Keadaan cuaca di Malaysia tidak menentu pada ketika ini. Beberapa rancangan percutian terpaksa dibatalkan, disebabkan masalah banjir yang berlaku di beberapa tempat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Tempat yang saya nak pergi tu, terpaksa melalui kawasan yang ditenggelami banjir. Jadi untuk lebih selamat, saya pilih untuk pergi ke kawasan tanah tinggi. Ya, kali ini saya ke Cameron Highland.
Pada masa yang sama, Malaysia juga sedang dilanda fenomena cuaca sejuk, yang jarang-jarang sekali berlaku.
Cuaca sejuk sekitar 21 darjah Celsius yang melanda negara ketika ini adalah disebabkan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku semasa monsun timur laut akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke Malaysia.
Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang, berkata cuaca sejuk seperti ini akan berlarutan dua tiga hari lagi dengan kawasan di Johor dan Sarawak akan berlaku hujan lebat.
Sumber berita dari laman web Berita Harian Artikel berjudul Cuaca sejuk kesan angin monsun bertarikh 12 Januari 2018
Gambar ni saya ambil disekitar kawasan homestay tempat saya menginap di Cameron Highland tempoh hari.
Saya pun kurang pasti, sama ada keadaan di Cameron Highland pada waktu senja memang setiap masa berkabus macam ni atau pada waktu saya datang ke sini sahaja.
Keadaan di Kuala Lumpur sekitar seminggu sebelum saya berangkat ke Cameron Highland juga agak sejuk sebenarnya. Selalunya setiap masa memang saya akan pasang kipas, tapi pada minggu tu, ada hari-hari tertentu, even waktu siang pun saya terpaksa tutup kipas.
Punyalah sejuk waktu tu. Saya membayangkan, bila berada di Cameron Highland nanti, saya akan berpeluang merasai suasana yang lebih sejuk berbanding yang pernah saya lalui dulu. Tapi, dari bacaan yang saya buat, fenomena sejuk ni hanya akan berlaku dalam sekitar dua atau tiga hari sahaja.
Paling lama pun mungkin cuma seminggu sahaja. Tak apalah. Mungkin bukan rezeki nak merasai pengalaman berada dalam keadaan sejuk di Cameron Highland. Mana tahu, akan ada rezeki di masa-masa yang mendatang, kan.
Lagipun kalau sejuk sangat pun tak berapa bagus juga. Kalau setakat sejuk dari aircond, kita boleh adjust suhunya. Tapi kalau sejuk semulajadi ni…
Saya nak kongsikan sedikit sebanyak travelog saya ke Cameron Highland baru-baru ni.
Tempat kedua saya singgah, semasa pergi bercuti di Cameron Highland adalah di Cameron Tea Valley atau dikenali juga dengan nama Bharat Tea.
Saya melalui susur keluar Simpang Pulai untuk ke Cameron Highland dari lebuhraya PLUS. Dari situ, saya menyusuri jalan mengikut panduan arah yang ditunjukkan oleh GPS.
Nak tau sama ada kita dah dekat dengan Cameron Tea Valley ni sebenarnya senang je. Tengok ada replika besar berbentuk cawan dibahagian depan macam dalam gambar diatas. Dari arah saya datang, agak susah kalau nak terus masuk ke ladang teh ini.
Saya berada di lorong sebelah kiri, manakala tempat ini adalah disebelah kanan. Kalau jalan tengah sesak, memang agak susah kalau nak berhenti di tengah-tengah jalan untuk membelok masuk ke tempat ini.
Jadi, apa yang saya lakukan ialah, saya teruskan perjalanan ke depan lagi, sampai ke Lavender Farm dan buat pusingan U dekat situ. Kemudian patah balik dan baru masuk ke Cameron Tea Valley ini.
Tak lengkap rasanya, bila kita dah sampai ke sini, tapi tak merasa sendiri keenakkan teh yang dihasilkan disini. Tapi sebelum nak minum-minum tu, kita jalan-jalan dulu dekat sekitar ladang teh.
Minum teh ni, bila-bila masa boleh. (Anytime is tea time)
Bagi yang belum pernah ada pengalaman masuk ke ladang teh, ini saya kongsikan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan semasa berada di Cameron Tea Valley ini.
Ada dua ladang teh yang popular, yang terdapat di Cameron Highland. Pertama, ladang teh Bharat Tea ini dan satu lagi ialah ladang Teh Boh di Sungei Palas.
Antara dua ladang teh ni, paling senang nak pergi ke Ladang Teh Bharat Tea atau Cameron Tea Valley ini. Ia terletak hanya ditepi jalan sahaja.
