Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia

July 24, 2018 by Sabree Hussin 38 Comments

Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia memang cukup terkenal dengan pelbagai promosi tiket penerbangan murah.

 

Setiap tahun, promosi yang dinanti-nantikan sudah pasti adalah promosi Zero Fare. Dalam promosi ini, kita tak perlu bayar harga tiket. Namun itu bukan bermakna kita tak perlu bayar apa-apa.

 

Kita masih lagi perlu bayar airport tax, baggage, meals, insurans, in-flight entertainment dan sebagainya. Setiap kali pihak AirAsia menjalankan promosi besar-besaran, selalunya memang ramai yang akan berlumba-lumba untuk dapatkan tiket penerbangan dengan harga murah tersebut.

tiket-tambang-murah-airasia

Pernahkan perkara ini terjadi kepada anda? Bila dah siap buat booking, baru perasan… terdapat kesalahan pada tiket penerbangan yang telah ditempah! Kali ini, saya akan cerita mengenai jenis kesalahan yang biasa berlaku, dan cara penyelesaiannya.

 

 

Kesalahan NAMA pada tiket penerbangan Air Asia

Sekiranya anda dapati, terdapat kesalahan nama pada tiket penerbangan Air Asia yang telah anda beli, maka langkah seterusnya adalah… BUAT PEMBETULAN.

 

Bila dah buat silap, kenalah buat pembetulan. Sepatutnya soalan seperti, “saya dah buat silap pada nama saya, perlu ke saya buat pembetulan?”  tidak ditanyakan.

 

Saya dah banyak kali ditanyakan soalan macam tu. Walaupun bunyinya macam kelakar, namun itulah hakikatnya. Jadi lepas ni, jika anda dapati terdapat kesilapan pada tiket penerbangan anda, segera lakukan pembetulan.

 

Macam mana nak tahu sama ada kesilapan pada ejaan nama tu perlu dibetulkan atau tidak? Senang sahaja. Kalau nama pada tiket ejaannya tak sama seperti mana yang terdapat pada kad pengenalan atau passport, bermakna kenalah buat pembetulan, walaupun kesalahannya hanya satu huruf sahaja.

 

Ini adalah prosedur yang perlu dilakukan jika terdapat kesalahan ejaan pada tiket penerbangan anda.

cara-betulkan-nama-pada-tiket-airasia

Screenshot diatas saya ambil dari laman web rasmi Air Asia.

 

Dibawah ini pula adalah versi bahasa Melayu.

cara-betulkan-ejaan

Walaupun begitu, pembetulan ini adalah subject to approval. Oleh itu, sila berhati-hati ketika buat tempahan, kerana dengan kesilapan tersebut, anda mungkin terpaksa beli tiket baru, jika pihak Air Asia tidak membenarkan anda membuat pembetulan.

 

 

Contoh-contoh kesalahan yang biasa berlaku

Menurut laman web Air Asia, kesalahan yang dibenarkan untuk lakukan pembetulan adalah seperti berikut

  1. Kesilapan semasa mengeja nama, boleh jadi terlebih huruf atau tertinggal huruf
  2. Anda perlu masukkan nama English atau keluarkan nama English pada tiket yang dibeli
  3. Kesilapan meletakkan jantina pada tiket, sepatutnya Mr tetapi masa tempahan anda letak Ms
  4. Susun atur nama anda terbalik, antara First Name dengan Last Name

 

Semua kesilapan diatas perlu dibetulkan. Cara untuk perbetulkan kesilapan tersebut juga sangat mudah.

 

Cara melakukan pembetulan nama pada tiket Air Asia

Mula-mula sekali, sila ke halaman eform atau eborang.

cara-betulkan-tiket-airasia

Pilih Enquiry/Request. Kalau versi Bahasa Melayu, pilih pertanyaan/permintaan.

 

Seterusnya isikan borang tersebut dengan selengkapnya, dan hantar.

pembetulan-tiket-airasia

Sub Category 1 pilih Booking

Sub Category 2 pilih Name Correction.

 

Sila pastikan anda kepilkan bersama dokumen-dokumen pengenalan diri anda sebagai rujukan.

