Xplorasi Destinasi

Ekspedisi Jelajah Bumi Tuhan

  • Tentang Kami
  • Arkib
  • Hubungi Kami

Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara

September 24, 2018 by Sabree Hussin 3 Comments

Apabila pergi bercuti, salah satu perbelanjaan yang agak besar yang kita perlu keluarkan adalah belanja untuk tempat penginapan.

 

Untuk dapatkan tempat penginapan yang baik, biasanya harganya adalah sekitar RM200 dan keatas.

tempah-hotel-melalui-airbnb

Harga yang bawah RM200 pun ada. Malahan kalau nak cari tempat menginap dengan harga bawah RM100 pun masih ada lagi, TETAPI kita tak bolehlah nak mengharapkan perkhidmatan yang terlalu baik.

 

Bukan saya nak kata, anda pasti akan dapat perkhidmatan yang buruk… tidak. Tetapi, perkhidmatan yang anda bakal perolehi adalah biasa-biasa sahaja.

 

Kalau tengok dekorasi dalam bilik, juga biasa-biasa sahaja. Tak perlu terkejut, kalau anda dapat bilik yang dilengkapi dengan perabot yang agak usang, dinding yang tak bercat, katil besi dengan tilam yang agak keras, serta pemandangan yang tak begitu menarik.

 

TV yang disediakan mungkin tak ada channel yang kita boleh tonton, alat penyaman udara yang tak sejuk, dan macam-macam lagi. Saya rasa, kalau bilik bawah harga RM100, dan dalam bilik itu ada disediakan aircond yang berfungsi dengan baik, tak bocor, itu dah kira baik.

 

Bagaimana cara nak jimatkan kos penginapan apabila pergi bercuti?

Kalau kita pergi bercuti dekat tempat yang tak berapa jauh, mungkin setakat menginap satu malam dah cukup.

 

Tapi bagaimana kalau satu hari nanti, anda nak pergi bercuti di tempat percutian, yang agak jauh, dan anda perlu menginap sekurang-kurangnya dua atau tiga malam? Pasti pada waktu itu, agak terasa juga nak bayar kos penginapan yang agak mahal.

 

Kalau bilik tersebut berharga RM300 satu malam, dan anda menginap 3 malam, untuk penginapan sahaja dah kena bayar RM900!

 

Lebih kurang sama, macam kos untuk bayar sewa rumah selama sebulan. Ini contoh sahaja.

 

Buat perbandingan harga

Kita ambil nasihat yang selalu diberikan oleh Trivago dalam setiap iklan-iklan mereka. Sebelum nak sewa mana-mana tempat penginapan, sebaik-baiknya buat dulu perbandingan harga.

 

Untuk bilik hotel yang sama, anda mungkin akan temui harga yang berbeza. Perbezaan harga ini, boleh jadi disebabkan oleh

  1. Jenis katil yang disediakan
  2. Ada breakfast atau tidak

 

Jimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan untuk percutian anda seterusnya

Selain daripada buat perbandingan harga, antara laman web tempahan, anda juga boleh dapatkan diskaun sehingga RM120 apabila anda buat tempahan dari laman web Airbnb.

 

Bagaimana cara nak dapat diskaun tu? Mudah sahaja. Gunakanlah travel credit Airbnb ini.

diskaun-airbnb

Jika sebelum ini, anda tak pernah gunakan lagi perkhidmatan dari Airbnb, anda boleh tebus travel credit bernilai RM120 ini menerusi pautan ini. (boleh juga klik pada gambar diatas)

 

Secara automatik, apabila anda telah tebus travel credit ini, tempahan yang anda lakukan akan dapat potongan harga sebanyak RM120. Namun sila ambil perhatian sebab Travel Credit ini, ada expiry date.

 

Anda perlu gunakan travel credit ini untuk buat tempahan dalam masa satu tahun selepas anda tebus ya.

 

Selepas anda dapatkan travel credit ini dari saya, anda boleh buat tempahan menerusi Airbnb, untuk mana-mana tempat percutian sama ada yang terdapat di dalam mahupun luar negara. Asalkan tempat itu ada Airbnb, anda boleh gunakan travel credit tersebut.

 

nah anda berjaya jimatkan duit anda sebanyak RM120!

 

Macam mana nak dapatkan lagi banyak Travel Credit dari Airbnb?

Ya saya tahu, setakat RM120 mana cukup untuk anda, kan. Jadi, biar saya bagi anda satu idea. Kalau anda rasa idea ini macam ok dan boleh pakai, anda buatlah.

 

Mula-mula anda dapatkan travel credit dari laman web ini. (dapatkan dari saya)

 

Lepas tu, anda buatlah tempahan dan pergilah bercuti macam biasa. Memandangkan sekarang ini, anda juga dah jadi salah seorang ahli komuniti dalam Airbnb, bermakna anda juga boleh berikan travel credit kepada orang lain juga.

 

Langkah seterusnya, anda berikan travel credit kepada … erm… let say kepada isteri anda. Isteri anda perlu daftar sebagai ahli Airbnb dan dia akan dapat travel credit bernilai RM120. Kali ini, semasa pergi bercuti, anda buat tempahan menggunakan nama isteri anda.

 

Nanti selepas anda dan isteri balik dari bercuti, anda akan dapat another Travel Credit ke akaun Airbnb anda. Cuma kali ini anda akan dapat RM60 sahaja.

airbnb-referral-program

Ini yang dinamakan sebagai program referral Airbnb. Benda ini anda boleh baca di member area. Anda hanya perlu berikan travel credit kepada seberapa banyak orang yang anda ingin berikan.