Pengunjung boleh masuk ke kawasan ladang teh tanpa sebarang bayaran.
Kalau nak pusing satu ladang ni pun tak ada masalah.
Cuma anda perlu pastikan, dari segi keselamatan, ianya adalah atas tanggungjawab masing-masing. Jika berlaku sebarang kemalangan, atau kecederaan dan sebagainya, pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab.
Ladang teh ni, tidaklah bahaya, namun kena berhati-hati bila melangkah. Mungkin anda akan terpijak tanah yang agak licin ataupun akar pokok teh yang terkeluar-keluar dari tanah.
Senang cerita, berhati-hatilah setiap masa. Terutama sekali yang bawa anak-anak kecil tu ya.
Kalau anda pergi bercuti ke Sabah, dan melawat ladang teh Sabah Tea yang berada di Ranau, di sana keadaan cuacanya lebih panas berbanding di Cameron Highland. Itulah satu perbezaan yang cukup ketara yang saya dapat lihat antara ladang teh di Sabah dengan ladang teh di Cameron Highland.
Kawasan ladang teh ni juga sebenarnya agak luas.
Kalau anda larat, bolehlah ikut sama dengan para pengunjung yang lain panjat sampai ke atas bukit.
Ada laluan bertangga disediakan untuk anda mendaki sampai ke puncak.
Pemandangan dari bahagian atas ni juga sangat cantik.
Alang-alang dah sampai ke sini, baik jelajah semua tempat. Supaya nanti tak ada rasa menyesal bila dah balik ke tempat asal masing-masing.
Daun-daun teh yang ada disini, tak dibenarkan untuk dipetik ya.
Ada papan tanda larangan memetik daun teh dipasang disini. Kalau semua pengunjung petik daun teh kat sini, mau gondol pokok-pokok teh yang ditanam disini.
Bukan semua daun teh sesuai untuk dipetik. Kena ada pengetahuan juga, daun teh yang macam mana yang sesuai untuk dipetik.
Alright dah penat pusing-pusing dekat ladang teh, masa untuk pergi minum pulak ya.
Dekat sini ada macam-macam menu hidangan yang dijual.
Kalau anda nak beli produk-produk teh keluaran Bharat Tea juga boleh didapatkan disini.
Ada kek dan juga sandwich.
Orang kata, kalau datang ke Cameron, mesti try makan Scones.
At least try sekali.
Sebelum ni saya dah pernah rasa Scones ni. Jadi kali ni saya tak rasa macam nak makan scones lagi. Jadi saya ambik sepotong kek dengan air teh untuk dua orang.
Ok la kan, at least dapat merasa air teh kat sini.
Baiklah, satu lagi, untuk pengetahuan anda, disini juga ada perkhidmatan ATV dan Safari.
Ada ATV yang anda boleh sewa untuk jalan-jalan dekat track khas.
Dengar cerita pemandangan kat kawasan situ lebih cantik.
Bagi yang tak ada pengalaman atau tak tau cara nak guna benda ni, anda akan diajar terlebih dahulu.
Kalau rasa yakin, boleh bawak, bolehlah sewa dan ikut laluan khas untuk main ATV ni. Ataupun kalau nak sewa kenderaan 4×4 pun boleh.
Anda akan dibawa ke lokasi khas sekitar Bharat Tea ni juga, dan kat situ anda boleh lihat pemandangan yang cantik. Kawasan tersebut lebih tinggi dan boleh nampak sekitar Cameron Highland dari tempat tu.
Kalau nak mendaki sendiri, jalan kaki memang penat. Jadi sebagai pilihan, bolehlah naik kenderaan 4×4 ataupun guna ATV ini.
Baiklah.
Jom, kita pergi bercuti ke Cameron Highland.
Tak perlu risau tentang tempat penginapan, sebabnya kat laman web ini, anda boleh lihat senarai homestay di Cameron Highland yang tak begitu mahal yang anda boleh sewa.
Kalau anda tak ada masa nak browse through senarai homestay di Cameron Highland yang banyak tu, apa kata saya syorkan anda booking homestay di SophiaRose Muslim House ini.
Anda boleh ke halaman ini untuk lihat homestay yang dimaksudkan ini.
Sebelum nak buat tempahan tu, pastikan anda dapatkan dulu travel credit dari halaman ini. Dengan menggunakan travel credit ni nanti, anda boleh dapatkan lebih banyak penjimatan untuk percutian anda di Cameron Highland nanti.
zool says
Lokasi ni penah pegi dulu tapi tak layan plak naik ATV ni