 

Bila dah hantar e-form ini, langkah seterusnya adalah hubungi Air Asia pula menerusi

  1. Live Chat
  2. Twitter

 

Itu sahaja prosedurnya. Senang sahaja.

 

 

Apa akan berlaku jika saya tak buat pembetulan pada tiket penerbangan saya?

Saya tak pernah buat kesilapan ejaan. Kalau nak cerita melalui pengalaman, saya sendiri tak ada pengalaman buat silap seperti ini. Saya juga tak tahu, apa tindakan yang bakal diambil sekiranya anda biarkan tiket penerbangan anda terdapat kesalahan ejaan.

 

Setiap penumpang perlu melalui pemeriksaan awal sebelum masuk ke boarding hall.

tiket-murah-airasia

Dipintu ini, anda akan melalui pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pegawai beruniform.

 

Sekiranya nama pada tiket anda TAK SAMA dengan nama pada dokumen pengenalan diri anda, anda berkemungkinan akan dihalang daripada memasuki boarding hall. Perbezaan ejaan (walaupun nampak kecil) boleh membawa maksud anda sebenarnya adalah orang yang berbeza.

 

Misalnya Sabri Hussin dengan Sabree Hussin. Bezanya cuma huruf i dengan huruf ee. Namun tak mustahil kalau di Malaysia ini, ada orang lain bernama Sabri dan nama ayah Hussin. Tapi orangnya adalah berbeza.

 

Kesalahan saya kecil sahaja, perlu ke buat pembetulan?

Kalau dah namanya kesalahan sudah tentu kena buat pembetulan. Jangan ambik risiko dan jangan ambik mudah. Sebaik sahaja anda sedar terdapat kesalahan ejaan pada tiket penerbangan anda, segera lakukan pembetulan.

 

Contoh kesalahan yang perlukan pembetulan

Situasi 1: Saya tersalah meletakkan Mr kepada nama penumpang. Sepatutnya letak Ms sebab dia wanita. Apa perlu dilakukan?

Isi borang eform, kemudian hubungi Air Asia melalui Live Chat, dan twitter.

 

Situasi 2: Saya tak letak BIN dan BINTI pada nama. Ada masalah ke?

Tak ada masalah. BIN dan BINTI bukannya nama. Ianya sama seperi A/L atau A/P. Yang penting letak nama.

 

Situasi 3: Nama yang saya letakkan pada tiket TERBALIK. Sepatutnya Sabree Hussin. Tetapi terbalik jadi Hussin Sabree. Apa perlu saya buat?

Isi borang eform, kemudian hubungi Air Asia melalui Live Chat, dan twitter. Jika penerbangan domestik, pastikan anda attach bersama kad pengenalan, dan jika penerbangan anda adalah international, pastikan anda sertakan bersama sesalinan passport.

 

Situasi 4: Nama pada kad pengenalan dan nama pada passport saya berbeza. Apa yang patut saya buat?

Semasa buat booking tu, tuliskan nama mengikut dokumen pengenalan diri yang anda ingin atau bakal gunakan. Misalnya, kalau penerbangan domestik dan anda menggunakan kad pengenalan sebagai dokumen pengenalan diri, maka pastikan nama pada tiket sama dengan nama pada kad pengenalan (termasuk ejaan).

 

Situasi 5: Nama saya ada simbol @ dan – apa yang perlu dibuat? Saya tak boleh key in masa buat booking!

Untuk situasi ini, pihak Air Asia memberi jawapan seperti dibawah ini.

Anda tak perlu masukkan simbol tersebut semasa buat booking dan gantikan dengan jarak atau space.

 

Update Ogos 2019

Sekarang ada cara yang lebih senang kalau nak buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia. Kita boleh buat live chat dengan AVA atau Air Asia Virtual Allstar.

 

(1) Mula-mula layari laman web Air Asia

Klik pada gambar AVA seperti yang saya tandakan dengan anak panah diatas.

 

(2) Mulakan chat dengan AVA

Pilih topik Booking Changes seperti yang saya tunjukkan diatas.

