurah RM0.10 hinggalah ke RM7 untuk dapatkan nama, alamat emel dan nombor telefon bakal pelanggan. Jadi, takkan lah semudah itu untuk saya berikan secara percuma.
Untuk itu, saya katakan, Easturia ni bagus sebab dia tak mintak nombor phone kenalan kita.
Sesi pengenalan dan sharing berjalan dengan lancar. Dalam sesi tersebut, memang tiada sebarang pujukan ataupun paksaan untuk join sebagai ahli kelab atau beli sebarang pakej. Hanya sesi perkongsian semata.
Mungkin, sebab saya beberapa kali telah memberi isyarat yang kami tak berminat, dan datang hanya untuk dapatkan tawaran free voucher sahaja.
Hotel dan lain-lain tempat penginapan yang ditawarkan dalam program percutian ini sebenarnya merangkumi hotel dari dalam dan luar negara. Saya tak dapat nak berikan senarai hotel dan saya tak ingat semua. Lagipun, wakil syarikat yang memberi penerangan kepada kami, tak memberi sebarang brochure untuk kami bawa balik.
Saya pun tak catat penerangan dari wakil tersebut.
Atas ini antara mereka yang turut dijemput untuk mendengar taklimat tentang program ini.
Selepas mendengar taklimat, kita akan dapat voucher percuma, tanpa sebarang kos dan bayaran. Penginapan di hotel terpilih di semenanjung Malaysia selama 2 hari 1 malam, ataupun boleh pilih untuk menginap di Sarawak 3 hari 2 malam.
Sabah tak termasuk dalam senarai. Kali pertama saya baca tawaran voucher percuma, saya pun tak perasan yang Sabah tak termasuk dalam destinasi percutian yang melayakkan untuk dapat voucher percuma tu.
Setelah lebih satu jam, akhirnya dapat voucher yang dijanjikan. Untuk hotel, saya pilih somewhere yang dekat je. Saya pilih untuk menginap di Resorts World Genting (First World Hotel).
Sebenarnya ada juga wakil syarikat yang syorkan kami pilih hotel di Sarawak. Satu sebab HQ mereka di Sarawak, jadi bila kita pilih Sarawak, at least bolehlah kami ni menyumbang kepada industri pelancongan di Sarawak.
Tapi itu la, nak kena consider beberapa perkara. Antaranya
- Tiket penerbangan. Kena selalu semak laman web ini untuk cari tiket penerbangan murah.
- Kena ambik cuti yang lebih panjang.
- Bila dah ada di Sarawak, mesti nak kena sewa kereta pulak.
Jadi saya rasa, pilihan yang lebih mudah adalah pilih Genting sahaja. Itupun kami masih belum decide, bila nak pergi? Voucher percuma dari Easturia Vacation Club ini hanya valid dari 13 Oktober 2017 sampai 12 Februari 2018 sahaja.
Jadual saya dan isteri memang agak penuh. Selain itu, kami dah ada tiket penerbangan dan tempahan hotel di beberapa tempat. Mungkin, kalau nak pergi nanti, tahun depan agaknya.
Sebenarnya, saya menjangkakan, voucher percuma ni 100% computerized sebabnya wakil Easturia tu beberapa kali cakap kat kami, mereka sedang prepare voucher. Seolah-olah macam susah sangat nak sediakan voucher percuma tu. Tapi bila dapat, rupa-rupanya tulis tangan macam ni je. Tak susah pun.
So ayat “tunggu sekejap ya, kami nak prepare voucher untuk encik…” hanyalah ayat untuk melengah-lengahkan masa sahaja. Taktik jualan sahaja tu.
Saya nak cerita sedikit tentang voucher ni. Ini penting untuk perhatian anda.
Walaupun benda ni agak bosan, iaitu tentang terma dan syarat, tetapi macam mana pun kena tahu.
(1) Voucher is only valid for (3) months from the date off issuance.
Kena take note tarikh valid voucher tu. Rancang percutian anda, dan jangan sampai terlupa pulak voucher ni. Voucher ni bukan percuma, sebab anda kena luangkan masa untuk dengar taklimat kan.
(2) Voucher is non-transferable or extendable and not valid for use with other promotion/discount voucher.
Cuma anda dan nama pasangan yang tertera pada voucher sahaja yang boleh guna. Kalau anda ada isteri nombor dua, tak boleh bawa dia.
(3) Voucher utilization are not valid during peak season (i.e. school holiday, eve of public holiday, festive period) and weekend (Friday, Saturday and Sunday nights)
Jadi yang tinggal hanya Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis sahaja. Ya, hari biasa. Pandai-pandai la korang nak ambik cuti. (itupun kalau dapat)
(4) Voucher is applicable for room only. Breakfast and other incidental expenses incured by guest are on guest own account and payable to resort upon check out.