 

Apabila orang yang anda berikan travel credit itu nanti balik dari bercuti, anda akan dapat lagi travel credit bernilai RM60. Ini contoh yang saya pernah dapat.

cara-dapat-diskaun-airbnb

Saya dapat RM60 sebab sebelum ini, saya pernah berikan Zura travel credit sebanyak RM120. Selepas Zura balik dari bercuti dan buat tempahan bilik penginapan melalui Airbnb, saya dapat travel credit sebanyak RM60.

 

Dalam keadaan ini,

  1. Pihak Airbnb dapat pelanggan baru yang di refer oleh saya, iaitu Zura. Bila Airbnb dapat pelanggan baru, maka dia dapat bisnes baru.
  2. Zura pula dapat potongan harga atau diskaun sebanyak RM120 apabila dia buat tempahan di Airbnb menggunakan travel credit yang saya berikan.
  3. Sebagai menghargai usaha saya bawa pelanggan baru kepada Airbnb, pihak Airbnb hadiahkan kepada saya RM60 travel credit yang saya boleh guna untuk percutian saya yang akan datang.

 

Saya kira dalam keadaan ini, semua pihak menang-menang, kan?

 

Setelah mengetahui teknik untuk dapatkan penjimatan ini, saya rasa lepas ini anda bolehlah rancang percutian dengan baik. Mungkin lepas dah buat booking guna nama isteri, anda boleh guna nama anak, ibu, ayah, ibu dan ayah mertua, dan sesiapa sahaja yang anda kenal.

 

Laman web lain boleh dapat diskaun macam ini ke? Kalau ada, boleh share dekat bahagian komen apa nama laman web tu. Saya pun nak cuba juga.

 

Baiklah, mungkin anda minat juga nak baca panduan lain yang saya pernah tulis dalam blog ini. Sila baca di

  1. Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
  2. Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb

 

Saya ucapkan selamat bercuti! Rancanglah percutian anda dengan baik untuk menikmati penjimatan yang berganda-ganda.

 

(kalau anda nak tahu, anda sebenarnya boleh dapat tempat penginapan secara percuma apabila guna teknik yang saya ceritakan dalam posting ini)

 

 

Baca juga...

  • Rancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web AirbnbRancang percutian pendek dengan mudah menerusi laman web Airbnb
  • Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain?
  • Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web AirbnbPanduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb
  • Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiSaya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercuti
  • Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, SabahPengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
  • Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutanHomestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan
  • Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota KinabaluPerkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu
  • Rumah Terbalik – The Upside Down House of BorneoRumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo
  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota BharuPengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Menjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala SelangorMenjejaki kawasan penting pelbagai spesies burung di Taman Alam Kuala Selangor
  • Pengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park LangkawiPengalaman Snorkeling di Pulau Payar Marine Park Langkawi
  • Travelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di PangkorTravelog Percutian ke Pulau Pangkor 2020 – Hari pertama di Pangkor
Kos bermalam di Hotel hanya RM2 sahaja satu malam! Klik sini untuk mengetahui caranya.

Filed Under: Tips Travel Tagged With: cara guna laman web airbnb, panduan airbnb, tips airbnb, travel credit airbnb

Trackbacks

  1. Beri tawaran diskaun untuk tingkatkan sales bisnes homestay anda - Blog Sabree Hussin says:
    October 17, 2018 at 12:52 am

    […] Apa kata anda baca artikel saya berjudul: Cara berjimat sehingga RM120 apabila pergi bercuti dalam dan luar negara […]

    Reply
  2. Saya nak berikan Travel Credit untuk pergi bercuti, tapi disalah anggap pulak - Blog Sabree Hussin says:
    October 22, 2018 at 5:18 pm

    […] Jemput baca: Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila bercuti dalam dan luar negara […]

    Reply
  3. Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah - Xplorasi Destinasi says:
    October 25, 2018 at 4:44 pm

    […] Baca juga: Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pages

  • Arkib
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Categories

  • Chalet
  • Homestay/ Guest House
  • Hotel
  • Jelajah Bandar
  • Kawasan Rekreasi
  • Masjid
  • Muzium
  • Pantai
  • Perkhidmatan
  • Pulau
  • Resort
  • Tempat Makan
  • Tempat Menarik
  • Tips Travel
  • Umum
  • Uncategorized
Visondata pocket WiFi

Team Xplorasi

  • 1 Juan
    • 200 Seeds Cafe Di Cameron Highlands
    • Pulau Orang Utan Di Bukit Merah Perak
  • 1 khalisahhazrina
    • Homestay Seri iskandar Bota Perak
  • 1 Sabree Hussin
    • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
    • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda

Recent Posts

  • Pengalaman bercuti 3H 2M di Kota Bharu
  • Pengalaman menginap di Homestay Kota Bharu Inap AyahandaBonda
  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Serius cantik! Jom ke Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
  • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor beserta dengan itinerary

Archives

  • August 2022
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • October 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • nazira binti jarib on Cara buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia
  • Strategi Content Marketing untuk Bisnes - Panduan untuk orang baru - Sabree Hussin Dot Biz on Senarai tempat menarik di Kota Bharu
  • Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris - Blog Sabree Hussin on Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
  • Alfhonsus on Mengejar mentari senja di Tanjung Harapan Port Klang

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in