 

Perbualan dengan AVA akan diteruskan kepada topik yang lebih spesifik yang berkaitan dengan Booking Changes. Oleh sebab kita nak buat pembetulan ejaan nama pada tiket, jadi kita pilih Change of Guest’s Details.

 

Lepas tu AVA akan terangkan yang mengikut polisi Air Asia, penukaran penumpang adalah TIDAK DIBENARKAN. Namun jika terdapat kesalahan pada ejaan, ianya masih boleh dimaafkan dan boleh dilakukan.

 

Seterusnya AVA akan tanya, dimana kesalahan ejaan itu berlaku? Adakah pada nama pertama (first name) atau nama keluarga (last name)?

 

Andai kata yang salah adalah pada first name, maka anda tekanlah klik pada first name.

 

Jawab soalan seterusnya yang ditanyakan oleh AVA. Kali ini AVA minta nama penuh seperti dalam kad pengenalan atau passport.

 

Bila dah masukkan nama penuh, AVA akan minta alamat emel pula.

Kemudian masukkan pula booking number penerbangan anda.

 

Saya terpaksa berhenti sampai sini, sebab saya tiada booking number yang tersalah ejaan. Jadi, jika anda ada masalah kesilapan ejaan teruskan dengan langkah seterusnya, iaitu berikan nombor tempahan dan ikut sahaja step seterusnya yang diminta oleh AVA.

 

Baiklah, semoga dengan penerangan ini, dapat membantu anda menyelesaikan masalah kesalahan ejaan pada tiket penerbangan anda. Jemput juga baca perkongsian saya sebelum ini tentang proses dan prosedur apabila anda berada di KLIA 2.

 

Sebelum tu, boleh saya tahu sama ada anda dah mempunyai tempat penginapan untuk percutian anda nanti?

diskaun-airbnb

Kalau masih belum ada lagi, saya nak ajak anda untuk cari tempat penginapan menggunakan perkhidmatan dari laman web Airbnb ini. Menggunakan laman web ini, anda boleh dapatkan diskaun sebanyak RM120 dengan mendapatkan travel credit menerusi pautan ini.

 

Selamat bercuti!

 

 

Baca juga...

  • Mandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot SpringMandi air panas di Kolam Air Panas Poring – Poring Hot Spring
  • Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?Bagaimana cara solat dalam kapal terbang?
  • Sungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluargaSungai Kedondong Batang Kali Selangor – Tempat PILIHAN untuk luangkan hujung minggu bersama keluarga
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
  • Santapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajetSantapan tengah hari di Warong Udang Galah Kuala Selangor dengan harga bajet
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lainKelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain
  • Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?Apa yang menarik di Pantai Corus Paradise Port Dickson?
  • Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port DicksonPengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itineraryPercutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary
  • Pengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau PangkorPengalaman menginap di Anjungan Beach Resort semasa percutian di Pulau Pangkor
  • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah PerakPulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Umum Tagged With: air asia, betulkan nama pada tiket air asia, cara buat pembetulan pada tiket air asia, tiket air asia

Comments

  1. Husna Ismail says

    August 15, 2018 at 6:08 pm

    Live chat & twitter tu, kena contact dua2 ke atau contact salah satu?
    Kalau kat twitter kena mesej ke atau tweet kat air asia? Huhu x pandai main twitter

    Reply
    • Sabree Hussin says

      August 28, 2018 at 6:40 pm

      Kalau macam tu guna Live Chat ye. Lebih senang. Nanti chat macam biasa je.

      Reply
  2. jiha says

    October 17, 2018 at 7:12 pm

    kalau nama sepatut nya Nurfatihah tp tertulis Nur Fatihah.. mcm mne ye? kesalahn jarak.. kme btul kan jugak ke?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      October 18, 2018 at 5:39 pm

      Kesalahan yang perlu diperbetulkan adalah yang melibatkan penggunaan huruf. Tapi kalau nak minta betulkan, hubungi saja Air Asia. Mereka akan berikan jawapan yang lebih tepat mengenai SOP mereka.