Voucher ni untuk bilik sahaja. Lain-lain perbelanjaan sila gunakan duit sendiri.
(5) All reservation request(s) must be submitted and received by BSM Vacation Marketing Sdn Bhd (BSM Vacation) via email at reservation@bsmvacation.com or walk into respective BSM Vacation office twenty-one (21) days prior to the preferred check in date. Any reservation done in less than twenty-one (21) days will not be entertained.
21 hari sebelum nak pergi bercuti, kena buat booking dulu melalui BSM. Kalau kurang dari 21 hari, mereka kata mereka tak akan layan.
(6) All reservation requests are subject to room availability of respective accomodation units.
Kalau bilik dah penuh, memang tak akan dapat.
(7) Upon confirmation of reservation, original voucher must be submitted to BSM Vacation for redemption of check ini document.
Voucher ni jangan dihilangkan. Masa nak check in nanti kena bawa bersama voucher ni. Hmm.. saya pun tak tau, kenapa pada tahun 2017 ni, masih lagi nak guna sistem manual macam ni. Sedangkan masa nak claim voucher, mereka mintak nama penuh, dan nombor kad pengenalan. Sepatutnya maklumat tersebut dah cukup, kan?
(8) No amendments or cancellation of reservation is allowed after confirmation of reservation.
Bila booking dah confirm, tak boleh ubah dan tak boleh cancel. Kalau anda tak jadi pergi atau tak boleh pergi, voucher tersebut akan dikira hangus sahaja.
(9) Policies and Rules & Regulations of the respective hotel/apartment accomodation are to be adhered to at all times during the stay.
Ini biasalah. Kena ikut peraturan hotel atau aparment tempat kita menginap nanti.
(10) Each invitee is only entitled to one (1) free BSM Vacation complimentary accomodotion voucher within 2 years period. Any additional voucher issued to the same person within 2 years shall be considered void and null as complimentary.
Setiap orang cuma boleh dapat satu voucher sahaja dalam masa dua tahun. Kalau kebetulan dapat dua atau tiga, hanya satu sahaja yang akan dianggap valid dan selebihnya tidak sah untuk digunakan.
Jujur saya katakan, saya rasa penerangan yang diberikan masih tak habis dan tak berapa lengkap. Mungkin sebab dari awal-awal lagi, saya dah memberikan isyarat yang saya tak akan join.
Maklumat seperti berapa kena bayar untuk jadi member Easturia Vacation Club tidak dinyatakan. Saya pun nak cepat untuk ke urusan seterusnya pada hari tersebut.
Pada waktu catatan ni saya tulis, saya masih belum plan nak gunakan voucher ni. Nanti, bila saya dah sedia nak gunakan voucher ni, saya akan kongsikan pengalaman tersebut. Saya harap, proses untuk buat tempahan menggunakan voucher percuma ini MUDAH, SENANG dan CEPAT. Apa pun, kita tengok nanti macam mana.
Sekian dulu. Kita jumpa dalam posting yang akan datang pula ya.
UPDATE
Mungkin ada pembaca blog ini yang nak tahu, apa jadi dengan voucher percuma yang saya dapat ini? Adakah ianya berjaya ditunaikan?
Sila baca update saya tentang voucher tak guna ni disini ya: Kisah voucher percutian PERCUMA yang tak laku
***
Secara peribadi, saya lebih syorkan anda buat tempahan di Airbnb, menggunakan Travel Credit bernilai RM120 ini berbanding layan voucher percuma macam ni.
Ryan Lee says
Thanks for the information. Getting the same call from Easturia for free voucher as well.
Sabree Hussin says
Hi Ryan Lee. You are most welcome. Will you going to their office to claim the free voucher?
Khairuddin Dahalan says
Saya dah pergi and dapat voucher… usah percaya.. penipu… kalau nak book standart jawapan, semua bilik fully booked…
Sabree Hussin says
Ya, saya pun tak dapat book. Jawapan yang sama. Fully booked. Cuma saya belum ada masa nak buat review pasal program ni based on pengalaman saya.
Burlesque says
I also received the phone call frm them ysterday… Thy ask me to claim the voucher asap. But i dont believe all this..
Sabree Hussin says
Why need to claim it ASAP? There is no need to rush, unless they desperately need that sale!
CY says
Jangan jadi ahli. Mereka ni penipu. Apabila u nak tempah bilik, mereka asyik je kata ‘cannot confirm atau fully book’ tetapi duit tetap bayar dan tak boleh dipulangkan. Mereka ni hanya nak resap duit kita ni. Pi dengar ambil voucher ok lah tetapi jangan jadi ahli. No u-turn nanti.
Sabree Hussin says
Saya sudah ambil voucher tapi voucher tersebut langsung tak berguna