      Reply
    • Zanna says

      November 15, 2018 at 9:50 pm

      Saya terletak nama bapa saya dlm tiket tu ttpi klau ikutkan ic nama sy x binti… so apa yg perlu sy buat?

      Reply
      • Sabree Hussin says

        November 16, 2018 at 11:09 am

        Hubungi pihak Air Asia melalui Live Chat untuk dapatkan nasihat dari mereka ya.

        Reply
  3. Marzuki says

    January 26, 2019 at 11:27 pm

    Saya terletak mohammad tetapi sepatutnya muhammad. Perlukah di perbetulkan. ?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      January 30, 2019 at 8:29 am

      Ya PERLU. Consider ia sebagai misspelling. Sudah dinyatakan dalam artikel.

      Reply
      • Noorshakina says

        January 21, 2020 at 2:48 pm

        Kalau saya dah beli tiket dlu sebelom renew passport boleh lepas ke tidak?

        Reply
        • Sabree Hussin says

          January 21, 2020 at 5:46 pm

          Boleh je tak ada masalah.

          Reply
  4. Khadizah says

    March 16, 2019 at 11:13 pm

    Terima kasih share tentang benda ni..saya baru sahaja betulkan nama penumpang lepas baca artikel ni..?

    Reply
  5. mohd rashid bin tahir says

    April 22, 2019 at 10:32 am

    Kalau dalam passport ada middle name tpi masa book tiket cuma ada ruangan Given name dan Surname, mcm mana tu?kena buat pembetulan ke jugak?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      April 23, 2019 at 3:10 pm

      Kalau travel document yang digunakan adalah passport, maka nama yang tertera di passport dengan tiket Air Asia mesti sama.

      Surname ialah famili name atau nama ayah

      Given name masukkan nama kita sendiri. Jika ada middle name, masukkan disini beserta dengan first name.

      Untuk situasi tuan, jika dah jelas nama pada travel document dengan tiket ada perbezaan, kena buat pembetulan.

      Reply
  6. lynn says

    April 25, 2019 at 9:13 pm

    sy terlupa letak bin dan binti ikut tiket airasia utk pergi ke langkawi adalah ada masalah yg timbul

    Reply
    • Sabree Hussin says

      April 26, 2019 at 12:18 pm

      maksud? Tak letak perkataan “binti” atau tak letak nama ayah? Kalau cuma tak letak bin dan binti tak ada masalah. Saya pun tak pernah letak. Kalau tak letak nama ayah, atau last name, yang itu kena buat pembetulan.

      Reply
  7. Agnes says

    May 2, 2019 at 3:35 pm

    Kalau x letak anak kepada? Tp dh letak nama ayah x apa juga ke ?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      May 2, 2019 at 9:32 pm

      ya tak ada masalah.

      Reply
  8. Sofia says

    July 8, 2019 at 1:54 pm

    Masa buat booking tu mmg tak keluar nak select mr / mrs , yg keluar cuma kena suru tick female or male, tp skrg sya nak cek either male or female saya letak betul ke salah , tengok dekat boarding pass tak keluar pula remarks male or female

    Reply
  9. Hafizan says

    August 11, 2019 at 1:42 pm

    Kalau nama booking tulis semua huruf kecil boleh ke ?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      August 16, 2019 at 4:58 pm

      boleh

      Reply
  10. azlin says

    October 11, 2019 at 6:13 pm

    Contoh nama dalam passport NORAZLINDA MOHAMED JINGGA masa booking ticket AA saya letak Norazlinda Mohamed Jingga (setiap nama huruf depan sahaja yg besar)

    akan ada masalah ke nanti ke?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      October 14, 2019 at 4:57 pm

      Ejaan @ huruf tu masih dikira betul lagi tu.

      Reply
      • nazira binti jarib says

        May 18, 2023 at 3:21 pm

        encik…dalam kad pengenalan saya
        nazira binti jarib
        tapi dekat tiket saya tertulis
        nazira binti jariv

        perlu kah saya buat pembetulan

        Reply
        • Sabree Hussin says

          May 27, 2023 at 9:27 pm

          Ya perlu buat. Asalkan ada kesilapan ejaan, tetap perlu buat pembetulan.

          Reply
  11. Nurul says

    October 19, 2019 at 4:20 pm

    Salam.
    Saya ada terbaca di ruangan blog lain mengatakan perlu diletakkan Bin / Binti semasa membuat tempahan tiket. Saya dah pun menempah tiket dgn AA utk ke Jeju thn depan sblm saya terbaca mengenai artikel tersebut. Tapi bila di sini Tuan nyatakan ianya bukan satu kesalahan dan masalah, lega sikit hati saya.

    Maknanya, ia tidak jd masalah kan?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      October 21, 2019 at 1:16 am

      Wasalam,

      Sebagai langkah keselamatan, saya syorkan cik Nurul rujuk semula nama pada passport dan juga pada tiket penerbangan. Kalau ada binti pada passport, masukkan binti tersebut pada tiket penerbangan.

      Memandangkan ini adalah penerbangan international, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga. Proses untuk betulkan juga tak susah.

      Reply
  12. Thaqisyia says

    October 27, 2019 at 12:36 am

    Untuj beli tiket kapal terbang secara online, perlu ada nama keluarga ataupun surname… Klau tak ada macam mne ye?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      November 6, 2019 at 12:03 am

      Ok mudah sahaja. Peraturan paling asas ialah, kita kena lihat pada dokumen perjalanan. Jika dalam negara, kita guna kad pengenalan. Kalau luar negara, kita guna passport.

      Andai kata dalam passport kita tulis nama satu sahaja, iaitu “Azman”, maka masa nak beli tiket tu tulis seperti ini
      First name – Azman
      Last nama – Azman

      Reply
  13. Makhluk says

    January 7, 2020 at 6:23 pm

    salam . Saye nak g bandung je tapi tak letak nama binti . Okay tak ? Siapa ada pengalaman . Biasa dalam msia okay je tapi sebab ni international kang mereput kat airport pulak kang . Dala beli utk kawan lain semua tak letak binti ?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      January 13, 2020 at 11:17 pm

      Kalau dalam passport ada letak binti, better contact Air Asia dan mintak mereka letakkan binti tu

      Reply
  14. suzana ibrahim says

    February 24, 2020 at 11:50 am

    Saya dah ikut step yang tuan bagi untuk buat pembetulan nama pada tiket airasia
    Lepas itu last keluar connect ti=o my fellow allstar , saya dah klik tp selepas tu dah tak tahu nak buat macamana. Adakah saya kena tungu email dari airasia atau apa lg yang patuh saya lakukan
    terima kasih

    Reply
  15. SARINAH BINTI JAIMIL says

    January 2, 2021 at 3:04 pm

    Thank you so much! Kalut dah tadi silap tekan Mr tu..Syukur jumpa blog ni. Sangat-sangat membantu.

    Reply
  16. AZHA BIN AB RASHID says

    April 29, 2021 at 3:11 am

    saya tersalah isi tarikh tamat tempoh pasport. cara buat pembetulan semula

    Reply
  17. syakirah says

    October 20, 2021 at 10:12 pm

    hi nak tanya jika nama booking detail saya hanya SITI FATIMAH sahaja boleh ke ?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      October 21, 2021 at 1:23 am

      Nama penumpang perlu sama seperti dalam travel document, misalnya kad pengenalan atau passport. Jika nama tak lengkap perlulah buat pembetulan.

      Reply
  18. Ramika says

    December 14, 2021 at 11:18 pm

    Salam.tuan.saya punya nama tunggal.Ramika.saya dari sabah perlu ke kuala lumpur.di ruangan surname apa perlu Saya isi?

    Reply
  19. alin says

    June 10, 2022 at 9:06 pm

    hye, saya dah pergi ke ruangan air asia tapi tak jumpa e-form tu

    Reply

Trackbacks

  1. 25 Sebab kenapa orang memulakan bisnes sendiri - Blog Sabree Hussin says:
    April 2, 2019 at 11:27 pm

    […] contoh kalau kita nak beli tiket kapal terbang Air Asia. Sebelum buat bayaran, kita akan diminta untuk baca dan setuju dengan terma dan syarat terlebih […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in